Wednesday, December 12

Cerita Majlis Resepsi 8 April 2012

Salam semua.

Lepas entri Cerita Majlis Pernikahan 07 April 2012 kita sambung pulak ke majlis resepsi yang telah berlangsung pada 8 April 2012 lalu.Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Dan paling best tetamu yang datang ramai tak terhingga. Feeling-feeling orang datang bukan nak pergi wedding tapi dah macam datang Jom Heboh pulak. Haiyooh. Btw thanks sangat kepada semua yang sudi datang memeriahkan majlis shaye. Ekceli shaye takut sangat if kawan-kawan tak datang. Yelahhh masa tu je la kann nak jumpa. Apepun thanks uols! Muahhhhhh!
Okay jom layan gambar sambil bercerita. Yehuuuuu!
Si peri-peri shaye.
Memang menjadi impan shaye sejak beliau lahir, Mimi si peri mesti menjadi flower girl majlis shaye. Alhamdulilah tercapai. Flower girl masa ni ada dua orang. Mimi dengan Qistina. Dua-dua anak yang Mama jaga. Qistina besar sikit dari Mimi so dia tahu apa tugas flowergirl. TETAPI, Mimi yang kecik lagi dan ini adalah tugasan pertama beliau. Kalau uols nak tahu, sebelum jadi flower girl shaye siap bagi training dulu kat dia. Selalu bawak dia pergi majlis kahwin siap bagi penerangan. Pastu siap bukak youtube tunjuk apa kena buat. 2 3 hari sebelum majlis explain betul2 kat dia. Alhamdulilah dia faham tetapi nampak gaya melebih2 dari pengantin bila posing. Haha. kat mana ada kamera, kat situ dia buat muka-muka comel. So sweeet!

Untuk semua gambar yang diambil, shaye menggunakan khidmat Dreyanzcolor Photography. Memang dah berkenan dengan diorang sejak pre-wedding photoshoot  lagi. Apa yang buat shaye dan laki suka dengan hasil kerja diorang ni ialah, diorang sangat menepati masa, selesa bekerja sama, seronok dan hasilnya juga sangat memuaskan. Harga pun boleh runding tak la mahal melampau tapi puas hati sangat. Kepada b2b kat luar sana, shaye recommend kat uols boleh buat diorang ni jadi official photographer uols. Macam kitorang, segala majlis dari menikah, malam berinai, majlis resepsi dan sampai majlis bertandang tetap guna khidmat  Dreyanzcolor Photography.

Okay mari layan gambar sepanjang majlis resepsi berjalan!
Pagi tu ada majlis khatam Quran, lepas tu terus siap-siap untuk majlis resepsi.

Bersanding

Dub dab dub dab!

Tengok budak tecit Mimi tu pantang jumpa kamera. Over tauu!

Kemainnnnnn tauu masa  ni dah tak nampak orang menari kat  depan. Mata sibuk tengok kawan-kawan yang datang. Hehe!
 Pengapit kitorang! Di import dari Johor. Hehe.

Gambar-gambar kat bawah ni adalah antara tetamu yang hadir.
Antara teman serapat.
Kawan-kawan dari UTHM, Johor. Gigih tau diorang gerak dari Johor masa ni. Sayaaaaaaaaang korang!

Tak boleh nak bergerak, ramai serbu. Shaye dah feeling2 retis kejap lambai-lambai aiyooo! Alahai nak makaaaan masa ni. Haha.
Boss shaye dengan staff lain pun datang. Tenkiu boss!

Kak Ungku Azlina. Kawan fesbuk kitorang.
Teman-teman husband.

Atuk husband shaye.

Geng nakal masa sekolah teknik dulu. Thanks korangggggg!

Budak kelas masa sekolah teknik. Thanksssssssssss!
Family sebelah husband.
Wanie dan husband. Kawan shaye dari kecit.

Opismet husband.

Kawan serapat husband bersama isteri beliau.

Kawan-kawan husband.

Kawan-kawan Twitter yang segan nak amik gambar sesama. Sentap tauu.

Blogger Intan Nurul Fateha, Eykameow, Helena, Ernie Syafiqa.

Blogger AnakPerak.com, dan isteri (blogger jugak)  Yang baju hitam tu kalau tak silap blogger gak..

Semua kawan-kawan bloggers. Thanks koraaaaaaaaaang!


Sesi makan beradap. (amik gambar je banyak)

Sesi potong pulut. Saje pilih pulut sebab masa malam berinai dah potong kek.
Raja sehari dihiburkan. (mata tetap melilau tengok siapa yang datang)
Ciom si peri!! (blushing dia)

Mama dengan Abah yang kepenatan meyambut tetamu. Ni pun amik gambar kena paksa tauuu!

Family belah shaye. Sedara mara semua. Ini pun dah last-last amik gambar. Diorang segan-segan. Hish. Tapi takpelah asalkan ade kenang-kenangan.

Orang kuat untuk rewang. Thanks kepada semuaaaaaa. Ramai lagi tapi tak semua amik gambar. Majlis kitorang pakai katering tapi jiran-jiran tetappppp nak tolong buat apa yang patut. Thanks sangat!

Oklah sampai sini je. Sambung next entri!

No comments:

Lazada Philippines