Saturday, October 20

Tips : Kesayangan Mak Pak Mertua.

Salam semua,


Cakkk!

Rindu tak? Menulis dengan kekok sebab rasa macam bertahun lamanya tak bukak belog... Demi menyambung siapkan entri yang tersadai bulan berapa entah. Okay mari kembali ke tajuk utama.

Mentang-mentang kau dah kahwin, kemain nak bagi tips macam mana nak bagi mertua sayang. Dah la pemalas update belog. Menyampah! Tapi tetappp nak kongsi tips juga. Pedulik! Yelahh kann. Bagi yang belum kahwin tu bolehlah share mana tahu kannn.  Shaye bukan kesayangan mertua tapi mertua terpaksa sayang. Ehhh apa ayat aku ni? Takdelah...Shaye menantu sulung, laki pun menantu sulung juga. Maka mak pak mertua SELALUnya sayang. SELALU kata kau! Oklah, yang dah kahwin pomboley baca tips berikut. Nak tambah point pun boleh sangat. Persilakan.

1. Tunjukkan yang uols sayang 110% kepada anak dia.
Dah terang-terang dah kahwin kompom la laki sayang bini, bini sayang laki kan. Tapi depan mertua uols kena tunjuk yang uols sayang lebih kat anak dia. Ewahh. Yelahh kot-kot selalu kalau kat rumah sendiri pepagi malas nak buat breakfast, pakat beli je. Laki pun tak kisah. Tapi kalau kat rumah mertua kena la rajin sikit. Kalau boleh masak sendiri. Kalau mertua puji "Rajinnyaaaaaa menantu mak ni". Kita pun jawap dengan berhemah, "Bukan apa mak, Ani tamau Mamat anak mak tu makan air tangan janda jual nasi lemak depan simpang tu mak". Keji sangat kan. Padahal. Tapi sebaiknya janganlah buat perangai tak senonoh depan mak pak mertua uols. Bukan suh hipokrit tapi jaga sikit hati diorang sebab diorang pun merangkap mak ayah uols jugak kan. Jaga tingkah laku sebab setiap masa uols akan dinilai. Ingat tuh!


 "Oppa, sarang heyo!" *mintak lempang*

2. Mengormati semua orang di sekeliling
Mana-mana mak pak mertua pun mesti sayang dengan menantu yang sentiasa hormatkan semua orang lagi-lagi kepada sedara-mara, orang tua, dan jiran-jiran. Sebab kalau kita kaya budi bahasa semua orang pun suka. Contoh la kalau ada sedara mara datang, jangan pulak ko berkepit dengan laki doploh empat jam dalam bilik. Tolong-tolong apa yang patut. Tolong layan tetamu ke, tolong masak ke. Untung-untung orang puji takpun keji masakan uols. Opsss! Senyum sentiasa. Even uols tak berapa nak happy ke, tak senang ke dengan diorang jangan sesekali tarik muka ke apa. 

"Sesopan sikit, orang pandang tu"

3. Rajin
Yang ni lagi laaaaaa semua orang suka. Sentiasalah ikhlaskan diri untuk bersikap rajin dengan mak pak mertua. Contoh la kalau mak mertua kata "Ana, tolong mak angkatkan kain". Jangan pulak ko jawap "Alaaaaa malaslah mak, esok boleh?". Memang mintak kaki sangat. Takpun mak mertua kata "Hari ni mak malas masak, Timah masak pulak la". Ko pun jawap "Okay mak, tapi ada bayarannya....". Bukan mintak kaki, tapi kena halau agaknya. Haha!

  
Rajin abang ni bagi makan munyet.

4. Jadi diri sendiri
Yang ni penting sebab tak semua jenis mak pak mertua yang sporting. Ada yang jenis tak senang tengok menantu senang. Ada yang tak suka uols kahwin dengan anak dia dan macam-macam lagi. Tapi ada yang sayang lelebih kat uols. Alhamdulilah kalau macam tu. Point kat sini ialah, tak perlu uols nak jadi orang lain demi nak bagi pak mak mertua sayang kat uols. Biar diorang sayang uols sebab diri uols sendiri. Tak perlu nak memberi segala puji-pujian yang tak ikhlas, tak perlu membeli sesuatu yang tak ikhlas tiap-tiap hari dengan niat nak bagi diorang suka kat kita. Kann?

I believe I can fly!

5. Menantu fleksibel
Jadilah menantu yang fleksibel dimana uols mampu buat apa saja. Kalau mak mertua mintak tolong jahitkan baju walaupun uols tak reti, pepandai cari idea. Kalau bapak mertua suruh panjat bumbung betulkan antena tv, terus panjat okay. Jangan ragu-ragu lagi. Kalau jatuh pun kompem diorang terus sayang. Tapi jangan pulak bila diorang mintak pepelik pun uols nak tunaikan. Itu melampau tuh. Ini salah satu contoh menantu fleksibel. 

"Era, pergi nyanyi kat depan. Mak nak dengar!"

 
 
Okay dah baca ke semua tips? Boleh cuba. Yuhuuuuuuuuuuuuuuuu!

*Gambar adalah ihsan dari gambar-gambar masa hanimun. Dun wurry gambar semuanya ditapis. #okbai*

No comments:

Lazada Philippines