Friday, April 29

Sampai Hati Kau Kak Buat Adik-Adik Cenggini

Salam semua. Good Morning! Awal tak update belog? Haha. Actually shaye dah apply cuti hari ni sampai Selasa. Terbaik kan? Jap lagi nak berfoyes-foyes pastu terus balik Klang! Okay, shaye nak story kisah sedih kami adik-beradik angkat ni. Hajat di hati malam tadi kitorang nak celebrate birthday akak kitorang. Yelah, birthday dia 28 April. So, dengan gigihnya kitorang serang rumah dia, konon-konon nak buat suprise kat dia. Apelagi, jom SERANG!!!!!!!!!





See? Yang turut serta pada malam semalam ialah shaye, Fira dan Pojie. Punyelah gigih kan memanjat tingkat 17 malam tadi tau. Actually kitorang dah call akak, tapi atas sebab-sebab tertentu dia tak reply. Cett! So, kitorang decided untuk serang je rumah akak.

 

Alangkah sedih rasa hati, sampai-sampai takde orang pon kat rumah. Konon-konon nak tunggu lah kan. Sebab akak kata dia nak keluar celebrate dengan husband dia dulu, bajet-bajet confirm dia balik la jugak kan. Jiran depan rumah kata, akak ade kat rumah! See? Sengaja taknak bukak pintu! Kak, kau tengok kak? Adik-adik datang kena duduk luar je. Sampai hati!




See? Siap mangga pintu bagai! Yelah, kitorang faham. Khamis malam Jumaat, birthday dia pulak tu! Padahal time tu baru jam 11pm, takkan dah tido kott kan?! Ehem! Puas kitorang membahan kat luar pintu. Haha. Lagipon rumah pon gelap aje tau. Takpe takpe!




See? Sampai kek pon dah cair !




Sedih muka masing-masing! Hahaha!



Akak, tak sudi ke nak makan kek kitorang ni?



Nasiblah! Sebab akak tak balik-balik, kitorang celebrate dulu ajelah! Happy Birthday sis! Kitorang potongkan ek? Potong ek? Hahaha! Nasiblah kitorang makan kek sendiri aje lah!



Adik-beradik terbiar. Kesian! Sangat!



Kira okay lah kan. Makan sambil tengok pemandangan KL. Ala-ala makan restoran berputar la kan! Hahaha. #bajet



Takde pinggan, makan aje lah atas kertas.



Okay, kek selebihnya kita bagi kat sis. Tampal je kat pintu pagar dengan hadiah-hadiah sekali. Itu shaye tengah tulis surat cinta dengan ayat-ayat #sentap sebab tak boleh nak celebrate sama-sama.

 

Dah la. kitorang balik aje. Dengan hampa tapi puas sebab balas dendam dengan makan separuh kek! Hahaha. Conclusion nya, next time agak-agak jadi birthday gurl sila bersedia kat rumah saja. Sila ingatinya,mana tahu ada banyak lagi kejutan kan! Kan!

Buat sis :

Happy Birthday, kak! Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga sentiasa berbahagia dengan orang yang tersayang.

Tuesday, April 26

Sedihnya Bila Ex-Boyfren Dah Jadi Tunang Orang #EhYeke

Salam semua. Ehem! Rajin pulak shaye update belog kan? Biasalah, entri curi tulang. Idea mencurah-curah ke ladang belog. Ladang keh? Haha. Okay, pagi-pagi tadi masing-masing post video ex-boyfren shaye #perasan kat Facebook. Yang paling best, semua mengaku tu boyfren diorang dah jadi tunang orang. Haha.



Sure ramai gadis-gadis kat luar sana iri hati dengan tunang si Ashraff Muslim ni. Yelah, ramai peminat tu. Shaye pon salah seorang peminat beliau. Haha. Yelah, dah la hensem, baik, pentingkan agama, dan lain-lain. Tapi dia bukan ciri-ciri #lelakibadang shaye. Boleh? Haha. Lelaki Idaman Malaya dah jadi tunang orang, so sila cari orang lain okay kawan-kawan. Takmo sedih-sedih. Tak sabar nak tengok diorang menikah kat Tanah Suci Mekah. Semoga diorang bahagia hendakNya.


#gegetjari menatap video ni. #jeles!

Contest Blog Saya Smart

Moning everybody! Pagi-pagi dah kena tag dengan si Ayie ni suruh masuk contest. Sebab hadiahnya wang ringgit, shaye join. #dasarmataduitan Boleh? Haha. Actually tak berapa faham, contest ni berdasarkan apa, blog semat ke, ape ke? Takpelah, shaye join aje. Buat pengetahuan semua, ini contest yang dibuat anjuran cik Qistina. Boleh klik banner kalau berminat.


Kepada siapa-siapa yang nak turut join, ini antara syarat-syarat penyertaan :
1. Wajib follow belog beliau.
2. Terbuka kepada semua orang
3. Buat satu entri pasal contest ni then tag kepada 4 orang
4. Tinggalkan link kat komen belog dia.

Habuan?
Tempat pertama : RM150
Tempat kedua : RM100

Tarikh tutup?
20 Mei 2011

Tanpa melengahkan masa, shaye nak tag 4 orang :

Monday, April 25

5 Tips Untuk Memilih Topik Belog

Salam. Sihat? Kalau sihat, syukur alhamdulilah. Kalau tak sihat, sila segera jumpa doktor. Yelah, kalau sakit-sakit macam mana nak baca belog 50 sen ni kan? Kan? #perasan. Shaye duk refresh-refresh belog ni sambil berharap ada update dari tuan belog. Boleh? Haha. Actually nak update belog tadek idea. So, pergi sana-sini buat blogwalking cedok ilmu sana, cedok ilmu sini. Tup tup tiba-tiba je la kan dapat idea nak bagi tips kat uols.

Tips hari ni idok le banyak. Ade 5 tips untuk blogger kat luar sana. Tips apa? Shaye nak kongsikan uols tips untuk memilih topik belog. Yelah, kadang-kadang ada blogger yang shaye tengok diorang memang la kalau boleh setiap jam nak update belog tapi pengisian entah apa-apa. Tajuk tak payah cakap, memang kelam kabut kita nak baca tapi at last, hasilnya? Menghampakan. Jangan terasa sebab shaye pon sama je kadang-kadang. Haha! Takmo macam tu ye dek non. Sama-sama meh baca sedikit tips ni.


1. Memilih topik yang uols betul-betul gila nak buat
Dunia blogging ni makin lama makin meluas. So, banyak gila topik-topik yang diutarakan. Macam-macam jenis topik dipaparkan, macam-macam cara diolah kan? So, just be yourself. Pilih topik yang betul-betul uols suka, tetapkan label untuk belog uols. Contoh la kan, kalau belog uols merupakan belog resepi, tulis pasal resepi, kalau pasal sukan, tulis pasal sukan. Haaa, gitu. Sebab bila kita dah start menulis, automatik akan wujud passion yang tak boleh menghalang kita dari menulis.


2. Memilih topik yang uols suka bincangkan dengan orang lain
Ada sesetengah blogger suka menulis untuk diri sendiri, ada jugak yang mengamalkan konsep 2-way. Yang ni baru betul-betul belog yang sukses sebab ia melibatkan penulis dan juga pembaca. Idok le syok sendiri kan? Kan? Antara caranya ialah kalau ada readers yang bagi komen yang membina kat belog, jangan abaikan. Kita boleh jadikan ianya sebagai topik baru untuk next entri. Itu pon based on their comment la kan.


3. Memilih topik yang uols rasa tak kesah berdebat dengan orang lain
Dunia blogging memang akan wujud pelbagai variasi pendapat-pendapat dari pembaca. Ada yang suka, ada juga yang tak suka. So, buatlah topik yang sihat supaya kalau ye pon nak berdebat, semuanya secara sihat. Takkan ada yang bakal menyerang secara peribadi. Kalau ada pon, sila enjoy membalas perdebatan mereka dengan respon yang positif.

4. Memilih topik yang tak terlalu menyentuh isu sensitif
Makin ramai yang mengikuti perkembangan belog uols, makin ramai haters sebenarnya. Boleh? Haha. Takdelah. Cuma sentiasa get ready je mana tahu kena serang secara peribadi. Kena tadah mata je lah baca komen-komen yang menyakitkan hati. So, untuk mengelakkan perkara tersebut sila pilih topik yang tak terlalu menyentuh isu sensitif. Tak payah la nak letak elemen kutuk mengutuk dalam belog. Tak best!


5. Memilih topik yang buat anda enjoy!
Bila menulis, kita bukan sekadar nak bagi ikut sedap rasa hati kita, dalam masa yang sama curah la skett ilmu, share la apa yang patut kan. So, nak pilih topik, pilih topik yang uols rasa best kalau nak buat research. Yelah, disamping uols dapat ilmu, dapat info, kan seronok bila kita dapat share sama-sama. Dan pastikan info-info takpun ilmu ke ape ke yang berkaitan kena la betul, bukan uols reka-reka sesedap tangan nak menaip kan.

Haa, cukup 5 kan? Kalau lebih kena bayar la skett. Haha. Maklomlah, shaye kan mata duitan. Tak pasal-pasal. Tapi kan, yang paling penting dalam menulis tu adalah kualiti penulisan tu. Biarlah kualiti seiring kuantiti. Tak guna kita update setiap masa tapi pengisian tak berasas. Ewahh! Macam belog aku bagus sangat aje. Idok le. Shaye update belog pon malas sebab sibuk skett sekarang. Tapi idok le tak update langsung.

Akhir kata, sila ingat KUALITI SEIRING KUANTITI. Tak payah kejar trafik sangatlah, tak dapat ape pon. Kalau agak-agak nak kejar populariti pon, tak payah la. Nyusahkan lagi ada kott bila dah famous amos nanti. Biarlah orang kenal kita dengan personaliti kita sendiri. Itu aje celoteh cik Nemo petang-petang ni. Actually, tengah curik tulang masa kerja boleh bagi tips. Haha!


Dah la tak payah pening-pening kepala nak updated belog. Jom pegi makan cik Nemo belanja. Nak makan ape? Cepat, nak order ni ! Haha. #ajakajakdinosour namanya.

Saturday, April 23

Tahniah Hana Love Nest, Tahniah Ailyl ! Tunggu Giliran Cik Nemo pulak lepas ni. #berangan

Salam semua. Oh penat gila hari ni. Sangat bizi okay! Shaye kat rumah ni. Esok dah nak balik dah. Haisyoooh! Cepatnya masa berlalu. Hari ni lepas zohor sampai ke malam shaye keluar. Bukan pergi deting, tapi keluar dengan Mama. Deting pejadahnye kan? Boyfren pon tadek. Kesian. Esok dah nak balik rumah sewa balik. Sangat malas je rasanya.

Hari ni bukak Facebook ape semua, terkezut okay. Ape pasal semua orang nak kawen, tunang semua? Sangat jeles ni. Huhu. Minggu lepas blogger faymous Ailyl Rozana kita dah selamat jadi Puan Ailyl. Syukur. Pagi tadi bukak Facebook si blogger comel Intan Nurul Fateha, dia pergi majlis pertunangan si blogger cun sorang ni namanya Hana Love Nest bertunang. Bertunang pulak dengan sipolan blogger Che Arm. Oh gila ah masing-masing. Semua nak senyap-senyap okay. Mengejut pulak tu. *thumbs up* Psttt, bukan si Hana tu sama-sama dengan shaye baru putus cinte ke? Compius kejap. Dah-dah jum kita tengok gambar diorang tunang dengan kawen!


Ha, ni la majlis tunang Hana. Heh? Bukan ni Intan Nurul Fateha bersama si Rockers Beriman ni ke? #ops. Yang ni bukan okay. Macam mana boleh silap upload ni. Ini BAKAL ye kawan-kawan! BAKAL ape? BAKAL menyusul. Haha!


Hoi! Ape ni Nemo? Main-mainlah kau. Yang ni bukan si pengantin baru Puan Ailyl. Tapi yang ni pengantin lama si NatashaE1. Uols, jom cakap "Next" ramai-ramai! NEXT!


Eh eh? Ni bukan ke Gadis Kekwat tuh dengan Ahmad Buibui dia? Cett! Memang cik nemo ni nak kena kan sebab tayang gambar orang lain kan? Kan? Ha yelah-yelah! Jom jerit nama Hana laju-laju! Hanahanahanahanahanahanahana!!!!!!!!!!!!


Tadaaaaaaaaaaa!


See? Cantikkan dia? Berseri-seri. Okay, jom tengok Puan Ailyl pulak!


Canteeeeeeeeeekkkk!

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada blogger-blogger tersebut. Semoga bahagia hingga ke akhirnya. Pagi tadi pelakon Ashraff Muslim bertunang kan? Tahniah juga diucapkan. Hari ni jugak ex-housemate shaye masa kat Johor dulu bertunang. Cett! Langkah bendul ni. Sabar je lah! Ini pon senyap-senyap juga. Dua hari sebelum majlis, baru jemput. Rumah dah la jauh. Cett! Tapi takpelah, semoga berbahagia hendakNya.

Shaye tumpang gembira atas kegembiraan mereka semua. Bila giliran cik Nemo? Entahlah. Jeles pon ada, maklumlah pelamin anganku musnah 3 bulan lepas. #nanges. Tak pasal-pasal kena cari tapak pelamin baru. Tapi takpe, semua orang tak percaya shaye dah tua. Kan Tetau? #namaManja buat adik Tetaufiq kita. Itu si Tetau ajak uols pergi deting tuh, pergi la join dia esok kat Mid Valley. Haha. Haisyoh! #mengeluhkuatkuat. Lepas ni kaut semua ilmu yang ada kat tempat praktikal, cari kerja bagus-bagus lepas tu kawen. Yeaaahh! Boleh? Sape nak jadik calon sila angkat tangan. #muntahhijau


Jom #larimasukhutan fikir masa depan!

Friday, April 22

Lega sangat-sangatlah!

Salam semua. Selamat petang. Petang yang cuacanya tak berapa nak baik. Adakah uols berada di bawah awan yang sama? Kat sini hujan lebat, guruh petir semua ada. Kelmarin lagilah teruk, pokok-pokok area rumah shaye tumbang-tumbang macam baru kena taufan. Risau. Bayangkanlah kan, tingkat 21 pon boleh banjir. Tapi memang salah kitorang pon tak tutup tingkap bilik. Nak pengudaraan yang baguslah sangat kan. #ambekkau banjir. Tak pasal-pasal kongsi tilam dengan roomate. Haisyyooh! Hehe.


Sorrylah uols, dua hari belog ni tak diupdate. Hilang macam tu aje kan. Actually shaye agak sibuk uruskan hal report ape semua. Yelah, shaye punya tempoh praktikal kan belum habis lagi. Baru tadi lecturer datang melawat untuk kali kedua. Lepas ni lega skett sebab dah selesai present projek dan report semua dah siap. Lega okeh! Diulang sekali lagi, LEGA OKEH! Sebab lepas ni dah selesai urusan, tunggu konvo aje.


Selama beberapa minggu shaye buat dunno je dengan hal-hal penting lain sebab shaye nak lepaskan hal-hal praktikal shaye dulu. So, lepas ni boleh fokus kat benda lain pulak. Suka suka suka. Tadi masa nak present punya pucat muka masing-masing. Yelah dah lama tak present katanya. Haha. Apa-apapun semuanya berjalan dengan lancar tadi. Syukur alhamdulilah.


Kejap lagi shaye nak balik Klang, doakan keselamatan shaye okay! Lepas ni sure shaye agak bizi untuk persediaan akan datang. Banyak benda nak dibuat, banyak benda yang nak dirancang, banyak duit yang nak digunakan. So, uols doakan yang terbaik untuk shaye okay. Pssssttt, ada kerja kosong tak? Kalau ada bagitahu! Excited pulak rasa nak pegang duit sendiri.


Balik Klang hari ni first time pakai baju kurung gara-gara baru lepas present tadi, sure sejuk hati mak shaye. :P

Wednesday, April 20

Khas ditujukan buat si Janda anak satu #bukankau


Kadang-kadang apabila mencintai seseorang itu
Tidak semestinya kita memiliki
Tetapi untuk cinta yang telah dimiliki
Hargailah ia sebaik mungkin
Kerana yang pasti apa yang kita miliki itu
Adalah yang terbaik buat kita
Percayalah pada jodoh
Jangan pernah sesali
Setiap apa yang telah ditentukan olehNya
Kerana itulah jalan sempurna
Untuk kita terus bahagia....


kata-kata :


p/s : Syamimi dah pandai senyum macam shaye. :)

Open Gigs 2011

Salam semua. Good morning. Semoga pagi uols lebih ceria dari biasa. Pagi ni shaye nak share dengan uols mengenai Open Gigs 2011 yang bakal diadakan tak lama lagi. Di bawah kerjasama stesen radio Duniamuzik.fm, beberapa atris tempatan akan buat persembahan. Begitu juga dengan beberapa resident Indie band antaranya ialah Kid Power, Fly'z, Anonymous, Happy Sibling (tak confirm lagi), dan Apple Green(juga belum confirm). Mana-mana band yang nak buat persembahan boleh bagitahu shaye, nanti shaye tolong sampaikan kat Mama Rozi.


Actually shaye dapat tahu pasal info ni dari Mama Rozi, Mama Rozi ni deejay radio Duniamuzik.fm tu merangkap CEO radio tu juga. So, dia ajak ramai-ramai la kan. Tapi bagi yang berumur 18 tahun ke bawah tu sila dapatkan kebenaran ibu bapa dulu takpun ajak sekali ibu bapa datang Event ni. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kemalangan atau pergaduhan atau apa-apa juga insiden buruk yang berlaku.


Tapi jangan risau, pihak penganjur dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia akan menjaga dan mengawal keselamatan sepanjang event berlangsung. Provokasi juga adalah dilarang sama sekali. Diharap semua yang hadir dapat memberikan komitmen dan menjaga disiplin dan menunjukkan moral yang terbaik.


Dan yang paling penting, masuk adalah PERCUMA. Boleh datang bawak beramai-ramai tau. Pihak penganjur juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang nak buka gerai makanan atau apa-apa jua yang HALAL dari segi Syarak dan tidak melanggar undang-undang Malaysia. Bayaran minima juga akan dikenakan untuk tujuan pembersihan. Selain itu, apa yang menariknya majlis bakal diakhiri dengan "Joget Lambak"


Tarikh : 7 Mei 2011
Hari : Sabtu
Masa : 3pm-12am
Tempat : Dewan Serbaguna Taman Perpat Indah, Klang.


p/s: Nak tahu cik Nemo pergi ke tak? Korang pergilah cari mana tahu jumpa shaye kat sana!

Tuesday, April 19

Jangan Ada Benci. Senyum selalu.


I'm walking away from your life,
Not that I hate you,
but you are hurting me without knowing.


Hating me is an emotional disease.
So, for those who hate me.
GET WELL SOON!


Jalan-jalan jumpa Nazim Othman & Zawen Hero Remaja | Deting Time

Salam semua. Aktiviti hujung minggu kembali. Minggu lepas shaye memang malas nak balik rumah. Yelah mengenangkan nak berpeluk-peluk dengan minah-minah dalam komuter tu. I geli-geli okey. Kalau dengan mamat-mamat takpe. Oppss! Haha. Takdelah, tak hingin pon. Actually penat nak balik rumah. Yelah, minggu lepasnya baru balik kan. Lagipun mahal le taxi nak balik rumah sewa. Dah macam harga tambang tiket balik Batu Pahat okey.


Kunon-kunon taknak balik, melekatlah kat rumah sewa kan? Tapi tak berjaya jugak. 24 jam mengadap lappy sampai rasa nak muntah pon ada. So, kitorang decided la pergi OU. Actually dalam banyak-banyak shopping complex kat Damansara ni, kitorang memang jarang pergi OU. Ni saje je pergi kunon-kunon nak tukar selera la kan. Yelah, kata pon jalan-jalan cari pakwe kan. #muntahhijau


Tengah seronok berjalan-jalan sambil menguruskan peha dan mencuci mata, tiba-tiba "Eh eh ada apa ni?" Wahhhh! Ada event lah. Event Speed Date with the Cleo Bachelors. Wahhh! Ni yang lagi best cuci mata ni kan. Harus tengok. Eh bukan bukan. Wajib! Haha. Berlangsung pada 16 April 2011 Lower Ground Floor, One Utama pada jam 2pm-5.30pm. Yeahhhh! Shaye di sana!


Masih tak percaya? Ha itu bukti shaye di celah-celah gadis lain mencuci mata. Nak lagi best, shaye mencuci mata sambil makan karipap sedap. Aummmm! Jemput semua. Jemput tengok aje lah kan. Haha.


See? See? Dorang tengah beramas beramah mera dengan gadis-gadis atas pentas. Nampak gayanya semuanya sangat peramah. Takde pon yang pemalu-pemalu kucen. Itu nampak tak lelaki yang pakai rantai tu? Itu Zawen Hero Remaja 2004 tu. Muka super duper cute tapi badan dia, pergh! ada ciri-ciri #lelakibadang tu. Haha. Takpe-takpe #lelakibadang definisi shaye macam ala-ala Apdlin Shoki je. Hehe.


Shaye pergi berdua aje. Yelah, dengan siapa lagi nak deting kan? Kan? Yang ni namanya Fira. Budak rumah shaye. Bakal pemangku Presiden Rumah Perlindungan Orang Meroyan. Dan jangan lupa, shaye masih lagi presiden rumah tersebut okey. Taknak kalah. Shaye memang #gilakuasa. Harap maklum.


Heh? Itu Itu ! Pelakon tu. Actually shaye tak tahu pon nama dia. Shaye nampak tag nama dia tulis 'Nazim'. Okey-okey ini baru google, nama dia Nazim Othman. Memang hensem wa cakap sama lu bila tengok depan-depan. Haha. Lama jugak la kitorang stay situ tengok dorang ni. Haha. Suka suka suka !


Dah penat tengok abang Nazim, opppps "abang" katanya. Haha. Takdelah dah lepas tengok Nazim tu kitorang tengok Zawen pulak. Muka super duper cute lah. Haha. Muka dia macam Anding AF pon ada. See? See? Dapat gambar latarbelakang dengan Zawen pon jadilah. Oh #lelakibadang. I loikeeeeeeeeeee! Hahaha!


Jalan-jalan haruslah lapar. Kau tengok tu orang takde duit makan kat mana. Haha. #ambekkau ni namanya tak sedar diri ni. Alohh kitorang makan kedai biasa-biasa aje pon, tempat aje lawa. Ape nama kedai ni eh? Haa, Old Asia Cafe. Harga standard cuma kedai lawa sangat sampai takde orang berani masuk kott. Sebab masa kitorang pergi tu takde orang pon.


Siap ada bantal lagi untuk cover perut bila kenyang. Makanan dia? Ermmm. Even dah masuk dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan Tv3, tapi pada shaye biasa aje. Ah Cheng jugak tetap di hati. Tapi bukan tak sedap. Not bad lah kan. Sedap jugak sebenarnya. Isyh bila lah Ah Cheng nak masuk Jalan-Jalan Cari Makan Tv3 kan.


Nyonya Fried Rice With Crispy Prawn


Vietnamese Grilled Chicken


Macam biasa, di mana ada lukisan pasti di situ ada shaye. Eh yang itu Fira. Shaye paksa dia tengok lukisan. Jadi orang seni sekejap. Shaye tak pastilah, semua lukisan ni pertandingan di bawah Nandos kott. Banyak budak UITM yang masuk. Siyes cantik-cantik semua.


Shaye suka lukisan yang ni. Cantik.


See? Mimi pon boleh buat kott. Lekat-lekat crayon tu bagi jadi bentuk ayam Nandos.


Dah la tu, penat berjalan. Opsss lupa nak cakap, tema kitorang keluar hari tu adalah tema putih. Suci, tulus dan bersih. Lama dah kott shaye tak pakai putih. Hehe. Okeylah jumpa lagi untuk aktiviti hujung minggu akan datang. Maceh.

Sunday, April 17

Jom Kenali Bloggers

Salam semua. Bertemu lagi kita di belog 50 sen ni. Amacam? Uols tengok #Mentor5 tadi? Shaye tengok part Apdlin Shauki je. Hehe. Sebab suka tengok dia. Comel. Dah dah dah, berbalik kepada tajuk. Actually shaye baru lepas buat blogwalking skett, tiba-tiba rasa nak join Segmen Jom Kenali Bloggers ni. Bukan apa. Saja nak join nak tambah-tambah kawan gitu. Di samping kita boleh tukar-tukar link kan. Siapa nak join boleh klik pada header kat bawah ni. Ha, ni lah tuan empunya segmen ni kalau uols nak tahu.



Okey Cik Reena, shaye menubuhkan belog ni dalam tahun 2009. Ini ENTRI pertama shaye. Shaye menulis sebab minat mendalam terhadap penulisan. Ececeh kan. Takdelah shaye minat menulis belog sebab terpengaruh dalam cerita Impian Ilyana Sunsilk tu. Disebabkan Ilyana dalam watak tu menulis belog, shaye pon nak menulis belog jugak sebab macam best. Tapi bila dah start menulis bukan macam best je, tapi memang BEST!


Actually belog shaye takde ape yang best pon. Banyak benda-benda mengarut dan pasal personal life shaye je. Ada la share skett pasal Tips Dan Tutorial jugak. Tu pon kalau berguna la kan. Ayat nak #sentap sesaje kan. Kan. Haha. Yelah sekarang ni ada ramai blogger-blogger hebat kat luar sana. Ada yang friendly, ada yang sombong gila. Malas nak sebut. Sebab kang ade pulak yang #sentap. Haha. #bajetartis


Idola shaye dalam dunia belog ni? Ermmm. Shaye takdelah baca belog beliau sangat tapi shaye suka cara beliau dalam berblogging. Sempoi tapi best. Beliau memang glamer dalam berblogging lagi-lagi bab bagi tutorial. Mula-mula shaye berblogging, belog yang jadi rujukan masa tu adalah belog beliau. Sebab masa tu shaye memang tak tahu apa-apa pasal blogging. Shaye start blogging sendiri takde nak ikot siapa-siapa pon. Beliau bukan hebat dari segi bagi tutorial, tapi beliau banyak jugak dapat Advertorial dari Nuffnang segala. Beruntung. Tengok le masa beliau kahwin, banyak gila sponsor. Tu sebab dia ada ramai connection antara blogger lain. Blogger yang menjadi idola shaye ialah Ceeramoon. Sekian Terima Kasih. Hehe.


Okey shaye nak tag Segmen Jom Kenali Blogger ni kepada dua blogger comel ini iaitu :

Cik Elyn
Cik Yuz

Saturday, April 16

Tips Menguruskan Peha Cara Saya!

Salam semua. Actually shaye baru balik dari One Utama tadi. Takde benda nak update sebab sekarang ni takde story sangat yang boleh shaye share dengan uols. Hehe. Okey lah, kali ni shaye nak bagi tips menguruskan peha dengan cara shaye sendiri. Eceh. Bajet peha sendiri dah kurus sangatlah kan. Padahal tak jugak. tapi shaye rasa dengan cara shaye ni kalau dipraktikkan selalu adalah sangat berkesan. Sila percaya. Berikut adalah tips menguruskan peha ye kawan-kawan.

Apa yang diperlukan :

Sedikit wang
Beberapa teman comel uols

Cara-caranya :

Caranya adalah semudah ABC. Melalui Twitter, Facebook, Blogger atau mana-mana teman, uols boleh contact diorang untuk menuju ke Curve, Tesco, Ikano, Ikea atau nak lagi jauh One Utama. Berjumpa teman-teman comel tiap-tiap minggu. Tiap-tiap hari pon boleh. Tempat-tempat tersebut adalah tempat di mana uols boleh nampak muka shaye selalu terpampang kat situ. Haha. Sebab dekat sangat dengan rumah.


Okey untuk setiap shopping complex yang uols masuk, pastikan uols berjalan dari hujung bangunan ke hujung bangunan. Dari pintu masuk sampai hujung pintu keluar. Nak tawaf sepuluh kali pon takpe. Lagi satu, kalau shopping complex tu ada sepuluh tingkat sila gagahkan diri untuk panjat sampai sepuluh tingkat tu. Dan jangan lupa masuk ke setiap kedai, dan gunakan sedikit wang untuk berbelanja. Nak shopping tak hingat dunia pon takpe. Sebab uols akan lupa yang sebenarnya uols tengah membakar lemak-lemak peha secara tak sengaja.


Kalau agak-agak uols taknak gunakan wang untuk berbelanja, jangan risau! Uols boleh cuci-cuci mata pandang sana-sini sebab yelahhhh mana tahu jumpa artis ke kan. Haha. Yelah, shaye duduk sini pastu berkampung kat Curve tu hari-hari, dah berapa ramai artis shaye selalu nampak. Hehe. Takpun kalau taknak jugak cuci mata, uols boleh window shopping saje. Takde masalah janji uols tetap berjalan dan jangan berhenti selagi kaki tak rasa macam nak tercabut. Sebab kalau dah nak tercabut tu dah sah-sah sel-sel lemak nak mengecut.


Hebat bukan? Jom try!


Blueekkkk! :P

Thursday, April 14

Saya Taknak Gemuk, Saya Nak Kurus

Salam semua. Good morning. Kesian belog shaye dah menampakkan ciri-ciri terbiar ni. Maklumlah kat opis bizi skett. Keja banyak so takde masa nak curi-curi update belog. Ni pon entri auto-publish. Kesian. Janji update, uols bacalah ye. Actually mood mengarang tu hilang kejap lepas meng-upgrade belog. Hehe. Takpelah kan. Harap dimaapkan.


Berbalik kepada tajuk, shaye taknak gemuk sebab shaye nak kurus. Actually shaye baru lepas duduk baca belog SayaNakKurus. Gila ah, penulisnya berjaya turunkan berat badan beliau dengan jayanya. Pastu dia share kan semua pengalaman, tips diet dan semuanya. Bagus bagus boleh ikot ni. Lepas ni uols jangan nak #jelingmaut bila tengok shaye punya pinggang jadi ramping menawan. Haha. Poyo aje tau. Sebelum apa-apa meh tatap gambar masa shaye gemok. Biaselah masa ni hati tengah senang kan. Hamek kau.




Ye, actually berat shaye pon dah berkurang sejak putus cinta hari tu. Hujung tahun lepas, semua nak kata shaye gemuk la, muncit la. Siyes nak #muntahdarah bila dengar semua tu. Tapi baru-baru ni semua dah kata badan dah susut pastu dah kurus. Kurus skett je lah kan. Nak kata diet tu jauh sekali ye deknon. Tapi biasalah, lepas putus cinta harus badan jadi susut-susut skett. Kesan kemurungan kott. Eh terlupa, lepas shaye putus cinta, hari-hari shaye pergi jogging sorang-sorang untuk tenangkan fikiran. No wonderlah. Haha.


Kat sini shaye banyak sangat makan sedap-sedap. Duit banyak habis kat makan, shopping, dan jalan-jalan aje. Kalau bab makan, selalunya rezeki orang belanja tu banyaklah. Lagi-lagi boss, sangat baik hati nak belanja kitorang makan. Risau badan naik balik aje haiiih! Tapi syukur pasal makan takde masalah kat sini. Tapi tu lah, maybe sebab faktor-faktor tertentu buat shaye dah susut skett. Nah tatap gambar yang #bajetkurus ni pulak.




Nampak kurus ke, hape ke satu benda aje shaye nak susutkan. Iaitu perut ni ha. Muncit oh. Nak tangkap gamba pon kena tahan napas. Kalau tak muncit aje haiiih! Lagi-lagi kalau lepas makan. Camno nak kawen aihhh?! Kang orang ingat pegnen pulak. Haisyooh. So, start dari sekarang memang shaye sedang kurangkan makan. Boleh refer kat SINI kalau nak kurus sangat. Tu pon kena tahan jugaklah betapa azabnya nak kurus. Haha.


Menurut penulis, beliau mengamalkan Atkins Diet so wanita pegnen takpun yang menyusu baby tak boleh nak join diet nih. Atkins ni terbahagi pulak kepada 4 peringkat iaitu :


1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance


Uols boleh tengok dalam belog dia, memang azab la sebab rasa macam tak boleh makan semua benda. Gila ah. Tapi kalau betul-betul uols nak kurus, bolehlah follow. Shaye? Haha. Surender awal-awal kott. Tak sanggup oh nak tahan makan cenggitu. Nak susutkan perut buat sit up hari-hari aje. Betul tak?
Lazada Philippines