Wednesday, July 17

Si peri Syamimi

Salam semua,

Nampak gaya macam dah rajin kan tulis belog? Hihi bulan puasa job tak banyak, mengulor je lah di opis. Rasanya macam dah berzaman tak hapdet pasal budak Mimi kan? Kalau dulu sikit-sikit cerita pasal dia sebab dialah penyeri pertama rumah kitorang. Sekarang pun sama uols. Cuma sekarang penyeri rumah tu makin ramai. Cuma tunggu penyeri nan satu dalam perut ni je ntah bila. Sabor je lah tengah berusaha ni. Hish! Doa-doakan okay!

Ok sambung cerita pasal Mimi, Mimi sekarang dah jadik kakak-kakak uols. Sekarang dia dah masuk 5 tahun, tapi tahun depan baru sekolah. Dia sangat excited. Walaupun dia baru 5 tahun, tapi perangai dah macam makcik-makcik. Mulut tak berenti bercakap itu ini sampai kita gak naik stress dengan mulut potpetpotpet dia.

Baru-baru ni :

Mimi : Eeeeee, Kak Era ni macam dah gemuklah.
Kite : *jeling tajam* (sensetip)
Mimi : Eeeeeeeeeeeee tengok perut Kak Era macam dah besarlah! Menandung(mengandung) keee?
Kite : Mulut ko memang macam ni ke? *cakap mcm ni sebab sentap sejuta kali*
Mimi : Errrr, saje je. *terus tukar topik*

See? Paham pulak tu orang sentap. Hihi. Cuma tu lahh sejak dia pun dah besar memang jarang sangat nak spent time dengan dia. Kadang-kadang je lah hari Sabtu ajak dia belajar masak. Bukan masak apapun, buat dadih je. Dia tolong susun2 bekas dadih. Hihi. Dats y la kalau balik rumah Mama je kena tegur dia dulu daripada Hadif (budak Mama jaga). Sebab kalau tak, dia akan berkerut seribu dan sentap-sesentapnya.

Dengan husband kite pun dia selalu makan hati. Takde makna dia nak manja2 ke ape, tengok dari jauh je. Ego. Pastuh jeles tak semena-mena. Pada dia husband kite dah merampas kasih sayang kite kepada dia. Hihi. Kekadang dia nampak kite dengan husband macam mesra sikit. Tapi situasinya jadi macam ni. Haha. Kesian dia.


Layan gambar-gambar dia jom............


Ni masa kat wedding kite di Muor tahun lepas.

Ni gambar tahun ni. Anak dara uols!

Apapun sampai bila-bila pun family kite memang dah anggap dia dan family macam family sendiri. Kalau dia macam cuti lama je tak datang rumah, mama akan telefon dia takpun datang jenguk dia. Dia pun kalau tak datang rumah Mama lama je, mesti demam-demam. Marahkan mak dia, dia akan jerit-jerit suh hantar dia balik rumah Mama. Semoga kamu jadi anak yang baik-baik aje. Tak sabar nak tengok dia start sekolah tahun depan. Hihi!

1 comment:

.::WaNiE::. said...

si comel yg sangat comel

semoga ada rezeki awak sista

ameen

Lazada Philippines