Tuesday, January 24

Abah kena serangan jantung.

Salam semua,

Sebelum apa-apa shaye nak panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang untuk kami sekeluarga masih bersama-sama hingga ke hari ini. Tanggal 14 Januari 2012 lepas, time tu shaye masih di tempat kerja. Time tu shaye keje half day hari Sabtu, patutnya dah balik tapi lewat sket sebab nak setelkan kerja sket. Tiba-tiba Mama call dari rumah.

"Kau kat mana ni? Tak balik lagi ke?"
"Kenapa Ma? Japlagi Era baliklah"
"Abah kau ni tiba-tiba je sakit dada ni, cepat balik nak hantar Abah kat hospital ni. Muka dia dah lain macam tu, pucat ni. Mama risau!"
"Hah? Okay. Okay"

Menggigil kau nak setel kerja secepat mungkin. Semua jadi serba tak kena sebab risaukan Abah. Nak balik pulak time tu jugak jalan jam yang amat. Risau bukan kepalang tapi alhamdulilah Mama cepat, dia panggil jiran suruh hantarkan Abah ke hospital. Maklumlah shaye kerja dan shaye guna kereta. Sampai-sampai rumah terus shaye dengan Mama bergegas ke hospital.


Sampai hospital kena tunggu berjam-jam. Ada lah dekat 2 3 jam. Dan sampai satu masa doktor panggil. Dia bagitahu depan-depan Abah. Masa tu badan Abah penuh wayar. Tapi Abah tak pengsan. Abah diam je sambil pandang shaye dan Mama. Itulah pengalaman paling pahit bila dengar penerangan doktor. Bunyiknya begini :

"Awak siapa? Awak waris dia?"
"Saya anak dia"
"Ok saya doktor yang periksa ayah awak ni. Sekarang ni saya cuma nak bagitahu yang ayah awak ni kena serangan jantung. Darah dia tersumbat dan apa yang kami boleh buat, kami akan bagi ubat supaya darah beku tu pecah dan mungkin akan ada pendarahan kat hidung, telinga dan sebagainya. Tapi apa yang saya boleh cakap, ayah awak ni kritikal dan dia ada risiko untuk meninggal"
"Okay" (terkedu sambil berlalu pergi)
"Eh awak taknak jumpa ayah awak dulu ke? Takdelah kami cuba sehabis mungkin. Jumpalah dulu, mana tahu jadi apa-apa"

Boleh bayangkan tak cemana perasaan orang yang first diberitahu hal ni? Homai, rasa seedih sangat. Shaye pergi dekat dengan Abah. Tak pernah tengok Abah macam tu. I mean badan dia penuh dengan wayar, jarum dicucuk-cucuk satu badan. Dengan mesin tu lagi. 

"Abah okay?" (cuba untuk senyum)
"Tak okay" (sambil tunjuk dada dia sakit)
"Oklah Era tunggu kat luar"

Terus berjalan laju ke luar pintu tanpa menoleh. Air mata mengalir macam air paip. Tak nak menangis depan Abah. Kat bilik menunggu tu shaye sorang je yang menangis tanpa henti. Orang-orang kat situ suruh shaye bersabar. Masa tu dah fikir macam-macam. Takut sangat kehilangan Abah. Tatau macam mana nak teruskan hidup. Hanya Tuhan tempat mengadu. 


Doktor cuba selamatkan Abah, diorang bagi macam-macam ubat dan shaye nampak Abah muntah-muntah effect dari ubat tu. Kesian sangat. Dalam 4 5 jam seterusnya Abah dimasukkan dalam CCU (Coronary Care Unit) untuk rawatan lanjut. Alhamdulilah Abah kuat. Kuat sangat. Depan kite dia buat-buat kuat. Dia tak pengsan langsung. Dia boleh tersenyum lagi.


Abah masuk CCU adalah dalam 4 hari. Yang dalam gambar kat atas ni adalah hari ke-empat Abah kat CCU. Doktor bagi kerusi untuk Abah duduk, kalau tak terbaring je. Masa tu kite tak boleh melawat dia sesuka hati, macam ICU jugaklah kann. Tapi tak lah risau sangat sebab alhamdulilah Abah dijaga rapi oleh nurse-nurse cantik. 

Ekceli masa Abah kat CCU, Mimi ada ikut sekali. Tapi sebab dia budak kecik dia tak boleh masuk. Kesian sangat tengok dia. Dia datang hospital tak macam budak lain yang kejenye nak main je. Mimi just fokus depan pintu ICU yang terbukak tutup sambil menunggu peluang nak lari masuk untuk jumpa Abah je. Banyak kali Mimi kena marah dengan guard kat situ tapi dia tetap cakap "Mimi nak tengok pakcik!"

Sempat jugak shaye buat video call dengan Mimi untuk Abah cakap dengan dia dari luar. Mimi terkejut tengok keadaan Abah terus sentap tatau nak cakap apa. Abah pun macam sebak je. Kesiann. Mimi dengan Abah manje sangat kat rumah. Besfren okayy! Main Angry Bird berebut sama-sama tiap hari.

Alhamdulilah esoknya Abah dah sihat dan dipindahkan ke wad biasa. Tapi Abah lemah sangat, dia tak mampu berjalan. Bila dah masuk wad biasa faham-fahamlah semua kena buat sendiri kann. Maka kami anak-beranak gilir-gilir jaga Abah hari-hari. Masuk-masuk wad biasa Abah dah tanya pasal Mimi. Nampak sangat dia sebenarnya memang nak sangat jumpa Mimi. Dan tercapai jugak hasrat besfren ni berjumpa. Itu dia Mimi dengan Abah! 


Thanks kepada semua yang datang, family sebelah Mama, sebelah Abah, jiran-jiran, kawan-kawan rapat Abah dengan Mama semuanya datang sejak Abah di CCU lagi hingga ke wad biasa. Ekceli Abah happy bila semua sedara-mara dia datang melawat. Setiap kali shaye masuk , dia akan tanya siapa lagi kat luar tu?. See? Kemainn kann? Thanks jugak kepada family #tunangkite, #tunangkite, kakak angkat tersayang shaye, kawan-kawan shaye yang sudi datang tengok Abah untuk bagi semangat. Turut memberi semangat kepada kami sekeluarga juga.  



Hari ke-lapan Abah dah boleh keluar hospital. Kemain tak sabar lagi dia. Padahal masa tu dia masih belum mampu berjalan sendiri. Alhamdulilah hari ni masuk hari ke-11 Abah dah boleh berjalan sendiri tapi slow-slow dan tak boleh jalan jauh lagi. Semuanya mengambil masa untuk pulih macam biasa. Lepas ni kami akan jaga Abah sebaik mungkin, taknak dia jatuh sakit lagi. Bahaya tauu, sejak Abah dah boleh jalan sendiri ni dia pandai curi-curi makan lauk yang dia tak boleh makan. Haihhh langgar pantang. 

Apapun, uols tolong doakan Abah kembali pulih dan sihat sejahtera ye. Amin. Itulah antara kenangan pahit bagi shaye. Sayangilah Abah uols, bukan Abah je, mak sekali. Jangan sia-siakan mereka selagi ada.

Sorilah entri panjang berjela. #okbai.

20 comments:

Kifli Mally said...

saya dorakan yang terbaik untuk ayah awk yer :)

cik bell (: said...

semoga ayah awak dipanjangkan umur :)

azalia hjsalleh said...

semoga ayah awak cpt sembuh..
bykkan doa utk dia

Cik tikah said...

nice story. hmpir nk nangis bca entry ni. :( alhadulillah ayah awak makin sihat,smoga sembuh spenuhnya selepas ni :)

eylma cosmetics said...

kite doakan yang terbaik untuk ayah nemo..nemo pon kene kuat tau!

Anonymous said...

Hope he'll get well soon =) May Allah bless ;)

aimaniman said...

alhamdulillah, ayah adik kembali sihat,.. nasib baik x da benda yg x diingini berlaku kann... tp akak rasa doktor yg merawat tu over sikit lae, x reti jaga perasaan org langsung,.. lg pun dia cakap depan pesakit, baik2 x da benda boleh sesak nafas dengar...

Liyaa Mf said...

Semuga Abah kembali pulih, semaken sehat dan sehat. Sedih baca :(

Miss Bunbun Cat said...

siyes nangis baca post akak :') Saya doakan abah kakak sentiasa dalam keadaan yang sihat :) get well soon ^^

[sutera kasih] said...

sabar ya awk..sy nangis bc entry awk yg ni..rasa sebak sgt :(

sy doakan semoga abah awk cepat sembuh ya awk..

Ckin Kembaq said...

insyaAllah beliau sihat2 naa.. ^_^

deeya_shouranlee said...

semoga abah awak sihat selalu, insyallah.. ameennn..

Cik Bulat said...

Awak kuat ikan nemo :) insha-Allah, Allah sentiasa bersama dengan mereka yang sabar. :) kuatkan semangat. insha-Allah abah akan kembali sihat seperti sedia kala. Amiieeen.. !

|cah-sahaJa said...

T.T.. oke saye ngs baca ni.. huhu..
aminnnn.. jaga abah kamu elok2 yee.. :)

Mishter Izwän said...

Alhamdulillah ayah awk da sihat, hope pas ni Abah awk kena jaga makan, so that tak de la serangan tuh dtg lagi,


Feel free to visit me at speechless009.blogspot.com

Warna Warni said...

ya.. alloh,,, mudah-mudahan lekas sembuh ya...

farahD said...

So sad to hear that ur dad is sick..hope he will get well real soon oke..


btw seperti komen u kat my blog...u can visit my website

http://www.scrapaperclip.com/

for all my wedding works. hope to hear from you soon!

AkmaFaizal said...

Sedey baca..akak dah takde abah..harap korang sayang abah korang selagi masih ade. Semoga Abah Nemo cepat sembuhdan sihat seperti sediakala..Amin

Pink Lavender said...

jaga abah elok2 yer..
follow u from pupel..

::CIK LYNN:: said...

eh2...mcm HUSM la...=)

smga shat slalu..

Lazada Philippines