Monday, July 23

Membebel melepas rindu kepada belog

Salam kerinduan buat semua,

Gila tak berbulan-bulan tak jenguk belog. Ekceli bukan tak jenguk, setiap hari tau tengok belog cuma takde masa nak update je. Tak kisahlah ada orang nak baca ke tak yang penting shaye dapat menulis. Antara faktor utama tak dapat update belog selalu macam dulu ialah kekangan masa. Serius takde masa nak update. Aktiviti tiap minggu macam-macam. Macam-macam nak story tapi simpan je lah dalam kepala lagi-lagi laptop dah meninggal. Nak menulis pun kena menulis curi-curi kat opis. Sambil-sambil kepala tu berpusing 360 darjah untuk pastikan orang belakang tak baca. Boleh?

Alhamdulilah dah masuk bulan Ramadhan, semuanya berubah ye tuan puan. Yelah kata pun dah bertukar status jadi #PuanBini. Bukan macam zaman bujang dulu. Tahun ni adalah tahun pertama berpuasa, beraya dengan suami tercinta. Ewah! Yep, tak dinafikan seronok. Ni dah masuk 3 hari kita puasa kan, tak berapa nak sihat. Shaye batuk-batuk teruk. Pepagi laki geram je tengok bini lembab bangun masak sahur. Ampun bang, kite tak cukup tidur lately. Hope cepat sembuh hendaknya. Kehidupan sekarang dah bertukar. Semuanya adalah lebih kepada tanggungjawab. Tak boleh malas-malas lagi. Memasing bukanlah perfect, insyaAllah dengan setiap kekurangan kami akan saling melengkapi. 

Ekceli takde apa sangat nak cerita. Mungkin sebab banyak sangat nak cerita sampai tak tahu nak start dari mana. Ermmm, baru-baru ni baru lepas pergi bercuti di Terengganu bersama teman-teman. Not bad. Best jugak. Esok lusanya lepas pergi Terengganu, pergi birthday party pulak.  Anak kakak angkat. Last week? Join event 1M4U di KLCC. Meriahhh sangat. Tetiba join flashmob kan? Syhhhhh! Taknak cerita pasal tu sebab rasa macam badut sangat. Lol. Paling latest? Hari ni baru sampai KL sebab Sabtu lepas balik Muar untuk berbuka puasa dengan family mertua. Busy gila dengan aktiviti macam-macam tiap minggu. Aktiviti untuk next week? Maybe berbuka puasa bersama anak-anak yatim. InsyaAllah.

See? Busy kannn? Tapi sekarang ni pergi mana-mana soalan pertama orang akan tanya :

"Dah ada belum?"
"Dah ade isi ke?"
"Dah ke?" (sambil buat gaya peperot)
"Awak mengandung ye?" *terkejut aku tanya direct macam ni*
"Bila lagi?" *senyum-senyum sinis*

Stress jugak kekadang bila doplohempatjam orang tanya-tanya. Haishh. Bukan marah tapi biasalah kann soalan lazim buat pengantin baru. Baru ke? Maka saborrr je lah. Rezeki tu kan di tangan Tuhan. Kalau ada tu nanti, adelah. Kalau takde, kite tunggu. Boleh usaha kann? Tapi kalau ada punn shaye tak nak bagitahuuu. Kedekut kann? Kemain memasing tak sabor. Kitorang laki bini baru nak belajar bercinta. #pekupmuka  Sabor tau!

Berbalik kepada cerita puasa. Bulan-bulan puasa ni rindu nak berbuka puasa dengan teman-teman. Memasing dah contact untuk set date. Sabor yeee. Cari date seswai pastu kite berbuka sesama. Itu besfren kite yang duduk Melaka tu, bila nak berbuka sesama? jangan sentap-sentap memanjang okay. Stress kite tengok kamu tak happy. Senyum selalu okay!

Btw, masa rehat dah tamat. Kita sambung esok-esok kalau rajin. #okbai

Cakkkk!

2 comments:

.::WaNiE::. said...

hey comel betul budak tecik ni !


kesian awak asyik diaju soklan puaka
hahahaha..memahami


tapi keji jgk la lama nau tak update blog woi !


selamat berpuasa

Cik tikah said...

selamat berpuasa ye kak! :)

Lazada Philippines