Tuesday, May 15

Kehidupan baru si isteri

Salam semua,

Sihat? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Homaigod seriously malas gila nak hapdet pasal majlis kahwin hari tu. Tunggu bulan depan lah ehh? #matila. Dulu-dulu berangan lepas majlis nak buat entri b2b untuk bakal pengantin tapi malas pulak. Nasiblahh kalau penyakit malas dah mai. Nak hapdet gambar kahwin pun malas. Mana yang ada orang tag-tag kat facebook pun itu-itu je lahh sebab kite belum dapat gambar dari official photographer lagi.

Baru-baru ni baru perasan yang ramai gila blogger yang mengakhiri zaman bujang mereka. Bukan blogger je, kawan-kawan berderet nak kahwin. Ini pun dah full jemputan sampai bulan doblas #oktipu. Tiap-tiap minggu pergi jemputan kahwin je jimat belanja tak payah masak. Gituuuuuuuuu. Padahal pemalas.

Kehidupan selepas bergelar isteri? Soalan cepumas semua orang. Opkos la happy! Even kadang-kadang tu homesick kat rumah mama abah, tapi tetap happy berada di sisi suami tercinta. Ewahhh! Rutin harian bukan macam dulu lagi ye tuan puan, semuanya zappppppppppp...... berubah!

Bangun subuh-subuh lagi dah mandi sebab nak bersiap pergi kerja. Nasiblahh ada suami yang berhati mulia selalu siapkan bekal pagi-pagi time shaye terhegeh-hegeh bersiap. Seronok kannn? Pergi keje pagi, balik keje kadang-kadang dah malam. Time tu laa nak mengemas, time tu la nak memasak. Time tu jugaklah nak basuh kain segala. Alhamdulilah laki bukan jenis yang goyang kaki tahu nak mengarah bini je kann. Nasib baik dia rajin sangat menolong. *puji lebih mungkin dapat upah ciom lebih #okbai*

Apa yang seronoknya dah kahwin? Ehemm, opkoslah seronok sebab kita dapat housemate takpun roomate baru. Masak sama-sama, mengemas sama-sama, solat sama-sama, pergi kerja sama-sama, tidur sama-sama,  mandi sama-sama. Ehh? Hehe. Takdelah. Opkos seronok sebab kita dah ada peneman hidup susah dan senang. Dugaan tu datang bertimpa-timpa. Cabaran itu sentiasa ada ye tuan puan. Apa yang pasti secara sedar atau tidak masing-masing cuba untuk menjadi seorang yang matang, bertanggungjawab, yang saling melengkapi antara satu sama lain, yang saling menyayangi, mengenali diri seadanya. InsyaAllah.

Selepas ni ada banyak lagi yang perlu ditempuh, apa yang pasti insyaAllah shaye tak sendiri. Ada peneman di sisi. Ada keluarga yang menyayangi. Mohon teman-teman sentiasa mendoakan kami.


Kepada teman-teman yang buat liputan pasal wedding kami kat belog masing-masing, terima kasih  banyak diucapkan. Doakan yang baik-baik okay. Kat bawah ni link yang shaye jumpa, yang shaye tak perasan tu boleh tinggal komen dengan link boleh shaye share kat sini. Al maklumlah tuan punya belog pemalas sangat nak hapdet belog lagi-lagi bila lappy rusak dengan bb sekali rusak. #terjutlaut

*gambar masa majlis bertandang di Muar 14 April 2012*
*Rindu si peri teramat sekali*

Oklahh next time shaye hapdet belog lagi (KALAU RAJIN). 
Bye nak balik masak! *online kat opis*

7 comments:

Cik Adieb said...

Wahhh,bila asyk baca dekat news paper,dekat blog sal kawen ni..tlintas pulak maw kawen awal :)

aimaniman said...

tahniah.. dah jadi isteri orang dah, tentu tanggungjawab pun besar dan semakin berat kan,...

Cik tikah said...

tahniah :)

cik violet said...

tahniah sis. semoga berbahagia ;)

Zinedine Zaiddin said...

part puji lebih mmg xleh blah. peh nak jd laki macam uncle pojie gak ah. ngahahaha

[sutera kasih] said...

buat sy rs tak sbr nk kawen ! :P

Nazatul shima said...

nak cakp satu je......hehee..nemo nye suare best!!! hehehehe..:D

Lazada Philippines