Tuesday, July 24

Mudanya kau kahwin dik?

Salam semua,

Macam biasa time puasa malas nak pergi lunch (dah kata pun kau puasa). So online kejap. Tengah blogwalking terbaca pasal orang kepochi-kepochi mengenai budak enam belas tahun kahwin budak empat belas tahun. Patutlah semalam kat Twitter orang kepochi pasal isu kahwin muda. Tak percaya? Jap ehh nak tepek video. Nah :



Masa mula-mula tengok video ni rasa macam what the....? Apa ni? Apa ni? Main kahwin-kahwin ke apa ni? Tak pecaye tauu. Serius muda sangat. Tapi dah terang-terang diorang kahwin muda. Tak salah pun kann? Yep memang tak salah pun, malah dapat pahala lagi.

Pengantin lelaki tu umur baru 16 tahun. Sebaya betul dengan adik last shaye. Pada pendapat shaye la kan, lelaki yang belum mencapai umur 21 tahun masih belum mampu bersifat matang. Kalau ada pun tak banyak. Bila tengok pengantin lelaki terus teringat kat adik shaye. Lepas tu terbayang macam mana dia nak menyara anak dara orang. Dengan perangai bebudak dia lagi.  Bangun tido entah pukul berapa. Hari-hari melepak. Matilah ngumpat adik sendiri kat belog. Hehe. Nasiblah! Contoh ye, contoh. Tahun depan baru nak ambil SPM. Yang perempuan pulak baru tingkatan dua. Besar tau tanggungjawab seorang isteri. Kena bersedia dari pelbagai sudut tau. If shaye jadi kakak diorang shaye takkan benarkan. Tunggu lepas SPM kalau ye pun. Sekurang-kurangnya ada peluang cari kerja.

Pada shaye, perkahwinan itu adalah suatu ikatan yang suci dimana termeterainya perjanjian antara dua hati untuk sehidup semati. Hidup susah senang bersama. Saling melengkapi. Bertanggungjawab menjaga antara satu sama lain. Bila dah kahwin, kita sendiri akan perasan yang kita dah melalui satu fasa yang lain, bukan macam zaman muda dulu. Tak sama ye uols. Tak sama. *geleng-geleng kepala*

Tetapi perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang membebankan. Banyak yang kita akan belajar.  Percayalah! Lebih-lebih lagi erti kehidupan. Belajar menghargai, belajar kekal menyayangi, belajar cekal hati, belajar menghormati, belajar berdikari, belajar memperbaiki diri dan banyak lagi. Taknak cakap banyak pasal adik-adik tadi sebab kahwin awal, cuma harap yang pengantin lelaki kena cepat matang, usaha untuk jadi suami terhebat. Begitu jugak dengan si isteri. Jangan jadikan perkahwinan itu sebagai alasan untuk masing-masing bebas untuk buat apa saja. Peganglah tiang rumahtangga itu dengan penuh tanggungjawab. Sebab itu yang paling penting.

Apa pun selamat menempuh fasa baru!

*Kepada yang plan nak kahwin tu, sila pastikan persediaan mental dan fizikal dah cukup okay!*

5 comments:

rafflesia said...

as-salam,
memula kawan syieda ade upload dalam fb. ingat majlis awal 20-an ke, sebab macam grand je majlis tu, siap penari segala bagai. last2 tengok, form4 dan form2. adik syieda dah form5 pun malas nak g sekolah lg. hahaha..

mungkin itu jodoh diorg kan kak? semoga kedua mempelai ni bahagia selamanya. amin....

Mrs Velentine said...

Mrs Velentine pun tgk video ni td..doakan yg terbaek buat mereaka..amin

Cik tikah said...

dh jodoh dorang kn tpi bgi ck tikah, terlalu muda! :)

.::WaNiE::. said...

muda sgt tapi da sampai jodoh

moga dorg bahagia kekal hingga ke syurga

Hanim Mahali said...

Jeles wokey tengok mereka.... Tak sangka pasangan semuda mereka pun mampu buat majlis grand. Saya yang dah kerja ni fikir banyak kali nak kahwin... Hurm