Tuesday, July 23

Pengalaman Bercuti di Lost World of Tambun

Salam semua,

Nampaknya semangat berblogging macam ada. Yolahhh mengaku. Masa mengulor sebenarnya patut diisi dengan menulis belog. Berkongsi cerita, minat dan pengalaman. Haaaa, sebut pasal pengalaman, kite nak share pasal pengalaman bercuti di Lost World of Tambun, Perak hujung bulan lepas. Actually kite dengan husband memang planning nak pi mana-mana sebelum puasa. Sebab stress sangat dengan kerja, kang puasa-puasa kang memang tak bestlah nak bercuti sebab.....errr tak boleh makan. Haha.

Ok percutian kali ni adalah 2 hari 1 malam je. Tu pon pergi Sabtu petang lepas kerja. Sebab check in jam 3pm kan. Maka perjalanan memakan masa dari Klang-Ipoh dalam 2jam lebih kalau tak silap. Tapi masa tu gerak pun dah lambat-lambat. Sebab rest dulu lepas kerja. Alhamdulilah cuaca pun baik je, tak hujan. Bersyukur jugak masa pergi dah takde jerebu. Kat Tambun tu pulak kitorang menginap di Lost World Hotel.


Macam mana nak book hotel? Boleh book kat website terus, klik LINK di bawah :

Kitorang sampai pun dalam jam 5pm macam tu, kitorang lepak bilik je takde tempat nak pergi. Tu pun singgah Giant dekat-dekat situ pergi cari selipar nak mandi. Hehe. Memang dah plan nak berendam kat hot spring malam-malam lepas maghrib. Itulah tujuan utamanya! Sebab last kitorang pergi masa wedding Mr.Troytron, kitorang dah usha awal-awal, Tambun punya hot spring memang terbaik! Cuma masa tu tak berkesempatan nak pergi sebab berkejar balik ke KL. So, kali ni kitorang datang la balik bagi melunaskan hajat terpendam sekian lama. Ewahhh!


Buat yang tak tahu, Tambun Hot Springs & Spa ni untuk pada waktu malam, ia beroperasi sampai jam 11pm. So, memang best gila berendam air panas sambil menyaksikan keindahan alam. Memang release tension sangat. Apa yang bestnya dalam Hot Spring tu? For sure ia bukannya kolam air panas biasa-biasa takat uols rendam-rendam kaki je, kalau nak tahu uols boleh baca kat SINI untuk lebih lanjut, lagipun gambar lagi cantik sikit.

Oklah lepas berendam, kitorang pun balik hotel dengan gembiranya *ayat tak boleh blah*. Contact dengan kawan-kawan, kata diorang kat situ ada Downtown malam-malam. So malam tu kitorang jalan-jalan je kat Downtown. Dekat je dengan hotel. Oklah not bad meriah gak, cuma macam tak ramai orang sangat macam kat KL. Lepas jejalan, balik hotel tidolah. Hehe.


Oklah pagi-pagi dengan tak mandi, gigih bangun pergi breakfast. Pakej hotel sekali dengan breakfast, tapi lupa pulak apa nama restoran dia. Sorry ehh tak dapat nak share. Lupa. Tapi makanan ok, best gila. Makan buffet, so pepagi dah kembung kekenyangan. Time makan dalam jam 730am sampai 1030am kalau tak silap. Terlepas memang rugi ahh. So lepas-lepas makan punyalah awal kitorang dah terpacak depan Lost World of Tambun. Sebab nak mandi puas-puaslah. Yelah check out jam 12pm kan mestilah kena kejar masa.


Terasa macam kitorang termasuk dalam kumpulan pertama yang masuk tempat tu haha. Serius awal, takde orang sangat pun lagi. Tapi oklah, taklah sesak. Cer tengok gambar, sunyi kannnn? Sunyi+tenang je. Bunyik-bunyik hutan pastu udara nyaman sangat. Terasa taknak balik okay. Eh lupa pulak, uols boleh pilih banyak pakej untuk masuk. Survey dulu yang mana berpatutan. Tak tahu nak survey kat mana? Klik SINI untuk harga.



Dalam tu bukan setakat ada tempat mandi je, ada zoo ala-ala Safari lagi. Bestlah sebab kite memang suka sangat pergi zoo. Suka tengok binatang, pegang taknak. Hehe. Layan gambar ehh uols. Tatau nak cerita apa. Tapi tempat dia terasa macam jalan-jalan kat hutan, sebab tepi-tepi nampak macam gunung ke bukit tataulah. Okay jom mengembara!





Dah puas layan gambar? Hehe. Itu je lah kite nak share. Siapa yang suka pada keindahan alam, boleh datang sini. Gambar tempat mandi takde pulak sebab kitorang kejar masa. Tak puas ekceli. Dats y tak sempat nak snap gambar banyak-banyak. Btw, tempat ni memang best. Uols patut pergi kalau dah boring dengan kesesakan KL. Hihi. Untuk maklumat lanjut boleh layari website Lost World of Tambun.


Sekian terima kasih. Ewah!

3 comments:

fasha said...

da brpe kali plan nak pegi lost of tambun tapi xjadi je memnjg..haha..tenks for sharing kay..nak jugak try smpai sne...

ida said...

Assalamualaikum. ..moh menginap di homestay saya...dekat sgt dhn lost world. .for details. .www.homestayida.blogspot.com

Humaira Homestay Tambun said...

mmg best.rugi x pergi

Lazada Philippines