Wednesday, November 2

Minggu Yang Membahagiakan! [ Hari Bergraduasi ]

Salam semua,

Nak #lompatbintang dulu boleh tak? Hehe. Kemain kann! Okay lah okay lah seperti yang telah digerak-gempurkan di Facebook shaye telah pun selamat berkonvo. Hip hip hurayy! Alhamdulilah. Kemain  ramai yang wish tahniah kat wall, inbox mesej dan sebagainya. Tq uols! Dah macam dapat ucapan selamat pengantin baru pulak. Bluek!

Kitorang sengaja gerak awal sebab shaye ada banyak urusan nak disetelkan. Yelah sebelum naik pentas wajib dengar taklimat segala dulu ye adik-adik. Mana tak nye kang nebes sangat sampai tatau cemana nak naik pentas nanti. So, pagi-pagi lagi dah gerak ke UTHM yang tercinta. So sempatlah nak pusing-pusing satu Universiti tunjuk bangunan itu ini kat family. *padahal cari parking tak jumpa-jumpa* Ngeeee!


Ingatkan ape kena la tak boleh parking dekat-dekat dengan dewan. Rupanya ada bas yang disediakan even parking jauh-jauh. So, merasalah kitorang anak beranak naik bas macam nak pegi kelas. Feeling sangat lagi-lagi selamba je pakcik bas tuh tutup pintu bas time-time kitorang dah sampai depan muka pintu bas dan blah. Merasa jugak kena tinggal bas. Sukaaaaa sangat!


Ni masa kat dalam dewan  tempat berkumpul sebelum masuk dewan besar. Masa ni kena dengar segala taklimat dulu. Kemain excited semua. Deborrr jugaklah sebelum nak masuk dewan besar apetah lagi bertentang mata dengan orang yang menyampaikan sijil tersebut. *taste orang tua sangat aku ni kann!* #matila


Untuk fakulti shaye, shaye lah orang yang paling last sekali yang terima sijil maklumlah nama start huruf Z kannn. Tapi takpe, senang skett family nak cari shaye yang mana satu. Tapi #sentap jugaklah sebab takboleh nak bergambar dengan kawan-kawan rapat sebab masing-masing nama jauh-jauh. Alahai.


Muka excited. Jangan komen pasal jubah, sebab jubah tuh memang sengaja nak bagi semua orang sama saiz. Jubah saiz S dah habis, so pakai je lah saiz M. Nasib baik shaye TINGGI, tak sapu lantai pon dah kira bagus la kan. #carut


Saat yang paling bahagia sekali dah tentulah masa naik pentas kann. Rasa berbaloi di atas setiap penat lelah kita selama 3 tahun belajar kat sana. Feeling sangat lagi-lagi part nyanyi lagu UTHM. Kat dewan tu jugak lah masa mula-mula masuk U kena nyanyi lagu tu dan alhamdulilah kat dewan tu jugak hari last shaye menyanyikan lagu UTHM. Feeling habis. Nasib tak nangis. Kental kononnya.

Saat paling membahagiakan jugak bila keluar-keluar dewan nampak #tunangkite dah tunggu siap dengan bunga lagi. Dia wish tahniah siap panggil sayang. *agaknye la sebab nak suruh dia repeat  lagi harapan nak dengar*. Ek eleh itu pon nak heran. Mesti uols cakap gitu kann? Itu first time. #okbai. Homaii nasib baik belom halal. Kalau tak dah lari-lari pepelok ceciom segala. #carut. Sabar sket boleh tak? *ketuk kepala sendiri*

Dan yang lebih membahagiakan shaye dapat first kiss dari Mama. Boleh? Helo helo kitorang anak-beranak tak pandai bagi ciuman percuma tauu tauu. I know on that day Mama, Abah, adik-beradik, #tunangkite sangat happy. Mama cakap masa shaye naik pentas tu dia rasa bangga sangat, happy sangat! Dan shaye boleh nampak kegembiraan dari air muka Mama dan Abah. Membahagiakan orang lain buat kita rasa SUPER BAHAGIA okayy. *kesat air mata*



Adik no 2 shaye tak dapat datang sebab dia belajar kat Kedah. Jauhh sangatt. Takpe, time dia konvo nanti insyaAllah shaye pergi dengan #bakallaki dan family. Eceh.







Yang tak best masa konvo hari tuh hujan lebat. So tak boleh nak bergambar sangat. Jumpa kawan-kawan pon macam gitu-gitu je alahai. Mana yang terserempak tu cepat-cepat suruh snappy. Haha. Sebab kitorang sidang 6 iaitu sidang last sekali. Majlis tamat pon dah petang sangat, time-time tu lah nak amik gambar pulang jubah amik sijil segala. Kelam kelibut hoi. Tahu-tahu esok-esok masing-masing mesej gambar konvo sikit sangat. #sentap


Btw thanks to him untuk minggu ini. Susah payah hoi mengangkut ke sana ke mari. Bukan pergi konvo je, siap ke Pahang sebab ade wedding kat sana. Kite sayang awak lebih la macam ni! *okayy uols boleh muntah darah sekarang*

5 comments:

.::WaNiE::. said...

kite pun bile tengok dia wish kat awak tulis 'sayang' kat fb tu mcm baca banyak2 kali

rare ! hikhik

tahniah dear

cherry_ijau said...

sama la .. time kite konvo pon ujan lebat .. huhuhu

cik aiLebiu said...

congrates on ur graduation! XD

cik ems said...

tahniah untuk kita semua. haha. memang semangat kot nyanyi lagu uthm kan walaupun versi macam dah lain sikit. hehe

cik yuz said...

tahniah..tahniah...

adoii,lamenye lagi nak grad....tahun depan...huuuu

Lazada Philippines