Tuesday, May 31

Giveaway Belog Nemomimosh

Bismilahirrahmanirrahim. Salam semua. Yeah. Baca tajuk tak? Okay dengan ini julung-julung kalinya cik Nemo nak buat giveaway. Hari tu shaye ada tanya pendapat uols kat entri INI. Thanks kepada semua yang bagi respon kat ruangan komen, chatbox, facebook dan lain-lain. Semuanya bagi komen yang membina. Muaaahhhh! #tetiba.

Okay kite teruskan. Macam mana nak join giveaway? Di sini shaye ada tetapkan beberapa syarat-syarat penyertaan. Jangan risau, shaye takkan susahkan uols. Tak payah follow belog ni pon takpe, takde paksaan. #sentap Benda senang je nak buat, apa yang uols perlu buat ialah :

Syarat penyertaan
1. Add as a friend Zeera Boutiquee di Facebook. (sebab diorang penaja. Kalau dah jadi friendlist tak payah add dah)
2. Sila buat satu entri mengenai giveaway ni dan tampal banner ni dalam entri tersebut. (Nak copy paste entri ni pon takpe asalkan uols kepochi kat belog uols)



3. Jangan lupa link kan sekali banner tu ke belog Nemomimosh.
4. Tag 3 orang kawan. Sila maklumkan kat diorang pasal uols tag diorang.
5. Dah selesai semua, sila tinggalkan komen dan penuhi maklumat yang diperlukan :
Nama kat Facebook : ________________(senang nak check uols dah add Zeera Boutiquee ke belum)
Link : ____________________________ (Link entri yang uols buat pasal giveaway ni)

Senang je kan? Tak perlu slogan-slogan bagai sebab shaye tahu uols mesti malas nak fikir banyak. Shaye pon pening kepala pulak nanti nak pilih slogan mana yang best. Hehe. Giveaway ni diberikan berdasarkan cabutan undi je nanti. So, siapa yang bertuah uols boleh pilih salah SATU sahaja daripada hadiah-hadiah di bawah ni. Best kan? Boleh pilih-pilih hadiah. Ececeh. Haha. So cepat-cepat join sebab kalau boleh shaye taknak buat giveaway ni lama-lama.

Antara giveaway yang nak di beri. Kalau bertuah boleh pilih SATU sahaja. SATU je tau. Bankrap kang kalau nak bagi semua. Haha.



Tarikh tutup penyertaan : 31 May 2011

Kalau Mak Taknak Masak Biryani, Kita Suruh Ma'Cik Yang Masak!

Pagi itu saya dan kawan teringin sangat nak makan Nasi Biryani. Ini semua gara-gara kelmarin kami lalu Restoran Ma'Cik Biryani. Ada sesuatu yang menarik perhatian kami untuk mencuba makanan di situ. Sampai teringat-ingat dan terbawak-bawak sampai mimpi selagi tak cuba makan kat sana. Serius! Bertempat di The Curve, Mutiara Damansara adalah lokasi "syurga makanan" buat kami. Lebih-lebih lagi ianya berdekatan dengan tempat tinggal kami. Apa tunggu lagi, kami serbu!


Nampak ekslusif tapi kami tetap mengambil langkah berani untuk mencuba restoran berunsurkan Baba dan Nyonya ini. Even masa ni masing-masing tengah sengkek takde duit tapi kami degil jugak. Haha. Teringin punya pasal, sanggup! Terlebih dahulu meh saya cerita macam mana wujudnya Ma'Cik Biryani. Nama pemilik restoran ini ialah Ai Lin Cheah di mana beliau berkeputusan untuk membuka restoran untuk menjual makanan kegemaran beliau iaitu Nasi Biryani. Actually pada mulanya beliau tak tahu pun resepi Nasi Biryani, tapi beliau betul-betul nak belajar daripada buku resepi dan membuat kajian melalui Internet untuk menghasilkan Nasi Biryani yang betul-betul "perfect".


Berkat usaha beliau, wujudlah Ma'Cik Biryani dan antara menu special yang utama di sini ialah Fruit Biryani, Vegetable Biryani, Prawn Biryani, Egg Biryani, Chicken Biryani with Egg, Beef Biryani, dan Mutton Biryani. Harga biryani adalah antara RM16 ke RM20 sahaja.


Restoran ini bukan menawarkan Nasi Biryani semata-mata tetapi ada menyediakan menu lain yang menarik. Selain biryani, pelbagai nasi goreng juga boleh didapati. Bukan nasi goreng biasa-biasa tapi haruslah yang special punya. Jangan tak percaya, tauhu sumbat, kuey teow soup, rojak johor, roti jala dan Ais Kacang pun uols boleh dapat kat sini. Ada lagi kuih-kuih ala kampung yang lain, kalau nak tahu sila serbu Ma'Cik Biryani.


Ma'Cik Biryani mementingkan kualiti dalam penyediaan makanan di mana beras yang digunakan direndam empat hingga enam jam sebelum dikukus. Daging atau ayam untuk biryani juga tidak diasingkan tetapi diletakkan dalam lapisan tengah nasi biryani tersebut sebelum dipanggang sekitar 30 minit. Nampak mudah tetapi cara penyediaan agak rumit lebih-lebih lagi rempah yang digunakan sukar didapati. Mampu nak buat?


Kualiti kebersihan Ma'Cik Biryani sangat terjamin lebih-lebih lagi telah mendapat penghargaan daripada MBPJ sebagai salah satu Premis Bersih dalam Selangor. Servis yang diberi juga sangat bagus. Tiada masalah makanan sampai lambat ke, pekerja bermasalah ke, semuanya "perfect".



Dekorasi restoran juga menarik kerana ia betul-betul berunsurkan Baba dan Nyonya. Dinding bercorak berasaskan kayu-kayu melambangkan jenis rumah Baba dan Nyonya. Gambar ramuan untuk Nasi Biryani dipaparkan di dinding restoran untuk tatapan pengunjung. Selain Saffron, ramuan Nasi Biryani juga termasuklah Cinnamon, jintan manis, jintan putih, serai, biji ketumbar dan air mawar. Unik bukan?



Apa yang menariknya di Ma'Cik Biryani, nasi biryani dihidangkan dalam periuk. Selalunya satu periuk boleh dikongsi dalam 2 atau 3 orang. Kami? Satu periuk seorang. Kelakar sebab ini first time kami ke situ, tak sangka satu periuk boleh makan 2 hingga 3 orang. Dah order kan? Nak tak nak kena habiskan seperiuk seorang.





Masa ini kawan saya pilih Beef Biryani (RM18.80)  dan saya pilih untuk cuba Chicken Biryani with Egg.(RM18.80). Berbaloi sebab rasanya yang asli dan sedap. Seperiuk pulak tu. Memang banyak. Boleh makan sampai kenyang.


Antara pengunjung yang datang ke sini. See? Chinese pun suka makan Nasi Biryani. Satu Malaysia okay.




Apa-apa pun jom serbu Ma'Cik Biryani di mana uols boleh makan Nasi Biryani sepuasnya! Sesiapa yang teringin nak makan Nasi Biryani eloklah datang sini bawak family. Tiru macam saya, makan nasi biryani seperiuk seorang. Haha! 


MA’CIK BIRYANI
Lot 156, Level One, Western Courtyard,
The Curve, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7710 6188
Business Hours: (Daily) 11am - 10pm.

NEW UPDATE 31 MAY : Peserta Giveaway Belog Nemomimosh

Salam semua. Terima kasih buat yang join GA Belog Nemomimosh buat julung-julung kalinya. Tak sangka ramai jugak yang join. Thanks sebab support. Muahhhh! #tetiba. Okey ni shaye senaraikan peserta yang terlibat. Yang mana nama uols dengan link dia ada kat sini, shaye dah check dan penuhi syarat. Yang mana belum, maknanye belum check takpon tak penuhi syarat.

Ada yang bermasalah dengan akaun Facebook, ada yang takde Facebook. Yelah syarat pertama kan kena Add Zeera Boutiquee kat Facebook. Kepada yang tak boleh nak add Zeera Boutique, bagi Id Facebook kat shaye then shaye akan maklumkan untuk Zeera Boutique add uols. Kepada yang takde Facebook pulak, tapi uols ada belog kan? Apa kata uols promote Zeera Boutiqee lebih sket kat belog uols. Yelah berbaloi la kan kalau uols menang, sebab Zeera Boutiquee yang sponsor giveaway ni.

Senarai peserta giveaway :

  1. Syufaa : http://i-love-being-a-contestant.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  2. Fadzillah : http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  3. Elyn : http://noraleenaanwar.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  4. Annur_Islam : http://annurgiveaway.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  5. Ibu Adam Alisha : http://adamalisha.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-cik-nemo.html
  6. Ernie Syafika : http://almarisiparipari.blogspot.com/2011/05/nemomimosh-giveaway.html
  7. Cik Lulu : http://renelleesa.blogspot.com/2011/05/lucky-draw-contest-giveaway-belog.html
  8. Deqlis : http://deqlis-contest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  9. Nana : http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  10. Budak Peghelih : http://nanaosaki-nanaosaki.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  11. Fatin : http://fatinamiraizati.blogspot.com/2011/05/giveaway-giveaway-lai-lai-lai.html
  12. Zaikulim : http://zaiikulim.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  13. Bella Luna : http://bellacontestpage.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  14. Fieda : http://sukahati-fieda.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  15. Mimi : http://officiallymimi.blogspot.com/2011/05/lucky-draw-contest-giveaway-belog.html
  16. Sutera Kasih : http://suterakasihyann.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  17. Emeera Asnary : http://emysk8tergurl.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  18. Mama Diana : http://mamadianasajacaripasal.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  19. Ain : http://nurainzainalabidin.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-bff-nemomimosh.html
  20. Cempaka Kuning : http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  21. Dayang : http://dygsy009.blogspot.com/2011/05/lucky-draw-contest-ga-blog-nemomimosh.html
  22. Alya : http://fasyafrina.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  23. Izaty Hedry : http://cikedispedas.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  24. Ariesya Chan : http://arieyshachanchan.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  25. Cik Gini : http://dalamsatuhati.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  26. Terataiflowerz : http://terataiflowerz.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  27. Syuhada : http://suka-sukacontest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  28. Ema Angeloo : http://ermaizzati.blogspot.com/search/label/contest%20hohoho%20%3A%29
  29. Tina Kechik : http://mizztina.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  30. UmmiNazzla : http://nazzla.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  31. Munirah Othman : http://thepinkmonster.blogspot.com/2011/05/giveaway.html
  32. Azatiesayang : http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  33. Cik Yaya : http://syadiyahhannah.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  34. Fahmie : http://kacnup.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  35. Ieka_Nz : http://ieykanz.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  36. Cute Mum : http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  37. Kochi : http://genci83.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  38. Pink Ummi : http://pinkummi.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  39. Gadis Nikon : http://amydanyann.blogspot.com/2011/05/tag-giveaway-contest-nemomimosh.html
  40. Azie Ismail : http://azieismail.blogspot.com/2011/05/tujuh-belas.html
  41. Cik Im : http://aimiaesh.blogspot.com/2011/05/nemomimosh-giveaway-u-are-tag.html
  42. EienRazak : http://eienrazak.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  43. Izan Ishak : http://diariummi-contest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  44. Farah Lisa : http://farahlisa-ceritahatiku.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  45. QueenPink : http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  46. SyuhadaSakura : http://syuhadasakura.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  47. Ain Kening : http://ainkening.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html 
  48. Annis : http://annisisshazwina.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  49. Amoyella : http://amoyella.blogspot.com/2011/05/give-away-nemomimosh.html
  50. Noor Fatin : http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  51. Cahaya Mama : http://blogcahayamama.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  52. Zetty : http://ety-funky-lady.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  53. Cik Bintang : http://bintanghatygiveaway.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  54. Farisya Nadia : http://isyadya.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  55. Ibu Alisha : http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  56. Mira : http://miranasiruddin.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  57. Hatta Ataicha : http://ataicha.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  58. Zafirah : http://mezafirah.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  59. Odah One : http://odahone.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  60. Aque Zyezye : http://aquezyezye.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  61. Noris : http://idupseorangnoyis.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  62. Ibu Syafiq : http://ibusyafiq.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  63. Ceria Gurlz : http://ceriagurlz.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  64. Raliza Hashim : http://snowsakura91.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  65. Nmirno : http://ntira-mirmo.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  66. Zuneto : http://zuneta-love-corner.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  67. Nananadya : http://nananadya.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  68. Rafidah Razak : http://fyddanglife.blogspot.com/2011/05/ga-ciknemo.html
  69. Apple Hijau : http://beehac.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  70. Nurul Asniza : http://nurul-lavendervsmint.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  71. Anna Boleyn : http://www.hanalovenest.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  72. Ezrin : http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  73. Izzara Ittazi : http://contestngiveaway.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  74. Bujang : http://metzbujang.blogspot.com/2011/05/said-giveaway-belog-nemomimosh.html
  75. Nor Hapisah : http://sha-myheart.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  76. Mimi Yumiko Chan : http://norshamimi.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  77. Shera Haifa : http://kontestaje.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  78. Mohamad Firdaus : http://telagaputihworks.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  79. Inasepi : http://inasepi.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  80. Fiezah Kechik : http://fiezahkecik.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  81. Che Rosliza : http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  82. Faez Faeiza : http://xoxohaneyko.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  83. Izancute : http://izancute.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  84. Syukri Mokhtar : http://syuk6692.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  85. Zahidah Redzuan : http://ohaza.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nimonimosh.html
  86. Shukri Fadzillah : http://shukrifadzillah.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  87. Mas Ibrahim : http://mascontestgiveaway.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  88. Nurlisa Afha : http://lisaafhacontest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  89. Ratu Qurtubah : http://quraqitty.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  90. Ummi Anum : http://mahalucky79.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  91. Kak Nida : http://along-nidar.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  92. Sarah : http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  93. (ID FB tak disertakan)
  94. Bieybbie Amieyna : http://samtinkp0rnatink.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  95. Fauziah Kamaruddin : http://ogy2112.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  96. Anith Hanisah : http://musicloveanisa.blogspot.com/2011/05/giveaway-blog-nemomimosh.html
  97. Eraa Rusberry : http://eraarusberry.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  98. Eyka Lai Kha : http://imnotagurlnotyetawoman.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  99. Nor Amni Sarah : http://amni1106875.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomim0sh.html
  100. Honey Bunny : http://iladelarossa.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  101. Mummy Maira : http://mummymairacontestga.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  102. Cik Purple : http://littlequeenstory.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  103. Iena Sabrina : http://iena-devo.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  104. Taufidris : http://taufidris.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  105. Ciema : http://ciema25.blogspot.com/?zx=b32fd295eed42aaf
  106. Anim : http://luvnabilndamia.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  107. Atiqah Rzk : http://molekatiqah.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  108. Daygku Nuraini : http://daygcakapcakap.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  109. Surayah : http://mssurayah16.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  110. Cik March : http://miemmiey91.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  111. (ID FB tak disertakan)
  112. Jaa : http://jaajahatga.blogspot.com/2011/05/giveaway-nemominosh.html
  113. Nini-Ab : http://nini-ab.blogspot.com/2011/05/httpzaihazrasulaiman.html
  114. Sherinazz : http://sherinarinzz.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  115. Azlina : http://all-contest-ga.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  116. Yuhana : http://yumikoice.blogspot.com/2011/05/ga-giveaway-belog-nemomimosh.html
  117. Yantz Anabella : http://yantzanabella.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  118. Siti Suriani : http://misssabrinaa.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  119. Momoy : http://www.princess-momoy.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  120. SofieyAzwa : http://sophiemokochi.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  121. Liyana Aziz : http://liyanaziz.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  122. Lili Hana : http://alvas-87.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  123. Hika Mayra : http://capucinost0ry.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  124. Aisumi Chan : http://aisumi-style.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  125. Cik Ailebiu : http://www.ailebiu.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  126. Hanifatiah : http://akudiadancerita.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  127. Nurul Nadhirah : http://diandahlia.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh-mai-join.html
  128. Aida Azryn : http://www.aidaazryn.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  129. Eyqa Amin : http://lifeyqa.blogspot.com/2011/05/first-ga-im-so-lucky.html
  130. Zaty Emilea : http://belogzaty.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  131. Ummu Ukasyah : http://anakkuanugerahterindah.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  132. Mizh Mia : http://mizhmia-gaandc.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  133. Syafiqah Salleh : http://comeykiut.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  134. Misx Miera : http://mieraluve.blogspot.com/2011/05/salam-semua-kali-nih-miera-ditag-oleh.html
  135. CTNurkhijah : http://thecolourfulisland.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  136. Yantiey : http://themptyanty.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  137. Azura Aziz : http://alycia-dan-contest.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  138. Joel Leslie : http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  139. Kinn : http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  140. Syakilla Zainun : http://nurnuha-syakila.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  141. Tiefazatie : http://tiefazatie.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  142. Siezuka : http://sicantiksiezuka.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
  143. Juniza : http://blogjuniza.blogspot.com/2011/05/giveaway-belog-nemomimosh.html
Untuk pengetahuan, shaye akan update nama peserta GA lepas jam 10am setiap hari. Kalau yang join selepas jam 10am, sila check nama uols keesokkan hari. Sebarang pertanyaan, boleh tinggal komen kat sini. Meh la join ramai-ramai lagi memeriahkan GA yang julung-julung kalinya ni. GA ni akan berakhir TEPAT JAM 12AM MALAM INI. Jadi sila cepat-cepat ya.  Thanks  kepada yang join! Kepada semua peserta, good luck!

Thursday, May 26

Bosan makan ABC? Jom makan ABC berperisa buah di Fruit Land!


Lokasi Mutiara Damansara merupakan “lubuk makanan” di mana kita boleh makan apa saja yang kita inginkan kerana semuanya ada di sana. Kali ini saya ingin membawa anda suatu tempat makanan di mana kita boleh menikmati buah-buahan segar sebagai dessert istimewa daripada Fruit Land. Bertempat di Ikano, Mutiara Damansara dan setakat ini outlet Fruit Land yang lain boleh didapati di The Mines Shopping, Jusco Cheras Selatan, Jusco Taman Maluri, Jusco AU2 Setiawangsa, De Garden Ipoh, Viva Home, Subang SS15.


Fuit Land berasal daripada produk Fruity Lolo di mana ia berupa ABC yang berperisa buah-buahan segar. Kombinasi buah-buahan dan perasa amatlah sesuai dan berpadanan serta menarik perhatian. Uniknya di Fruit Land, anda boleh memesan apa jua jenis dessert sejuk dan panas. Dessert sejuk adalah berupa ABC berperisa buah-buahan. Ia menyediakan pelbagai jenis buah-buahan dari buah-buahan import termasuklah buah-buahan tempatan. Antaranya ialah Rainbow Sago Lolo, Mix Fruits Sago Lolo, Corn Sago Lolo, Dragon Fruit Sago Lolo, Durian Sago Lolo, Coconut Sago Lolo, Watermelon Sago Lolo, Yam Sago Lolo, Kiwi Sago Lolo, Strawberry Sago Lolo, Honey Dew Sago Lolo, Papaya Sago Lolo, Cincau Ice Sago Lolo, Red Bean Sago Lolo, Mango Sago Lolo, dan Banana Sago Lolo.

 Honey Dew Sago Lolo

 Mango Sago Lolo

 Rainbow Sago Lolo


Dessert panas adalah seperti Soya dan Taufufa. Antaranya ialah Black Sesame Taufufa, Peanut Taufufa, Red Bean Dessert, Green Bean Paste, Almond Paste, Peanut Paste, Peanut Dessert, Black Sesame Dessert, dan banyak lagi. Fruit Land bukan sahaja menyediakan dessert panas dan sejuk, tetapi ia juga menyediakan makanan asas dan pembuka selera. Makanan yang disediakan cukup menepati misi Fruit Land iaitu berunsurkan kesihatan kerana setiap makanan yang disediakan tidak berminyak walaupun makanan yang bergoreng.


Salah satu dari appetizer. Lupa nama dia. Harus cuba sebab sedap!


Fruit Land juga menyediakan makanan yang pelbagai, dari western ke Nasi Lemak. Di samping itu, Fruit Land turut menawarkan kami dengan harga-harga promosi. Jadi, kami mengambil peluang tersebut untuk mencuba setiap makanan yang disediakan. Ternyata percubaan demi percubaan langsung tidak menghampakan kami. Semuanya sedap belaka dan merupakan makanan yang sihat.

“Buah-buah Fruit Land semuanya segar-segar. Sebab Mango Lolo, Honey Dew Lolo buah-buah dia segar tapi perasa dia manis yang berpada-pada! Saya suka” – Zai
“Makanan dia langsung tak berminyak, betul-betul makanan untuk orang diet. Yelah, makan tak berminyak lepas tu makan buah banyak-banyak”-Hani
“Appetizer dia sedap! Macam buat sendiri dari rumah!”-Niza


Harga biasa untuk satu dessert buah-buahan adalah RM7.90 ke RM9.90. Berbaloi dengan harga. Menarik kan? Jadi apa tunggu lagi? Jom kita serbu Fruit Land! Kalau bosan makan ABC kat kedai biasa apa kata try dessert dari Fruit Land! Anda takkan menyesal!

Wednesday, May 25

Jom Pekena Laksa Ah Cheng? Betul-betul from the North!

Setiap minggu memang tak sah saya dan rakan-rakan berkunjung ke Ah Cheng Laksa. Bukan apa, penangan laksa yang tak dapat dilupakan buat kami nak datang selalu ke sini. Adalah satu kerugian pada sesiapa yang tak pernah ke sini. Percayalah.


Asal-usul Laksa Ah Cheng telah jelas dinyatakan dalam laman webnya, di mana 56 tahun lalu sepasang suami isteri yang berniaga Asam Laksa di pekan kecil Alor Setar, Kedah. Dan perniagaan itu telah di ambil alih oleh anaknya, Ah Cheng sejak 10 tahun yang lepas. Dan kini perniagaan Ah Cheng Laksa telah pun berkembang dalam kawasan Lembah Klang. Buat masa ni Ah Cheng Laksa boleh didapati di : e@Curve, Cold Storage,Ikano, Giant,Stadium Shah Alam, The Summit, USJ.


Apa yang istimewanya Laksa Ah Cheng ialah, rasa dan aromanya yang asli. Ikan yang digunakan sangat segar dan isinya banyak. Sekali cuba, pasti perut kami kekenyangan dengan ikan. Berbaloi dengan harga yang dijual. Walaupun Ah Cheng adalah pengasas Ah Cheng Laksa, jangan risau kerana semua makanan yang dijual adalah Halal. Apabila masuk kedai pasti dah terpampang sijil Halal dari Jakim. Dari segi kebersihan memang terjamin bersih. Servis di sini juga sangat baik. Dan yang mengejutkan tiada servis cas yang dikenakan. 


Selain laksa, Ah Cheng Laksa juga berkonsepkan kopitiam yang menjual menu-menu lain seperti Nasi Lemak Ayam Rendang, Nasi Lemak Ayam Special dan sebagainya. Cuma yang istimewanya, Ah Cheng Laksa telah menambah menu lain seperti Mee Kari, Bihun Kari, Nasi Ayam BBQ, Nasi dan Asam Pedas Ikan Pari. Pada mulanya kami ke sini, menu laksa adalah menu utama kami, tetapi dah lama-kelamaan kami mencuba menu lain dalam Ah Cheng Laksa tak kurang juga hebatnya. Selain itu, Ah Cheng Laksa turut menawarkan promosi murah melaui set-set yang telah ditetapkan. 


Contoh :
Set A : Nasi Lemak Ayam Rendang + Laksa + Mee Kari = RM18

Perbandingan dengan harga biasa,
Nasi Lemak Ayam Rendang = RM 8.90
Laksa = RM 7.90
Mee Kari = RM 7.90




Nampak tak perbezaan harga? Dengan set-set yang ditawarkan, kami takkan terlepas peluang merasa semua jenis makanan sekaligus. Siapa tak mahu cuba kan bila dah ditawarkan dengan promosi murah. Antara keistimewaan lain yang menarik minat kami ke sini ialah persekitaran dan suasana kedai yang tenang dan senyap. Dengan muzik yang tenang sambil menikmati hidangan sedap, tentunya Ah Cheng Laksa menjadi pujaan hati kami.


Buat masa ini, Ah Cheng Laksa sedang menawarkan peluang bisnes bagi sesiapa yang berminat nak membuka kiosk untuk Ah Cheng Laksa. Siapa yang berminat bolehlah menghubungi atau ingin bertanyakan sebarang pertanyaan:


ahchenglaksa@hotmail.my
012-3046200 (S.Y.Tan)
www.ahchenglaksa.com.my

Friday, May 20

Followers dah 6++? Ni yang nak buat giveaway nih? Okay tak? Tolong respon!

Salam semua. Selamat petang! Actually dah nak balik kerja dah ni tapi sempat lagi nak update belog kan, maklumlah bizi sangat kat opis. Tak sempat nak update. Aktiviti hujung minggu tak update-update lagi kan. Haiyoooh! Tunggu saja ye dek non. Kalau free, hakak update tau! Don't worry idok le belog ni dibiarkan berkurun kan. Kan?

Sedar tak sedar dah 6++ dah bilangan followers belog cik Nemo. Thank you so much uols! Even idok le ramai berkoyan-koyan ade jugak le yang sudi nak follow kan, itu pon kalau baca belog ni. #ops. Hahaha. Okaylah, cik Nemo baik hati nak buat giveaway lah. Khas buat follower cik Nemo. Takpun sape nak follow boleh follow cepat. Okay tak? Tapi risau tadek sape yang sudi pulak. Maklumlah bukan blogger letop macam uols kan. So, shaye tanya dulu awal-awal kat uols. Setuju tak kalau shaye nak buat giveaway?

Nak bagi apa? Meriah uols! Don't worry, semuanya ditaja. Terima kasih kepada Zeera Boutique sebab berbesar hati nak menaja giveaway julung-julung kalinya ni. Kalau uols nak shopping boleh add kat FB okay. Actually Zeera Boutique baru je bukak kedai. Sila support ye. Maceh.  Okay, sambung kepada tajuk asal. Actually shaye dah pilih nak bagi apa kat uols. Giveaway untuk uols ialah sehelai baju / Handbag.


Antara 3 baju kat bawah, uols boleh pilih salah satu





Agak-agak tak cukup ramping, boleh pilih salah satu antara dua handbag ni.




Menarik tak? Kalau agak-agak menarik sila respon. Tinggalkan komen kat entri ni. Kalau ramai yang respon, shaye akan meneruskan buat giveaway ni. Tapi kalau agak-agak macam takde respon, niat nak buat giveaway akan terbatal serta-merta. Tunggu berzaman la cik Nemo nak buat giveaway lagi. Hahahah!


p/s : Ingat! Respon tau !

Thursday, May 19

Siapa yang nak buat kerja part time atau cari side income? Yang gila Facebook + Twitter amat digalakkan.

Salam semua. Macam mana cuti semalam? Best? Shaye? Duduk rumah saja. Maklumlah sejak kes simbah-simbah asid bagai, Mama tak bagi keluar sangat. Dah macam perintah berkurung rasanya. Huhu. Berbalik kepada tajuk, kalau ada yang perasanlah kan, kat Facebook shaye tengah hangat mengajak uols untuk join kerja part time kan? Kan? Maklumlah Flexiroam dah lancar, so kita terjun dalam bidang marketing pulak. Eceh. 

Actually kan, mungkin ada yang salah faham kerja apa yang shaye buat. Yelah, mana la tahu shaye ni masuk MLM ke Skim Cepat Kaya ke. No no no ! Tak hingin okay. Actually company tempat shaye bekerja sedang mencari siapa-siapa yang nak buat part time. Part time sebagai apa? Part time jadi sebahagian dari Social Media Team takpun Promoter Team kami. Berminat? Tak faham? Meh shaye explain. Sebelum tu meh baca dulu antara feedback yang shaye terima. Actually ada banyak lagi, tapi malas nak tampal semua.






Dah baca? Faham sket tak dari conversation kat atas? Still tak faham lagi? Dont worry cik Nemo akan explain kat uols. Kami memerlukan siapa-siapa yang berminat nak buat part time. Uols boleh pilih samada nak jadi sebahagian dari Social Media Team takpun Promoter Team. Apa kerjanya?


Social Media Team : Promote mengenai Flexiroam kat Facebook & Twitter atau laman sosial lain.
Promoter Team : Promote mengenai Flexiroam dan kat mana-mana expo. (Setakat ni KLIA)


Faham? Don't worry, pihak kami akan tunjukkan apa yang perlu dibuat kalau uols tak berapa faham sangat dengan kerja-kerja yang nak dibuat. Untuk Social Media Team tu lepas uols duduk promote sana sini, kena hantar report (print screen) pada kami. Yelah nak membuktikan yang uols betul-betul buat kerja kat rumah. Untuk Promoter Team, uols kena train dulu dengan kami lepas tu baru boleh join promote Flexiroam kat KLIA atau mana-mana expo nanti.


Ganjarannya? Untuk Social Media Team, kami tawarkan RM500 sebulan manakala untuk Promoter Team, kami tawarkan RM150 untuk 8jam sehari di expo. Cemana? Menarik? Dah kata pon part time kan. Bolehlah untuk siapa-siapa yang nak buat side income atau part time ke.


So, kalau berminat sila emailkan resume uols ke bazooka@flexiroam.com secepatnya.


Kalau berminat nak tahu  tahu sebarang update, uols ada Facebook? Sila request untuk join group The Bazooka Flexiroam Mobile Team. Sebarang pertanyaan kalau tak faham silalah tinggalkan komen

Monday, May 16

Sila muntah tengok 2 budak ni beraksi.

Salam semua. Good morning! Shaye masih di Klang. Tak keje pon hari ni. Pagi-pagi si Mimi dah paksa shaye bangun pastu bukak lappy. Haiyooh. Mengantuk okay, dah la malam tadi tido lambat. Takpe-takpe demi anak angkat yang tercinta.

Macam biasa, bukak lappy dia mesti nak tengok video-video favourite dia. Lagi-lagi video minah-minah Wondergurl tu nyanyi lagu Nobody tu. Berjoget la kau depan lappy tu. Haiyyooh. Pastu bagi dia tengok gambar-gambar kenangan dulu-dulu. Dia memang suka tengok gambar yang ada muka dia. Hehe. So, terhasillah video tak mandi dari kami. Layan je lah. Kau tengok je lah betapa tak reti duduk diamnya dia bila berhadapan dengan kamera. Abaikan muka mengantuk shaye.


Dah? Hehe. Apa-apapun. Have a nice day buat semua. Jap jap lagilah shaye mandi okay. Psttttt, tak lama lepas beraksi depan kamera kitorang gado tarik-tarik rambut. Hahaha. Biaselah tu. Pastu elok balik. Sekian.

Sunday, May 15

Terima Kasih Kepada Penaja Pelamin, Hadiah, Tapi Shaye Merajuk dengan Abang Photographer!

Salam semua. Amacam? Setelah Blogspot.com bermasalah 2 3 hari ni, semua blogger susah hati tak dapat nak update story baru. Ni Blogspot.com dah okay terpaksalah shaye update kat uols cerita-cerita basi. Huhu.  Nak update pon dah hilang idea sebenarnya. Tapi takpelah, baca je la apa yang shaye nak story kat uols. #sentap

Berbalik kepada tajuk, haaaa....ape kes kan? Siapa pulak yang penaja pelamin bagai semua kan? Nak kawen dah ke? Teeeeeeeeeet! #berangan. Nak dijadikan cerita la kan, masa Hari Ibu hari tu, shaye plan dengan Mama nak hang out sama-sama pergi KL. Padahal shaye sepatutnya pegi photoshoot hari tu. Cemana boleh lupa. Terpaksa postpone. Adush. Photoshoot apa? Teeeetttt! #berangan


Di tengah kotaraya gituuuuuww. Haha. Saja-saja je pon sebab nak cari barang sket kononnya. Tak cukup Klang, Shah Alam, KL pon nak pi terjah. Kalau dah namanya kaki jalan kan. Mama gerak dari Klang, shaye dengan Niza gerak dari Damansara. Actually shaye takde plan apa-apa pon untuk Hari Ibu. Hadiah pon takde maklumlah poket tengah kering. Kesian. Tu pon keluar dengan Mama, Mama jugak yang belanja. Aihhh! Sorry Mama. Hehe. Okaylah kan, wish pastu hang out sama-sama pon jadilah. #alasan

Actually kitorang pegi jalan-jalan area Sogo, Jalan TAR. Kat sana ada banyak benda best kononnya. Nak dijadikan cerita, setiap kedai kitorang masuk. Sampailah satu kedai ni. Dari luar memang lawa. Kedai bunga-bunga. Main masuk je pon. Takde niat apa pon. Seswai sangat kepada siapa-siapa yang nak kawen ke, nak tunang ke sebab dia ada jual banyak benda-benda hantaran, perhiasan semua. Tiba-tiba ada orang dalam kedai tu tanya shaye :

Pekedai : Errr, cik ... nak tanya.
Nemo : Ye saya?
Pekedai : Cik, yang ni mak Cik kan? (sambil tunjuk Mama)
Nemo : Ye kenapa ya?
Kawan pekedai : Ha, betullah! (muka excited)
Nemo : Kenapa eh? 
Pekedai : Cik datang dengan mak kan? Hari ni kan Hari Ibu, Cik boleh naik tingkat 3 buat hadiah untuk Ibu Cik.
Nemo: Hah? Buat hadiah?
Pekedai : Cik naik je, jangan risau tak kena bayar.

Bila orang dah kata tak kena bayar kan. Shaye pon cepat je lah naik tingkat 3. Tak tahu mana hala pekedai tu bawak shaye. Tahu-tahu je nampak sesuatu dari satu sudut hujung kedai.


Tadaaaaaaaaaaaaaaa! Waaaaaaaahh! See? Cantik kan? Siap pelamin bagai. Eh pelamin ke? Gasaklah. Haha. Actually diorang memang saja buat benda macam ni khas buat Hari Ibu. Tugasan yang diberikan untuk shaye ialah, buat sendiri hadiah untuk Mama. I mean, buat hiasan. Hadiah diorang sponsor. Time-time macam ni lah kan belajar cemana nak buat hantaran nanti. Belajar basic-basic. Siap ada cikgu yang mengajar tau.


Yeahhh! Dah siap! Actually sepanjang shaye duduk situ ada sorang abang tu ambilkkan gambar, gambar masa buat benda tu, gambar sampaikan hadiah kat Mama, gambar peluk-peluk dengan Mama semua ada. Diorang kata nanti diorang emailkan gambar. Tapi, TAKDE PON! Tu yang nak merajuk dengan abang photographer tu. Nanti kau aku datang kedai tu aku tuntut! Nasib baik shaye sempat amek gambar guna handphone sendiri. Ada jugak kenangan kan?


Nak bagi hadiah tu kat Mama siap announcement satu kedai kau. Haha. Ketar-ketar jugaklah kan. Eceh! Macam nak announce banyak-banyak pulak kan siap baca teks atas kertas padahal nyebut berapa patah je pon. #tepukdahi

"Hai, saya Era. Selamat Hari Ibu buat Mama, sila naik ke tingkat tiga. Ada sesuatu untuk Mama. Sekian Terima Kasih"


Dah lepas aktiviti Hari Ibu sempat amek gambar lagi kat kedai tu. Siyes, lawa tau barang-barang dalam ni. Tu yang sempat amek gambar. Itu cik Niza kita a.k.a Cek_Gebu (Twitter) Tak tahu lah boleh amek gambar ke tak. Nasiblah!


Ingat dia sorang je ke nak bergambar? Gambar tuan belog juga harus ditampal dalam belog ni okay.


Ehem, nak pi mana lagi ni? Barang dah dapat. Puas hatilah sebab barang yang shaye pilih tu cantik. Pastu shopping lagi apa yang patut kan. Hehe. Agak-agak macam dah penat berjalan baru Mama balik. 


Kitorang? Dah penat-penat pon tak hingin lagi nak balik. Sempat lagi melepak kat A&W minum-minum. Haus gila sebab banyak sangat berjalan.


Jemput minum semua. Ececeh! Lepas minum-minum bukannya terus balik tapi berjalan pegi area Jalan TAR. Syurga! Hehe. Macam-macam benda diorang jual. Nak tahu shaye bawak balik apa? Jeng jeng jeng!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 Manis tak?
InsyaAllah tak lama lagi kononnya. Eceh! 
:)
Lazada Philippines