Saturday, November 24

Mencari Durian Crepe area Klang atau Shah Alam?

Salam semua.

Nampak gaya lately shaye macam rajin menulis kann? Kann? Ekceli dah hujung-hujung tahun ni kerja tak banyak sangat kat opis. So mengulor je lah kann. Opss! Okay berbalik kepada cerita utama. Sekarang kann semua orang kepochi sana-sini dengan fenomena Durian Crepe pulak. Dulu Pavlova. Bagusnya empunya idea yang mencipta Durian Crepe ni. Maklumlah sekarang kan musim durian. Kira takdelah balik-balik durian tu jadi tempoyak je kan.

Beberapa hari lepas shaye ngidam sangat nak makan Durian Crepe. Ehem. Ni ngidam bukan ngidam jenis nak dapat baby tau. Jangan pikir bebukan. Lambat lagi. Hehe. So, gigih la mencari Durian Crepe ni. Gigih jugak la gugel sebab nak cari area Klang atau Shah Alam je dekat-dekat dengan rumah. Makanya, terjumpalah satu belog ni:

*malas nak rotate gambar*

So tanpa buang masa terus contact tuan empunya belog, orangnya sopan-sopan je. Kitorang deal kat mana nak jumpa sebab beliau maybe meniaga kat rumah je. Kira cepat gak la, order pagi malam boleh amik. Tapi kalau nak beli kena pick up sendiri. So, lokasi shaye amik Durian Crepe hari tu dekat Giant Shah Alam dekat-dekat stadium tu. Punya lah pusing2 satu Giant tu rupanya dia tunggu kat luar Giant. Haishhh. Tapi takpe asalkan dapat makan Durian Crepe ni.

Slurppppppp! Lazat!

Lepas amik Durian Crepe ni, shaye dengan Mama (masa ni Mama temankan) pun masuk Giant sebab nak beli barang sikit. Kann tak boleh bawak barang masuk. Makanya tumpang letak barang kat kaunter tepi tu. Dah la barangnya ialah Durian Crepe je. Terang-terang orang kat kaunter tu nampak. Dia tenung lamaaaaaaaa je kat Durian Crepe tu. Shaye dah buat muka chuak-chuak takut dia telan satu. Opssss! Lepas bagi nombor dia tanya :

Akak kaunter : Benda ni beli online ye? Kat mana beli eh?
Shaye : Ha? Ohh haah beli online baru je amik tadi. Kenapa tak jumpa ke?
Akak kaunter : Tak jumpa. Teringin. Sbb benda ni tengah popular kan. Merata saya cari. Sampai ke Meru tetap tak jumpa.
Shaye : Yekee kesiannya. Kalau nak beli kat bekas tu ada nombor dia boleh amik.
Akak kaunter : Betul ke?
Shaye : Amik jeee. *terus masuk Giant sebab takut dia nak mintak satu. Keji tak? Haha*
Akak kaunter : (cepat-cepat amik nombor phone)

Tapi seriously cari jugak kedai yang jual kat area Shah Alam dan Klang tapi macam payah sikit. Hope akak tu dapat order dan dapat merasa gak Durian Crepe. Yehuuuu!

Shaye beli Durian Crepe ni dengan harga RM10 per paxx. 1 paxx ada dalam 4 ketul. Baru-baru ni opismet cakap dia pun ada order kat tempat lain, tapi RM10 untuk 3 ketul. Dia kata mahal sikit sebab orang tu guna durian jenis Musang King. Err? For me takde beza pun yang penting rasa durian. Kann? Lain orang lain selera. Ye dak?
Lepas ni nak try buat sendiri. Tengok resepi macam simple sangat. Cuma rajin tak rajin je kannn?

5 comments:

Qienah said...

sedapnyer.. nak cuba juga..:)

cik violet said...

teringin jugak! tp xdpt lg. huhu

Cik Jingga said...

menggoda la durian crepe.. hehe.. baru tahu.. ^^

Syuhada Salleh said...

nmpak sedap sgttt..

ketikketok said...

Adakah saiz jadi faktor pertimbangan anda? OMG kini di S.Alam sedia membantu. Lawat I AM GORGEOUS

Lazada Philippines