Friday, August 26

Away. Cuti Raya.

Sorry guys! Tak nampak muka shaye di Facebook, tiada sebarang update di belog atas sebab-sebab tertentu. Pc rosak, nak on9 guna lappy broadband pulak tak bayor. Aihhh! Ni pon hapdet secara pantas di opis. Dengan ini shaye mengisytiharkan shaye bercuti sampai raya. Selamat Hari Raya buat semua. Maaf Zahir dan Batin. Nah e-card untuk semua. *e-kad raya pinjam dari #tunangkite*

Tuesday, August 23

Kita dah tua dah. 23 August datang lagi!

Yuhuuuuuuuuu!! Salam semua! Salam Ramadhan. Sedar tak sedar cepat betul masa berlalu kan. Seperti tahun-tahun yang lepas, shaye akan buat entri auto-publish khas untuk birthday diri sendiri. Seperti tahun lepas, masih tak berubah. birthday shaye jatuh pada bulan puasa lagi. Alhamdulilah.

*lukis sendiri ni. Tengah gila guna Adobe Illustrator*

Sorry guys, shaye memang private kan wall kat Facebook shaye supaya tak serabut mata nak memandang. Macam tahun lepas, beratus-ratus ucapan yang shaye terima. Yuhuuuuu! Thanks uols. Tapi penuh gila wall sampai tak nyempat-nyempat nak baca tau. Feeling #retis sangat. Haha. So, kali ini shaye dah bukak 'peti ucapan' untuk uols kat Facebook. Mudah kan? Haha.


Tak macam tahun lepas di mana satu level kepci nyanyikan lagu birthday untuk shaye. Dat's so sweet! Yelah time-time birthday, teman-teman di sisi kan. Haiyooh tahun ni shaye sorang-sorang je maklum lah dah habis belajar. Sedih! Sebab shaye dah besor panjang dan terus membesor, harapanlah Mama nak beli kek pastuh panggil jiran-jiran terdekat untuk celebrate. Kawan pon takde. Haha. Pastuh main tiop-tiop belon segala, kawan-kawan nyanyi lagu birthday. #berangan sangat! Semua tu merasa masa umur lima tahun. Sekarang? Dah doplohlima tahun hoi! Tapi muka tetapp muda kan? Pelisssss kata ya. Haha!

Seperti yang shaye katakan dalam entri Ada Apa Dengan August, Ogos adalah bulan cinta. Haha. Siapa kata? Shaye reka je. Sebenarnya semua bulan pun boleh jadi bulan cinta kan? Kan? Setelah apa yang shaye selami, hayati, bulan Ogos adalah bulan pengimbas. Bulan di mana setiap kenangan-kenangan Ogos disemadikan dalam ingatan. Biarpun pahit, manis, ia tetap kekal dalam ingatan.

Antara yang masih segar dalam ingatan, masa zaman sekolah-sekolah. Adik kedua shaye gigih takde duit tapi tetap belikan shaye sumthing. Balik-balik rumah terus bagi hadiah, adik bongsu tanya kenapa belikan kakak hadiah, adik kedua bagitahu la hari tu birthday shaye, terus dia macam gelabah gila lari sana sini korek tabung pergi kedai. Balik-balik kedai dah siap bungkus sebatang pen murah. Shaye cakaplah kenapa beli, bukan ada duit pon? Dia jawab semua beli dia tak beli mana boleh. Dia rasa bersalah. Masa tu diorang budak-budak sangat. Adik bongsu shaye tadika kott masa tu.  Haha. So sweet!

Teringat masa shaye buat praktikal masa Diploma kat Taiping, Perak. Masa birthday duduk di perantauan. Tengah-tengah malam dapat call dari rumah Klang. Mama, Abah, adik-adik call-call terus nyanyikan lagu birthday. Sweeeeettt sangat! Kalau ikutkan tiap kali birthday shaye satu family harus makan luar. Tapi tahun ni tak besh la, Abah dah pun balik kampung. Adik kedua pulak kat Kedah. Tak suka tak dapat berkumpul. #nanges

Actually ada banyak sangat kenangan birthday, tak larat nak share semua. Tapi yang pasti semuanya manis-manis belaka. Dari situlah shaye tahu siapa yang selalu ingatkan shaye, siapa yang selalu bersama shaye, siapa yang menghargai shaye, siapa sahabat setia, siapa shaye di hati mereka. Kan! Mungkin masih ada yang mengingati tapi perasaan benci mengatasinya, shaye mengerti. Yelah shaye sedar tak semua orang suka dengan apa yang kita buat, apa yang kita ada, apa yang kita tulis. Tapi siapalah shaye kan. 

Ohooooi dah doplohlimatahun ni harus pikul banyak tanggungjawab dah. Hope dapat pikul semuanya dengan sempurna. InsyaAllah. Actually ada banyak impian yang perlu dicapai. Semuanya perlu bermula dari sekarang. Doakan shaye okay? 

Cak! Doakan kebahagiaan shaye sekali okay?

Sunday, August 21

Iftar With My Sayang ! #BFF Forever (20 Ramadhan 1432)

Salam. Yuhuuuuuu! Salam Ramadhan buat seluruh umat Islam di luar sana. Dah masuk puluh-puluh hari kita berpuasa kan. *kira sendiri*. Alhamdulilah dapat jugak berbuka puasa semeja dengan #BFF kesayangan semalam. Actually plan nak buat #BFF gathering di  mana semua #BFF shaye duduk semeja berbuka puasa sama-sama. Tapi ada pulak yang buat 'janji manismu' terus tak jadi. Punah, musnah harapan. Patutnya berempat tapi at last berdua jugak. Frust sangat okay!


Disebabkan semua plan tak jadi, shaye dan #BFF IbuAdamAlisha tetap meneruskan plan sendiri. Takpelah deting berdua pon okay lah kan. Bajet nak bagitahu sumthing, nak bagitahu berita baik tapi takpelah biar simpan jadi rahsia je. Bertempat di SACC Mall, gigih hujan-hujan pon shaye gerak ke sana sorang-sorang. Memang ramai gila orang, nasib kau lah kan parking kereta tepi-tepi jalan je.


Awal-awal dah reserved tempat takut takde tempat nak makan. Nasiblah kitorang pergi sana awal. Hampir semua kedai full! Haiyohhh!


Sementara nak tunggu buka puasa, deting la dulu pi jalan-jalan kat sana. Sumpah makan hati sebab tengok bazaar kat sana ada jual macam-macam. Haihhh! Duit bape puluh hengget je ade hati nak shopping kan? Harapan. Dapat tengok je lah.


Model #berangan Focus Point. *ikut color baju*


Model #berangan Nokia. *ikut tema baju jugak*



Masa ni la nak borak-borak habis dengan dia. Yelahhh, pasnih tahun depan baru boleh hangout dengan dia atas sebab-sebab tertentu. Nak jumpa memang payah tapi semua tu kami atur dan plan betul-betul supaya semuanya lancar. Shaye kenal dengan dia dah lama sejak belajar kat Politeknik lagi, dan alhamdulilah dia kawan yang sentiasa bersama shaye susah dan senang sampai sekarang. Okay cukup lepas mengadu apa yang patut dengan dia, berkongsi cerita suka dan duka, tibalah masa untuk berbuka puasa!



Shaye berbuka puasa kat Secret Receipe.


Tapi #BFF berbuka kat Uncle K.


Apekah? Haha. Takdelah, kitorang berbuka puasa kat Noodle Station tengah-tengah antara dua kedai tu. Eh? Mana gambar makanan? #ops. Lupa nak amik sebab dah laporrr sangat!! Okay itu saja laporan pagi Ahad ni. Eh pagi? Tengah harilah! #okbai

Saturday, August 20

My first try. Comel tak doodle kite?

Salam semua. Salam Ramadhan. Di mana shaye? Berisaran langsung dari opis di pagi Sabtu. Yuhuuuuuu! Hari ni tak banyak kerja sangat. Tu yang ada masa nak hapdet kan kan? Walaupun...... curi-curi. Ops!

 

Tadaaaaaa! Comel tak? Comel tak? Semangat buat kat opis nih. Pagi tadi belogwalking pergi ke belog Wan Hazel, #tetiba rajin nak try-try buat doodle. Wan Hazel memang rajin buat macam-macam tutorial. Ada tutorial yang shaye refer dari belog dia juga. Terjah la kalau rajin okay. Sambil berbelog, sambil kita belajar benda baru. Kan! Eh benda alah doodle ni buadak-budak ni dah start lama dah, shaye je baru nak try. Takpelah, at least i try. Hehe. Okay lah, later! Tengah merancang untuk memperbaiki mutu keunggulan belog pulak. #berangan sangaaat!

Tuesday, August 16

Gathering Berbuka Puasa Bersama Blogger-Blogger Letop!

Salam semua. Salam Ramadhan. Sedar tak sedar dah hari ke belas-belas kita berpuasa. *kira sendiri*. Alhamdulilah setakat ni shaye masih berpuasa penuh. Yess! #lompatbintang. Okay, sebab timing untuk tidur dah sampai, better taip laju-laju kan sebab esok nak kerja. Kali ni shaye nak story kat uols yang baru-baru ni iaitu pada hari Sabtu lepas bersamaan 13 Ogos 2011 ada gathering buka puasa bersama blogger-blogger. Yuhuuuu tak pasal-pasal shaye join kan. Hehe.

Actually Sabtu pagi tu shaye kerja half day, memang dah planning cantekk punya lepas kerja shaye dan #tunangkite serta beberapa orang rakan buat photoshoot sempena raya. So kemain dari opis pakai baju raya. Feeling sangat sebab orang lain datang opis hari Sabtu macam duduk kat rumah pakai singlet dengan short pants segala tapi shaye dah macam nak beraya. Hehe.Whatever!

Psttttt gambar photoshoot tak dapat lagi, nanti-nantilah ye tayang kat uols. Haha kemain. Sebenarnya shaye tatau pon ada gathering segala siap buat konsep potluck semua. Haiyooh. #tunangkite bagitahu untuk join pergi buka puasa rumah kawan dia je. Kalau ku tahu, aku masak siap-siap dari rumah tunjuk bakat. Haiyooh. Ayat takbley blah. 


Bertempat di Putrajaya, rumah salah sorang dari mereka. Gila jauh jugak rasanya nak masuk sampai ke dalam dengan keadaan hujan lebat gila kami gigihkan diri untuk join Iftar kali ni. Sampai-sampai dah ramai yang datang. Actually ini first time sebenarnya shaye jumpa diorang semua. Apapun semuanya sangat pemarah eh peramah. Meriaahhhh okay. Sampai-sampai tengok makanan, sangat mak-mak masing-masing pandai bawak makanan. Banyak tauuu! Tak jadi tunnjuk bakat. #tetiba.


Alhamdulilah. Selepas selesai solat maghrib, masing-masing dah get ready nak serbu makanan. Yelah sebelum tu kan jamah kurma dengan air. Eh sedapp tau kurma hari tu! Beli kat mana eh? Actually shaye tak makan benda manis tapi kurma hari tu memang sedap.
Haaaa! Inilah dia tuan rumah Amir Rayyan. Sedap nama, nama betul ke nama glamour? Canttik rumah, tak macam rumah bujang. Apapun thanks sebab sudi buat gathering ini. Ni first time join, tatau pulak yang geng diorang ni dah kenal 3 tahun. Okay pasnih bolehlah shaye jadi a part of family? Cehh!


Antara yang hadir, elok pulak tema hari tu memang baju melayu dengan baju kurung. Meh shaye remind balik nama diorang ni sorang-sorang masa sesi ta'ruf hari tu. Dari kanan, Daniel,Wan Fuyooh, Hizami, Ijat Asni, Amir Rayyan, Nabil Aizat, Qarl, dan Ikram. Yeahhh! Ingat.



Macam tak faham, blogger kalau dah jumpa kamera terus jadi sawan kamera okay. Masing-masing keluarkan kamera wartawan, so nak keluarkan kamera henpon terus tak jadi. Seramm! Haha. Btw, ini semua muka dah kenyang sebab tu hyperactive masing-masing.


Ehem, kita ada Yuna kat situ. Eh silap-silap. Itu Khal nama dia. Yang kat sebelah dia pulak nama dia Hazy. Orang kuat geng ni tau!


Haaa, yang pakai spek namanya Qarl. Paling bising sekali kott. #ops. Haha. Btw meriahh uols hari tu. Lupa pulak Qarl la yang menganjurkan gathering tersebut. Tahniah sebab semuanya berjalan lancar dengan selancarnya. Alhamdulilah Ehem, siapa kat sebelah Qarl? Okay itu nama dia Adam merangkap photographer hari itu. Ewahh! Tinggi tau dia!



Cakk kun cakkk!!

Eh eh budak comel mana ni? Suka okay tengok lesum batu dia. Eh eh lesum pipit. Ingatkan Que Haidar datang mai gathering. Haha. #tetiba. Nama pon letop dia ni Izz Huznie Idraqie. Pssstttt, jadi adik hangkat kakak nak tak? Haha. Kemain! *macam tua benor aku ni kan*


Ehem, siapa tuh? Itu kak Heze!  Murah rezeki dia bawak makanan banyak sangat. Rumah dia dekat sangat je dengan rumah shaye. Dia ada katering, siapa yang berminat bolehlah tempah kat Salamah Katering. Not bad, sedap jugak okay!

Itu! Itu! Girlssssssssss! *motep sangat* Itu calon imam muda kita! Hehe. Iqram jadi imam kita pada malam tersebut. Alhamdulilah.

Ha, itu Adam dengan Wan Fuyoooh yang tatau la dia cukup napas ke tidak malam tu. Yelah dari mula sampai habis shaye tengok dia tak berhenti ketawa okay. Haha. Kelakar sangat, sampai dengan shaye sekali tak berhenti ketawa dengan lawak-lawak diorang ni tau. Haha. Tahniah Wan Fuyoooh sebab baru beli kete baru. Letopppp sangat! #tetiba

Nahhhhh, bukan setakat Que Haidar je yang datang gathering, Shahir AF pon ada. Yang ni nama dia Hizami. Budak-budak ni masing-masing muka #retis tau. Comel-comel semuanya! Nasib baik budak-budak lagi. Eh Nemo, behave Nemo. *tengok cincin* #tetiba Hahaha!

Ok, yang baju color Kelabu tu shaye dah booking. Sekian. Hoi bagi la credit kat tunang sendiri. Ok lah ok lah, ni link dia Pojiepooh.


Ok game Buaya Biawak dah start. Awal-awal lagi shaye dah kalah. Tu yang tercongok kat belakang tuh. Haha. Tak payah la bagi game yang kena ingat-ingat ni, banyak sangat semut dalam kepala ni ha. Haha.


Eceh, ni muka-muka dah nak menang ni. For me, susah tau. Dah la tak pernah main. Maklumlah dah tua, diorang ni budak-budak lagi tu yang cepatt ingat. Alasan sangat!

Yang ni Zamri . Kemain masa ni main teka-teka sambil buat gaya, meriah sangatt. Tunggu masa nak kena sound dengan jiran aje kott. Haha. Masa ni takbley blah ada orang tuh, orang lain buat gaya kanggaroo sampai kat dia #tetiba tukar jadi kuda. Haha. Seronok aku carut di sini!


Beratur main game. Macam biasa jangan ngurat yang tengah ye. #carut


Dan tak lupa juga kepada kak Eazy datang dari jauh siap hangkut anak dengan laki sekali tau. Comel sangat baby Medina. Tak banyak ragam pon. Baju merah yang duduk depan tu Ayie nama dia. Eh siapa lagi shaye tak link kan nama kat sini ha? Memang ada, bagitahu pelis? Tinggal kat komen okay.



Ok last! Bergambar kenangan!


Gathering Iftar Santai Selamba Blogger Ke 3 2011. #tepuktangan

Btw seronok jumpa kawan-kawan baru dan yang penting muda-muda. Haha. InsyaAllah gathering seterusnya pada majlis kami nanti. InsyaAllah. Pastikan korang semua datang okay. Jangan main biawak buaya pulak. Haha. Ok lah itu saja laporan malam ini. Thanks semua! Semoga persahabatan yang terjalin kekal selamanya. Amin.

Monday, August 15

My Dream Post Wedding Potraiture

Setiap pasangan pasti tercalit impian dalam sesebuah perkahwinan. Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang termeterai dalam penyatuan dua jiwa. Perkahwinan adalah kontrak seumur hidup yang dipersetujui dua insan yang sedang bercinta mahupun tidak. Detik-detik perkahwinan adalah saat yang terindah bagi setiap pasangan di mana setelah berjaya menempuh beberapa tahap iaitu apabila si gadis dirisik oleh si teruna, kemudian melangkah ke satu tahap bertunang dan akhirnya bernikah.

Biar saya kenalkan diri kepada semua, saya si gadis yang hatinya dicuri oleh si teruna. Kami baru saja menempuh tahap yang kedua iaitu bertunang dan menunggu masa untuk disatukan kurang dari dua belas bulan dari sekarang. Kami bukanlah seperti pasangan lain yang telah lama bercinta, tetapi kami baru sahaja mengenali hati budi masing-masing. Dan sudah pastinya kami menyimpan rasa dan perasaan tersebut sebagai bekalan setelah sah menjadi suami isteri nanti. Dan saya yakin, detik tersebut adalah detik terindah bagi kami.

Pelbagai perancangan yang telah dibuat bermula dari sekarang termasuklah persediaan dari segi sebelum, semasa dan selepas perkahwinan memandangkan detik tersebut semakin menghampiri. Buat masa ini, kami masih belum menetapkan tempat untuk berbulan madu, tapi sedang berangan-berangan kununnya nak pergi Bali. InsyaAllah. Kalau murah rezeki, hajat di hati nak buat post wedding sekali. Maklumlah, kami ni kan gila gambar.

Ehem, jangan ditanya apa impian untuk post wedding sebab ianya adalah impian kecil yang mungkin mudah je nak melakukan tapi memerlukan kepakaran untuk photographer tersebut dalam menjadikan gambar-gambar tersebut sangat menarik dan menggagumkan. Lokasi untuk post wedding dalam bilik yang berhadapan dengan laut, di mana kami hanya memakai pakaian tidur atau pakaian biasa pada waktu pagi dan seterusnya terserah kepada photographer untuk mengambil gambar kami dalam shot yang terbaik.



Lebih kurang macam gambar kat atas ni tapi takde pakai macam ni kan, pakai sopan-sopan dan takde lah pulak nak buat aksi ranjang ke apa, gambar biasa je. Gambar tengah nikmati saat berdua mengadap laut, gambar tengah breakfast, gambar tengah bergurau senda dalam bilik, gambar menyuruk-nyuruk dalam selimut ke, gambar tengah bersiap nak keluar jalan-jalan dan banyak lagi. Ok just imagine eh, bila kita pergi honeymoon siapa je yang nak ambil gambar itu semua sedangkan semua tu kenangan. Saya lebih suka gambar yang natural contohnya macam gambar kat bawah ni. Dan saya lebih suka kalau gambar post wedding dalam keadaan Black and White.






Untuk sebelah petang, pastinya nak ambil gambar berdua di tepi laut tengah menikmati sunset. Pastinya dapat hasilkan gambar-gambar terbaik dengan tempat yang menarik!






Simple kan konsep post wedding yang saya impikan. Harap tercapai suatu hari. Buat masa sekarang ini, terlalu banyak servis fotografi yang hebat-hebat di luar sana. Dan setiap daripadanya mempunyai kehebatan, keunikan, kekuatan masing-masing dalam memaparkan hasil yang terbaik. Tetapi ada satu servis fotografi yang berjaya menarik perhatian kami dari segi hasil kerja mereka iaitu Detik Indah Photography.







Sumber gambar : Detik Indah Facebook

Sejajar dengan nama Detik Indah Photography, hasil kerja mereka berjaya memaparkan dengan setiap detik-detik bermakna dalam setiap gambar yang diambil. Biarpun sekeping gambar tidak mampu mengucapkan sebarang kata, namun melalui Detik Indah Photography ia dapat menceritakan setiap bibit cerita dengan keunikan tersendiri dalam gambar-gambar yang dihasilkan. Dan itulah yang kami mahukan di mana setiap detik tersebut dapat disemadikan dalam sebuah album gambar hebat yang bakal dijadikan kenangan terindah yang tidak dapat dilupakan seumur hidup. InsyaAllah.


Setiap kenangan dan Detik Indah tidak mungkin dapat dipisahkan. 

Klik SINI untuk join contest dan uols berpeluang menang hadiah hebat! Pakej photoshoot untuk post wedding yang bernilai RM1500! Try lah! Khas untuk bakal pengantin je tau! 
Lazada Philippines