Monday, November 14

Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com

Salam semua. 
 
Pagi-pagi ini rajin menjengah ke blog kawan-kawan tiba-tiba terjumpa satu peraduan daripada blog Kak Long Mawar Merah. Teruja dan tertarik dengan hadiah yang ditawarkan lalu saya berkeputusan untuk turut menyertai peraduan ini. Jadi, apalah salahnya kalau saya mencuba nasib kan?

 

Syarat Pertandingan:
1) Semua blogger yang beralamat di Malaysia (senang nak pos hadiah)

2) Tulis 1 entri tentang peraduan ini dan link ke entri ini.

3) Tinggalkan komen di entri ini dengan meletakkan url blog anda yang mengandungi entri penyertaan tersebut.

4) Dalam entri tersebut jawab soalan mudah di bawah:-
a) Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke ____________ pada _________ dan Ulang Tahun ke- ________ mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.
Jawapan :  Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke empat (4) pada 30 Jun 2011 dan Ulang Tahun ke- dua (2) mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.

b) Tuliskan komen yang membina tentang blog mawarmerah2008.com ini dengan memasukkan perkara di bawah:
1) Perkara yang patut dikekalkan di mawarmerah2008.com
Komen :  
  • Layout yang simple dan kemas. Harap dikekalkan kerana kekemasan blog mempengaruhi pembaca untuk terus mengikuti blog kita.  
  • Bagus kerana blog jenis mawarmerah2008.com ini tidak seperti blog lain yang dimana blog mereka penuh dengan iklan-iklan semata.
2) Perkara yang patut dibaiki di mawarmerah2008.com
  • Tajuk yang digunakan untuk widget agak mengelirukan pembaca untuk mengetahui fungsinya. Sebagai contoh : "Kelopak Perkembangan Bulan Ini" dan "Bintang popular 2011".
5) Setiap entri mestilah ditulis menggunakan Bahasa Kebangsaan yang baik dan tidak menggunakan ejaan singkatan (sempena Bulan Bahasa kebangsaan tu…)

6) Tarikh akhir penyertaan ialah pada tarikh 20 November 2011 (20/11/2011), tepat jam 11.11 malam.

Hadiah Peraduan Tulis, Teka dan Menang:
Hadiah Utama :  Satu Hadiah Penginapan 3 Hari 2 Malam di rangkaian home-based Swiss Garden Hotel (Swiss Garden Kuantan / Swiss Garden Damai Laut) @ Berjaya Meranti Park Suites Bukit Tinggi Pahang – tertakluk kepada kekosongan tempat di hotel tersebut dan tarikh tempahan sebelum Jun 2012.
Hadiah Kedua :  2 hadiah wang tunai RM 70 setiap seorang (akan dimasukkan dalam akaun pemenang)
Hadiah Ketiga : 3 pasang tiket untuk menyaksikan tayangan filem di pawagam Golden Screen Cinema @ di TGV (Kak Long akan kreditkan harga tiket kepada pemenang)
Hadiah Keempat : 5 x  topup Maxis / Digi/ Celcom RM 10

Menarik bukan setelah mengetahui syarat penyertaan mudah dan hadiah yang ditawarkan? Jadi kepada sesiapa yang ingin menyertai boleh klik SINI. Jangan tunggu lama-lama nanti terlepas peluang!

4 comments:

Kak Long Mawar Merah said...

Semoga berjaya Cik Nemo..
Kita tunggu keputusannya tak lama lagi.

NuReLLe said...

nemonemooooooooooooooo!hikhik..wahh...boleh guna tuk honeymoon ni..:P

good luck!hee~

akubiomed said...

Selamat berjaya yer Nemo :-)

amirnawawi said...

tahniah sebab menang ek..

Lazada Philippines