Wednesday, November 21

Cerita Majlis Malam Berinai 7 April 2012

Salam.

Okay  sambungan entri sebelum ni. Sebelum ni kite cerita pasal nikah kann. Mengikut perancangan, nikah pagi macam dekat-dekat nak tengah hari. Lepas tu terus siap-siap untuk tukar-tukar baju. Persalinan la maksudnya. So, malam tu adalah malam berinai. Jeng jeng jeng! Dalam 1 hari digunakan sepenuhn ya. Jimat masa kannn? Maklumlah orang tu orang jauh kang payah nak buat majlis 10 hari 9 malam diorang satu rombongan kena menetap kat Klang. Opss!

Untuk malam berinai, kitorang dah bosan tengok orang lain duk pakai songket. Sini songket sana songket kann? So untuk malam berinai kitorang tukar sikit konsep. Buat ala-ala english style. Takmo pakai songket-songket  tapi nak pakai gaun dengan baju kot. Boleh? Ahhh dulik majlis sape kann? Hehe. Untuk baju malam tu orang tuh punya impianlahh nak sangat pakai baju kot grey n shaye gaun pink grey. Nak feeling-feeling Aidil Zaquan dengan Ayu Raudhah katanya. Katanya!

Nak cari baju kot grey dengan gaun grey+pink memang payah yang amattttt! Semua butik kot pi terjah. So dah alang-alang buat baju sanding, tempah sekali baju untuk malam berinai. Kira okay la harga dia berpatutan sebab kitorang ni banyak songeh sangat. Nasiblah. Btw thanks kepada Butik Andaman Mawar Biru sebab sudi melayan karenah kitorang. Okay jom layan gambar!

Kelepak Kelepak Kelepak Kelepak!

Kelebum Kelebum Kelebum Kelebum!

Mekap + Pelamin + Dekorasi : Ezz Bridal Collection.

Dub dab dub dab! Pre-sanding a.k.a Majlis Malam Berinai berlangsung. Debor gak masa ni.

Masa ni feeling-feeling puteri. Bila lagi kann!


Nenek kiteeeee.

Aturcara malam tu tadek apa sangat. Just sanding lepas tu makan beradab. Lepas makan potong kek. Then jumpa-jumpa sedara-mara.  Kite buat ala-ala dinner je (kalau kat johor diorang panggil Malam Dinner).   

Bolatt nya pipi shayeeeee! Tak sukeeee haha!

Menu malam tu special  tauu. Shaye pun dah tak berapa ingat sebab untuk tetamu, menunya daging salai masak lemak, ayam goreng berempah, ape entah lagi. Alahai lupanyaaaaa! Tapi untuk makan beradab pihak katering bagi hidangan western food macam Chicken Chop dan sebagainya. Perghhh! Yang penting, semuanya ditaja oleh Ekram Katering. Best!

Yang sebelah kiri shaye tu ialah abah mertua shaye. Tak boleh lupa lagi masa malam tu pegi tanya dia macam ni "PAKCIK tak nak makan nasi ke?". Terus muka dia berubah. Dann dannnn masa tu baru teringat yang dia dah officially jadi abah mertua kena laa panggil Abah kannnn? Aiyooooo.  Masa tu memang kekok gila nak tukarkan semua status dari MAKCIK=MAK. PAKCIK=ABAH. Banyak kali tersasul. Haiyaaaa! Terasa diri macam bujang lagi. Eh?                       

Kek ditaja oleh Ekram Katering.

Malam tu gak potong kek sempena birthday orang tu. So semua pon menyanyi dengan girangnya termasuk shaye. Tetiba semua tetamu memasing jerit-jerit. "Ciom! ciom! ciom! ciom!"  sambil buat muka serius. Shaye? Oh my.....tak boleh tunggu dalam bilik ke? Eh? Haha! Masa ni rasa macam nak angkat kain lari seribu batu je tauuuuu! Tapi takkan nak tinggal orang sebelah. Nak tak nak.....

My first kiss to him. I'm blushing right now. #pekupmuka

Okay cukup adegan itu. Kita potong kek sekarang. Ketar-ketar tangan. Berat tauu pedang tu.

Hiyarghh hiyargghh!

Layan gambar je lahh kann! Jangan makan hati pulak tak dapat makan kek

Alhamdulilah malam tu majlis berjalan lancar seperti apa yang dirancang cuma majlis lambat sikit start sebab hal-hal tertentu. Apapun majlis malam tu berjalan dengan sederhana tapi membawa seribu erti buat kitorang.

Okay tunggu next entri pasal resepsi!

2 comments:

Miss A said...

auwww, comelnyya! selamat menajalani kehidupan asa a wife :)

bella hamzah said...

love the gown.comelnya both of you selamat pengantin baru :)

Lazada Philippines