Tuesday, March 12

Majlis Bertandang #pojienemo

Salam semua,

Wahhh wahhh gigih kann dah sampai tajuk majlis bertandang dah. Tapii tapiii... dah nak dekat setahun baru siap entri kahwin. Nasiblah..Ekceli shaye dah siap tulis lama dahn tapi takde masa upload gambar.. Lepas tu perap dulu dalam draf, selagi tak siap, tak lengkap takkan di publish. Oklah kita sambung cerita kahwin. Tanpa melengahkan masa....Selamat datang ke majlis bertandang ke Muar. Hehe.




Alhamdulilah majlis bertandang telah pun dilangsungkan pada 14 April 2012 bertempat di rumah keluarga pengantin lelaki iaitu laki shaye sekarang. Color tema, masa merisik lagi mak mertua dah copppp awal-awal nak color merah hitam. Mula-mula dengar nak guna color merah hitam, homai kenapa dalam wedding aku turut terselit warna hitam?  Katanya color tema impian ibu beliau.  Lagi-lagi color merah hitam dipilih untuk menonjolkan kemeriahan dan mewah. Ok fine bagi chance di situ. So, dari segi pemilihan color dah memberi cabaran utama nak pakai baju color apa, pelamin macam mana rupa. Siyes dalam tempoh yang lama jugak  nak survey baju, pelamin dan semuanya. Hari-hari study dan discuss macam mana tak nak nampak pelamin tu suram. Tanya pendapat orang lain dan macam-macam cara lagi. 


Untuk tema majlis, laki memang dari dulu lagi mengimpikan sebuah majlis yang berkonsepkan adat melayu lama. So, disebabkan dia anak jati Johor beliau mahu tema majlis di sebelah Muar ialah berkonsepkan Melayu Johor lama. Menarik bukan? Tapi pada awalnya kitorang just nak buat simple teramat. Dah kata konsep Melayu Johor lama. Hajat di hati nak pakai baju melayu + sampin dengan mini kurung sahaja. TETAPI, dibantah keras oleh mak andam kami ye tuan puan. Tak pasal-pasal kitorang di offer untuk buat baju baru. Buat pengetahuan semua, untuk majlis di Muar kitorang menggunakan khidmat Ziana D Muar untuk baju pengantin, makeup, dan pelamin. Dan alhamdulilah hasilnya sangat memuaskan!




Cerita pasal baju tadi belum habis. Disebabkan ini kali pertama kak Ziana tu nak buat konsep melayu Johor lama jadi dia sendiri excited dan dah buat research pasal baju pengantin yang bakal kitorang pakai. Ekceli kitorang pergi jumpa kak Ziana sekali je dan tu pun tak nampak langsung macam mana rupa baju pengantin. Kak Ziana just tunjuk kain yang dia dah pilih dan macam mana rupa tanjak je. Gila kan?  Keseluruhan idea untuk baju adalah dari kak Ziana sendiri dimana dia tetap mengekalkan konsep Melayu Johor lama tu tapi dimodenkan sikit supaya nampak kelainan. Kelainan yang ditonjolkan dari segi tanjak, coat luar baju, jenis kain songket, sampin yang shaye pakai semuanya dah diolah dan tak sama macam pengantin lain. Lagi satu, sekali fitting je baju memang dah terletak di badan. Lemak-lemak manja semua tersorok. Itu yang kami mahukan! Nak tahu bila masa fitting baju? Malam sebelum bersanding. Pergh. *clap clap clap*




Ekceli shaye tak ambil kisah sangat mengenai majlis di Muar sebab shaye lebih sibuk menguruskan hal-hal majlis di Klang. So banyak yang shaye tak tahu langsung hal majlis sebelah Muar sebab semuanya diuruskan oleh laki tersayang. So, shaye tak tahu macam mana rupa pelamin, yang shaye tahu color hitam merah. Apa yang diberitahu beliau mohon untuk tambahkan elemen putih untuk balance segala warna supaya tak nampak suram. Pada shaye itu cabaran paling besar.  Sebab shaye tak nak nampak macam majlis orang meninggal sebab ada color hitam kann.. Opsss!



Konsep Kak Ziana pulak suka suprise memanjang. Boleh bayang tak esok nak bersanding tapi pelamin dia  berkeras taknak pasang lagi. Katanya nanti hilang seri. Tapi betul jugak kata dia. Esok pagi masa nak bersanding tu la baru shaye dapat tengok macam mana rupa pelamin. Siyes cantik. Tetap guna fresh flower macam kat Klang. Ekceli sepatutnya guna bunga biasa je tapi Kak Ziana berbesar hati nak buatkan pelamin guna fresh flower tanpa ada bayaran tambahan. See? Baik kannn? Alhamdulilah.

Dari segi makeup alhamdulilah semua cakap cantik. Daripada muka tak mandi terus bertukar jadi rupa Ayu Raudhah kata budak-budak ni. Katanya haha.. Mak mertua senyum doplohempatjam sebab dia puas hati tengok muka bertukar. Boleh? Sentap. Haha. Shaye pun berpuas hati jugaklah sebab Kak Ziana berjaya cover muka pinggan shaye kepada muka gelas. Apakah? Hehe. Takdelah, shaye berpuas hati sebab muka shaye tak nampak bulat macam pinggan even pakai rambut sanggul. Suka sangat! So, orang Muar boleh serbu Kak Ziana kalau nak kahwin. Servis dia terbaik! *thumb up*
 

Ziana D'Muar

Okay berbalik kepada cerita utama, majlis bermula dengan Khatam Quran adik perempuan laki. Ekceli untuk majlis kali kat Muar, kitorang laki bini sepatutnya tak boleh duduk bersanding je nak berkipas doplohempatjam. Ekceli ada misi tersembunyi iaitu kitorang kena menari. Itu impian laki tersayang. Gila tau sebab sehari sebelum majlis baru nak praktis cemana joget zapin. Kata pun nak buat konsep Johor. Jantung ni dubb dabb duubb dabb sampai tak boleh tido tauu sebab takut. Bangun tido terus kejut laki suruh dia temankan berjoget zapin. Bayanglah pepagi buta dengan muka-muka mengantuk dia kena joget zapin sama. Nasiblah!

TETAPI, impian tersebut tak dapat dilaksanakn sebab masa nak menari tu tak sempat sebab penari yang buat persembahan punya part pun dah ambik masa lama, yang lain sibuk nak makan.  So biar diorang je menari kitorang bersanding macam biasa. Kesian laki tapi shaye buat muka lega. Syhhhhhhh! Haaa, untuk penari kita import diorang dari Artis Budaya Batu Pahat kalau tak silap. Semuanya disponsor oleh kawan kepada laki. Berbesar hati kitorang sebab majlis berjalan meriah sekali. So majlis berjalan macam biasa, ketibaan rombongan pihak perempuan, bersanding, makan beradab tapi kita selitkan sedikit selingan untuk mak dan pak mertua pulak untuk potong pulut kuning untuk menyambut annverseri majlis perkahwinan diorang. See? Sweet kann nanti anniverseri kitorang bakal sama dengan mak pak mertua shaye. Layan gambar yang amat banyak.


 

Tak dapat menari di majlis sendiri (impian laki) tetapi dapat menyanyi di majlis sendiri (impian shaye). So konsep majlis di Muar ni adalah lebih kepada MENGGAPAI IMPIAN#okbai


Hati Ke Hati by Us!

Mengenai lagu Hati Ke Hati ni memang kitorang plan nak nyanyi lagu ni dari awal lagi sejak tertonton video kat youtube Hati Ke Hati - Fahmi Jaafar dan Siti Nurhaliza (Gema Zafana). Guess what? Fahmi Jaafar datang majlis kitorang. Siapa Fahmi? Alaaa dia kann protege Datuk Siti Nurhaliza masa Mentor dulu. Dannn dannn la dia rupanya orang Muar pastu geng-geng Kak Ziana. Dia jugaklah yang menyiapkan kitorang laki bini (pakaian). Debor kite pencetus lagu dengar kite nyanyi. #tetiba. Hayati lirik dia. Sangat mendalam maksud dia.

 
Lirik Hati Ke Hati - Rafeah Buang & R.Ismail
Tinggilah tinggi
Tinggi tinggi burung di awan
Akhirnya engkau turun
Akhirnya turun mencari kawan

Terbang di awan
Turn mari ke dalam taman
Kalau mencari kawan
Mencari kawan biarlah padan

Bukan sahaja
Bukan saja kita kemari
Kita bercinta
Curahkan rahsia hati ke hati

Burung tempua
Sana sini mencari sarang
Kalau hati dah suka
Samalah kita terbang pulang

Btw sebelum terlupa, untuk majlis di Muar kitorang dapat sponsor dari teman-teman antaranya tart nenas yang super duper sedap. Bukan seketul dua, tapi banyak okay. Khas untuk para tetamu yang hadir. Thanks to RemyLCLounge kerana sudi sponsor. Thanks juga kepada Salamah Catering kerana sudi sponsor acar buah yang sedap jugak untuk para tetamu. WALAUPUN acar tu kitorang terlupa nak amik masa nak balik Muar. Nasib baik ada yang sudi hantarkan ke Muar. Thanks kepada semua sponsor secara langsung atau tak langsung juga. Thanks tauu!

Ehemm, rasanya sampai sini je cerita kahwin di Muar. Next story? Tunggu!

3 comments:

dya said...

salam kenal,dya follower sini..jemput singgah my blog ya..

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Zinedine Zaiddin said...

tudiaaa..brapa ribu habih ni kak?

Lazada Philippines