Wednesday, November 16

Sesi beramal di #Twtupkaseh 3.0

Salam semua.

Ehem sebelum tu nak tanya soalan cepumas, rindu kiteeee tak??? Ngeeee! Gedik sangatkan! Okaylah kembali kepada tajuk utama, seperti yang telah digerak gempurkan dalam Twitterjaya tempoh hari, Alhamdulilah #Twtupkaseh yang ke 3.0 telah selamat disempurnakan dengan jayanya. Dan dengan bangganya nak kepochi kat uols yang #Twtupkaseh kali ni shaye join! Yesssssss! #lompatbintang

Say what? Tak tahu apa benda #Twtupkaseh tu? No no no tamo macam tu *geleng kepala*. Untuk pengetahuan uols yang tak main Twitter ataupun uols main Twitter tapi tak amik port sangat, sekarang warga Twitterjaya dah mula bergiat aktif dengan macam-macam jenis twtup. Twtup tu ape? Twtup tu lebih kurang gathering antara pengguna-pengguna Twitter mengikut tujuan twtup tu dibuat.  Ngerti? Sebagai contoh, sebelum ni shaye dah join dua Twtup kalau tak silap antaranya :
Banyak jugak twtup yang shaye tak dapat join atas sebab-sebab tertentu macam #Twtupkaseh yang lepas-lepas termasuklah #Twtupraya. Opss sebelum terlupa, #Twtupkaseh tu ialah twtup yang bertujuan membantu insan yang memerlukan atau dengan kata lain di mana sekumpulan warga Twitterjaya yang secara sukarela berkumpul untuk membuat kerja-kerja amal atau kebajikan. First dan 2nd #Twtupkaseh diorang dah pergi melawat ke rumah anak yatim. Dan yang kali ketiga ni ke Rumah Orang Tua Al-Ikhlas.
Actually dah lama shaye nak cari peluang macam ni tapi tak tahu macam mana nak mula. Bertuah sebab masih ada orang muda macam @AidaSue yang mampu jalankan aktiviti macam ni. Hope niat dia dalam menerapkan nilai-nilai kesedaran terhadap insan-insan yang memerlukan kepada belia muda macam kita ni tercapai. Amin.

 
@AidaSue dan @Aisyalicious
 
Okay uols, mari bercerita pasal Rumah Orang Tua Al-Ikhlas ni pulak. Berikut merupakan serba ringkas pengenalan mengenai Rumah Orang Tua Al-Ikhlas :

Pada tahun 2004 rumah ini telah ditubuhkan yang mana pada tika itu hanya menempatkan seramai 10 orang warga emas sahaja. Kini, rumah ini telah menempatkan hampir 20 orang warga emas (lelaki & perempuan) dalam lingkungan usia 60-80an. Kebanyakkan warga emas di sini adalah pesakit dari hospital-hospital kerajaan yang tiada waris dan menghidapi penyakit yang kronik. Hanya 1 @ 2 orang warga emas sahaja yang mempunyai keluarga (anak-anak yang menghantar ibubapa mereka ke sini).
Macam mana pengalaman melawat Rumah Orang Tua? Hurmmmm..opkos rasa sebak bila tengok mak abah orang lain terlantar kesunyian je kat sana. Siyes kita tak tahu apa yang tersimpan dalam hati mereka. Diluar senyum siap boleh ketawa-ketawa, tapi dalam hati? Siapa tahu? Sure diorang rindukan anak-anak kann. #kesatairmata.

 
Ada beberapa warga emas yang sempat kami beramah mesra. Yang pasti setiap dari mereka semuanya mempunyai kisah silam masing-masing. Pakcik-pakcik yang terlantar sakit kat situ, masa muda mereka semuanya kuat-kuat belaka. Berpangkat segala tapi bila dah tua, anak bini amik harta then tinggalkan kat rumah orang tua sebab dah takde siapa nak jaga. Tak semualah macam tu tapi adalah sorang dua. Kesian kann.

 
Kedatangan kami disambut gembira oleh mereka. Siyes nampak diorang happy. Ada yang macam taknak diganggu pun ada (buat-buat tidur). Tapi takpelah. Macam-macam ragam kann. Hehe. Apa yang shaye perhatikan, makin tua umur kita, sebenarnya semakin kita berperangai seperti kebudakan. Sebenarnya warga emas ni sama macam anak kecil yang sentiasa dahagakan perhatian. Kalau boleh dia nak kita di sisi dia 24 jam. Contoh yang diorang perlukan perhatian, macam bila kita pergi kat katil pakcik no 1, pakcik katil no 2 mesti pandang-pandang sambil tunggu je kita pergi kat dia. Samalah macam yang lain.

Okay jum menatap gambar-gambar yang sempat diambil pada hari tersebut.

Kemain pakcik ni buat peace terbalik. Ngeeeee!

 Tak sure lah diorang tengah buat apa masa ni. Lupa. Hehe.

Owh masa ni kitorang baru sampai kalau tak silap.

Sesi beramas mesra. Eh beramah mesra. #opppsss!


 Masa ni aktiviti karok lagu 60an. Kemain happy pakcik ni siap berjoget.


 #untunglaa makcik tu dapat kiss dari Akim AF.


 Pokok pesanan sebagai kenang-kenangan. nanti bosan-bosan pakcik makcik boleh baca. Gituuuuuu!


 Sempat bergambar dengan Mak Muji (pengasas Rumah Al-Ikhlas)


Sukarelawan dan sukarelawati yang terlibat.


Okay jom layan video #TwtupKaseh 3.0 kat Youtube pulak.


Kepada yang sudi untuk menghulurkan bantuan, boleh berhubung di alamat dan nombor phone di bawah. Sumbangan uols amatlah dialu-alukan :

Rumah Orang Tua Al-Ikhlas.
No.34, Jalan 6/27, 
Taman Putra Perdana, 
47100 Puchong, Selangor.  
Pn Muji 016-6786364.

4 comments:

cik helena said...

dah lama tak join bende2 gini..rindu nemo!

kakngah said...

alamak! sempoi la pakcik tu buat peace sekali kehkehkeh!!

nak tinggalkan link di blog mawarmerah.com tu.. kat bawah n3 tu kan ada "Leave a Reply".. haa...kat situ la..

Cik Bulat said...

sayu je melihat wajah2 warga emas di atas, sayu bila mengenangkan nasib mereka. di buang anak yang tak BERGUNA. T__T mohon dari Allah SWT kita semua tidak tergolong dari golongan mereka yang tak menghargai ibu bapa.

LubLy said...

saya dh pnh jd sukerelaaaaaaaaawaaatttii disini..
mak mmg sp0rting..
0rg-0rg tua disana amat sp0rting tp ramai yg sudah kembali ke rahmatullah..
Al-Fatihah..
Usaha-usaha 0rg-0rg mcm awk la memberi mereka semangat pd mereka utk trs hdp..
FAFAU slalu dtg ke situ..


Hye cik nem0 salam perkenalan dr lebly!

Lazada Philippines