Friday, November 16

Istanbul Aku Datang punya cerita

Salam uols!  

Sihat? Lama tak bercerita kan? Maklumlah sejak jadi bini orang ni takde masa sangat nak kepochi kat belog ni. Kadang-kadang bukak je belog tapi blur  tatau nak menulis kisah apa sebab bila dapat idea takde masa nak menulis dan kisah tersebut serta-merta jadi basi. #tongkatdagu

Ekceli masa zaman muda-muda memang tak minat tengok wayang. Lagi-lagi dengan lelaki. Rasa seriau sikit hehe. Lagipun terasa macam takde aktiviti. Lagi best jalan-jalan shopping daripada tercongok depan panggung. Selalu kalau tengok wayang pon dengan perempuan je. Muslimah sangat tetiba. Tapi dah kahwin beza sikit, aktiviti tiap minggu adalah.....tengok wayang. Tak cukup tengok wayang kat panggung sambung tengok movie pakai dvd dalam bilik pulak. #tepukdahi

Ahad lepas memang bajet tak nak keluar rumah sebab nak berehat. Laki ajak join Zumba pepagi kat KL shaye buat-buat tak dengar jeeee. Nasiblah sebab kitorang memang takde masa berehat langsung. Selalu sangat ade je aktiviti nak dibuat. So sepanjang hari berehat. Nak petang-petang tu gegedik bbm laki walaupun kat sebelah-sebelah.

"Abang, malam ni pergi tengok Istanbul nak tak?"

Dia pun senyum-senyum dan apalagi terus bersiap. Yehuuuuu!


Sinopsis Istanbul Aku Datang
Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris! Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan! Pada masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin pertunangan dari Azad?

Komen ikhlas dari hati :
Sebuah cerita komedi/romantik yang sangat sweet. Yelah pengarah cerita ni (Bernad Chauly) kan sama dengan pengarah cerita Gol N Gincu & Pisau Cukur. Tambah-tambah lagi cerita ni ditulis oleh Rafidah Abdullah tak silap yang salah sorang bekas pengacara 3R dulu. Tak ragu dan syak lagi kalau nak kata cerita ni memang best! Seswai sangai ditonton dengan pasangan. Walaupun cerita dia agak klise tapi tetap buat kita terhibur lagi-lagi dengan lakonan comel Lisa Surihani, Beto dan Tomok. Sweet sangat memasing. Yang paling menonjol dalam cerita ni opkos Lisa dengan Beto. Tak dinafikan masing-masing membawa watak dengan baik sekali. Walaupun ini adalah percubaan pertama Tomok dalam berlakon filem tapi tetap tak menghampakan. Not bad. Antara 1 yang buat cerita ni menarik ialah pemandangan-pemandangan indah yang ada di Istanbul. Cantik. Serius terasa mahu terbang ke sana juga.

Salah satu sebab kenapa nak tengok cerita ni sebab Lisa nampak comel sangat-sangat.

Comel je dua orang ni naik skuter malam-malam. Sweet sangat masa ni!


Comel kannnn!? Rasa macam nak gigit je dia ni. #okbai

Kesimpulannya siapa yang masih belum berkesempatan nak tengok cerita ni bolehlah ke panggung bawak laki bini. Kompem mood romantik & sweeet tu terbawak-bawak sampai ke rumah. Ewahh! Keseluruhannya shaye bagi rating 4 daripada 5 bintang.

p/s : Teringin nak tengok Teater Tun Siti Hasmah pulak. Ada sesiapa nak bagi tiket free? Bolehlah. Bolehlah. *muka merayu*

3 comments:

Solehah Shamsuddin said...

aishh comelnya lisa surihani.btl tu nk cubit2 je dia ni

Miss Xyz said...

ahaha, tak tengok lagi cerita ni. macam best jer :D

my name is ivana said...

betul! betul! siapa tak tengok lagi istanbul, pi lah ke wayang.. cerita dia sangat sweeeeeet ;)

Lazada Philippines