Saturday, July 30

Hitam Itu Menawan, Putih Itu Suci.

Salam semua. Good morning! Pagi-pagi nak promote kat uols. Pagi-pagi nak ngajak uols cuci mata shopping baju. Haha! Dari dulu sampai sekarang shaye suka color hitam dengan putih, kata orang hitam itu menawan dan putih itu suci. Sebab tu kalau bukak almari takde color lain kott, tapi sekarang dah banyak color dah. Ecececeh, jom cuci mata yuk!


 Long Sleeves Round Neck Dress


Chiffon Glitter Beads Neck Top


Stripes Top with Flower Attached


Chiffon Top


Ruffles High Waisted Top


Kimono Deep V High Waisted Satin Dress


One Piece Lace Dress


 Off Shoulder Loose Sleeves Knitwear Top


 One Piece Dress


 Long Sleeves Top


3/4 Sleeves Top


Cemana? Cantik-cantik tak? Zeera Boutique dah updated stok-stok baru. Kalau suka boleh pi terjah. Haaa, kita ada review dari pemenang giveaway hari tu. Nak baca? Klik SINI. Siapa pemenang? Cik Ailebiu la. Hehe. Jangan risau, harga semua berpatutan di Zeera Boutique. Kalau nak tawar menawar pon boleh. Eh? Haha. Dah-dah ape tunggu lagi? Jom terjah Zeera Boutique sekarang!!!!

Friday, July 29

Rezeki Puasa.

Salam semua. Yuhuuuuu! Hai hai #lambaitangan. Tak lama lagi kita semua dah nak start puasa kan. Tak sabooor! Makin lama, makin cepat puasa. Bulan 8 dah puasa. Birthday shaye pulak tuh. Takpe-takpe moga sentiasa dikurniakan rahmatNya.

FYI, semalam shaye pergi interview mintak kerja. Gigih kau pergi sorang-sorang pastuh tamo bagitahu siapa-siapa pun. Sebab? Ni first time seumur hidup kott pegi mintak kerja. Kesian. Tu yang debor lain macam. Dan alhamdulilah mintak kerja terus dapat. Yeahhh! Rezeki. Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan. #bakalbos tak tanya banyak, baca-baca resume terus tanya bila nak start kerja. Lega. Cuma dia risau takut shaye tak dapat seswaikan diri sebab satu opis semua cina. Haiyooh. Takpe-takpe, harap-harap semuanya okay.

Setelah sebulan bercuti tanam anggur kat rumah akhirnya rezeki bulan puasa ni datang. Kerja apa? Kat mana? Haha itu rahsia. Tapi shaye rasa shaye bakal suka dengan kerja yang shaye dapat ni. Macam biasa, kerja #perahIdea ni kena tahan stress. Sabar ajelah. Yang penting kumpul pengalaman, kumpul duit nak kawin. Eh? Haha. So, shaye start kerja bulan puasa ni. Doakan shaye sentiasa murah rezeki okay! Okay cerita pasal puasa.....


Shaye cuma nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat semua. Banyakkan beribadah, solat jangan tinggal, jaga tutur kata, dan sebagainya. Tak lama lagi puasa, kepada yang lupa niat puasa dan doa berbuka puasa tu nah :


"Jadikan hari ini lebih baik dari semalam"

Wednesday, July 27

#7 WORDLESS WEDNESDAY - Dari Mata Turun ke Hati, Betul-Betul Dia Pinang Hoi!

Tips sebelum buat pre-wedding photoshoot (PART 4) LAST

Salam semua. Yuhuuuuu. Sorilah kalau entri berjela-jela macam telenovela. Ada banyak sangat gambar yang shaye nak share dengan uols sebab tu la entri tak berkesudahan. Kalau boring tu pandai-pandailah klik butang pangkah di sebelah kanan anda. Hehe. Okay-okay ini tips last yang perlu uols ambil kira sebelum buat pre-wedding photoshoot. Tips seterusnya! 

Tips 4 : Sediakan props
Nak gambar lebih menarik sila bawak props tambahan, ada sesetengahnya disediakan oleh servis photography, ada jugak yang tak disediakan. Jadi pandai-pandailah uols untuk berfikiran kreatif masa ni. Ini antara idea yang ada :

-Belon

-Kipas angin kertas

-Papan hitam

-Belon-belon air

-Cupcakes

-Payung

-Bunga

-Bingkai Frame

-Haiwan peliharaan

-Kad

Sebenarnya ada banyak lagi, tapi pandai-pandailah korang cari idea okay. Shaye share kan kat sini mana yang shaye jumpa je. Dan kalau boleh jimat-jimatlah. Jangan membazir sangat!

Tips 5 : Practice posing depan cermin
Ha, last sekali. Sila practice depan cermin. Haha. Bukan senang tau nak buat pre wedding segala. Kena study sket-sket kang nyesal tak sudah sebab gambar tak lawa sebab muka ketat di situ.

Okaylah itu saja tips untuk kali ini. Harap uols berpuas hati. Yuhuuuu! Tak saboor nak buat pre wedding photoshoot tak lama lagi. Eh? #pekupmuka.

Monday, July 25

Tips sebelum buat pre-wedding photoshoot (PART 3)

Salam semua. Good morning! Macam mana hari ini? Monday Blues ke? Tenang sudah! Okay jom kita sambung tips seterusnya..

Tips 3 : Cari tempat yang sesuai
Okay dah dapat konsep dan tema yang seswai? Kalau dah ada, harus cepat-cepat cari tempat yang seswai jugak. Pastikan tempat yang dipilih memenuhi apa yang uols nakkan. Pastikan setel dulu dengan pihak-pihak tertentu kalau tempat yang uols pilih tu perlu dapatkan kebenaran kebenaran. Kang naye je kena tembak sebab menceroboh. Haha. Terpulang kat uols samada nak buat indoor takpun outdoor. Kalau indoor dalam studio pun dah cukup. Okay, meh shaye share tempat-tempat outdoor yang menarik yang boleh uols pilih (sekitar KL dan Selangor).

- UPM (Universiti Putra Malaysia)

-UM (Universiti Malaya)

-Taman Tasik Titiwangsa

-Tasik Shah Alam.

-Taman Tasik Perdana

-Taman Tasik Tun Dr. Ismail

-Bukit Broga

-Bukit Cerakah

-Bukit Jalil Park

-KLCC

-Stesen KTM, Kuala Lumpur

-Sekinchan, Selangor

-Tanjong Harapan, Pelabuhan Klang

-Putrajaya

-Pantai Remis

-Muzium Negara

-Stesen KTM Jalan Kastam, Pelabuhan Klang

-Pantai Kelanang, Banting

-I City

Ada banyak lagi tempat menarik tapi tak larat nak list kan. Dah tahu tempat nak tuju? Okay tips seterusnya. Tunggu!

Saturday, July 23

Tips sebelum buat pre-wedding photoshoot (PART 2)

Salam semua, dah baca dah tips pertama? Dah jumpa photographer mana yang uols nak pakai? Kalau betul-betul nak buat pre-wedding sila contact cepat-cepat dan tetapkan tarikh supaya tak la berebut dengan orang lain. Selalunya kalau servis orang tu bagus, harga pun berpatutan ramai orang akan tempah kat dia. So, siapa cepat dia dapat. Dah-dah kita teruskan kepada tips yang kedua.

Tips 2 : Rancang konsep dan Tema
Haruslah rancang siap-siap dengan pasangan nak guna konsep apa. Sebab? Senang nak tentukan tempat dengan baju apa yang nak dipakai nanti. Baju tu biarlah sedondon. kang sorang pakai lain, sini pakai lain nampak macam gaduh besor pulak kan. Haha. Asal nampak kemas, cantik, menarik dan tertarik okay la kan. Ha, jangan lupa pulak baju tu silakan ikut tema ye. Jangan lari tema pulak. Entah cemana rupa kang. Pandai-pandai la uols nak decided nak pakai, mekap, tema cemana. Lagi bagus kalau uols tanya pendapat kawan-kawan atau siapa-siapa yang lebih arif dalam hal ini. Ok, ini adalah antara idea konsep untuk pre-wedding dan tema. Ikut kreativiti uols la nak macam mana kan? Kan? Lagi kreatif, lagi bagus! Yang ni shaye buat research sket dan share kat uols.

Back to school



Sweet kan? Pada shaye eloklah siapa yang bercinta dari sekolah tu buat konsep back to school. Yelah boleh mengimbau kenangan-kenangan silau zaman bercinta. Yelah dulu-dulu masa sekolah mana nak bergambar sangat. So, bila guna konsep ni bolehlah uols duk tunjuk kat anak cucu kisah cinta uols bermula dari sekolah lagi. Lama woooo! 

Movie/ TV inspired



See? Hebat tak? Ini contoh pre wedding yang diinspirasikan dari cerita Rama dan Shita. Perghh! Kalau bajet banyak uols boleh buat pre wedding ikut cerita apa yang uols minat. Ada macam-macam tau. Ada duit, semua benda boleh buat kan. Tak percaya? Tengok gambar-gambar kat bawah ni :

Star Wars

Avatar. Mampoo?

Fullhouse decor


Yang ini pada shaye siapa-siapa yang ada rumah cantik, mewah dan gah untuk ditayangkan bolehlah buat pre-wedding dalam rumah je. Sebab? Rugilah ada rumah cantik-cantik tapi tamo guna. Okay, kalau takde rumah cantik pun boleh pinjam sehari rumah cantik kawan. kalau diorang takde rumah cantik jugak, silalah sewa mana-mana resort ke, ape ke untuk buat pre wedding tu. Kos tuh! Kos! 

Urban/ Modern




See? Not bad kan? Selalunya konsep ni diorang akan amik gambar kat celah-celah bangunan, lorong-lorong haji taib, eh bukan-bukan. Haha. Lorong-lorong, sudut-sudut bangunan yang cantik la kan. Untuk konsep ini baju tu biarlah seswai ye, jangan tengah-tengah bandar buat gila pulak pakai kain batik dengan pelekat segala. Bagi yang berjiwa bandar takpun malas nak cari port baik punya, belakang opis uols pon boleh buat pre wedding. Jangan risaulah, kalau uols dah upah photographer terbaik, haruslah uols dapat gambar yang terbaik juga.

Landscape



Bagi yang sangat sukakan keindahan alam, eloklah buat konsep ini. Cari mana-mana pemandangan yang cantik macam satu kawasan luas yang penuh dengan bunga ke, duduk tepi laut ke, atas bukit ke, hutan-hutan ke. Seswai sangat! Pasti meletops gambar pre wedding uols nanti kan. 

Taman rekreasi dengan penuh warna


Untuk tema dan konsep ini siapa-siapa pun seswai. Lebih-lebih lagi kepada uols yang nak gambar uols nanti macam warna pelangi. Warna-warni gituuuu kan! Kalau taknak pegi Genting, Sunway Lagoon, Berjaya Times Square pon ada kan. Pandai-pandailah cari tempat. Fun fair pon warna-warni apa. Hehe.

Vintage/ Classic





Gila smart! Siapa yang berjiwa lama-lama, minat sesuatu yang klasik boleh ikut tema ni. Merasalah uols nak cari balik props antik-antik segala dengan baju orang-orang lama juga kan.

Picnic and Garden




Yang ni nampak sweet kan? Even ramai orang dah buat tak salah kalau uols buat jugak sebab masing-masing lain-lain photographer, lain pasangan dan lain tempat. Haha. Kalau sama pun, posing pun lain. So, jangan le risau nak buat konsep sweet gituuuuu kan. Mungkin uols boleh pelbagaikan bagi nampak lain dari lain. Contohnya dari segi props, baju dan sebagainya.

Art



Peminat seni lukisan, haaaaa jangan tatau yang konsep ini jugak boleh dimuat pakai tau. Yang suka melukis bolehlah bergambar dengan hasil lukisan uols. Takpun pegilah mana-mana balai seni ke mintak kebenaran buat pre wedding. Tu pon kalau bolehlah. Haha. Kalau takbley, uols boleh curi-curi amek gambar lukisan kat Central Market, KL saja. Tu pon kalau tak kena tangkap dengan pak guard. Jeng jeng jeng!

Smart and Casual



Yang ni lagi sempoi, balik opis boleh terus pegi buat pre wedding. Ha, jimat kos tau. Konsep smart dan kasual ni seswai la kalau siapa-siapa yang bercinta dengan rakan satu opis. Sebab? nak tunjukkan jalan cerita la konon-konon kawan sepejabat. Ewaahh!

White Studio

Konsep ini paling simple pada shaye, tak payah susah-susah cari tempat segala. Yelah kitorang dah pernah buat kan. Datang studio terus photoshoot. Feeling-feeling macam datang kedai gambar nak amek gambar passport tu. Amboi, kemain! Props selalunya dah disediakan. Kerja mudah! Tinggal kau nak menghulur je lah. Haha!

Music



Peminat-peminat muzik juga tak ketinggalan, boleh bergambar dengan instrumen sebagai kenang-kenangan. Mana la tahu kan dapat calon ahli muzik. Apa lagi, silakan ambil gambar bersama instrumen.

Fantasi




Okay last sekali. Ikut lah uols nak konsep cemana pon. Yang ini berdasarkan imaginasi dan fantasi uols. Yelah manatau #tetiba rasa nak pakai costume ke, boleh terbang ke, dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti uols. Lagi unik, lagi bagus. Mencetus idea baru untuk pre wedding kan.

Ha, amacam? Dah penuh idea dalam kepala? Ini baru tips kedua. Sambung tips seterusnya esok lusa okay! Banyak sangat dah ini. Tunggu!


*Sumber gambar adalah ihsan dari pakcik Google.
Lazada Philippines