Wednesday, May 30

Mr.Troytron kahwin | Sesat di Lost World of Tambun

Salam semua,

Yuhuuuuu! Saja nak menaip entri ringkas khas. *taip laju-laju sebab time kerja*

Firstly, tahniah diucapkan kepada Encik Hasnal Akmal (Mr.Troytron) dan Puan Ain kerana telah pun selamat menjadi pasangan suami dan isteri last week. Homaigod macam tak percaya cepatnya masa berlalu. Tahniah juga diucapkan kepada semua kawan-kawan yang kahwin last week. Ramai okay. Ada dalam 5 6 jemputan dalam hari yang sama. Tapi shaye dan laki berkeputusan nak pi yang paling jauh iaitu Ipoh!


Wedding diorang takdelah kat betul-betul bandar Ipoh tapi kat Tanjong Rambutan. Nasiblah shaye dah kenal dengan si Akmal ni dah lama. Gigih tauuu! First sekali jumpa mamat ni 5 6 tahun lepas kat tepi bus stop tengah tunggu bus nak deting masa kat Politeknik dulu, dengan gefren dia merangkap bini dia la sekarang ni. Diorang ni kira junior shaye lah. Dalam hati cakap "Ehh baru 1st year dah couple? Dasatt!"


Then shaye pi training praktikal kat Taiping, masa tu zaman-zaman Myspace. Tetiba si Akmal tu add. Dalam hati cakap "Ehh? Macam kenal. Ini mamat yang deting dulu". Pastu masa tu baru start kenal. Ewahhh! Lepas training praktikal, balik poli balik. Pindah rumah sewa baru. Kebetulan nak keluar pegi kelas terkejut tengok si Akmal tu duduk rumah depan siap-siap nak pi kelas jugak. Perghh siap lari masuk dalam balik pastu mesej tanya rumah kat mana. Dan-dan tu kitorang baru tahu yang kitorang berjiran rupanya. Keji kann.


Then kitorang berkawan sampailah sekarang. Dia ni baik hati. Setia okay jangan main-main. Kalau dia ajak lepak, sure dia heret Ain sekali. Kalau tengah video call dengan dia, Ain kat sebelah okay. Nice. I like his way. Maka nak timbul salah faham pun susah. Ain pun jenis bukan yang cemburu buta. Seriously suka cara diorang. Ada satu tempoh masa dimana masa tu kitorang dalam keadaan yang sangat down disebabkan masalah yang sama, masing-masing cuba bantu untuk motivate diri masing-masing dan alhamdulilah. See? Sekarang semua orang bahagia kann? #lompatbintang

*Pengantin baru*

Oklah oklahh sambung cerita, lepas pegi wedding diorang. Nampak tepi jalan Lost World of Tambun. Laki bini geram je. Terus singgah okay. Dengan baju kurung lagi. Nasiblah terus pegi beli baju mandi. Suka! Masuk Lost World of Tambun (LWOT) ni RM45 per person. Itu pun tak termasuk dengan harga kalau nak main taman tema dia sebab semua guna token. Kitorang sempat mandi-mandi je sebab masuk pun dah dekat jam 4pm.



Best ke tak? Not bad. Sama je macam Sunway Lagoon cuma kecik sket. Tempat cantik sebab dekat dengan gunung-gunung tu kann. Ada tempat Spa, lepas tu siap ada gua tauu (lupa nama gua tersebut), boleh naik keretapi, nak kayuh kenderaan berbentuk angsa kat tepi tasik pomboley. Nak tengok harimau pon ada. Tapi yang paling menarik ada jakuzi dan hot spring. Pada shaye, tempa itu seswai sangat bagi sesiapa yang nak tenangkan fikiran. Boleh berendam sambil tengok pemandangan cantik. Siyes! Okay layan gambar.





Dah nak malam tak reti-reti balik. Nak keringkan baju tapi sket-sket berendam. Aiyohh. Disebabkan perjalanan kami masih jauh, terpaksa heret badan untuk balik KL. Dah siap-siap sarung baju kurung semula, masa untuk pulang ke rumah!


Tapi.........orang tu nak jugak pizza cap Tambun, layankan aje sebelum pulang ke KL. #tepukdahi



Komen membina dari shaye untuk LWOT :
  • Harga tiket agak mahal ye tuan puan tapi nasib baik ada hot spring yang best. Kira puas hati la juga.
  • Harga untuk loker RM10. Agak mahal sedangkan banyak aduan loker tak boleh buka semula dan sebagainya. *salah satu mangsa*
  • Tempat sangat cantik, kalau pelbagaikan lagi benda-benda yang ada kat situ tak mustahil kalah Sunway Lagoon.

7 comments:

Cik tikah said...

pernh g sana gak. best :)

.::WaNiE::. said...

ni ada dalam list jalan-jalan...nak sampai tak tahu bile hahahha

Bazilah said...

Hai assalamualaikum! Tumpang ye, nak bagitahu ni ade pertandingan Weight Lost Challenge kat my blog, boleh menang sampai rm1000! Wohoo, mai join ramai2 hihi

Outbound Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Obat alami gondok said...

makasih banyak atas semua indo nya gan.......

Obat tradisisonal diabetes mellitus said...

nice post,,,,,,,,,,,,,

obat penyakit jantung said...

wahh kerent banget , dari nikahan langsung maen :)