Thursday, August 29

Resepi Diet : Salmon Grill Mudah dan Sedap!

Yehuuu! 

Salam semua,

Oklah kali ni nak share resepi pulak. Maklumlah semenjak jadi bini orang ni tetiba jadi rajin explore resepi-resepi yang tak pernah makan. Kebelakangan ni pulak bebudak opis memasing rajin sangat pakat beli ramai-ramai ikan Salmon, so kite pun taknak terlepas peluang! Ekceli sebelah opis kitorang adalah company pengimport ikan-ikan macam ni, tapi kalau nak beli tak boleh beli sikit-sikit kena beli sekali banyak. Yang bestnya ikan-ikan dia sangat fresh. Dapat murah lagipun. Kalau tak silap beli seekor dalam RM180++ bahagi beberapa keping dapat la dalam around RM18++ untuk 2 keping. Dapatlah merasa ye dakk?

Sekarang ni pulak tengah diet sebab gemuk melampau, makanlah ikan je. Tapi takdelah makan Salmon hari-hari. Mampulah pulak kann! Haha. Masa mula-mula dapat ikan ni serious tak tahu nak masak macam mana, google resepi je uols. Rupanya simple yang amat-amat. Budak sekolah pun pandai masak. So, kite share je lah resepi kite untuk uols. Boleh try nanti kann!


Slurpppp!


Bahan-bahan :
2 keping ikan Salmon
1 sudu minyak zaitun/olive oil
Garam
Lada Hitam
Lada sulah
Serbuk Oregano
Sayur-sayuran (Contoh : Carrot, Brokoli, Kubis, dll)
3 ulas Bawang putih

Cara-caranya :

1. Perapkan ikan Salmon dengan garam, lada hitam, lada sulah, serbuk oregano secukup rasa dalam 5 minit.
2. Panaskan minyak zaitun di atas pemanggang. (kite guna pemanggang ajaib, kalau tak tau sila google)
3. Letakkan ikan Salmon yang telah diperap tadi di atas pemanggang, tunggu sehingga garing dan balik-balikkan ikan supaya ia masak kedua-kedua belah. (berhati-hati supaya ikan tak patah, balikkan hanya bila nampak dah garing)
4. Bila dah masak, ketepikan.

*kalau nak lagi sedap, amik sebiji lemon perahkan atas ikan yang dah siap masak tadi. Pergh!

Untuk sayur-sayuran pula,

1. Tumbuk bawang putih, jangan terlalu hancur dan tumiskan dengan sedikit minyak zaitun.
2. Masukkan segala jenis sayur yang telah disediakan.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tambah lada hitam sedikit kalau suka.

Siap dan hiaskan.


See? Senang kannn? Oklah sekian sahaja rancangan memasak kita, jumpa lagi!

2 comments:

Anonymous said...

Nice one! Nampak mcm simple. Hihi. Tp, nak tanya ni kalau tak letak serbuk oregano tu boleh tak ye? Tqvm. :)

Raidah S said...

Alaaa sedapnyaaaa ikan salmon ni. Lapar tetiba!

-raidah-
www.blograidah.com

Lazada Philippines