Tuesday, February 26

Tak puas pergi Bukit Cherakah selagi tak dapat naik basikal

Salam semua,

Yehuuuu nampak macam ada potensi lepas ni bercita-cita nak hapdet belog selalu. Ye dak? Katanya la kann. Oklah walaupun cerita ada sikit basi tapi tetap nak share kat uols jugak. Cerita pasal pergi Bukit Cherakah Shah Alam tempoh hari. Ini bukan aktiviti bulanan kami tapi dah memang orang tuh kata nak bawak shaye ke sini. Dari zaman muda remaja nak pergi sini sampailah dah jadi bini orang baru ni dapat jejak Bukit Cherakah. Pheww!


Disebabkan masing-masing rasa diri dah makin menggemuk, barulah berniat nak tukar aktiviti mingguan macam pergi event makan (birthday party,wedding,segala sambutan) kepada aktiviti yang lebih sihat iaitu pergi bersenam. Hari tu gedebak gedebuk dalam jam 10am ke kul 11am gak dah ada kat Bukit Cherakah. Hajat nak pergi lepas Subuh tapi harapannnn! Bengang je orang tuh.

Sampai-sampai opkos kena bayar dulu. Harga tak mahal jangan risau. Berbaloi la jugak. Tapi kalau nak lagi berbaloi masuk free kann sebab bukan ada apa pun, hutan je. Tapi ermmm oklahh daripada berpuluh ye dak?


Harga masuk :
Dewasa -----------> RM3
Kanak-kanak ------> RM1
Org tua ----------> RM1
OKU --------------> Free
Anak yatim --------------> Free

Untuk masuk rumah empat musim pun kena bayar ye uols. Lain-lain harga untuk setiap musim. Kalau dulu-dulu yang selalu pergi rumah empat musim, untuk musim salji dah naik harga ye uols. Kalau tak silap pun rumah salji paling mahal. RM5 untuk Dewasa, RM3 untuk kanak-kanak sekali masuk. Banyak info kita boleh dapat dari web dia. Kalau tak silap rumah empat musim ditutup sementara sekarang ni. Sumber SINI.


Kepada sesiapa yang minat aktiviti lasak, ada beberapa pakej untuk uols. Segala aktiviti panjat memanjat dan macam-macam ada. Boleh tengok harga pakej kat SINI. Harga not bad. Shaye rasa sesuai sangat untuk mana-mana company yang nak buat team building kat sini. Boleh pergi ke website terus untuk info lebih lanjut. Klik -----------> http://www.skytrex-adventure.com



Masuk-masuk terus cari tempat mana nak sewa basikal. Excited gila sekali tengok ramainyaaaa orang tengah menunggu. Haishhh! Makan hati. Dinasihatkan kalau nak dapat basikal awal, kena datang awal sebab time ni pun kitorang bagi nama, dekat sejam tunggu masih tak sampai giliran. Sentap doplohkali. Ada lagi satu pilihan, RM10 untuk sejam 1 basikal kalau TAKNAK MENUNGGU. Amboihhhh kemain kaut untung. Fikir-fikir macam tak berbaloi. Tu pun belum tentu berapa jam dalam hutan tu kann? Kann? Last-last laki membebel katanya next time je naik basikal. Dia ajak naik bas je sebab dah nak tengah hari. Free pulak tu. So naiklah bas je. Huh!

Bye Bye basikal. Sobs sobs!


Tempat menunggu bas.


Terlupa pulak nak cakap. Laluan bas hanya ke rumah empat musim sahaja. Tapi dun wurry, dia lalu jugak tempat-tempat lain sebab dah satu jalan kann. So, kalau nak singgah mana-mana boleh berhenti pastu nak balik tahan bas tepi jalan.


Masa ni baru naik bas. Maaf makcik ter-interprem pulak. Hikhik!


Shaye bayangkan kat dalam tu ada hutan je tapi tak ye tuan-puan. Ada jugaklah kedai-kedai kecik kat dalam tu. Bukan sikit, banyak jugaklah. Kiranya kalau semput berjalan takdelah kena menapak berpuluh kilometer semata-mata nak beli minuman dan makanan. Tempat berkelah pun banyak dalam ni. Tak sabar nak ajak Mama dengan Abah pulak datang sini next time. Sawah padi pun ada ye uols. Tapi tak sempat amik gambar bas laju sangat.


Okay dah sampai Rumah Iklim Empat Musim. Dah macam pejabat aku tengok. Opss!


Masuk-masuk dalam ada kaunter tiket dia. Boleh bayar sebelum masuk Bukit Cherakah tadi pomboleh. Masa kami pergi sini tengah musim salji. So dengan baju sukan siap tracksuit bagai, masuk rumah salji. Tak dapat feeling kat kutub utara uols.


Masa ni dah start feeling-feeling lah sangat. Cakap dah keluar kepul-kepul asap. Tapi tempat dia kecik je. Ada 1 laluan je. Bukak pintu, jalan beberapa langkah amik gambar pastu keluar balik. Tak boleh feeling-feeling main salji pun. Macam feeling-feeling curik-curik masuk dalam peti ais je. Sedih.


Hari tu masa pergi Genting (Ehh takde update pasal Genting eh?). Ahhh whatever (pemalas). Ok hari tu kat Genting bercita-cita nak masuk SnowWorld tapi dah nak balik masa tu tak sempat. Ni dapat masuk rumah empat musim pun jadilah kann? Kann?


Oklahhh biasa-biasa je. Lepas ni bercita-cita nak masuk SnowWalk kat I City pulak walaupun RM35 per person. Mahal kan. Hishhh!


Keluar rumah salji tadi terus pi tahan bas. Sekali nampak sign untuk pergi Kampung Idaman. Macam best, terus turun bas jalan kaki masuk kampung tersebut.


Wahhhhhh! Masa ni dah feeling-feeling pergi Taman Mini kat Melaka pulak. Ruapanya Kampung Idaman ni ada macam-macam jenis rumah. Rumah Perak, Kelantan, Terengganu, Johor semua ada. Tak percaya? Cantik okay.


Ni rumah apatah tak hingat.


Sampai kat sini memang takde orang. Macam sebuah kampung zaman dulu-dulu. Shaye dah feeling-feeling macam tersesat ke alam bunian. Aiyooh!


Siap ada landskap kolam ikan lagi.


Cantik kann. Tenang fikiran kejap.


Anak siapalah yang main teng-teng kat sini kan.


Rupanya kite boleh menginap kat sini. Baru tahu. Tapi macam scary je kan tempat ni.


Rumah ni paling shaye suka. Cantik. Rumah Perlis kalau tak silap.


Kalau tak silap, buat masa ni rumah ni semua ditutup untuk penginapan sebab diorang nak renovate sikit. Mesti lepas ni lagi cantik. Tebang sikit segala semak samun kat belakang. Kann?


Rumah Perak. Siap ada nama tuan rumah. Senibina rumah macam dulu-dulu kan?


Ehh orang tu degil nak pergi pasang lampu pulak. Risau.


Lepas pergi berjalan menapak tak hingat nampak kedai burger, apalagi singgah! Telan burger seketul sorang. Tahniah. Ternyata lemak dengan kitorang tak boleh dipisahkan. Sobs! Ada banyak lagi tempat kat situ ysng tak sempat kami singgah. Next time nak berkelah kat sini je.

Lepas jalan-jalan dah terik terus kitorang balik. Tak puas sangat berjalan sebab datang sini pun dah lambat. So uols boleh datang sini kalau free. Not bad daripada pergi jauh-jauh nak masuk hutan baik pergi sini kannn? Cuma sekarang ni banyak renovation, dengar kata makcik jual burger tu bakal ada waterpark tak lama lagi. Baguslah kalau diorang terus buat renovation, insyaallah Bukit Cherakah akan terus jadi salah satu tempat menarik kat Selangor ni. Okay itu saja untuk hari ini. Teheeeee!

No comments:

Lazada Philippines