Friday, January 18

Gold Coast Morib punya story!

Salam semua,

Alololoh macam biasa alasan mukadimah, shaye busy memanjang. Hari-hari tengok belog tapi takde masa nak hapdet apa pun. Btw, sebelum cerita menjadi lapuk shaye nak hapdet pasal awal bulan hari tu shaye dan suami pergi Gold Coast Morib. Morib? Alahai, kau duduk kampung Kelang pun nak bercuti kat Morib, apakes kann?

Haha ekceli begini ceritanya, 1 hari tu kitorang baru balik dari attend wedding seorang teman kat Sepang. Jauh gak. Lalu gak Gold Coast Sepang tu, makan hati je kann sebab belum mampu nak pergi sana. Then masa nak balik kitorang lalu jalan singkat nak balik Klang, so lalulah Morib segala. Nampak tepi jalan masa tu Gold Coast Morib tu baru lagi.

Shaye: Abang abang apa tu...Gold Coast Morib? Tak pernah tahu pong?
Laki : Haah laaaa! Macam best je.
Shaye: Jom buat kerja gila, 1 day kita bercuti kat sini nakk??
Laki : Tak kisah! Makan hati sebab belum boleh pergi Gold Coast Sepang, kita pergi sini kann kann!
Shaye: Yeay!


Ekceli jugak untuk setiap 7hb adalah tarikh special untuk kitorang, kira macam celebrate date menikah la. Nak tunggu anniversary lambat lagi. So, setiap 7hb kitorang akan spent time sesama untuk buat something. I mean aktiviti berdua la, contoh macam makan besar ke, tengok wayang ke, pergi bercuti ke. Ekceli setiap pasangan pun kena buat mcm ni, takdelah hambar sangat bila uols dah kahwin beranak pinak nanti kan. So, aktiviti bulanan kali ini ialah bercuti di Gold Coast Morib. Yeay!



Cuaca yang sangat baik untuk memulakan perjalanan. Hurayyyy!


Walaupun shaye duduk Klang, nak pergi Morib bukan dekat jugak eh. Amik masa sejam gak. Dah nak dekat2 sampai tu tetiba laki menjerit :

Laki: Sayang! Amik gambar abang cepat! Cepat! Cepat!
Shaye: (kelam kabut cari kamera dan snap sambil pandang kiri kanan)
Laki: (posing entah apa2)
Shaye: Laaaaa, kenapa pose macam tu?
Laki: Aaron Aziz kann ada gambar macam ni. Haha!
Shaye: Motip!!!!

Sampai2 tengok suasana luar sangat selesa dan bersih. Not bad. Sekali masuk-masuk lobby, OHMAKK AII! Terkejut shaye! Ramainya umatt!

First time dalam sejarah nak check in hotel ramai orang sampai macam ni. Fuhh setengah jam jugak beratur semata-mata nak check in je. Buat masa ni diorang tengah promotion, so ada banyak deal kat luar sana. Suami beli voucher kat Groupon. So, jimat!


First impression masuk bilik, oklah not bad. Semua cukup. Cuma towel kena mintak, gara-gara masa tu orang ramai sangat towel habis. Boleh? Tapi takpelah takdelah lambat sangat pihak hotel bagi towel balik. Lepas tu frust sikit sebab bilik hotel menghadap kelapa sawit bukannya waterpark. Tak dapat yang menghala waterpark sebab dah penuh masa tu. Haiyohhh.


Tapi frust terubat bila nampak ada jakuzi dalam bilik air. Sebab utama nak pergi sini. Nak berendam laki bini. Haha! sangat tak boleh blah, masuk2 terus bukak paip. Celup2 kaki try katanya! Tapi takdelah mandi terus, isi air dulu. Sebab belum sempat makan apa semua lagi.


Yang best ada tingkap dari tempat berendam menghala terus ke katil. Nak terjun terus dari tingkap masuk dalam tu pun takpe. So siapa yang bawak anak pun boleh perhatikan anak kat katil tengah tidur tatkala laki bini tengah berendam ke kann. Haaa!


Dah habis ronda bilik, kita ronda luar pulak. Dah lama gila kot tak jejak Morib sebab orang kata Morib dah tercemar. Kotor. Tu yang dah tak datang sini lagi. Tapi kali ni pergi sini pun sebab kat hotel ada waterpark so boleh la mandi sekali.


See? masa ni air tengah surut. Jauh ke tengah laut diorang berjalan. Morib memang macam ni kalau air surut. Tapi suasana kat area Gold Coast Morib ni serius tak macam kat Pantai Morib yang shaye bayangkan.


Yang best jugak kat sini, ada ATV. Serius nak naik! Tapi tak sempat sebab dah tiba watu makan masa ni, laki kata naik esok pagi je. Sekali pergi pagi tu diorang tak bukak. Bukak petang je maybe. Sobs sobs makan hati kejap. Kalau tak silap RM20 untuk 10minit. RM30 untuk 15minit.

Oh makan hati!

Jalan-jalan lagi.



Macam Pantai Morib tak?

Makan time! Ini namanya bila dua mulut bersatu! *penyebab berat badan makin meningkat*

Makanan dia pun not bad. Sedap. Buffet kan so amiklah seberapa banyak yang mampu nak telan. Jarang kot ada hotel yang provide dinner sekali. Selalu kan breakfast je. So jimat kat situ tak payah makan luar.

Suasana malam di Gold Coast Morib.







Esok paginya, pepagi lagi dah turun breakfast sebab kitorang nak pergi mandi waterpark pulak. Check out jam 12pm so kena gunakan masa sepenuhnya!

Waterpark dia okay la. Not bad cuma kecik sikit. Peringatan kalau nak turun mandi better tak payah bawak barang. sebab kalau nak simpan barang, diorang charge RM15. Haiyooh semata -mata kann.


"Janganlah splash kita"

Oklah kesimpulannya bercuti dekat2 rumah pun best apa. Tak payah buang masa + duit banyak semata-mata nak bercuti tempat yang best dan jauh-jauh.

Masa nak balik, kemas2 nampak satu kotak + kad. Suprise gift dari beliau sempena monthsary kitorang yang ke-9. Alhamdulilah. Lepas ni nak pergi bercuti lagi. Ewahhhh!

Thanks Abang!


p/s :
Kalau nak order VCO Treenea dengan shaye boleh email sekarang!
Sebab? Sebab shaye bagi harga RM38 je sebotol sampai hujung bulan ini.
p/s : Harga postage RM6 sahaja kalau duduk jauh dari Klang.

1 comment:

KU WAN said...

Review ok la juga. Tp ada ramai duk review seram. Takot lak nk bwk anak kecik. Huhuu

>>>>>Luka Kencing Manis Pulih Dalam Masa Tiga Hari!<<<<<

Lazada Philippines