Thursday, October 27

Kite happy bila tengok kakak kite happy.

Salam semua.

Alhamdulilah masuk hari ni dah masuk 5 hari kelahiran Ahmad Izdihar Syakir Ahmad Syazwan. Syukur alhamdulilah dengan kehadiran beliau telah memberi seribu pengertian kepada kakak shaye dan suaminya. Penantian selama 5 tahun berakhir dengan tangisan kegembiraan mereka. Semoga kelahiran ini bakal menceriakan dan membawa sinar bahagia yang berkekalan hingga ke akhirnya. 


Ahmad Izdihar Syakir. Comel kann?

Actually sejak bertunang shaye dah tak pernah berjumpa dengan kakak shaye atas sebab-sebab bizi dengan urusan masing-masing. Selalu sangat sentap-menyentap sebab memang tak berkesempatan sikit pun nak berjumpa. Makan hati dengan status-status facebook dia sebab tak dapat bersama-sama dengan dia selalu. macam dulu. Homaii. #kesatairmata

Even kami dah berjauhan tapi hakikatnya kami masih lagi berhubung tapi tu pon sangat terhad. Masing-masing bizi sangattt. Even kami bukanlah ada pertalian darah tapi shaye dah anggap dia macam kakak sendiri.   Dialah tempat shaye mengadu, dia sentiasa ada bila shaye perlukan seseorang untuk meluahkan masalah. Btw, thanks sis! I miss you. Sangaaatt! :-')

Sejak kehilangan Fabby, shaye tahu dia sengaja membizikan diri supaya takkan rasa sunyi lagi. Tapi alhamdulilah Allah tu maha adil, hilang Fabby berganti Syakir. Anugerah terindah buat dia. Dan sekarang dia happy sekali. Dalam masa yang sama shaye juga turut happy.

   

Tak sabar nak pegi tengok Syakir nak ceciom dia. Nak pegi esok lusa tak sempat sebab shaye bizi dengan konvokesyen. InsyaAllah akan melawat jugak dalam masa terdekat nanti. 

Pesanan buat kakak kami (shaye dgn #tunangkite) :
1 - Dah ada Syakir jangan lupa kitorang ye!
2 - Doakan semuanya berjalan lancar.
3 - Jangan letak jawatan Dekan SKSM!

#OctTwtFest memang meriahh sangatt!

Salam semua.

Hey hey hey dah pastinya shaye orang terlembab sekali menghapdet belog kan kan? Whatever bukan ada orang nak baca pong. #EhYeke. Okayy kali ni shaye nak hapdet secera pantas mengenai event yang baru-baru ni shaye join iaitu diberi nama #OctTwtFest. (skema tak ayat?)

Keadaan perkarangan Digi Headquarters masa kami baru tiba.

Yelah yelah jangan tanya-tanya banyak kali ape kebendanya #OctTwtFest tu sebab ni shaye nak habaq kat uols yang #OctTwtFest atau nama panjang dia October Twitter Festival tu ialah dimana pengguna Twitter tegar ke tak tegar berkumpul di suatu tempat. Ala-ala Twtup jugak lah kan tapi kali ini yang membezakannya dari Twtup biasa ialah ianya merupakan Twtup terbesar di duniaaaaaaa! *nganga luas-luas*




Sesi beramas eh beramah mesra.

Tahniah kepada komuniti #OctTwtFest kerana berjaya memecahkan rekod dunia   iaitu seramai lebih 2615 pemegang Twitter yang datang join! Perghh. Ehh pompang pompang sana sini lupa pulak nak cakap yang #OctTwtFest ni telah berlangsung pada 22 Oktober lalu bertempat di Digi Headquarters Shah Alam. Opis Digi memang meletopp. Kalaulah dapat kerja situ kannn. #berangan.


Ingatkan adik-adik shaye je main game ni kat rumah , rupa-rupanya budak-budak lain suka main.

Selain bertujuan untuk memecahkan rekod dunia, acara itu turut mendapat sokongan selebriti tempatan seperti pelakon Fazura, Zahiril Adzim, Lisa Surihani, Altimet, kumpulan Hujan, Joe Flizzow, Fazley Yaacob, Imran Ajmain dan ramai lagi. Antara aktiviti yang dijalankan ialah jualan gerai, cabutan bertuah, meraikan October Babies, marathon filem, tweet-hunt Blackberry Playbook, pertandingan permainan PS3, permainan Twister dan persembahan nyanyian turut diadakan. Meriah sangat dah macam Jom Heboh kononnya.


Tengok sebelah dah hilang tahu-tahu atas pentas lelaki tu. Haihhh.

Antara tujuan utama #OctTwtFest diadakan ialah :
- Mewujudkan keharmonian di antara pengunjung yang hadir tak kira lah dari pelbagai bangsa, status, agama dan fahaman politik.
-Mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 1500 pengguna Twitter untuk memecahkan rekod dunia. See? Pecah rekod ke tidak. Yeahhh!
-Pengunjung yang hadir berpeluang untuk mendapatkan lencana "Epic Swarm" di Foursquare dengan lebih 1000 pengguna "check in" di suatu lokasi.


Sape nak karok pomboley karok.

Actually hari tu shaye jumpa ramai sangat kawan-kawan Twitter dengan kawan-kawan blogger. Antaranya ialah @pojiepooh, @Aida_Sue, @Karotgold, @zullicious, @tetaufiq, @taufiqhelios, @Nur_Aizuddin, @_EryFarieha, @sharabunga, @nisamenaip, @EncikPhsycopath, @PwincesN, @myredfingger, @ivasaonji, @hazeeqsulaiman, @azfarul, @Afnie_Lan, @katakbiru, @neyrasyazera, @ciksenah, @gadishanim, @Nur_Elyani, @mieyashafie, @aisyalicious, @reez_iskandar, @annahlasri. @azrimukhtar dan ramai lagi sebenarnya.



Bersama @gadishanim

Dari kiri @azfarul, Me, @hazeeqsulaiman, @pojiepooh, @ivasaionji

Okaylah, jum menatap gambar, cakap pompang pompang kangg tadek gambar uols kata shaye menipu pulak kann kann. Tak banyak gambar sebab batery bb nak habis masa tu. Alahai. So, mengharapkan ihsan orang lain je amik gambar. Ngeeeee.


Nak karok boleh tapi kau tengok bukan main ramai peminat nak tengok.


Me with @AidaSue orang kuat #OctTwtFest


Me with @sharabunga


First time jumpa dengan Tetau! (@tetaufiq)

Dari kiri @azfarul, @PwincesN, @pojiepooh, @hazeeqsulaiman, Me.

Me with @Nur_Elyani

Kami.

Even #OctTwtFest telah pun berjaya memecahkan rekod dunia tapi masih ramai yang tertanya-tanya kenapa hashtag #OctTwtFest masih belum trending dalam Twitter. Shaye pun tatau pasal apa. Tapi takpelah kann. Kepada yang terlepas pandang boleh datang untuk tahun depan kalau ada lah kann. Daripada kita guna Twitter untuk benda-benda tak berfaedah, baik kita buat sesuatu yang boleh membantu lebih-lebih lagi belia-belia di luar sana. Diz week 29 Oktober ada #TwtupdarahCP, siapa nak derma darah boleh join. Info? Boleh baca SINI.  Kepada yang nak join #TwtupKaseh 5 Nov untuk melawat ke rumah orang-orang tua boleh baca info kat SINI.


I wish masa wedding kitorang pon pakai hashtag macam ni. Ecececeh.

See?? Menarik kann? Apapun uols layan video lagu Cinta Muka Bulu (Parody) daripada wakil Twitterjaya khas ditayangkan masa #OctTwtFest hari tu.

 
Apapun #OctTwtFest memang meriah!

Thursday, October 20

Tuesday, October 18

Siapa Dia? Mana Dia? Demam Nora dah tamat kita tatap gambar pulak.

Salam semua.

Moning everybody! #lambailambai. Sihat? Rindu tak? Rindu tak? Itu je lah soalan shaye kannnn! Malas nak say sorry kat uols sebab macam biasalah tadek masa sangat nak hapdet belog yang tak pernah lekang dengan sawangnye. Sampai berhabuk kau tamo hapdet kan kan. Takpelah, macam entri-entri lepas sure rasa macam pameran kat balai seni lukis negara, kali ni macam muzium negara pulak. Entri bergambar ye tuan puan sekalian.

Seperti yang semua sedia tahu, Teater Secret Life Of Nora dah pun tamat dengan berjayanya kalau tak silap shaye. Maklumlah shaye lah yang paling terlembab sekali hapdet belog katanya. Yelah mengikut entri lepas  teater start 29 Nov sampai 16 Oct. Congrats kepada yang terlibat sebab kita dapat respon yang baik dari semua penonton! *clap clap clap*. Yang tak berkesempatan tengok? Rugi tau. Jangan risau dengar-dengar ada tiket persembahan tambahan, last show Sabtu ni. Pegi cepatt! Okay dah la, menatap gambar jom.















Takmo puji banyak-banyak, cukuplah shaye cakap persembahan yang mantapp! Serious best dan tak rugilah uols pi tengok. Kann kann. Semua pelakon bersungguh-sungguh dan pandi berlakon. Yang paling mengujakan, hampir semua pelakon "terbang". Jangan main-main tau. 



Actually ramai tau blogger dan #retis yang kitorang jumpa, Tapi takdelah sempat nak ambik gambar dengan semua. Btw, seronok sebab jumpa ramai kawan-kawan baru. Tak baru sangatlah, kebanyakannya kita dah kenal, duduk bersembang dalam Facebook, Twitter dan blog. So, inilah kesempatan kami bersua muka.


Kita jumpa siapa? Dari kiri @myredfingger, @PwincesN, shaye dan #tunangkite


See? Gigih tak datang pakai baju kurung, baru macam Ana Raffali uols! Kemain sangat kann. Takdelah, actually lepas-lepas tengok teater kitorang nak berangkat terus pergi open house raya. Uols nak tahu tak, sepanjang bulan raya, setiap Sabtu shaye pergi opis pakai baju kurung sebab lepas kerja terus pergi majlis-majlis tertentu. Orang lain pergi opis macam nak pergi pasar je. Yelah Sabtu kann. So, feeling-feeling VIP sangat sebab bizi benor tiap minggu. 


Warna tema kami merah aummm aummm ye tuan-puan. 


Okay bertukar pasangan kejap, itu @hazeecsulaiman bodyguard kami pada hari tersebut.


Bersama Khallela, kembar Yuna kita. Alohh muka tak ready lah. Takpelah asal dapat tampal muka sama-sama cukup.


Kami bersama watak utama dalam teater ni. Tak dapat bergambar dengan tuan badan, bergambar dengan gambar pon jadilah. Sentap kejap. Hehe.


Kali ke tiga shaye tengok teater di Istana Budaya, kali ni dapat duduk seat mahal sekali. Yesssss! #lompatbintang. Thanks kepada @RedMummy!


Jumpa lagi dengan blogger-blogger #retis kita. Dari kiri Daniel Adie, Pojiepooh, Qarl_Haiqal, dan Hizami. 


Eh eh masih terjumpa lagi kawan-kawan yang lain. Dari kiri @hatisamronkin, @aisyalicious, @nemomimosh, @pojiepooh@hazeecsulaiman@PwincesN, @myredfingger. Rasakan semuanya twithandle Twitter. Agak-agak nak beramas mesra boleh polo molo diorang.


Okay last sekali tengok respon penonton pulak.


Retis sangat si baju merah tu kannnn! #larilajulaju

Lazada Philippines