Friday, February 25

Berpjamas Party di opis !



Hahaha. Gila. But we have fun together!

*Nanti shaye upload gambar lagik okeh. Tak sempat transfer lagik.

Thursday, February 24

Sewaktu Blogger Lain Pergi Tengok Pelancaran Movie Ratu, Shaye Membawa Hati Pergi Teater Muzikal "Terima Kasih Cinta"

Salam semua. Tajuk je pun dah bernada jeles kan? Kan? Hahaha. Kelmarin dorang-dorang ni pergi berjimba kat eCurve untuk pelancaran Ratu The Movie. Oh jeles. Tapi jeles shaye diobati dengan pergi menonton teater muzikal "Terima Kasih Cinta". Suke suke suke. First time kott pegi tengok teater. Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya jam 8.30pm. Kalau uols berminat nak tonton pada hari lain boleh refer jadual persembahan kat SINI :

Sinopsis teater muzikal "Terima Kasih Cinta"

Mengisahkan 5 kisah cinta yang penuh dengan kasih sayang dan pengorbanan.

Kisah bermula dengan Haris yang merupakan seorang suami yang setia dan seorang ayah penyayang. Keluarganya sangat beerti bagi dirinya namun kebahagiaan itu mula runtuh dan berantakan. Adakah dia mampu untuk menyelamatkan kebahagiaan keluarganya yang kian jauh menghilang.

Cerita seterusnya menyajikan Rubiah seorang wanita yang berjiwa kental tetapi kesepian. Dia menemui cinta dengan seorang pesara guru,tapi kehidupannya dengan cinta baru ini sangat menguji kesabaran dan ketahan jiwanya. Mampukah dia untuk menghadapi semua itu dengan kekuatan yang ada.

Azlan, seorang penerbit majalah yang kaya dan berjaya, memiliki segalanya yang diidamkan setiap manusia. Namun, ia masih merasa sesuatu yang kurang dalam hidupnya. Apakah mengejar kesempurnaan dan keutuhan membantunya mengungkap kunci menuju kebahagiaan?

Dyan adalah kakak yang bertanggung jawab dan hanya menginginkan yang terbaik untuk adiknya. Tapi Dhani benci campur tangan Dyan dalam hidupnya. Tapi terjadi yang bakal Dyan hadapi akan merubah segalanya dan masa depan adiknya.

Arianna dalam usaha untuk mencari kekasih yang dicintai. Sepanjang perjalanan, dia bertemu Taufiq, lelaki pemalu dan baik hati, yang membantunya mencari kekasihnya yang berada di kota. Tapi seperti kesukaran dan kepayahan mencari dan mendapatkan semula kekasihnya, dia semakin sedar bahawa apa yang dia cari adalah tepat di depan matanya?

Kelima cerita yang terlibat di dalam Terima Kasih Cinta ini saling jalin-menjalin antara satu sama lain untuk menunjukkan kekuatan dan keajaiban cinta.





Antara pelakon popular yang terlibat terdiri daripada Latif Ibrahim, Safura, Diddy, Tony Eusoff, Norish Karman, Vince, Farahdhiya, Deja Moss, Anding dan Shajiry Damery. Lakonan dorang memang mantop!


See? Dapat autograf dorang. Siyesly malu gila kott nak mintak. Hahaha. Lagi-lagi masa mintak kat Anding. Nasib le kawan shaye temankan. Kalau tak, pengsan. Boleh? Wooot woot! Nak amik gambar dengan diorang, tapi disebabkan shaye sorang-sorang, malu gila kott. Tengok dari jauh sambil buat muka ego pon cukop. Dats why la tak banyak gambar nak bagi korang tengok. Hahaha.


Okeh, komen shaye pasal teater muzikal ni. Disebabkan jalan cerita pun kita dah boleh agak kerana cerita ni kan diadaptasi dari filem Cinta, dengan adanya pelakon-pelakon mantop ni shaye rase teater ni best. Semuanya sangat menjiwai watak dan suara diorang memang best! Mantop! Keseluruhannya, BEST.


Kepada siapa-siapa yang berminat, masih lagi boleh menonton. Korang boleh beli tiket kat SINI.

Wednesday, February 23

Terima Kasih Cinta


Itu dia muka excited. Baru balik dari tengok teater. Finally. Tercapai ! Cerita pergi tengok teater bakal menyusul kemudian. Thanks to my friend kerana telah membuat suprised pegi belanja tengok teater cerita "Terima Kasih Cinta". Balik-balik lapar, thanks to incik Santa pulak sebab ada tinggalkan sedikit pizza untuk shaye. Haha. Seronok sakan eh korang berjalan malam ni. Rezeki budak rumah. Sorry tak dapat join. Shaye ada deting. Deting dengan perempuan jangan risau. Hehe. Sambung story esok-esok, mengantuk gila. Malam ni nak mimpi Anding. Auuummm!


*Dapat tengok Anding AF depan-depan. Oh pengsan. Jap jap. Sejak bila aku minat Anding ni? Wakakaka!


__Terima Kasih Cinta__

Monday, February 21

Pelukis Jalanan atau Pelukis Batik?

Salam semua. Moning everybody! Okeh sambung cerita hari minggu semalam. Selepas operasi menyelamatkan kucing, keesokkan paginya kami ada agenda lain, iaitu mencanting batik. Yeaaaaaahhh! I loikeeee. Pagi-pagi buta dah gerak ke "Terengganu". Suke suke suke! Sampai-sampai memang ramai orang kat situ. Happening oh. Hilang stress.

Sampai-sampai dengar penerangan tuan kedai tu dulu. Yelah, nak menconteng canting batik ni ada banyak prosesnya. Bukan pakai conteng je. Haha. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai batik boleh refer SINI. Batik ni merupakan kraftangan yang paling best hebat tau. Mana-mana pegi mesti jumpa batik. So, jangan sesekali abaikan seni yang takkan luput dek zaman ni. Okey, jum layan gambar jum.



Okey, yang kitorang buat ni adalah Batik Conteng, di mana ia menggunakan alat canting untuk lukis corak batik atau sebagainya dengan lilin panas. Itu yang berbaris tu lah alat canting. Kalau nak lakar pakai pensel dulu pon takpe kalau agak-agak tak pro. Dan sila berhati-hati dengan lilin panas tu ye. Bahayes. Sebab tu benda ni dia tak ajar untuk budak-budak sekolah. Bahayes.



Yeaaahhh! Dah selesai mencanting. See? Yes yes yes!



Itu shaye punya. Nampak nama tu? Hehe. Okey seterusnya ialah proses mewarna. Ini shaye suke. Hehe. Mari mewarna !



Muka bangga. Hahaha.



Tengah fikir kaler apa yang seswai.



Yeaaaahhh Sehati sejiwa mewarna.



Penat keh? Hahaha.



Yeaaaahh! Dah ramai pengunjung, makin semangat ni. (sambil melukis sambil cuci mata)



Jeles tengok orang sebelah punya lukisan lawa. Dia melukis dengan penuh rasa cinta memang lawalah jadinya. Shaye? Hahaha. Melukis dengan penuh rasa benchi. Boleh? Hahaha.



Yang ni lukisan kedua. Tengah touch up.



Yang ni belum touch up lagi ni.



Bergamba je lebih.



Yeahhh. Sebab taknak kena tinggal dengan kakak shaye, shaye memerlukan bantuan cik Niza untuk menyiapkan lukisan kedua.



Antara peserta yang terlibat. Semua dengan lukisan masing-masing.



Lukisan pertama shaye dah siap tu. Niza sedang bantu shaye menyiapkan lukisan kedua.



Okeh ini hasil lukisan dari sis Natasha dan abang Wan.





Ini adalah hasil dari lukisan shaye. Ada sape nak beli? Hahaha. Yeaaaahhh!





Hasil dari lukisan Niza. Lawa kan? Dalam hati ada taman. Maklomlah.



Haaaa, yang ni hasil dari shaye dan Niza. Lawa kan? Hahaha



Bergambar kenang-kenangan dengan lukisan orang lain. Pakcik baju hitam tu memang mengikuti perkembangan lukisan kami sebab dari mula sampai siap dia tengok. (Ini tengah jemur lukisan-lukisan)



Shaye juga nak mengabadikan kenangan kat sini. Hehe.



Hehe. Itu dia. Hasil seni kami semua. Syioook oh. Rasa tenang sepanjang hari tu. Happening tapi sangat santai. Kitorang terpaksa meninggalkan lukisan tersebut untuk proses seterusnya. Antara proses yang akan dibuat lepas tu ialah proses mematikan warna, dibasuh dan direbus dengan bahan-bahan tertentu. Last sekali proses menjemur dan menggosok. Okey, proses-proses tu kita biarkan tuan kedai uruskan. Minggu depan boleh amek hasil lukisan tersebut. Yeahhh!

*Hari minggu yang menyenangkan.

Sunday, February 20

Shaye dah mula sukakan dia.

Salam semua. Wazzup! Sorry lah bizi skett tak selalu updated sangat. Minggu ni adalah minggu berjimba. Seronok. Thanks kepada semua yang sudi meluangkan masa. Shaye malas nak balik minggu ni sebab nak seronok-seronok kat sini. Mimi sayang, sabar skett okey? Nanti kak Iya pulang. Minggu ni pegi "Terengganu" untuk mencanting batik. Seriously best gilak. Nanti shaye updated cerita pasal pegi mencanting batik.


Berbalik kepada tajuk. Ehem. Shaye sedang dilamun cinta. Hahaha. Pecaye? Tak payah la pecaye. Shaye sudah mula sukakan si Yoshi ni. Sangat cute. Yoshi ni adalah milik kakak shaye. Baru je shaye jumpa dia dua,tiga minggu lepas. Masa tu Yoshi kecik lagi. Ni shaye datang rumah kakak shaye lagi, dia dah besar panjang. Omaigod. Sangat gebu.


"Psssstt Nemo, bukan kau takut kucing ke?" Hahaha. Shaye takut kucing jalanan saja. Kucing pegi klinik ni shaye tak takut dah. Sebab diorang sangat-sangatlah manja. Kelmarin shaye pergi ikot kakak shaye selamatkan anak-anak kucing yang sakit mata. Omaigod, kesian sangat. Mata anak kucing tu macam dah nak tersembul. Takut dan kesian sangat.


Masa shaye pergi rumah "kakak penyelamat kucing", omaigod rumah dia ada lebih 20 lebih ekor kucing. Feel masa mula-mula masuk rumah. Gilak! Banyaknye kucing. Dan shaye dikerumuni kucing-kucing. Korang bayangkan "ikan Nemo" dikerumuni kucing? Hahaha. Takott okeh. Tapi nasib baik, kucing-kucing tu semua dengar kata.


Dan masa "kakak penyelamat kucing" tu cuba selamatkan anak kucing yang dah lemah tak berdaya tu, tiba-tiba hati shaye tersentuh tengok kesungguhan diorang nak selamatkan anak kucing yang mungkin dah buta. Cara dia layan anak kucing tu (macam seorang ibu), anak-anak kucing yang sangat kelaparan, kucing-kucing lain yang cuba nak tolong anak-anak kucing tu (jilat-jilat badan anak kucing). Dalam hati, omaigod. Apa semua ni? Kucing je kan?


Baru shaye sedar dan terfikir. Kucing pun makhluk Tuhan juga. Sedih dan terharu kau sorang-sorang kat situ. So, sekarang ni shaye dah tak takut kucing lagi Yes yes yes! (tapi mungkin tak takot kucing kakak shaye saje sebab kucing-kucing beliau sangat manja dan gebu)


Nemo dan Yoshi.


Yoshi sibuk nak temankan shaye mengadap lappy.


Senyum Yoshi ! Ramai nak kenal awak ni !

Okey, itu saja. Bai bai.


Wednesday, February 16

Cik Nemo Bersiaran langsung dari Curve !

Salam semua. Haha. Ini baru namanya live blogging. Suke suke suke. So, let's take a picture! Camera handphone takde sebab batery kong. So, amek pakai camera lappy je. Hahaha. Now kat Curve, balik kerja terus lari pegi sini. Buhsan. Layan gambar. Kami di Starbucks. Jum!









Bai bai ! Nak berfoyes !

Tuesday, February 15

Semoga Kau Berbahagia, Sayang.

Salam semua. Good nite! Are you okay? Macam mana pagi tadi pergi berarak tak? Hehe. Shaye bangun lambat oh. Malam tadi berfoyes tak hingat balik kul 3am. *Apa kau buat malam Valentine keluar sampai 3am? Haha. Bangun pagi kena bebel dengan Mama. Haha. Sorry Mama. Yang penting Mama tahu mana shaye pegi. Next time tak buat lagi. Sorry juga kepada uols yang cuba menghubungi shaye tapi tak dapat. Maaf. Shaye berhibernasi. Tido sepanjang hari. Okeh, berbalik kepada tajuk.


Sebelum story jadi basi, meh shaye story cepat-cepat. Minggu lepas adalah hari berbahagia kawan shaye sorang ni. Alhamdulilah, dia dah selamat pun jadi bini orang. Semoga bahagia la hendaknya. Takmo gado-gado lagi. *Kalau tak shaye jugak jadi Dr.Love dia.


Perjalanan ke Sungkai,Perak mengambil masa sejam lebih. Happy sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Thanks juga kepada semua sebab memahami shaye. Yelah, shaye tahu korang nak tanya soalan cepumas kat shaye tapi nasib baik korang hormat shaye untuk tidak mengingatkan shaye apa-apa mengenai perkara lepas. Dah. Dah. Mari layan gambar !



Shaye tahu, shaye ayu masa ni. Haha.


Tangkap gambar dengan pengantin perempuan.


Ex-classmate.


My bestfren dengan husband. Maceh uols!


Julina. Nak langsung bulan 12 ni InsyaAllah.


Mereka.


Semoga bahagia ke akhirnya.


Ucapan budak-budak ni untuk pengantin.


Cuba cari mana satu ucapan cik Nemo untuk pengantin. Paling simple tapi sangat bermakna. *Jahat.


Yes?


Suka ke nangis ni? Haha.


Sempat lagi.


Lama tak jumpa dorang ni. Rinduuuuuuuuuu.


Posing kejap.


Eeeee...pengantin amek gambar macam ni, shaye pulak yang malu. Haha.


Tiba-tiba rase sebak. Haha.

Suke suke suke!

Geng!


Jejaka ex-classmate.

Ok, itu saja. Ini entri bergambar namanya. Semoga pengantin bahagia ke akhirnya. Bai Bai !
Lazada Philippines