Saturday, February 23

Masa berlalu dengan pantas sepantasnya

Salam semua.

Fuh! Bersiaran langsung dari opis. Biasalah hari Sabtu kerja tak banyak sangat so mengulor je laa jawapnya. Baru semalam ada sorang membe mesej tanya kenapa tak hapdet belog lagi? Ampunnnn. Life sekarang sudah berubah sampai takde masa nak hapdet belog. Tapi memang mengaku, memang shaye bukak belog hari-hari. Hari-hari bukak post kosong, taip sepatah dua then delete balik post sebab takde idea. Bukan sebab apa, tetiba jadi macam blur. Lama sangat tak menulis katakan.

Kadang-kadang tu bila ada banyak sangat masa terluang dah tak terisi dengan tulis belog sebab banyak fikir benda lain pulak. Yelahhh kite menulis dari hati kannn? Kannn? Bukan sebab kaut traffic belog ke hape. Tulis belog punn sebab rasa macam tulis diari. Bila dah tulis, esok-esok tahun depan, dah beranak-pinak tua kerepot esok baca balik. Nostalgia tauuu!

Sebelum apa-apa shaye nak war-warkan sekarang shaye dah join jadi share partner untuk Zeera Boutique. So, uols rajin-rajinkan diri untuk shopping okay? Sekarang ni pun kitorang dah start jual baju baby jugak selain baju gegirl, kasut, handbag. Insyaallah akan datang kitorang perkembangkan lagi bisnes okay! Cita-cita nak bukak butik sendiri tapi buat masa ni kitorang meniaga online dulu la ye. So doa yang baik-baik je okay!

Lagi satu yang shaye duduk kepochi-kepochi pasal VCO Treenea tu pun sampai sekarang stok masih ada lagi. Itu pun meniaga sampingan. Just nak dapatkan pengalaman berurusan dengan customer. Servis edit belog, header pun masih berjalan kalau ada yang request. Entahlah banyak sangat planning, sampai terasa nak buat semua benda dalam satu masa. Yang penting kumpul ilmu dengan pengalaman dulu. Walaupun shaye duduk belajar IT kat Universiti tapi macam seronok meniaga dari mengadap PC doplohempatjam. Tangan lagi dekat dengan duit daripada dekat dengan keyboard/mouse. Opssss! Kalau boleh nak meniaga kat pasar malam, mesti seronok! *mata duitan*

Terasa cepat sangat masa berlalu, semua dah berubah. Cabaran makin kuat. Dugaan pulak tak tertanggung rasanya. Macam-macam. Erghhh! Sabar dan doa je dalam iringan. Apa yang pasti walaupun peredaran masa tu berlaku dengan cepat sangat, setiap kenangan masih segar dalam ingatan. Segala peristiwa, kenangan manis pahit masam kelat segala akan shaye simpan sebagai pengajaran. Kadang-kadang shaye tersenyum sendiri mengenangkan. Alangkah best jadi muda remaja balik. Kannn? Kann?

Masa konvo kat UTHM ---->>> Kisah Konvo

Rindu nak hangout bila-bila masa dengan kawan-kawan, tak kisah nak keluar dengan siapa-siapa tak kira masa, rindu zaman study. Zaman yang tak perlu fikir banyak masalah. Erghhhh bestnya! Kalau macam sekarang keluarga lebih utama. Tingkah laku kena jaga. Laki tak pernah halang apa pun shaye nak buat cuma diri sendiri sedar dah jadi bini orang perangai kena semenggah sikit. Bukan zaman hu haaaa hu haaaa lagi ye puan. Hihi.

 Bila nak pergi Ah Cheng sesama lagi ni Fira oiii? 
Entri -----> I Love You Ah Cheng
Entri -----> Tuesday Blues
Entri ----> Ah Cheng

Nasib baik baru lepas keluar degan #BFF sorang ni.

Dengan kakak angkat sendiri punnn dia dah busyyyy sekarang ni. Sobs sobs.

Entri -----> Pelukis Jalanan / Pelukis Batik
Entri -------> Kucing kakak 
Entri ------> Kakak buat gosip 
Entri -----> Kakak Kejam
Entri -------> Kakak Happy

Apa pun hidup mesti diteruskan. Semoga shaye tabah mengharungi dugaaan akan datang. Doakan yang terbaik buat shaye okay!

p/s : Kalau nak beli VCO Treenea shaye dah berkeputusan untuk jual dengan harga RM38 saje. Takde promosi tapi itu harga yang shaye beri. Kalau nak beli boleh contact okay!

No comments: