Friday, September 9

Sudah-sudahlah bercuti berbelog tu hoi. Cerita pasal raya la pulak.

Salam.

Yuhuuuuuuu! I'm back! Rindu tak? Rindu tak? Actually shaye rindu sangat nak berbelog tapi macam biasa bizi sangat sangat uols! Btw PC kat rumah still belum okay. Tak sempat-sempat nak pi hantar kedai. Nasiblah broadband dah bayar, jadi bolehlah online kat rumah guna lappy. Kemain kan kat entri lepas bagitahu yang shaye bercuti raya kan. Hehe. Cuti berbelog sangat!

Terasa lama sangat tak hapdet belog. Kalau dulu paling lama pun 2 3 hari je. Ini nak masuk 2 minggu hoi! #tepukdahi. Hilang mood sebab tertentu. Tu lah bila dah makin ramai pemenat dari peminat, shaye perlukan ruang untuk diri sendiri. #berbelogGayaArtis

Okay lah okay lah terus kepada point, nak cerita pasal raya. Macam biasa balik kampung Perak dan Selangor. Raya tahun ni biasa-biasa je. Takdelah meriah mana. Sedara-mara pun tak ramai yang bertemu mata. Raya tahun depan beraya dengan laki pulak. Eh? Haha! Raya ni pulak kena menghulur duit raya. Yelah sebab dah kerja kan. Feeling-feeling sangat  gaji pertama time raya!  Berabis jugak tau. Sebut pasal duit raya, disebabkan susuk awet muda ni shaye still dapat duit raya lagi okay!



Sampai-sampai kampung Perak kitorang anak-beranak cari Abah dulu. Rindu-merindu okay sebab Abah balik kampung awal sebelum raya. Sebab dia dah pencen tahun ni so suka hati dia nak balik kampung bila tak macam tahun-tahun sebelum ni. Nak teman Opah kat kampung.  Shaye, mama dan adik-adik? Balik lambat sket la sebab shaye kerja, mama jaga Mimi, adik pon tak balik dari tempat belajar lagi. So, pagi-pagi raya kami sampai kampung terus salam-salam pelok-pelok Abah semua. Mama nak feeling drama nangis senyap-senyap. Rindu Abah lettew. Maklumlah tiada lagi gaduh-gaduh manja di pagi raya.

Alhamdulilah, rezeki mencurah-curah. Black beri beri jatuh daripada langit. Boleh? Now I can update myself with twitter, fb, blog, di mana saja. Sukaaa! Semua kawan-kawan duduk meneka gaji pertama shaye masyuuuk eh sampai jatuh black beri beri sebijik. Padahal! I tell you black beri beri jatuh dari langit uols! Tak percaye sudah. Yelah sekarang kan nak topup kena tax, so meh ber-bbm. Kemain!

Korang, nak Bb pin please! 

Sejak bercuti dari berbelog ini, macam-macam plan dalam kepala. Siyes! Nak setelkan hal-hal yang belum setel, nak upgrade belog sebab macam dah bosan tengok template lama, nak itu nak ini. Nak ke sana ke sini.  Macam-macam sangat!  Penuh penuh dalam kepala ni.

Kerja 6 hari seminggu sangat membataskan shaye untuk merayap sana-sini. Jadi dalam sebulan shaye hanya ada 4 atau 5 hari lebihan (cuti) untuk shaye ke mana-mana. Macam biasa jadual hujung minggu harus dipenuhkan. Supaya penyakit kemurungan shaye tak kembali. Sebab kalau duduk rumah memanjang mati kutu hoi.


See? Jadual bulan ni dah penuh. Yeay! Ni pon kalau takde aral melintang. Maklumlah bulan raya ni banyak benor jemputan rumah terbuka. Jadi lepas-lepas ni kalau nak ajak keluar sila booking sebulan awal. Kekwat kan! Bila masa entah date seswai nak buat open house ni. Semua dah penuh tau.


Pergi sana sini open house rumah orang kemain. Tengoklah nanti kalau ada kelapangan dan dah confirm shaye jemput uols okayy. Tapi tapi tapi ada ke yang nak datang? Hehe. Make sure datang eh kalau shaye buat open house! Okay lah teruskan menatap gambar raya. Actually ada banyak gambar tapi semua yang cousin shaye tag kat fb. Maybe ada yang uols dah tengok kott.


3 dara pingitan yang belum kawin. Seorang dah bertunang, yang lain otw katanya!


Baju raya kali ini banyak sekali. Semalam baru lepas beli lagi 2 pasang. Boleh? Hahah takdelah. Shaye beli baju untuk lepas raya je. Ade ke?  Actually masa raya shaye just pakai  baju raya advance yang shaye dah pakai 2 3 kali pegi majlis mana-mana.  So, kalau dah baju tu dipakai time raya, consider baju raya la kan? Siapa kata baju raya tu wajib baju baru? Jeng jeng jeng!

Cakap pasal baju raya, semua baju raya tahun ni adalah ditaja ye uols. Hahah. Baju merah tu je shaye beli sendiri. Baju purple tu hadiah risik hari tu, dan baju hitam+kelabu baju yang dapat masa majlis #satucintaduajiwa hari tu. Okay sambung tatap gambar raya.
  
 

Bergambar dengan adik-beradik.


  


Tadaaaaa! Si pari-pari kecil pon dapat baju yang sama okay masa bertunang hari tu. Nak kata Mimi dapat hadiah hantaran sekali sebab shaye langkah bendul dia tak jugak. Haha. So, raya kali ini Mimi dapat baju sedondon dengan #bakalbapaktiri dengan mak angkat dia ni. Pakej anak-beranak katanya. 

Okay lah. Itu saja laporan raya dari shaye. Tunggu laporan seterusnya! Bai bai!

4 comments:

Amie said...

seronoknya dapat beraya bersama keluarga....

Cik Elyn said...

kemain tau! bb tu y i nak sgt 2.. tah bile la bole dapat. hukhukhuk!

Nazatul shima said...

bez kn raye? hehee..:) beautiful in red...aummm...:)

♥CIK SHA♥ said...

amboi..sakan nye p rumah terbuka eh? ehehe..baju merah tu sgt sweet ok..yg hitamkelabu pun..^_^

Lazada Philippines