Thursday, March 8

Bercinta hampir belasan tahun akhirnya sampai ke jinjang pelamin jua!

Salam semua,

Yuhuuu mood berbelog dah kembali! Since tadek benda nak buat sebab bb kite rosak, maka terpaksa guna henpon lama dan terputus dari dunia luar kejap. Say what? Miss me? Alohhh alohh alohhh. Okaylahh kali ni rajin kejap nak menulis TETAPI..... isinkan shaye bercerita pasal cerita basi yang disimpan je dalam kepala ni. Cuma takde masa nak share dalam belog. Cepat atau lambat nak tulis gak, kang dah tua-tua boleh baca balik. *kau mampu dah jadi nenek bongkok tiga tapi pegang ipad baca belog?*

Oklah, back to the story. Ekceli shaye nak cerita pasal majlis kerja kahwin kawan lama shaye. Alaa kawan masa sekolah-sekolah dulu time tingkatan satu, dua, tiga duluuuu. Rasanya masih boleh lagi nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Ayu dan Faiz. Majlis diorang hujung bulan 1 hari tuu. Ekceli diorang ni duduk sebelah kelas shaye dulu-dulu. Ayu dengan Faiz ni bercinta dari tingkatan 1 lagi okay kalau tak silap. So adelahh dalam 12 ke 13 tahun. Lama takkk? Lamaaaa tauuu!  Jodoh mereka panjang, alhamdulilah telah pun selamat jadi suami dan isteri yang sah.

 

Masa first dapat jemputan, terpikir-pikir jugak nak pegi dengan siapa kann. Nak ajak #tunangkite dia pong busy ade hal masa tu. Tapi niat hati memang nak sangat pegi. Sebab nak sangat jumpa kawan-kawan lama + menjemput kahwin. Yang paling best wedding Ayu dan Faiz ni diorang buat kat dewan sekolah lama kitorang. Menggamit kenangan sangat! So, dengan keberanian yang ada ini first time shaye pegi jemputan wedding dengan sendiri. Sorang-sorang hoi! 

Sampai-sampai memang blur. Dalam hati "Omaigod, nyesal datang. Aku tak jumpa sapa pun yang aku kenal". Tapi tak lama lepas tu nampak kelibat kawan-kawan. Legaaa sangat tapi segannn dah lama tak jumpa lagipun tak berapa rapat sangat. Last-last nampak geng sekolah dulu kemain semangat terus pi kat diorang!
 

See? Kawan-kawan ramai yang dah kawin. Ni yang kat atas ni tempat kitorang dulu selalu lepak. Hehe. Masing-masing datang siap bawak anak, laki bini segala. Bawak perut pon ada. Alahai sentap. Hahah! Kalau beberapa tahun lepas punya reunion, topik utama yang ditanya "Ko keje kat mana?", "Ko sambung belajar kat mana?". Laaaaaaaaaa ni, "Perut tu dah ade isi keeeee?", "Anak kau umur berapa?". Haihhhhh.

  Kawan lamaaaaaaaaaaa ni nama dia Zarina. pengawas sekolahh duluu, rapat jugak dengan dia dulu!
 
Ehhh lupa pulak nak kenalkan mana satu pengantinn. Haaaa, itulahh Ayu dan Faiz. Tengah bergambar. Photographer ponn budak kelas kitorang jugak. Siapa nak gunakan khidmat dia boleh pegi website dia---> SINI

Okayy yang ini teman segonjeng masa sekolah. Bolehh takk guna statement gitu? #matila Tapi diorang best. Kalau gelak tak reti pandang kiri kanan. Opsss. Haha. Ni semua #BFF masa sekolahh rendah + menengah. Ekceli shaye dengan Diana (baju hijau) pindah sekolah teknik yang sama lepas tingkatan 3. Yang lain-lain terus sambung sampai tingkatan 5. Sebab tu masa datang wedding ni shaye risauuu sangat tak kenal orang atau orang dah tak kenal kite.
 
Pengantin sila senyum lagi dan lagi. 

Si baju merah maintan je badan padahal dah beranak satu. #jeles

Okayy yang ini #BFF masa sekolah jugak. Dulu masa sekolah semua benda asyik kebetulan sama. Laaaaaa ni dia datang wedding bagitahu majlis dia 6hb dengan 7hb April. Tapi majlis shaye 7hb dengan 8hb April kann? Clashh kann??? Lepas tu boleh pulak majlis bertandang pun nak sama 14hb. Tempat sama kat Muar. Maka tercetuslahh bride's war masa tuu jugak! Haha. Funny sangat sebab masing-masing berebut menjemput kawan-kawan. Kat situ jugak kau nak bergaduh okay. Apapun masa tu happyyyyyy sangat sebab boleh jumpa #BFF before menamatkan zaman bujang. *mywish*

Dan korang nak tahu? Daripada yang datang wedding tu sorang-sorang tadi dengan kaki ketar-ketar, shaye jugaklahh tetamu yang tak reti-reti nak balik sebab seronok sangat jumpa kawan. Dekat jam 5pm baru salam pengantin kata nak balik. Haha keji sangat. Oklahh penat membebel, layan gambar!

 


"Akhir kata selamat pengantin baru ke kepada Ayu dan Faiz, semoga hubungan uols berkekalan sampai akhir hayat. Amin" 

p/s : Siapa kata berkawan lama tu susah nak kekal? Yang penting hati ikhlas, jujur, setia dan tahu menjaga batas-batas. Sampai masa, kahwinlah! Kann?

Sunday, March 4

Walimatul Urus #KahwinPojieNemo

Salam semua,

Nampak macam kemalasan menulis belog menjadi-jadi masuk tahun 2012 ni lahh. Stress sebab busy yang amat-amat. Pagi kerja balik malam sebab kena kurung dalam opis berjam-jam gara-gara OT. Hari Sabtu pun dah tak nampak peluang nak rehat lebih sket sebab kena OT jugak. Alahai. Rindu zaman-zaman belajar. Jeles dengan kawan-kawan yang sambung master sekarang ni. Haishhh.

Tapi takpe, misi tetap misi. Ekceli ada banyak benda yang shaye nak tulis tapi lain kali je lahhh. Simpan semua idea tu dalam kepala. Time lapang nanti shaye cerita banyak okay? Oklahh terus kepada point. Setelah 9 bulan bertunang dan memendam cinta (ewahhhh ayat), insyaAllah kami bakal diijabkabulkan tak lama lagi. Homaiii berdebar sangattt! Betul kata orang, bertunang tu ada banyak dugaannya. Alhamdulilah segala dugaan ditempuh dengan tenang. Tuhan masih menetapkan hati masing-masing untuk tetap bersama.

Segala preparation telah tersedia. Hanya menunggu hari untuk melaksanakan segalanya. Dan shaye akan pastikan semuanya berjalan lancar insyaAllah. Kalau boleh, kita nak berkahwin hanya sekali seumur hidup kann? Jadi kami inginkan yang terbaik untuk melaksanakan majlis kami. Mohon semuanya baik-baik saja. Amin.

Ramai yang menyangka kami akan pilih bulan 3 sebab time tu cuti sekolah kann? Tapi bukan. Kami memilih April untuk diijabkabulkan. 

Kenapa pilih April? 
  1. Majlis merisik adalah pada 10 April 2011, jadi kami pilih April 2012 untuk tempoh setahun secara rasminya bercinta!
  2. Ulang tahun perkahwinan bakal mertua adalah pada 10 April 2012.
  3. Secara kebetulan ulang tahun majlis perkahwinan Mama dengan Abah shaye juga pada bulan April iaitu 15 April.
  4. Ulang tahun kelahiran si dia juga pada April iaitu 11 April!

See? April adalah bulan cinta. Ewahhh! Can't wait!

 
"Setiap kali awak tenung saya, jantung saya berhenti 20 saat"


Di sini, shaye ingin menjemput semua datang memeriahkan majlis kami pada 8 April 2012 (Klang) dan 14 April 2012 (Muar).  Okay siapa yang nak datang nanti shaye pos kan kad. Tapi sila bagi nama dengan alamat di email  : errapazira_86@yahoo.com





Sebarang info terbaru boleh search hashtag #KahwinPojieNemo di twitter.

Lazada Philippines