Thursday, March 31

Entri Bergambar : Di Sebalik Pelancaran Flexiroam! !

Salam semua. Entri ni adalah entri sambungan daripada entri sebelum ni. Shaye udah bilang kan semalam adalah hari pelancaran untuk produk Flexiroam. Bertempat di PJ Trade Centre, bermula jam 2.30pm kitorang dah terpacak kat situ untuk turut serta menjayakan majlis. Ramai gila press datang nak buat liputan, uols boleh tengok gambar yang elok-elok sket kat SINI. Nak baca cerita lebih lanjut boleh klik SINI dan SINI.


Asyik gambar bos je masuk paper semua kan? Haha. Takpe-takpe, jom tengok gambar-gambar dari Team Flexiroam pulak. Nak tompang glamer jugak la kononnya. Takdelah, nak abadikan kenangan-kenangan ni dalam belog, nanti boleh tunjuk kat anak cucu bila tua nanti. Tinggi cita-cita tuh. Hahaha. Okeh, dah nama pon entri bergambar, sila tatap gambar.


Bolat gila muka pakai selendang macam ni. Tapi chumel tak? Pasan! Hamek. Hahaha. Ha yang ni masa kat opis siapkan apa yang patut. Kena pastikan takde apa yang tertinggal, kang kat sana kelam kabut pulak.


Duduk dalam opis pon ada hati nak bergambar lagi.


Okeh, kami dah sampai ke tempat tersebut.


Yang itu Nicholas, dia bahagian marketing.


Yang ni untuk simpanan press yang datang.


Kerja kitorang senyum-senyum je kat mana-mana orang handsome. Nicholas yang ajar okeh. Jangan salahkan kami. Hahaha. Takdelah, keje kitorang dalam opis je sebenarnya. Pening-pening kepala diorang buat coding, kering-kering idea shaye buat design so datang sini kasi senyum aje lah. Konon keje dah siap. Pas ni buat report la kau, Nemo.


Bila nak senyum kat orang, orang pon tak sampai lagi kitorang amek gambar sebanyak mungkin. Yes yes yes !


Ramai oh yang datang. Duduk luar aje lah kan.


Itu pon ramai lagi yang belom datang tu.


Register first.


Kami budak-budak intern di situ. Hehe.


Oh tengah PC.


Kitorang? Snap lagi, posing sana. Posing sini !


Candid time!


Bajet press tu nak amek gambar kitorang le kononnya.


Eh? Ada lah. Jangan perasan, itu programmer. Part time photographer juga. Hehe.


Bergedik santai kau kitorang kat situ.


Si kecik molek tu supervisor shaye. Cantik kan? Shaye suka.


Ini sound system punya orang ke siapa entah.


Akhir kata, mari Sign Up Flexiroam beramai-ramai!

Selalu pergi oversea? Ada boyfriend/ girlfriend duduk oversea?

Salam semua. Selamat tengah hari. Psssstttt! Selalu pergi oversea? Selalu? Kalau selalu, selalu tak buat call? Tak? Risaukan bil melambung bila uols balik dari oversea? Dats why selalunya bila kawan-kawan shaye berada di luar negara untuk satu tempoh, shaye takkan dapat hubungi diorang. Sebab? Risaukan bil melambung-lambung bila dah balik Malaysia ni. Hmmmm. Kini tidak lagi ye kawan-kawan.


Dengan Flexiroam, uols boleh menerima dan membuat panggilan tanpa had hanya dengan RM10 sehari! Flexiroam juga adalah yang pertama yang menyediakan kemudahan membuat panggilan ke luar negara tanpa menukar nombor asal. Setakat ni, Flexiroam boleh digunakan di 15 negara termasuk China, Australia, New Zealand, dan UK. Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi? Jom sign up untuk Flexiroam kalau berminat.


Antara kelebihan Flexiroam ialah dah tentunya ini adalah cara terbaik untk berjimat apabila membuat panggilan ke luar atau mendapat pangillan dari luar negara. Hanya serendah RM10 sehari dan RM2.75 sehari untuk korporat (ikut terma dan syarat). Dan yang paling penting, ia tak memerlukan kita untuk tukar nombor yang asal. Yelah, leceh kan bila dah kat oversea pakai nombor baru lepas tu kena bagitahu kat kawan-kawan lain yang itu nombor baru uols. Isyh.


Macam mana nak buat? Senang je. Sebelum berlepas ke luar negara, uols perlu aktifkan Flexiroam dengan dengan hantar SMS ke Flexiroam sebelum berlepas. Then, lepas tiba ke negara destinasi, uols perlu beli simcard baru, maksudnya simcard di negara tersebut then daftarkan ke Flexiroam. Bila dah buat pengesahan, terus boleh buat panggilan. Uols dah termasuk di bawah servis Flexiroam. Mudah kan? Kalau tak faham, boleh refer SINI.


So, kepada sesiapa yang ada boyfriend atau girlfriend yang duduk kat oversea tu pon boleh guna Flexiroam. Serius murah. Cubalah uols calculate berapa banyak yang uols guna untuk gayut dan bandingkan dengan Flexiroam? Hehe. Setakat ni kebanyakannya menggunakan Skype, tapi bila dah orang Malaysia sendiri yang buat benda ni, takmo support ke? Hehe. Lagipon Flexiroam tak perlu nak online-online bagai untuk buat call. Guna simcard je dan yang paling penting mesti ada telefon. Faham? Ececeh!


Sekarang takkan ada lagi masalah untuk berhubungan dengan orang jauh, kurang kasih sayang ke hape sebab uols boleh buat call dan terima panggilan tanpa had. Yelah kan, kalau nak guna caj roaming biasa, memang sangat mahal la kan. Nak borak pon kena cakap laju-laju takpun cakap point-point penting je. Silap-silap kena tulis dulu atas kertas pastu baru buat panggilan. Taknak kena shocking bill punya pasal.


So, kami dari Team Flexiroam nak ajak uols ramai-ramai gunakan Flexiroam ni. Yang pertama di Malaysia. Actually Flexiroam ni baru je launching semalam. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Flexiroam ni, boleh pergi ke web FLEXIROAM. Boleh like di Facebook, dan boleh follow di Twitter. Nak baca belog Flexiroam kat SINI.


Apa yang shaye buat kat sana sorang-sorang? Try guna Flexiroam keh? Eh eh, pasal launching semalam dah start masuk paper. Boleh baca SINI. Haha. Okey, jom tengok video dari Flexiroam kat bawah ni sebagai penutup. Sekian terima kasih.


"Now not everyone can fly, but everyone can roam"


Happy Roaming !



*Gambar takde kena mengena sebenarnya. Tapi asal kitorang pakai baju Flexiroam, okeh la kan? Nantikan update seterusnya!

Wednesday, March 30

Doa dan Harapan

"Mudah-mudaham ada jodoh yang berpanjangan, makcik restu"
"Makcik nakkan kasih sayang anak menantu dan kemesraan kita sebagai satu keluarga bahagia"
"Makcik nak kita boleh jadi satu keluarga besar yang saling faham memahami dan bertolak ansur"


Trooooooooooooooooooot Troooooooooooooooooot Troooooooooooooot !
(membuat panggilan)


N: Hello Mama.
M: Ye?
N: Betul ke bercinta lepas kahwin lebih bermakna?
M: InsyaAllah..... bercinta lepas kahwin lagi bahagia.
N: Ok Mama. Thanks. :')


P/s:Itu bukan gambar tangan shaye dengan pakwe ke hape, itu gambar tangan shaye dan adik angkat. Hehe.

Tuesday, March 29

Who cares? I Think I Wanna Marry You!


Bruno Mars - Marry You

It's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Well I know this little chapel on the boulevard we can go,
No one will know,
Come on girl.
Who cares if we're trashed got a pocket full of cash we can blow,
Shots of patron,
And it's on girl.

Don't say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we'll go, go, go, go-go.
If you're ready, like I'm ready.

Cause it's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

I'll go get a ring let the choir bells sing like oooh,
So whatcha wanna do?
Let's just run girl.
If we wake up and you wanna break up that's cool.
No, I won't blame you;
It was fun girl.

Don't say no, no, no, no-no;
Just say yeah, yeah, yeah, yeah-yeah;
And we'll go, go, go, go-go.
If you're ready, like I'm ready.

Cause it's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Just say I do,
Tell me right now baby,
Tell me right now baby. x2

Cause it's a beautiful night,
We're looking for something dumb to do.
Hey baby,
I think I wanna marry you.

Is it the look in your eyes,
Or is it this dancing juice?
Who cares baby,
I think I wanna marry you.

Thursday, March 24

Pembaca No 1 Belog Cik Nemo


Salam semua. Good morning. Macam mana hari ni? Sihat? Semalam shaye sakit perut oh. Isyh3. Actually takde mende pon nak di update. Aktiviti minggu lepas shaye dah cerita kat uols. Hehe. Pagi ni shaye nak bercerita mengenai pembaca no 1. Pembaca no 1 ape? Pembaca no 1 belog cik Nemo.


Ye, shaye tahu belog shaye adalah belog 50 sen. Nak dibandingkan dengan belog-belog hebat kat luar sana memang belog ni tak dapat nak kejar la kan? Haha. Btw, shaye menulis bukan sebab duit semata. Tapi sebab minat. Shaye suka menulis tak kira la kat mana pon. Belog, diari, nota ke hape ke semua shaye bedal saja. Sebab shaye bukan seseorang yang pandai berkata-kata. Jadi semua tu shaye luahkan dalam penulisan. Lagi satu, shaye pelupa. Sebab tu kena tulis untuk ingat satu perkara. Cett.


Apa yang shaye tahu, pembaca belog shaye adalah orang-orang yang rapat dengan shaye. Takpun siapa-siapa yang sedang mengenali shaye. Sebab shaye tulis mengenai diri shaye di belog, jadi uols boleh kenal shaye lebih dekat melalui belog. Apa-apapun shaye nak ucap terima kasih banyak kalau belog cik Nemo jadi belog tatapan harian uols. Haha. Sorry sebab kadang-kadang dengan belog ni shaye boleh melukakan hati uols. Yelah manalah tahu shaye ada terkasar bahasa ke hape ke. Tak suka ke hape ke, buat uols menyampah ke kan? Mintak maaf banyak-banyak okeh.


Tak kesahlah apa niat uols baca belog shaye hari-hari, shaye nak ucap thanks a lot. Yelah mana tahu kan? Ada yang baca sebab suka, ada yang baca sebab nak stalk, ada yang baca sebab nak tahu pasal shaye, ada yang baca sebab rindu shaye, boleh? Hahaha. Yelah, yang merindu tu pastinya Mama shaye. Takde apa yang nak diselindungkan pon, Mama okey je. Hari-hari dia baca belog shaye.


Apapun ada someone yang memang betul-betul pembaca no 1 belog cik Nemo ni. Setiap hari, setiap masa dia akan sentiasa bukak belog ni dan baca, baca dan baca. Ulang-ulang kali pon tak mengapa. Gila tak? Even dia dah tahu apa isi kandungan yang dia dah baca, tapi dia still akan baca berulang-ulang kali. Nak tahu siapa? Nah gambar dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


Eh? Eh? Laaa...Cik Nemo sendiri rupanya. Hehe. If uols bukanlah pembaca no 1 shaye, shaye sendiri adalah pembaca no 1 belog shaye. Siapa lagi kan? Takkan le nak paksa-paksa orang jadi pembaca no 1 shaye. Kepada siapa-siapa yang rasa dia pembaca no 1 belog cik Nemo meh mengaku cepat meh. Demm! Perasan! Haha.

Mencantas, Mencaras, Merampas !

Salam semua. Haha. Tengok tajuk macam ape kan? Actually ada orang tak bagi shaye buat tajuk ni, tapi disebabkan shaye dihentam hebat, maka terkeluarlah topik berikut untuk menjaga nama baik shaye juga. Ecececeh! Mencantas, Mencaras dan Merampas! Huhuhu. Sejak akhir-akhir ni shaye telah dikecam hebat oleh teman-teman shaye dan dituduh berniat untuk mencantas, mencaras dan merampas! Gila okeh. Nah bukti.






See? See? Kejam tau. Hahaha. Tak baik tuduh shaye mencaras. Shaye tak buat pon benda-benda macam tu. Lagi-lagi nak mencaras membe-membe sendirik. Adalah tidak baik di sisi undang-undang persahabatan. Hahaha. Ayat bukan main.


Baik aku cantas megi daripada cantas BF orang.


Nak tahu apesal diorang ni kata shaye mencaras diorang? Haha. Itu rahsia. Asal korang pecaye shaye dah la. Hahaha. Shaye saje je menyakat diorang ni. Seronok kott gado-gado wrestling tumbok-tumbok kat rumah. Maklumlah, rumah shaye ni kan dah dikenali sebagai Rumah Perlindungan Orang-Orang Meroyan. So, pekik-memekik, menjerit keterlaluan secara tiba-tiba, ketawa sampai pecah lampu, dah pon jadi perkara biasa dalam rumah ni. Hahaha!


Niza

Fira


Actually masa mula-mula pindah, Rumah Perlindungan Orang-Orang Meroyan ni memang penghuninya stok budak-budak yang menghadapi kemurungan termasuklah shaye. Kata pon shayelah presiden. Gila ah. Tak boleh lupa saat-saat nak bangkit semula tu. Alhamdulilah, budak-budak rumah sangat memahami shaye dan diorang pon bukannya happy sangat dan oleh sebab itu, kami sama-sama usaha untuk keluar dari penyakit kemurungan itu.


Sanggup bangun pagi nak pegi Tesco.


So, macam-macam kami buat untuk lupakan semua kesedihan yang berlaku. Alhamdulilah, berkat kawan-kawan juga. Syukur sekarang ni kalau nak meroyan pon, confirm kena gelak. Pastu ni dan dan la keluar kes caras mencaras ni. Meriah gila kott kat rumah ketawa. Diorang tuduh shaye mencaras diorang. Eh eh nak kena ni. Haha. So, kepada kawan-kawan takmo fikir bukan-bukan okeh. Shaye takkan mencaras sesiapa pon. Sebab shaye tahu macam mana sakitnya kena caras. Hahaha.


Shopping is the best therapy.

Kita kawan kan?


So, kesimpulannya ialah shaye memang tak mencaras siapa-siapa. Pastu, shaye nak cakap thanks kepada budak-budak rumah yang gila-gila dan sentiasa melayan karenah shaye yang pelik-pelik. Sometimes shaye memang berkelakuan pelik atas sebab-sebab tertentu tapi baguslah diorang ni sangat peka. Kira kalau shaye nak terjun dari tingkat 21 pon confirm diorang selamatkan punya kan? Ye ke? Hahaha. Entah berapa kali shaye menangis depan diorang tapi bagus, diorang tak pujuk pon. Sebab shaye memang perlukan ruang untuk diri sendiri. Tapi itu masa zaman-zaman meroyan la kan. Hehe. Btw, thanks korang! Jangan lupa shaye bila dah kaya nanti. Hehe.


*Gambar adalah sekadar hiasan.

Wednesday, March 23

Kenangan Tingkatan Lima [SPM Mood]

Salam semua. Good morning! Semoga semuanya sihat-sihat sejahtera. Amacam? Hari ni budak-budak tingkatan lima nak amek result SPM kan? Kan? Semoga mereka dapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan. Hehe. Cerita pasal budak-budak tingkatan lima, shaye ada sedikit pengalaman yang nak dikongsikan. Semoga ianya menjadi teladan kepada adik-adik di luar sana.


Senang cerita la kan, shaye masuk sekolah teknik start dari tingkatan 4 lagi. Haa, masa tu la baru terdedah dengan dunia-dunia luar. Isyh. Sebelum tu biasalah kan shaye budak sekolah yang tahu pergi sekolah, balik sekolah. Duduk dengan family. Ni bila dah masuk sekolah teknik, kena duduk asrama dan pandai-pandai ko lah nak berdikari kan.


Dan dan pulak sekolah tu masa batch kitorang semuanya terdiri daripada budak-budak nakal. Hamek la. Dengan shaye sekali terpengaruh. Macam-macam hal la shaye ceburi. Shaye bukan nakal sangat actually, shaye follow bagi meramaikan majlis je. Hahaha. Agak-agak senior nak tarik budak junior, shaye pon join. Bajet gengster la kan. Siap buat group lagi. Group ape tau, group anti laki. Hahaha. Padahal bukan anti laki pon, saja nak balas balik kat budak laki sebab diorang buat group anti perempuan juga. Masing-masing siap design pastu tempah baju sendiri baju pangkah laki.


Ponteng sekolah, tak payah cakaplah. Lepas rehat je, budak perempuan yang duduk belakang sekali iaitu shaye dan kawan shaye pasti hilang. Sebabnya? Kitorang dah lari balik asrama. Haha. Agak-agak cikgu tu ajar bosan, pergi pulak tido kat toilet. Ah gasaklah, toilet pon toiletlah kan. Haha. Sekolah tu memang disinari wabak tido tau sebenarnya. Tak kiralah time cikgu mengajar, rehat, prep, pelajar-pelajar dia pasti tido. Haha. Termasuklah shaye.


Masa sekolah dulu, shaye selalu kena buli dengan budak laki kelas shaye. Diorang jaat tau. Shaye tahulah shaye budak second in take. Lepas tu tak lawa. Hitam. Macam-macam diorang buli shaye. Sampaikan dalam hati shaye, tak sabar-sabar nak habis sekolah nak berambus dari situ. Walaupun diorang suka buli shaye, lantak diorang nak panggil shaye ratu tido ke hape. Sebab time kelas shaye suka tido. Kecuali subjek math dengan add math. Shaye suka. Nak kata dapat A tu tidaklah, tapi selalu lulus la kan. Haha. Bila time exam, jawapan kertas add math shaye akan di pass pass dengan budak-budak lain. See? Dah buli, tapi mintak tolong shaye juge.


Bila exam untuk gerak gempur la kononnya, gerak gempur tu ala-ala percubaan. So, soalan sama dengan budak sekolah lain. Yang mana ade contact tu akan buat bisnes jual jawapan. Shaye pon turut terlibat jadi pembeli. Nak beli pon bukan macam nak beli sayur, kena duduk tempat-tempat gelap dan tersorok.


Shaye: Weh, berapa ko nak jual untuk paper jap lagi?
Penjual: Aku boleh bagi dalam RM2.
Shaye: What? Jawapan A B C je pon ko nak jual RM2?
Penjual: Ko nak ke tak nak?
Shaye: Ahhh, taknaklah. Aku jawap sendiri lah!


See? Baik tak shaye? Haha. Ada lagi semangat nak jawap exam sendiri even tengok budak-budak lain dapat soalan bocor. Alohhh, macam le tak boleh bincang dengan orang sebelah. Haha. Tapi siyes, masa tu semua orang tiru-tiru kott. Yang baik gila pon meniru. Tak boleh kata apelah kan. Haha. Cikgu-cikgu pon tak kurang hebatnya. Tengah-tengah jawap exam, tiba-tiba buat spotcheck. Memang ramai gila yang kantui. Fail paper? Perkara biasa kott. Haha. Dapat lulus tu macam dah hebat gila.


Itu cerita pasal sekolah, kat asrama lagilah. Shaye takmo cerita kat sini nanti uols ingat shaye budak jaat. Haha. Setiap malam shaye dengan membe-membe melepak kat pantry. Siap kemas-kemas buat macam rumah sendiri. Tarik tilam dari dorm tu letak dalam pantry. Pastu bawak radio yang dah diubahsuai bateri guna charger handphone, pasang tiap-tiap malam dan memekak. Tiap-tiap malam tak tido, dah jadi macam guard asrama pulak. Bila warden menjerit dari bawah, bukan main merangkak-rangkak ko kat koridor atas. Haha.


Sampai pantry tersebut disita sebab kitorang yang kantui dengan warden, ponteng prep tapi pegi tido kat pantry. Siap kena kejut dengan warden lagi. Masa tu boleh shaye mamai-mamai dan tenung je warden tu lama-lama. Nasib le kawan shaye tepuk belakang shaye sedarkan diri masa tu. Adush. Semua orang bengang okey sebab pantry kena sita. Bukan pantry blok kitorang saje, sampai ke pantry budak laki. Gila penangan. Hahaha.


Lagi satu, sekolah kitorang tu tersangat banyak hantu. Tiap-tiap hari, tiap-tiap masa mesti ada kena histeria. Sampaikan ustaz dah tak tahu nak buat apa, dia hantar budak-budak histeria pergi hospital. Berapa kali asrama tu di 'pagar' tapi 'roboh' jugak. Sebab? Budak-budak ada yang main spirit. Sampai satu hari tu shaye tak dapat lupa, sekolah kami diserang. Gila ramai budak kena histeria. Berjangkit-jangkit kau dari satu dorm ke satu dorm. Bukan budak perempuan je. Budak laki pon sama. Histeria bersilat-silat. Pergh!


Masa kat asrama dulu, shaye dengan kawan-kawan suka buat bisnes. Macam-macam bisnes la asal budak-budak bagi duit. Haha. Bisnes tindik-tindik, cukur kening, iron rambut, gunting rambut, jual megi, jual gula-gula, cokelat, kopok, jual baju, semualah kott. Mana yang boleh jual tu, habis kitorang jual. Seronok kott bila kite ketuk-ketuk setiap bilik sambil menjual. Itu pon senyap-senyap takut warden nampak. Berlari-lari kau bawak bungkusan besar gila. Bukan nak takot hantu ke hape. Sebab shaye rasa masa tu kitorang tak takot hantu langsung, sebab kitorang lagi takot warden. Sampaikan ada satu malam tu diorang nampak hantu pocong tepi asrama, boleh diorang berkumpul ramai-ramai pegi tengok. Gila ah.


Macam dah terlebih panjang kan shaye cerita? Nak dipendekkan cerita, shaye dan kawan-kawan akhirnya kantui fly asrama. Padahal benda tu semua orang buat, tapi dah nasib badan, kitorang kantui. Dan dan tu lah kena buang asrama. Padahal paper last SPM subjek Kimia lagi seminggu aje. Mak shaye punya la mengamuk. Apa lagi mak bapak kawan-kawan shaye yang lain. Tapi masa tu tak rasa nyesal pon. Entah. Sebab kitorang fly sebab nak pergi bukak puasa kat luar aje pon. Nasib masa tak kantoi masa fly merayap sampai ke KL. Masa kantoi tu kena berdepan dengan Pengetua, Penolong Kanan semua. Gila ah! Takkan lupa. Nasib lah kat sijil SPM, kelakuan baik. Haha. Selamat!


Family shaye tak amek pon shaye tau. Diorang biar je shaye kat asrama tu. Masa tu shaye dengan ada sorang lagi budak yang family dia taknak amek. Gila semua orang pon nak pandang-pandang semacam kat kitorang. Haha. Kelakar. Gengster la konon. Tapi memang shaye mengakulah kan, masa SPM memang shaye tak belajar betul-betul pon. Rugi okey. Result SPM memang tak payah cakaplah. Hampeh. Kalau dulu-dulu belajar betul-betul takdelah sekarang ni nak buang masa belajar lama-lama sebab mula dari bawah. Yelah, Kena amek Diploma dulu, pastu Degree. Syukur shaye sentiasa dapat peluang untuk sambung belajar even result memang hampeh.


So, kepada adik-adik kat luar sana, takmo ikot perangai kakak okey. Belajar betul-betul. Dan kepada yang nak amek result SPM hari ni, kepada yang dapat result bagus tu, alhamdulilah. Teruskan cita-cita anda. Yang result tak berapa nak best tu, takpe. Rezeki ada mana-mana. Biar lambat asalkan cita-cita nak sambung belajar tu ada.


Sekian Terima Kasih.

Tuesday, March 22

AKU BENCI ROKOK

Salam semua. Selamat petang. Tengah belogwalking tengok semua orang update pasal Segmen Santai Bersama Ben Ashaari ni. Macam best tajuk kali ni. Inilah masa shaye nak hentam orang hisap rokok ni. Haha. Takdelah. Saja nak meluangkan masa petang-petang macam ni kan.



Kenapa shaye benci rokok?
Sebab rokok ni membunuh. Bukan shaye benchi perokok-perokok tegar kat luar sana. Tapi dah tak boleh nak buat apa kott sebab bila diorang dah start merokok, diorang akan jadi ketagih. Sehari boleh habis berkotak-kotak rokok. So, shaye tak suka rokok sebab kesian okeh pada penagih-penagih rokok ni. Berapa banyak wang mereka habis semata-semata nak membako benda ni.

Hmmm. Lagi satu, rokok kan membahayakan kesihatan, sebab tu shaye tak suka. Ada sedara-mara shaye yang dah pon jadi arwah dah sebab rokok. Dan shaye melihat sendiri ahli keluarga mereka meneruskan hidup sebab yang dah jadi arwah tu adalah ketua keluarga mereka. Kesian ok. Antara sebab lain shaye tak suka rokok, asap rokok boleh menyekat selera makan shaye. Oleh itu, masa shaye sedang makan, sila jangan hisap rokok.


Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !
So, pelis pelis pelis takmo hisap rokok sebab shaye sayang anda. Shaye takmo anda mati cepat. Haha. Statement. Yelah, bukan shayelah tapi ingatlah keluarga tersayang semua. Shaye tahu adik shaye curi-curi hisap rokok, tapi shaye agak je lah. Kalau betul la kan, pelis pelis pelis jangan nak membazirkan duit mak bapak boleh? Nak hisap rokok sila berkemampuan, jangan tak sedar diri pulak. Ngerti?


Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini
Tak boleh dibendung lagi. Tak pecaye sila kurung diorang ni dalam bilik berhari-hari tanpa bekalan rokok. Haha. Confirm mati kelaparan, bukan mati sebab tak makan nasi, tapi mati sebab tak hisap rokok. Demm! Hahaha.

Monday, March 21

Hot Air Ballon 2011

Salam semua. Good morning semua. Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Nampak gayanya semua orang dah sibuk-sibuk update pasal Hot Air Ballon yang berlangsung sejak 17 Mac 2011 hingga 20 mac 2011 baru-baru ni. Macam-macam gambar shaye tengok kat belog diorang. Jeles sebab masing-masing ada kamera canggih-canggih. Cett. Takpelah, pakai kamera handphone pon dapatlah amek beberapa gambar kan. Hehe.


Lepas je pergi Tweetup untuk #iheartmalaysia tuh, ape lagi terus pergi tengok belon panas pulak. Yes yes yes! Itu yang ditunggu-tunggu. Tak dapat naik, tengok pon jadilah kan. Hehe. So, mari melayan gambar. Sorrylah kalau gambar tak setanding kamera DSLR. Tak dapek lah nak nolong eh! Hahaha.



Cuaca tak berapa bagus masa ni. Hujan oh. Tapi walaupun hujan, ramai gila yang datang berkunjung ke sini. Best! See? Ada orang main payung terjun, tapi pelik-pelik sket lah sebab dia pandu payung terjun ni macam naik kereta. Hehe. So, diorang ni berkeliaran tau kat atas. Dah macam lalat dah shaye tengok. Hehe.



Masa ni dah nak start dah diorang nak pasang belon-belon tu. Memang semua orang keluarkan kamera diorang. Jeles. Berbalik kepada belon-belon tu, bukan senang kott nak pasang. Memerlukan ramai orang dan guna kenderaan jugak nak bawak benda-benda berat tu.



See? Dah nak lepaskan belon tu dah tau. Semua excited sorak-sorak bila belon tu berlepas satu-satu. Oh sangat happening masa tu. Orang dalam belon tu pon melambai-lambai dengan muka bangga. Mesti best gila naik belon kan. Hehe!



Saat-saat pelepasan belon-belon tersebut. Pemandangan kat Putrajaya tu jadi macam sweet gila bila ada banyak belon panas yang cantik-cantik yang menghiasi ruang awan.



Antara blogger-blogger yang ada masa tu. Dari kiri Psychopath, Pojiepooh, Eny. Yang lain ada jugak. Tak sempat nak amek gambar la sebab excited tengok belon panas. Cett. Antara yang shaye jumpa si comel Shara, kawan Eny (Nora), Aiman kott nama dia.



Shaye dan Pojiepooh. Seronok le tu sebab dia dah menang naik belon VIP untuk esoknya. Hehe.



Pelepasan belon demi belon. Bila dah naik tinggi-tinggi tak tahu mana hilangnya di celah-celah awan kott. Entahlah kan.



Tengok le berapa ramai yang datang tengok. Memang ramai sangat-sangat. Shaye yang konon-konon nak jumpa Puan Nasuha pon tak sempat tau.



Yang ni untuk siapa-siapa yang teringin sangat nak naik belon. Tapi sampai tahap tu je lah kan. Bayar rm10 kott yang ni. Shaye pon tak nyempat nak pegi tanya masa ni.



Muka excited tengok belon-belon.



Hamek gambar belakang belon pon jadilah. Kang uols kata shaye tipu pulak yang shaye pergi sini. Ini bukti shaye pergi tengok belon panas okey.



Peace! Yang tak pergi tu jangan jeles!



Pemandangan.



Eh eh, itu muka ada senyumlah!



Lorh, sad emotion la pulak. Isyh3.

Yeahh! Dapat jugak pergi tengok belon panas. Even cuaca tak berapa best tapi nasiblah belon-belon tu naik jugak. Kalau tak, kempunan kott. Haha. Ehem, tahun depan agak-agak ada buat lagi tak? Nak pegi lagi! Jom?

Lazada Philippines