Thursday, November 24

Contest meletop dari HafizudinHamdan Photography!

Hello guys! Salam semua.

Hari ini shaye nak join satu contest. Gigih kan sekarang asyik join contest je? Pedulik? Ngeee. Btw, baru-baru ni shaye join contest dari Kak Long Mawar Merah dan alhamdulilah dapat Tempat Ketiga. #lompatbintang. Lepas ni boleh tengok wayang FREE. Stop cerita pasal benda lain, kita fokus kepada contest kali ini. Sementara tarikh contest belum tutup shaye dengan berbesar hati nak join contest dari HafizudinHamdan Photography.

Even si Hafizudin ni tak suruh shaye bagi sebab kenapa nak join contest beliau, shaye tetap nak bagitahu kat dia. Hope #tunangkite tak baca confession ni. #matila
"Dear Hafiz, I join contest u sebab I dah jatuh hati. #pekupmuka. Errr, I mean bukan jatuh hati kat U tapi dengan hasil gambar-gambar U. So, apakata U bagi I peluang untuk bersesi photoshoot selama 2 jam supaya kita ada masa untuk bersama menghasilkan gambar yang lebih menarik?"
Sudah! Kemain mengayat kann. Takdelah. Actually shaye dah usha HafizudinHamdan ni lama dah. Eh I mean HafizudinHamdan Photography. Tak percaya? Shaye pernah senaraikan servis photography ni kat entri Tips Sebelum Buat Pre Wedding Part 1. Semua servis photography yang telah shaye senaraikan tu mempunyai potensi untuk terus naik. Semuanya muda-muda dan berbakat termasuklah HafuzudinHamdan ni. Bukan nak puji, tapi betul ni cakap ikhlas dari hati dan penilaian sendiri.

Shaye dah godek segala gambar dalam belog dia. Ada macam-macam kategori yang dikelasifikasi beliau sendiri dan kat bawah ini adalah antara gambar kegemaran shaye. Hafiz  ni suruh pilih satu atau dua atau beberapa kann? Sebab dia kata BEBERAPA, shaye pilih banyak. Kenapa? Sebab shaye suka banyak. #okbai

 
Sebab suka gambar ini: 
Of coz sebab gambar ni cantik. Even black & white tapi gambar ni tetap nampak menyerlah.
Link : http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=272


Sebab suka gambar ini:
Pencahayaan dia bagus. Terang tapi masih sedap mata memandang. Hafiz ni pandai sesuaikan pencahayaan even ditempat terang. Kann?
Link : http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=352


Sebab suka gambar ini:
Suasana yang harmoni. Kegembiraan jelas terpancar kat muka masing-masing. Gambar candid tapi cantik cuma lelaki yang hujung tu terlupa pakai stokin. *Eh apa kena-mengena?*
Link : http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=313


Sebab suka gambar ini:
Shaye suka pencahayaan gambar-gambar Hafiz ni. Semua nampak kemas dan sedap mata memandang.
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=182

 
Sebab suka gambar ini :
Gambar diambil dari sudut yang menarik biarpun gambar tak berapa sharp sangat sebab shaye nampak ada sedikit blur kat bahagian lompatan diorang. Tapi shaye tetap suka gambar ni.
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=111


Sebab suka gambar ini:
Gambar ini comel sekali. Sekian.
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=94

  
Sebab suka gambar ini:
Warna dalam gambar ni, kasut tu nampak menyerlah sekali.
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=355


Sebab suka gambar ini:
Sebab tak sabar nak amik gambar macam ni. Boleh? Hehe. Takdelah. Setelah diperhatikan Hafiz memang suka amik gambar dari jarak dekat-dekat macam ni dan hasilnya cantik. Tiada sebarang kecacatan dilihat. Dia tahu kat mana patut blur, kat mana patut fokus. Kann?
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=355


Sebab suka gambar ini:
Tempat tu cantik. Pandai Hafiz cari port baik punya untuk amik gambar ciom-ciom. Eh?
Link: http://www.hafizudinhamdan.com/blog/?p=343

Oklah tu saja puji-pujian atau komen ikhlas daripada shaye. Hope bisnes fotografi Hafiz lebih maju dan mantap lagi masa depan. Kepada bloggers lain yang masih tak tahu HafizudinHamdan Photography ni tengah buat contest, silalah ke belog beliau untuk maklumat lanjut. Tak tahu mana satu belog beliau? Boleh pergi SINI. Tarikh tutup contest ialah 10 December 2011

Tengok apa lagi? Ayuhhhhhhh!

4 comments:

kak ina kl said...

memang lawa gambar ni...kalaulah kamu menang ..leh ambil gambar masa nikah kannn

NuReLLe said...

haha..ske gambar kishhhh yg last tu gak... #eh?

cik helena said...

mcm nak kene masuk jugak je.heehee

Cik Cammy Lia said...

hehehe..terkejut tgk pic yg perempuan mengandung tu.. kihkih..tu pegawai opis sy..ahaks.

Lazada Philippines