Friday, November 11

“My Happiest Moment”

Salam semua,

Setiap orang pasti punya kenangan terindah kann? Begitu juga dengan shaye. Dan setiap kenangan tersebut akan kekal bersemadi dalam ingatan biarpun seminit dua kenangan itu berlalu. Tak percaya? Cuba pejam-pejam mata ingat balik apa kenangan yang termanis yang pernah uols lalui. For sure mesti ada dan uols tengah #senyumsimpol kann kannnn?

Tapi kann bagus kalau setiap kenangan tersebut diabadikan dalam bentuk foto? Macam shaye memang kalau boleh setiap saat nak amik gambar supaya shaye tak mahu lupakan walau sedetik masa terindah itu berlalu. Oklah oklahh tamo cerita panjang lebar, let's me show uols my happiest moment ever in my life! 

 
My happiest moment ialah saat-saat Cik Nemo dah berani pegang kucing.
Gambar dengan kucing? Homaigod, Bukanlah! 


Okay tadaaaaaaaaaa!



Motiflah nak tayang gambar pegang kucing kann kannn? Btw saat terindah dalam hidup shaye ialah masa hari konvokesyen baru-baru ini. Rasa happy sangat sebab penat lelah selama ini berbaloi. Dan apa yang membuatkan shaye bertambah happy ialah family datang tengok shaye naik pentas untuk terima sijil tersebut. Bahagia sangat!


Seterusnya ialah pada hari majlis Satu Cinta Dua Jiwa (pertunangan) pada 3 Julai yang lalu. Setelah mengharungi pelbagai ujian yang menduga terhadap diri shaye, si dia hadir menyatakan hasrat beliau. Dan alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan kini kami sedang menanti hari untuk disatukan sebagai suami isteri. Semoga hubungan kali kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Amin.


Percaya atau tidak, kawan-kawan adalah penyumbang terbesar dalam memori indah uols. Begitu juga dengan shaye, aktiviti berjimba dengan kawan-kawan memang best sangat. Hilang stress! 


Dah tentulah saat terindah setiap kali bersama si dia. Si dia memahami dan berkongsi minat yang sama. See? Kalau boleh nak dua puluh empat jam photoshoot saje! Btw, thanks to him sebab membawa kegembiraan buat shaye.

"I don't want a perfect person, I just want someone to act silly with, someone who treats me well and loves being with me more than anything"


Dan setiap apa yang shaye lakukan, apa yang shaye suka, siapa yang shaye sayang, apa yang berlaku ke atas diri shaye dan macam-macam memori lagi sudah tentunya bakal termasuk dalam koleksi gambar shaye. 



Tapi kan saat amik gambar sendiri setiap minit, setiap jam, memang HEAVEN! Shaye memang gila kamera tak dinafikan. Tapi sedih sebab sampai sekarang masih tak mampu nak beli kamera digital sendiri. So, gambar-gambar banyak guna kamera handphone saje. T__T

Manalah tahu bila join OLYMPUS Happy Photography Contest boleh dapat kamera sebijik?


Kannnnn? Wish me luck guys!

2 comments:

.::WaNiE::. said...

good luck nemo

nice entry !

Cik Diana said...

pic cun.. cOngrat cOnvO..

Lazada Philippines