Sunday, January 1

Kronologi 2011.

Salam semua.

Pergh gigih kann shaye lepas sambut new year terus nak tulis entri? Eh eh takdelah sambut new year. Tak pernah pong seumur hidup. Cuma tadi pergi jalan-jalan dengan Mama dan adik pastuh balik kul 2 pagi. Rasakan! 

Malam new year ni macam-macam perasaan ada. Happy, sedih, sayu, nervous dan sebagainya. Siyes! Tapi bila mengenangkan yang malam ni dah masuk tahun 2012, serta-merta macam-macam flashback dalam kepala ni. Setiap moment yang tertinggal pasti tersemat dalam kepala even ianya pahit atau manis.

Tahun 2011 menggamit macam-macam perkara. Di situlah permulaan jatuh bangun shaye, di situ juga muncul insan-insan yang datang dan pergi silih berganti. Di situ juga shaye belajar erti kehidupan, persahabatan dan percintaan. Dan tahun 2011 betul-betul shaye bertunang!


Bermulanya 1.1.11 hingga hari ini 1.1.12. Masa berlalu dengan sangat pantas, sedar tak sedar dah macam-macam benda berlaku. Terlalu banyak kenangan terindah yang tak dapat dikongsikan di sini. Tetapi setiap insan yang bersama shaye sepanjang tarikh tersebut pasti dapat merasai setiap kenangan yang tak mungkin shaye lupakan. 

Di sini shaye ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana setiap masa yang diluangkan untuk shaye tersenyum semula. InsyaAllah senyum itu takkan pudar lagi. Terima kasih juga kerana meminjamkan bahu setiap kali shaye menangis, menunjukkan jalan ketika shaye jatuh suatu ketika, dan sentiasa menemani saat shaye memerlukan seseorang. Thanks korang.

Bila berbicara soal cinta, Alhamdulilah. Shaye bersyukur di atas ketentuanNya. Si dia sangat menghormati diri ini, sangat memahami. Bibit perkenalan sebagai teman tapi mesra terus dibawanya ke rombongan meminang. Mungkin betul kata orang, bercinta lepas kahwin lebih indah kann? Moga perjalanan kami untuk mendirikan masjid sentiasa berjalan lancar. Sungguh kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang layak menentukannya. 


Oklah penat membebel, lupakan segala yang pahit. Ingat yang manis-manis je kan? Yang pahit jadikan pengajaran. Ehem, apa azam tahun baru uols?? Nak tahu azam baru shaye? 


Ehem fikir apaaa??

Azam baru shaye nak kuruslahhh! I mean replace balik azam tahun lepas.
#larikkkk

10 comments:

si ngokngek said...

eh azam men replaced ja ka..HAHA
happy new year~~

neyra shazeyra said...

Comel.

Qarl said...

tak sbr nk makan nasi briyani gam masa wedding korang

wajibla nasi briyani gam sbb pojie kan johore.

and plz laksa johor gak

Azah Skaliskala said...

salam miss nemo.
Selamat tahun baru, semoga tahun 2011 memberi anda inspirasi meneruskan hidup. Saya pun mahu kurus tahun ni.:p

Goodluck for your next life.

Amni said...

dear anniversary tunang kita sama laaaa.. wah! Seronok! Celebrate tak 1 hb hari tu? hihi.. langsung bila? happy anniversary dear.. moga kita sama-sama bahagia dunia akhirat.. amin..

Amni said...

lah, ye ke bukan 1hb? hehehehe.. salah faham kat part u cakap 1.1.2011-1.1.2012.. baik2.. anniversary in advance la.. hehehe..

bella said...

wahh cantiknya akak...heheheh

Miss Niesa said...

akak comel sangat >_<

saffiya_aleesya @ echa said...

comeiii ar suka tengok..heheheh

tiaLAURENN said...

tantik! . hehe . nanti tia kawen nak pinjam baju . hehe . tia doakan sis dapat anak2 yang comels macam tia . hahahahahaha

Lazada Philippines