Thursday, March 8

Bercinta hampir belasan tahun akhirnya sampai ke jinjang pelamin jua!

Salam semua,

Yuhuuu mood berbelog dah kembali! Since tadek benda nak buat sebab bb kite rosak, maka terpaksa guna henpon lama dan terputus dari dunia luar kejap. Say what? Miss me? Alohhh alohh alohhh. Okaylahh kali ni rajin kejap nak menulis TETAPI..... isinkan shaye bercerita pasal cerita basi yang disimpan je dalam kepala ni. Cuma takde masa nak share dalam belog. Cepat atau lambat nak tulis gak, kang dah tua-tua boleh baca balik. *kau mampu dah jadi nenek bongkok tiga tapi pegang ipad baca belog?*

Oklah, back to the story. Ekceli shaye nak cerita pasal majlis kerja kahwin kawan lama shaye. Alaa kawan masa sekolah-sekolah dulu time tingkatan satu, dua, tiga duluuuu. Rasanya masih boleh lagi nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ayu dan Faiz. Majlis diorang hujung bulan 1 hari tuu. Ekceli diorang ni duduk sebelah kelas shaye dulu-dulu. Ayu dengan Faiz ni bercinta dari tingkatan 1 lagi okay kalau tak silap. So adelahh dalam 12 ke 13 tahun. Lama takkk? Lamaaaa tauuu!  Jodoh mereka panjang, alhamdulilah telah pun selamat jadi suami dan isteri yang sah.

 

Masa first dapat jemputan, terpikir-pikir jugak nak pegi dengan siapa kann. Nak ajak #tunangkite dia pong busy ade hal masa tu. Tapi niat hati memang nak sangat pegi. Sebab nak sangat jumpa kawan-kawan lama + menjemput kahwin. Yang paling best wedding Ayu dan Faiz ni diorang buat kat dewan sekolah lama kitorang. Menggamit kenangan sangat! So, dengan keberanian yang ada ini first time shaye pegi jemputan wedding dengan sendiri. Sorang-sorang hoi! 

Sampai-sampai memang blur. Dalam hati "Omaigod, nyesal datang. Aku tak jumpa sapa pun yang aku kenal". Tapi tak lama lepas tu nampak kelibat kawan-kawan. Legaaa sangat tapi segannn dah lama tak jumpa lagipun tak berapa rapat sangat. Last-last nampak geng sekolah dulu kemain semangat terus pi kat diorang!
 

See? Kawan-kawan ramai yang dah kawin. Ni yang kat atas ni tempat kitorang dulu selalu lepak. Hehe. Masing-masing datang siap bawak anak, laki bini segala. Bawak perut pon ada. Alahai sentap. Hahah! Kalau beberapa tahun lepas punya reunion, topik utama yang ditanya "Ko keje kat mana?", "Ko sambung belajar kat mana?". Laaaaaaaaaa ni, "Perut tu dah ade isi keeeee?", "Anak kau umur berapa?". Haihhhhh.

  Kawan lamaaaaaaaaaaa ni nama dia Zarina. pengawas sekolahh duluu, rapat jugak dengan dia dulu!
 
Ehhh lupa pulak nak kenalkan mana satu pengantinn. Haaaa, itulahh Ayu dan Faiz. Tengah bergambar. Photographer ponn budak kelas kitorang jugak. Siapa nak gunakan khidmat dia boleh pegi website dia---> SINI

Okayy yang ini teman segonjeng masa sekolah. Bolehh takk guna statement gitu? #matila Tapi diorang best. Kalau gelak tak reti pandang kiri kanan. Opsss. Haha. Ni semua #BFF masa sekolahh rendah + menengah. Ekceli shaye dengan Diana (baju hijau) pindah sekolah teknik yang sama lepas tingkatan 3. Yang lain-lain terus sambung sampai tingkatan 5. Sebab tu masa datang wedding ni shaye risauuu sangat tak kenal orang atau orang dah tak kenal kite.
 
Pengantin sila senyum lagi dan lagi. 

Si baju merah maintan je badan padahal dah beranak satu. #jeles

Okayy yang ini #BFF masa sekolah jugak. Dulu masa sekolah semua benda asyik kebetulan sama. Laaaaaa ni dia datang wedding bagitahu majlis dia 6hb dengan 7hb April. Tapi majlis shaye 7hb dengan 8hb April kann? Clashh kann??? Lepas tu boleh pulak majlis bertandang pun nak sama 14hb. Tempat sama kat Muar. Maka tercetuslahh bride's war masa tuu jugak! Haha. Funny sangat sebab masing-masing berebut menjemput kawan-kawan. Kat situ jugak kau nak bergaduh okay. Apapun masa tu happyyyyyy sangat sebab boleh jumpa #BFF before menamatkan zaman bujang. *mywish*

Dan korang nak tahu? Daripada yang datang wedding tu sorang-sorang tadi dengan kaki ketar-ketar, shaye jugaklahh tetamu yang tak reti-reti nak balik sebab seronok sangat jumpa kawan. Dekat jam 5pm baru salam pengantin kata nak balik. Haha keji sangat. Oklahh penat membebel, layan gambar!

 


"Akhir kata selamat pengantin baru ke kepada Ayu dan Faiz, semoga hubungan uols berkekalan sampai akhir hayat. Amin" 

p/s : Siapa kata berkawan lama tu susah nak kekal? Yang penting hati ikhlas, jujur, setia dan tahu menjaga batas-batas. Sampai masa, kahwinlah! Kann?

8 comments:

AMNA said...

http://akubencihacker.blogspot.com/2012/03/megagiveaway-by-penmerahcom.html

Betul-3 :)
Semoga Ayu & Faiz sentiasa bahagia! :)

Liyaa Mf said...

Lamanya dorang berchenta! & at last kawen. Best laaaaa! :D

[sutera kasih] said...

lepas ni giliran awk plak cik nemo :)

cik ain said...

Mintak-mintak jodoh kite ponggg panjang mcm ni jugak. Aminn :)

❖ FS ❖ said...

Fuyoooo belasan tahun ! Inilah dinamakan jodoh hewhew

Boni JLL3 said...

tahniah kepada pengantin..memang jodoh dorang kuat..hehehe..

saya follow blog awak ye

Nyue said...

belasan tahun...erm sgt2 lama..
Nyue y bru 7tahun ni dh rasa lama..ni pon da dlm perancangan utk menamatkan zaman bujang :)

zhprn said...

bestnyerr...kawan lama² n akhir di jinjang pelamin =)

Lazada Philippines