Sunday, January 30

Tips : 10 Tips Putus Cinta

Salam semua. Huhu. Baru shaye perasan nak dekat sebulan lebih, belog shaye ni ala-ala macam tengah berkabung je. Isyh. Tak patot tak patot. Malu je orang baca. Sorry kalau shaye lagi banyak meroyan daripada tulis sesuatu yang lebih berinfo sket. Sorry guys. Emosi tak berapa stabil. Asyik meroyan je. Bagi masa sket. Haha. Haisyyohh! Okeh hari ni shaye nak bagi tips. Tips seswai untuk diri shaye sendiri atau orang lain kot. Tips mengatasi kekecewaan dari putus cinta. Haaa. Hambek kau. Huhu.

1. Menangis
Menangislah. Nangis sampai kering air mata pun takpe. Sebab dengan menangis kita akan rasa lega. Tipulah putus cinta tak sedih. Kalau agak-agak hati batu tu tak nangis pun takpe. Tapi tak puas kott sebab tak rasa lega. Shaye? Hahaha. Sangat lega kott. (Sampai kering bijik mata haa)

2. Bersendirian
Ambil masa untuk bersendirian. Bukan untuk meroyan ye kawan-kawan. Untuk kita motivated diri sendiri supaya kita jadi lebih tabah dari sebelumnya. Pergi je mana-mana yang uols nak pegi sorang-sorang. Tapi jangan pergi tempat yang membahayakan pulak. Ingat-ingat la sikit. Serious, kekuatan tu akan wujud dalam diri uols.

3. Meluahkan kepada rakan terdekat
Pendam-pendam pon tak guna. Uols kena ada someone yang boleh dengar keluhan hati korang. Bukan setakat dengar je, tapi yang boleh bagi nasihat kat uols. Dan pastikan kawan yang uols luah masalah tu boleh dipercayai dan bukannya jenis kepochi. Kalau tak, cerita uols jadi gosip panas le jawabnya.

4. New branding
Yang ni kira macam dah nekad la kan nak mula hidup baru. Ubah sket cara hidup uols. Mungkin dari segi pakaian ke, ape ke, tak kesah la kan. Asalkan uols tak nampak diri uols yang lama. Buat je la apa pon, potong rambut ke, sekarang ni suka makan kuih ke, sekarang ni suka tak mandi ke. Buat pembaharuan. (Ini adalah proses melupakan)

5. Family is everything
Masa-masa macam ni family ialah segalanya. Dekat dengan family. Sebab diorang lagi faham kita macam mana pun. Hargai diorang. Percayalah bila kita dekat dengan family, kita takkan rasa sket kekosongan pun. Trust me. Buatlah aktiviti apa-apa pon. Kalau duduk dekat-dekat tapi tak menegur baik tak payah. Hehe.

6. Lupakan dia
Ada banyak cara kot nak lupakan dia. Cara paling senang pegi hantuk kepala kat dinding sampai uols hilang ingatan. Sure lupa terus. Hehe. (Jaat ko ye Nemo) Ada banyak cara. Itu terpulang kepada diri masing-masing. Ikot uols la taknak contact dia ke, nak buang barang-barang pemberian dia ke, nak buang semua gambar-gambar kenangan uols ke, nak bakar semuanya ke, terpulang kalau uols rasa buat semua tu berbaloi. Shaye? Tak perlu kot bakar-bakar. Panggang je. Haha. Takdelah, ape yang shaye buat ialah "berpaling" if ternampak dia. Macam mana? Fikir sendiri.

7. Berjimba
Tak guna meroyan terperap kat rumah. Pergilah keluar jalan-jalan hiburkan hati. Tapi jangan pergi tempat bukan-bukan pulak. Even uols dah bebas tapi tingkah laku kena jage ye kawan-kawan. Hehe. Ajaklah kawan-kawan pergi bersuka ria sama-sama. Tak la bosan keluar sorang-sorang kan. Pegi shopping, tengok wayang ke, karaoke keh, syioook tu. Hehe.

8. Sibukkan diri
Sila sibukkan diri anda. Jangan menong-menong fikirkan masalah tu. Kalau yang takde kerja tu, pergi cari kerja. Buat je la apa-apa aktiviti sekalipun. Jangan berdiam diri saja. Kalau tak, perasaan sunyi tu tiba-tiba wujud tanpa dijemput. Benchi.

9. Berdoa
Jangan pernah berhenti berdoa supaya diri jadi lebih tabah. Doa yang terbaik je. Dan jangan pulak busuk hati doa yang bukan-bukan kepada ex uols tu. Tak baik berdendam. Sentiasa percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya. Mungkin kita tak nampak hari ni, tapi esok lusa siapa tahu kan?

10. Cari pasangan baru
Tips paling mudah. Pergilah cari pasangan baru. Haha. Siot je kan. Tapi pastikan hati uols betul-betul dah sembuh. Jangan pulak cari pasangan lain semata-mata nak balas dendam atau jadi tempat pengganti sunyi. Kesian nanti orang lain jadi mangsa. Cinta tak boleh dipaksa. Dia akan datang sendiri. For me? Tak ready lagi kott. Malas. Kerja lagi bagos.


Akhir kata.



I'm Single. And I'm Ok !

Thursday, January 27

Kepada si sayang.



Sayang,
Minggu ni kak Iya tak balik. Malas.
Banyak benda nak buat kat sini.
Jangan nakal-nakal.
Miss you, sayang.


Love,
Kak Iya.

Tuesday, January 25

Kerja Kerja Kerjaan !

Salam semua. Selamat malam. Daripada shaye meroyan bosan kat rumah, better updated belog kan kan? Hehe. Okeh hari-hari shaye duduk cerita pasal praktikal shaye kan? Kan? Cerita saja pon tak besh. Jum shaye bawak korang pergi tempat kerja shaye. Yuk ! Start kerja jam 9 am. So pagi-pagi tu kite boleh berleka-leka ye. Haha.



Kenalkan. Sebelah shaye tu dua-dua nama Niza. Hehe.



Eh eh, tup tup dah sampai dah ! Haha. Takkan dalam taxi pong nak amek gambar kan kan?



Nak bekerja haruslah senyum sentiasa ! Jangan stress even ada kerja-kerja bakal menanti kat ofis. Hehe. Semangat !



Sempat lagi melepak kat luar ni. Ofis tak bukak lagi. Kena la tunggu kat luar. Sangat semangat kan kitorang?



Bila ofis dah boleh bukak, kita serbu ofis dengan sangat semangat.



Kunon-kunon je ni. Hehe.



Okeh-okeh cukup amek gambar. Shaye nak start buat kerja !

Monday, January 24

Cukuplah.



Jangan pernah muncul dalam hidup aku lagi.
Luka ini terlampau dalam.
Biar masa yang menyembuhkannya.


*Shaye perlukan pari-pari shaye sekarang.

Sunday, January 23

Bila sebut balik, boringnyaaa !

Bila tiba masa nak balik. Alahai. Lemahnye la. Japgi shaye nak balik rumah sewa dah. Bosan gila. Tak suke tak suke tak suke ! Jap lagi confirm kena pelok-pelok dengan mat bangla dulu sebelum balik. Korang tengoklah betapa penohnya komuter ni. Benchi benchi benchi.


Macam ni takde harapan nak naik oh. Penoh !




Tiba-tiba rasa macam taknak balik. Boleh???


Kau taknak kerja ke Nemo???!

Saturday, January 22

Di mana pelangi?


Bila kabus, hujan, ribut menyelubungi diri.
Aku harap pelangi akan muncul suatu hari nanti.


*Kembalikan senyuman yang lahir dari hatiku.


Friday, January 21

Merawat luka terpendam.

Esok adalah hari bersama pari-pari kecilku. Mahu spent time bersamanya. Takmo keluar. Nak melekat kat rumah. Takpon bawak si pari-pari jalan-jalan. Lama kott tak keluar dengan dia. Huhu. Asyik merajuk je sebab shaye kurang bagi perhatian kat dia. Maaf sayang. Esok ya.

Semoga hari esok lebih ceria dari hari ini.

Thursday, January 20

Hari ni Taipusam, Shaye tade mood nak bekerja !



Salam semua. Moning ! Selamba kan updated belog time kerja. Haha. Seronok! Bos pegi makan, so shaye amek kesempatan la updated belog. Kejap je pon, jap lagi shaye sambung balik buat kerja shaye. Huhu. Bos dah bagi satu projek kat shaye untuk shaye handle. Huhu. Semoga semuanya berjalan lancar hendakNya.



Hari ni Taipusam, patutnya orang cuti. Tapi kat opis ni kerja. Tak mengapa. Sebab hari ni tak cuti, dia bagi esok cuti. Kalau nak sambut Taipusam tu, boleh sambut esok aje. Hehe. So, as usual la kan shaye akan pulang ke rumah hari ni. Duduk sini pon bukan ada apa. Better shaye pulang jumpa kesayanganku.

Pari-pari kecilku dah merindu. Hari-hari Mama akan dailkan nombor shaye untuk dia bercakap dengan shaye. Even shaye tak faham apa yang dia nak cakap, sekurang-kurangnya terubat hati ini. Rindduuuuuuu. *Tiba-tiba bergenang. Apehal? Haha.

Okeh lah, bos dah habis makan. Later ya ! (Cepat-cepat cover line)

Wednesday, January 19

Buat kawan-kawan.



Dont worry, I'm ok. I'm always ok. Semuanya cun saja !


Biarkan dia bahagia.

Monday, January 17

Kebahagiaan Dalam Perpisahan di Wetland. (Tajuk nak macam nama lagu la pulak kan)

Salam semua. Selamat malam. Sebelum apa-apa shaye nak bagitahu ini adalah entri bergambar. Mungkin uols bosan tengok entri-entri sedih shaye, so malam ni shaye tulis something yang menggembirakan sket. Sket la kan. Actually shaye nak updated pasal entri tadi. Alaaa yang shaye cakap hajat tercapai tu. Dalam entri INI.


Thanks banyak-banyak kepada yang sudi bawak shaye pegi sana. Memang teringin gila nak pegi. Actually kitorang salah pegi tempat. Nak pegi Putrajaya, tapi tiba-tiba sampai Sepang. Boleh? Hehe. Layan je lah. Tujuan utama nak pegi naik basikal, hapuskan lemak-lemak di peha. Tercapai pon dah kira bersyukur.


Paya Indah Wetland. First time dengar. First time jugak sampai sini. Boleh tahan tempat ni. Macam takde banyak benda tapi kalau nak tenangkan fikiran tu seswai sangatlah. Sebab ianya jauh dari orang. Dan sunyi. Rasa tenang je nak lepak-lepak sini. Kalau pegi dari pagi memang ada banyak aktiviti kite boleh join. Nak memancing pon boleh, nak kayuh basikal boleh, nak poco-poco boleh. Tengok haiwan boleh. Macam-macamlah. Cuma nak cari jalan ke sana macam susah. (Kitorang sesat sebab signboard dia entah apa-apa). Okeh jom layan gambar !



Masa pilih basikal, shaye nak yang kaler putih tu. Tapi tak jadi sebab shaye kan ‘tinggi’.Atas sebab-sebab tertentu kena naik basikal biru. Benchi okeh. Huhu. Itu muka senyum terpaksa kena naik basikal biru.


Standby! Ke garisan! Go! Haha. Excited la kunon muka masing-masing sebab dapat basikal sorang satu. Ini baru nak start muka memang la ceria. Sebenarnya sempot okeh !


Basikalku ‘laju’. Sebab tu asyik kena tinggal kat belakang je. Haha. Ini muka semangat naik basikal. Masa ni peha dah mula kejang-kejang. (Nampak sangat gemoknya)



Tengah kayuh-kayuh basikal, nampak sesuatu.

Nemo: Eh, apa tu???

Amru: Buayalah!

Nemo: BUAYA???! Oh ini la BUAYA? (muka tak boleh blah)

Amru: Itu buaya darat, ini buaya tasik. Haha.

Nemo: Okeh. (usha buaya dengan takott-takott)




Okeh, sambung balik naik basikal. Buaya tu tak buat apa pon. Tido je boring shaye tengok. Gambar kat atas, haruslah shaye di belakang sekali sebab gemok oh. Tak boleh kayoh laju-laju.


See?? Budak gemok ni dah surender. Naik bukit tak boleh kayoh. Kaki gigil-gigil. Hahahaha. Kelakar gila. Serious gigil beb. Naik bukit kena turun sorong basikal jap.


Masa main-main basikal, nampak pakcik-pakcik hensem ni tengah menari poco-poco. Macam best. Pakcik-pakcik kau nampak, kakak-kakak kau tak nampak ye Era? Haha. Lama jugak kitorang berhenti dan usha pakcik-pakcik, kakak-kakak tu joget. (Hafal step la konon)



Okeh, kantoi. Bukan setakat usha je. Entah macam mana tiba-tiba kitorang pon terjoget jugak.Maluuuuuuu.. Haha. Step memang terabor. Shaye bukan penari handalan, nak joget ikot step apa semua. Btw, enjoy kat sini. Pakcik-pakcik situ sporting !



Masa bersuka ria dah tamat, shaye nak tenangkan diri. Duduk sini seswai untuk melayan perasaan. Tenang sangat-sangat. Takde siapa dapat jumpa kau. Takde siapa ganggu kau. Asal jangan buaya tadi sesat kat tasik ni dah la. Mahu kena ngaaaaap! Bahayes.


Budak gemok yang meneruskan single life beliau.


Tema basikal kami ialah blue blue blue. Tapi basikal shaye tempat duduk dia paling ‘tinggi’ kott. Haha. Ini berhenti surau jap. Tunaikan tanggungjawab kepadaNya.


Sebelum balik, amek gamba kenang-kenangan sama-sama. Sorry sebab susahkan korang. Maklumlah, dulu keluar berempat. Sekarang tidak lagi. Semuanya tinggal kenangan. Agak janggal sebab rasa macam something yang kurang. Tapi layan je lah. Konon-konon nak bawak Mimi sekali tapi macam susah pulak nak naik basikal lagi ape semua.



Me, Elin, Amru.


Thanks korang sebab bawak shaye pegi jalan-jalan dan tunaikan hajat yang tak kesampaian dulu. Kalau ada peluang, nanti kita jumpa lagi okeh. Even shaye sudah terputus hubungan dengan salah sorang dari korang, tapi tak salah kan kalau kita semua masih berkawan? Semoga korang bahagia selalu. Kepercayaan, kesetiaan, menghargai antara satu sama lain tu sangat penting dalam perhubungan. Kawen nanti jangan lupa jemput.

Oi Oi Nemo, kau kata nak buat entri happy-happy. Ini macam sedih-sedih. Apa-apapun shaye happy masa tu. Dan shaye sangat bersyukur kerana shaye yakin ada hikmahNya dengan setiap perkara yang dah berlaku. Rasa macam nak pegi lagi oh. Siapa-siapa nak pegi Wetlands dengan shaye tak? Jom?!

Lazada Philippines