Wednesday, November 7

Cerita Majlis Pernikahan 07 April 2012

Salam semua,

Amboihhh cepat je klik kannn bila nampak pasal kahwin-kahwin ni kann? Hehe takdelah. Sorry sebab lembab gila update pasal kahwin. Bajet tahun depan  baru siap gamaknyaa. Haha. Takpe-takpe. Terlebih dahulu nak bagitahu ada beberapa entri yang shaye terpaksa membahagikannya kepada beberapa part. Bergantung kepada cecah lantai ke tak. Sebab banyak yang nak diceritakan. Gambar lagi laaa tak payah cakap. Lebih-lebih lagi kita kena bagi kredit untuk setiap pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan projek kerja kahwin shaye. Kalau ada yang terlepas, sian diorang tau. Rasa bersalah pulak. Sobs!

Oklah kembali kepada topik utama. Majlis pernikahan telah pun berlangsung pada 7 April 2012 di Masjid As-Saadah, Bandar Sultan Suleiman. Pelabuhan Klang. Dekat je dengan rumah. Untuk entri perasaan menikah boleh baca ------------> Hari menikah kita 7 April #lompatbintang. Malas nak tulis balik feeling-feeling cemana perasaan menikah tu. Baca balik entri lepas je kann. Ada banyak benda lagi nak tulis ni. Ewah!

Detik-detik nak jadi bini orang. Sobs!


Untuk baju nikah, shaye tempah sendiri je. Nak jahit sendiri? Tahun depan pun belum tentu jadi baju. Lol. Tempah kat mana? Siapa buat baju? Oklah kain baju nikah memang kami dah siap beli awal-awal beberapa bulan sebelum kahwin. Itu pun beli yang paling murah je uols. Masuk Nagoya ada offer murah, terus grab! RM1++ je termasuk kain untuk baju melayu nikah lelaki. Nak tempah baju tapi tak jumpa tailor yang boleh jahit baju nikah pulak. Last minute tempah kat tailor yang jahit baju pengantin dekat-dekat dengan rumah je.

Baju Nikah Perempuan : Butik Andaman Mawar Biru
Facebook Url :  https://www.facebook.com/mawar.biru.106            
Baju Nikah Lelaki : Kedai Jahit Kak Idah Muar

Mekap dengan pelamin, shaye menggunakan khidmat Ezz Bridal Collection. Sebab apa guna khidmat butik sana butik sini, sebab dah termasuk dalam pakej. So kalau tak amik dah rugi sebab termasuk dalam bayaran. Untuk nikah, shaye suka mini pelamin dia. First sebab warna putih, seswai dengan tema nikah "Sesuci cintamu". Ewahhh! Second, suka sebab bau wangi dari bunga fresh flower. Ekceli takde makna nak ber-mini pelamin untuk nikah sebab dah ada pelamin sanding kann lagipun nak cut cost kann, tapi wedding planner shaye sponsor katanya. Apa lagi, terima dengan hati terbuka. Alhamdulilah.

Mekap sudah, pelamin sudah, sekarang cerita pasal hantaran pulak. Masa bertunang 9 dulang berbalas 11 kann? Untuk hantaran nikah ni kite kurangkan sikit. 7 berbalas 9 je uols. Itu ponnn perit hoi nak membeli sebab masa tunang kite just bagi kuih-kuih dan benda biasa-biasa. Tapi untuk hantaran nikah kite bagi BENDA. BENDA ye kalau singgit dua hengget takpe. Tapi takpelah, masa ni lah nak menuntut itu ini. Dah kawin kang tuntut benda lain pulak. Syhhhhhhh!

Untuk segala hiasan hantaran, kite guna khidmat Cintaku Handicraft. Bertempat di tengah-tengah bandar Klang. Ekceli masa tunang lagi shaye dah start beli barang kat situ. Para pekedai pun dah kenal, asal masuk je memasing jerit "Nemoooooo Lemannnn". Gara-gara siap add Facebook, bbm segala. Salah satu sebab banyak beli barang hantaran/hiasan/bunga kat situ ialah sebab diorang boleh bagi harga paling murah. Harga kawan-kawan la kiranya. Salah satu tips untuk b2b kat luar sana, jangan sombong + keep in touch dengan diorang ni. Sure diorang pun akan anggap kite macam kawan. Dan diorang pun takkan teragak-agak bagi harga paling murah kat kite.

Hantaran pihak Lelaki untuk pengantin Perempuan :
1-Perfume
2-Mas kahwin + Gelang tangan
3-Jam tangan
4-Sepersalinan Baju
5-Telekung + Quran + Sejadah
6-Sirih Junjung
7-Kasut + Handbag

Hantaran pihak Perempuan untuk pengantin Lelaki :
1-Perfume
2-Jam tangan
3-Wallet + Tali pinggang
4-Sirih Junjung
5-Kasut
6-Cincin
7-Kemeja
8-Sirih junjung
9-Kek

Apa lagi nak kongsikan pasal majlis nikah eh? Rasanya itu saje kot. Photographer? Videographer? Okay yang itu nanti dulu. Last-last. Hehe. Apepun layan je lah gambar kami  lepas jadi laki bini. Opss!

Okay  tunggu next entri!

1 comment:

MRS Rongoks said...

hihihihi,,sweet ! :D

Lazada Philippines