Wednesday, April 18

Hari menikah kite 7 April! #lompatbintang

Salam semua,

Ehem, ingat kite lagi tak???? Keji kann bertahun tak reti update belog sebab busyyyyyyyyyyyyyyyyy teramat sangat dengan kerja + preparation kahwin segala. Firstly, shaye nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat diri sendiri sebab alhamdulilah telah pun menjadi bini orang. Lepas ni tak boleh panggil Cik Nemo lagi, silalah panggil Puan Nemo, siyess tak marah. Ecehh! Dan kepada semua jejaka di luar sana tamo sedih-sedih sebab kite dah berpunye sekarang. Korang dah terlambat. *berangan* 

Alang-alang boleh online kat rumah ni, laki pulak tengah membuta kat sebelah maka shaye pun curi-curilah update kejap. Yelahhh kang orang kata berkubur pulak belog ni sejak tukar status. Hehe. Okay jom cerita pasal menikah tempoh hari ! Alhamdulilah segala yang dirancang selama dalam tempoh pertunangan 9 bulan berjalan dengan lancar sepenuhnya. Dan hari ini, shaye telah pun sah menjadi isteri kepada Mohd Fauzi Bin Abdullah. *usap-usap kepala dia yang tengah tidur kat sebelah* <---Sila muntah

Majlis pernikahan diadakan di Masjid As-Saadah Bandar Sultan Suleiman, Port Klang dalam jam 11am. Dekat je dari rumah. Macam mana perasaan masa tu? Haishhh rasa macam nak meletup dada tau bila jejak masjid tu. Dub dab dub dab. Rasa macam nak lari pun ada. Masuk masjid je dah nampak muka dia yang dah tunggu pihak pengantin perempuan. Homaigod, muka dia lagi pucat shaye tengok. Siyesly muka dia lain sangat, macam pesalah pun ada. Shaye? Gelakkan je dari jauh. Okay keji. Tapi shaye tetap bangga, sekali enjut tangan Abah, sekali lafaz je. Alhamdulilah ! Okay meh tatap gambar yang ada je, gambar dari official photographer belum dapat lagi. Tapi tatap je lahh okay. Sekeping dua pun jadi lah kannn?

"Aku terima nikahnya....................."

Lepas lafaz akad nikah, dan bila saksi semua sebut "sah", automatik air mata tak henti-henti mengalir. Don't know why tapi rasa sayu teramat. Biarlah hati ini saje yang mengerti. Tapi please jangan ingat shaye nangis sebab kena kahwin paksa okay. Demm!

Kite batal air sembahyang kat rumah je. Nahh tatap gambar. Nak tatap banyak-banyak sila bersabar ye. Itu pun kalau shaye rajin update nanti. Opss.

"Sudikah awak menjadi teman sehidup semati saya?"
"Teman sehidup semati?"
"Isteri saya..."

 Okay i know gambar yang uols nanti-nantikan............

Opsssssssssssssss! 

Ehhhhh? Dah habis story dah? Demi nak menjawab segala persoalan uols yang bertubi-tubi, shaye jawabkan di sini je okay?

Macam mana dah kahwin? Okay ke?
Okay ke? Ermmm. Alhamdulilah. Setakat ni okay lagi sebab kami baru je kahwin kan so belum nampak cabaran-cabaran lain lagi. Tapi doakan je yang baik-baik buat kami okay?

Cuti berapa lama?
6 April 2012 sampai 22 April 2012 !

Lepas kahwin duduk kat mana?
Lepas kahwin kite kena ikut laki, duduk rumah dia. Nasib baik before ni dia duduk bujang, kalau ade hosmet lain naya kena halau. Hehe. Tapi jauh sket dari tempat kerja shaye. Tapi takpe, insyaAllah dipermudahkan.

Seronok ke kahwin? 
Alhamdulilah. #senyumsimpol

Macam mana hidup berumah tangga?
So far so good. Cuma kalau dulu malas ke dapur, sekarang kena belajar-belajar jadi kucing dapur. Meowwwwwwwww! Opsss!

Dia layan awak baik ke?
Alhamdulilah. Setakat ni dia layan shaye dengan baik. Kita sama-sama belajar hidup berkongsi. Yelah kongsi bantal, kongsi tempat tinggal tapi bukan kongsi laki ye. #okbai. Kite sama-sama untuk melengkapi hidup masing-masing. Tapi shaye nampak, dia pun sama-sama sedang cuba jadi sesorang suami yang baik. InsyaAllah.

Okay cukup sesi temubual, nak tanya lagi sila tanya direct kepada shaye. Gambar kahwin? Nak tengok ke? Haishhhh. Malas tau nak show off *bajet* . Tengoklahh kalau berkesempatan shaye update lagi okay ! Lappy rusak jadi sila maafkan shaye sebab lembab update belog. #okbai

Doakan kite tauuuuuuuuuuuuuu!

16 comments:

Diyana Ridzuan said...

selamat pengatin baru :)

Cik tikah said...

sangat ayu pakai tudung. anyway, congratulation. semoga kekal selamanya dan menjadi siteri yang solehah :)

[sutera kasih] said...

seronoknya..awk dh kawen !! tahniah ya awk..semoga dipermudahkan urusan sebagai seorg isteri :)

cik ems said...

Congrets Newlyweds!! Syoknya kawen. Hehe.

FatmaFazira said...

tahniah ! semoga berkekalan :)

eyka yuca mika ツ said...

wahh! congrats :D
semoga dapat baby comel2, hehe

cherry_ijau said...

samat pengantin baru puan nemo !

Sharidawati Shahrudin said...

lawa dan berseri uols..

slmat pengantin baru !!!

anyway saya ni follower u both..

ada tuit ngan pojie sbb saya keje travel agent dan dia tanya psl honeymoon pakej gitu...

.:hana radzi:. said...

selamat pengantin baru ya..
semoga kekal bersama selamanya :)

Eyra Meow said...

Waa . tahniah . cute je tau pengantin :p uhuk :))

cik aiLebiu said...

eh eh selamat pengantin baruuuuu! selamat menempuh hidup berumah tangga :)

:: Riri-Fatieha ::~ said...

selamat pengantin baru.. lama tak singgah kat sini sampai tak sedar cik nemo dah kawin... oppsss... puan nemo. hik hik hik....

sufisyahira said...

selamat pengantin baru ;)

cik helena said...

kite suka sangatttt wedding nemo!selamat pengantin baru lagi.hehe semoga hubungan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat,aamin :)

:: Riri-Fatieha ::~ said...

congrats cik nemo... oppsss dh jadi puan nemo pula... hik hik hik

Azah Skaliskala said...

hi Puan Nemo!
Tahniah! Semoga bahagia ke akhir hayat. )

Lazada Philippines