Thursday, November 10

Abah tetap handsome macam dulu.


Salam semua,

Bukan entri pantas tapi entri basi. Patutnya menulis masa 7 November hari tu, tapi hari ni dah masuk berapa haribulan entah. Takpelah asalkan menulis kann kannn! Pertama sekali shaye nak ucapkan sekali lagi Selamat Ulangtahun Abah yang ke (rahsia) *padahal malas nak kira*. Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa berbahagia bersama family tercinta. Amin.

Masuk tahun ni dah setahun Abah pencen kalau tak silap. Kalau sebelum ni dari muda Abah kerja siang-malam bizi cari duit. Nak jumpa dia pun kadang-kadang payah. Yelah, kami bukan orang kaya raya kannn. So, sekarang ni bila Abah dah pencen, hari-hari menatap muka dia. Orang lain sibuk suruh Abah kerja cari duit lebih lepas pencen tapi pada shaye takpelah elok dia duduk rumah je dah tua-tua ni. Bagi dia berehat puas-puas sebab shaye sedar betapa besarnya pengorbanan dia bekerja siang malam takde life dari muda. Sekarang biar shaye pulak bekerja. Eceh!

Dulu-dulu nak borak dengan Abah masing-masing takut. Yelah Abah kan pendiam macam shaye. Eh? So, bercakap bila perlu je. Sedih kann. Sekarang? Dah okay dah. Abah pencen, Mama pon tak kerja. So, ada banyak sangat masa bersama family tercinta. Nak borak apa, borak saja. Mimi pengibur kami satu family. Kalau takde dia, siyes sunyi.

Cakap pasal Abah la kann, Abah masa muda tak macam dah tua-tua ni, tak buncit. Jaga penampilan, baju sentiasa bertukar-tukar. Sekarang je pakai ikut apa yang ada, dah buncit, rambut pun dah putih. Masa zaman Abah muda kann, Abah handsome tauu. Mama kata perempuan keliling pinggang tapi at last Abah pilih Mama. Sedangkan masa Abah dah anak dua, ada janda nak masuk line jugak. Perghh! *moteplah aku tetiba cerita pasal zaman muda diorang*


Walau apapun, Abah tetap handsome di mata shaye kann Mama kannn. *bodek lebih sebab nak kawin*

Kann Mama senyum tu? Setuju lettew!

Lagi sekali nak cakap.
ABAH TETAP HANDSOME!


p/s : 14 November ni pulak birthday buah hati kecik shaye si Syamimi tu. Kejapnya masa berlalu hoi!

1 comment:

Pojiepooh Abdullah said...

Fuiyooo abah dia nampak muda sebab pakai baju belang2 hadiah bakal menantu.. Okbai

Lazada Philippines