Tuesday, December 27

Petua kurus. Jom diet sama-sama?!

Salam semua.

Yuhuuuuuuu! Bertemu kembali kita setelah sekian lamanya. Bosan kann tengok belog shaye. Biaselah tuan belog pemalas sangat nak hapdet. Oklah terus kepada topik serius. Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru dan shaye percaya rata-rata ramai yang pasang azam nak kurus termasuklah shaye! T__T

Apa? Shaye bukan gemuk? No no no jangan percaya. Selama ni shaye gunakan susuk untuk mengaburi mata semua je. Percaya tak? Ngeee. Oklah tak gemuk gedempol tapi ikan paus saiz XS je kann? Kannn? Shaye ni gemok uols tapi gemok tersembunyi. Faham? Yelahh ade banyak lemak-lemak tersorok kat badan ni ha. Okay tengok gambar kat bawah.


Nampak seorang budak gemok berada disamping dua budak kurus? Jangan cakap tak nampak sebab nak jaga hati okaay! Nampak tak peha kepsi kat situ? Lemak tetepu kat perut berjaya di cover sebab tahan napas masa ni. Sumpah tahan napas ye uols! Pipi tak payah cakaplah, pipi pinggan acropal okayy! Huhu! Sebelum ni lagi gemuk uols, tak percaya? Baca SINI.


Lagi-lagi dah nak kawin homai risaunyaaaa. Seksa sangat nak try baju sebab semua letak saiz patung. Macam pinggang shaye memanglah saiz patung, tapi patung bear! T__T Di sini shaye ingin replace azam tahun lepas, nak menurunkan lemak tetepu di badan demi mendapatkan saiz pinggang patung! Hehe. Jom ikut tips ni, kite cuba sama-sama tauu tauuu!

Petua Nak Kurus Mulus Halus Telus

1. Tanamkan azam dan mesti kuat semangat
Dah nak tahun baru kann? Cepat-cepat tanam azam dan mesti tetapkan hati  dengan azam tersebut. Bukan nak suruh kurus keding meleting tu, tapi dapat berat badan yang ideal pon jadilah kann? Tetapkan azam untuk menurunkan 0.5kg atau 1kg dalam seminggu. Maksudnya kena ada penimbang kat rumah. Sediakan buku nota dan catit dalam seminggu berapa berat uols untuk tengok ada perubahan ke tak.

2. Kawal pemakanan
Tamolah bila diet tu asyik nak makan je. Apa jenis diet tu kann? So, kawal pemakanan. Jangan makan makanan yang manis sangat. Diabetes naya je. Banyakkan minum air masak. Jangan minum ais kalau nak jaga perut. Dan yang paling penting banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk melancarkan pelawasan dan jaga kulit.

3. Tetapkan waktu makan.
Ingat, bila diet jangan tak makan langsung sebab bila kita tak makan metabolisme kite ni rendah. Faham tak? Maksudnya bila kite tak makan, kita kebulur. Bila kebulur, kite makan nauzubillah. Kalau boleh dengan pinggan-pinggan nak telan. Jadi elakkan. Make sure makan tetap pada waktu. Jangan lengahkan.

Contoh : 
Sarapan : Antara jam 7.00 -7.30 pagi,
Makan tengahari : 12.30 tengahari - 1.30 petang
Minum petang : 3.30 - 4.00 petang
Makan malam: 6.30 petang - 7.30 malam


4. Ambil Dalam Kuantiti Yang Sedikit
Bila tengah berdiet boleh kalau nak makan je kejenye tapi pastikan amik kuantiti yang sedikit. Macam kite gunakan psikologi, kalau nak makan gunakan pinggan yang kecik. So bila tengok nasi penuh-penuh pinggan kecik tu buat kite feeling makan nasi banyak. Kurangkan makan secara berperingkat. Jangan mengejut sebab takut perut tak dpat terima. Kena gastrik naye pulak.

5. Senaman Ringkas
Buatlah senaman ringkas. Sebab?? Bila berat badan menurun kulit yang menegang tu jadi kendur. Makanyaaa bila dah kurus mesti kita taknak ade masalah kulit menggelebeh kann? Sebab tu kena banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Agak-agak perut buncit, buat sit up ke, berenang, joging ke. Buatlah apepun asal boleh keluarkan peluh dan buat kulit kite jadi tegang semula.

6. Rehat Secukupnya
Pastikan uols dapat rehat secukupnya. Tidur dalam 6 hingga 8 jam sehari. Jangan tidur lebih pulak. Same jeee tak payah diet. Sebab itu menternak lemak namanya. Hehe. 

Oklah itu je petua kurus untuk hari ni. Lepas ni kite cuba sama-sama tauu tauuu! InsyaAllah! Good luck! :)

Jangan patah semangat!

5 comments:

Bluewendy said...

wohoho..karok2..bestnye.. jom kita kurus..oh yeaahh!..=)

Cik Bulat said...

ahaks.. disebabkan dah nak kahwin. so takleh makan. hahaha. minumlah jus dr.rozmey kesayangan cik nemo. Ahaks. amboi, bukan main patung bear dia -.0

ARC™ said...

susah...susah....

Hashira Yusoff said...

wah!! tak sabarnya nak kurus mcm awk :D Tapi susah la..dari form 5 azam nak kurus..nk kurus..x kurus2 juga! LOL

mamasyafi said...

Caiyok2. Sedikit perkongsian di blog saya tentang kurus


https://mamasyafi.wordpress.com/2013/08/22/bila-lecithin-dan-alfalfa-bergabung

Lazada Philippines