Saturday, December 10

November yang padat berlalu pergi, selamat datang Disember.

Salam semua.

Hello I'm back! Sedih kann belog ni dah macam biskut, kejap hapdet kejap tak. Tuan belog bizi sangat ye kawan-kawan. Lagi-lagi kat opis dah tak boleh obvious online sangat sebab tak fokus time kerja. Segala aktiviti laman sosial terpaksa dihentikan time bekerja. Malam pulak dah penat, sabtu ahad? Lagilah full dengan aktiviti lain. 

Cepat betul masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk Disember kann. Terasa macam Disember lepas baru semalam berlalu. Sungguh takmo ingat Disember lalu. Oklah dah Disember means tinggal berapa bulan lagi nak kawin. Hoyeahh! Takut. T__T. Dipendekkan cerita dalam entri ni shaye selitkan segala aktiviti yang dialalui sepanjang November. 

6 November 2011 - BBQ Di Hari Raya Haji


Raya haji orang sembelih lembu segala kann? Tapi kitorang buat BBQ kat rumah. Jangan ingat buat BBQ je, ketupat rendang semua ada. Dengan mihun suplah, apelah, dengan makanan makcik shaye bawak, meriahhh sangat. Ajak sedara datang rumah, ajak #tunangkite sekali. Rasakan melantak dari pagi sampai malam.

7 November 2011 - Makan besar sempena birthday Abah


Makan sesaje kerja kitorang anak-beranak kann kann? Manalah perut ni tak membuncit. Alahai. Tapi birthday Abah punya pasal Mama nak belanja masa ni. Shaye? Ehem, shaye dah bagi hadiah special kat Abah. Yeayy! Tapi Abah tetap pakai baju hadiah orang tu bagi. Jeles sekali.

12 November 2011 - Misi survey hal kahwin-kahwin


Mengikut tarikh yang telah ditetapkan kami dah tak boleh lembab-lembab lagi nak uruskan apa yang patut. Dan disebabkan kami berkenan sangat baju kat satu butik ni, sanggup pergi booth kat Festival Pengantin kat Mid Valley. Gila nak pengsan masa ni sebab terlupa nak makan dari pagi dah tu menapak satu KL sebab terpaksa survey banyak benda. 


Gigih ni curi masa lepas balik kerja untuk setel apa yang patut. Oh sebab shaye kerja pada hari Sabtu dan wujud kekangan masa untuk join sebarang aktiviti pagi Sabtu, shaye tak dapat join #KarokWithPojie. Tapi takpelah dapat jumpa segala #retis jemputan kat luar tempat karok je.

13 November 2011 - Melawat Rumah Orang Tua Al-Ikhlas.


Penat tu penat jugak, bukan penat sket tapi penat banyaaaaaaaaaaak! Tapi tetap taknak lepaskan peluang untuk join aktiviti kemasyarakatan yang dianjur oleh warga Twitterjaya. Yang ni shaye sempat hapdet, boleh baca SINI.

19 & 20 November 2011 - Kerusus Kawen!


Alhamdulilah, dah selamat berkursus di Masjid Negara KL. Jauh tak pergi kursus? Rasakan. Haha. Feeling Nur dengan Adam macam dalam cerita Nur Kasih sangat masa ni. Korang jangan muntah darah tauu tauu. Kalau tak suka tengok gambar scroll ke bawah cepat-cepat. Ngeee!

20 November 2011 - Sempat Lagi Tengok Teater Bangsawan


Balik je kursus, terus bergegas beli tiket sebab nak tengok teater bangsawan yang dipersembahkan di Panggung Bandaraya KL. Dah alang-alang terus singgah menonton kejap. Mengantuk pon ada sebab baru lepas habis kursus kann tapi terus segar sebab nampak Dato' Jalaluddin Hassan keluar pentas. Motep? Mestilah sebab sukaaa dia berlakon!

26 November 2011 - #TeaWithPojie


Yuhuuuuuu orang ajak naik cruise rugilah taknak kann. Dah orang nak belanja, harus pergi. Tapi shaye special guest takpe takpayah tweet untuk simple CONTEST ni pon takpe kann kann. #jelingjeling sana.

Patutnya Nisa Kay dengan PutriMawar (ENTRI INI) yang dapat peluang naik sama tapi masing-masing ada hal, terpaksalah kita cari orang untuk menggantikan tempat diorang. Yelahh kan dah bayar kann rugilah. Nasiblah Iva dan husband dia #kandajebat nak join. So kitorang minum petang sambil belayar bersama-sama. Kemain kau. Belayar katanya. #tahangelak





Macam mana pengalaman? Bestlah kann. Sweet je. Actually shaye tak pernah naik benda alah ni so gayat semacam takut lemas padahal slow je pun. Perghhh! Tapi dah lama-lama dah tenang dah. Hehe.

27 November 2011 - Hari Keluarga Mendirikan Keluarga


Awal Muharam. Penghijrahan status blogger Anak Perak dan Redlinda (tak jumpa blog nak kasi link) daripada bujang dah jadi laki bini. Alhamdulilah. Sebagai rakan blogger, kenalah pergi tengok diorang kahwin. Disebakan hari tersebut ada banyak sangat slot, kitorang terpaksa gerak awal dan makanya sebelum pengantin sampai kitorang dah sampai dulu. Rasakan!



Tak pernah lagi bawak Mimi keluar sekali sejak tahun lepas. Rindu benor nak bawak anak angkat jalan-jalan. Habis kantui kat media gambar anak. Ececeh. Siapa yang tak kenal shaye semua kompius siapa budak kecik ni. 


Tengah khusyuk bagi si kecil makan, cik Hel datang mai tegur. Terkejut kite tauu tauu. Siyes lama tak jumpa cik Hel. Ehem dia bawak tunang dia tauu tauu. Sempat gak cerita pasal planning majlis dengan cik Hel.

Lokasi seterusnya, rumah kakak kitaaaaaaaa! Sejak mentunang tak pernah jumpa dia sebab bizi sangat. Sampai dia beranak-pinak baru nak pi jengah. Homai baby Syakir dah besar. Dah jadi aunty dah shaye. Masa pergi lawat baby Syakir, Mimi kann ikut sekali. Sebab kitorang semangat tengok baby, sampai satu tahap tu Mimi duduk di suatu sudut termenung sambil jeling kitorang sebab jeles sangat. Kurang kasih sayang kononnya. Kelakar. 


Lokasi seterusnya, rumah #BFF kiteeeeeeee! Tengok baby Auni pulak. Masa ni dia baru 2 minggu, lagi kecik dari baby Syakir. 


Tengok tu kemain suka. Kantui gigi rusak si Mimi. Alahai.

4 Disember 2011 - Hari Bersama Bakal Family.


Yuhuuuuu family dia kemain ngajak pergi A Famosa Melaka bercanda ria anak-beranak. So, kita enjoy!



Lepas mandi-manda singgah Nilai 3 pulak. Paham-paham sendirilah orang pergi nilai 3 tu cari apa kan. Penat sangat tapi berbaloi sebab semua aktiviti tercapai dan berjalan dengan lancar. Sekarang nak isi jadual bulan Disember pulak. #okbai.


Nak keluar dengan shaye? Nak ajak ngedate?
Sila booking sebulan awal. Sekian. 
*statement mintak lempang*

2 comments:

ZYASH said...

Same la..kita pun buta bbq time malam raya haji tu tau..

Cik Elyn said...

hamboi2. kemain bizi die erkkk! btw sabtu nie pun nak ke A Famosa jugak. Nak naik cruise tu jugakkkk :D

Lazada Philippines