Tuesday, July 9

Pesanan Berpuasa.

Salam semua,

Sedar tak sedar betapa cepatnya masa berlalu. Fuh! Alhamdulilah, tahun ni adalah tahun kedua menyambut Ramadhan sebagai isteri orang dengan kata kasarnya, bini orang. Hehe. Syukur yang tak terhingga kerana masih diberikan peluang untuk merasai nikmat Ramadhan.  Takde apa yang aku harapkan, hanya mahukan kemeriahan, kebahagiaan, keberkatan dalam menyambut Ramadhan tu berlipat ganda dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Dari malam tadi laki sebut-sebut "Dah niat puasa sebulan? Dah niat puasa sebulan? Dah niat puasa sebulan?" Katanya sebagai persediaan kot-kot terlepas bangun sahur sambil buat muka perli-perli. Damn. Takpelahhh kat bawah ni aku dah share kat uols lafaz niat puasa hari-hari dengan puasa sebulan terus. Mana tahu ada yang lupa-lupa ke. Eceh!
 

Harapan berpuasa tahun ni ialah untuk mengurangkan perbelanjaan supaya tak la membazir itu ini. Contohnya kalau macam belanja hari-hari pergi opis RM5, time puasa tetiba beli juadah berbuka hampir RM50. Memang membazir sangatlah kan. Semoga aku dapat manahan nafsu membeli itu ini, yelahh tahun ni raya bukan dapat duit raya lagi, kena hulur lagi ada. So, kena ada bajet perbelanjaan raya macam tu. Korang yang bujang jangan nak sengih-sengih suka yeeeee! *jeling tajam*

 *Jangan jadi camni sudahlah haha*

Lagi satu, bulan-bulan puasa ni aku nak mintak maaf, mintak ampun dari hujung tudung sampai hujung kaki if selama ni aku ada mengasari uols atau sesiapa je yang ada rasa tak puas hati dengan aku. Entah la, kadang-kadang kita tak sedar ada orang terasa ke, sentap ke dengan tingkah laku kita. Sedar-sedar je orang tu dah anggap kita musuh dia walaupun kita tak tahu apa-apa. Apapun aku tak pernah berdendam, marah atau apapun. Yang penting biar semuanya happy dengan cara masing-masing. Akhir kata, jauhi perkara yang dibenci Allah, dekatkan diri padaNya. 

Puasa, jangan tak puasa tuuuuu!


P/s: Sengaja gunakan bahasa diri "aku" sebab rasa macam dah besar, tak sesuai lagi guna "shaye". Harap maklong. Okbai.

No comments:

Lazada Philippines