Friday, September 6

Destinasi Honeymoon Impian

Salam semua,

Setiap pasangan yang baru atau telah lama berkahwin pasti mengidamkan tempat percutian bulan madu yang romantik. Bali,Indonesia merupakan salah satu destinasi percutian bulan madu yang paling kerap dikunjungi oleh setiap pengunjung dari pelbagai negara. Mengapa Bali menjadi tumpuan utama? Ini adalah kerana keistimewaan tempat itu sendiri yang tidak akan perolehi di destinasi lain.

Antara 5 tempat popular yang menjadi tumpuan utama pengunjung apabila berada di Bali, Indonesia :


Sumber : Youtube.com

Saya dan suami juga telah lama mengimpikan untuk berbulan madu ke Bali,Indonesia. Atas kekangan wang jadi terpaksa menangguhkan impian tersebut. Biasalah pasangan yang baru berkahwin haruslah mengutamakan mana yang lebih perlu dalam perbelanjaan. Jadi di sini, saya ingin berkongsi mengapa Bali menjadi destinasi impian saya dan suami. Berikut merupakan antara sebab-sebab mengapa saya dan suami memilih Bali,Indonesia menjadi destinasi bulan madu idaman :

1) Keindahan Panorama dan Kesenian Budaya di Bali,Indonesia.


Sudah pasti Bali memang terkenal dengan keindahan alam dan kesenian budaya beserta senibina bangunan yang mengagumkan sesiapa. Jadi apabila berada di sana, saya tidak akan melepaskan peluang bersama suami untuk menikmati kehijauan hutan, melihat senibina bangunan yang berbeza dari apa yang pernah dilihat. Disamping itu dapat menyaksikan sendiri persembahan budaya dari penduduk Bali sendiri.






Menurut pengalaman seorang rakan saya, jika kena pada masanya mereka ada menyambut Hari Nyepi (Day of Silence) pada tahun baru di mana pada Hari Nyepi, semua penduduk diharamkan untuk bersuka ria, membuat unggun api, memasang alatan eletrik, berjalan keluar rumah bermula jam 6 am hingga 6 am keesokan paginya. Semua penduduk juga harus berpuasa mengikut kemampuan diri. Beberapa ritual juga akan dilakukan oleh penganut Hindu Bali sebelum menyambut Tahun Baru.


Menurut rakan saya lagi, pada malam tersebut terdapat polis-polis yang bertugas untuk  memantau semua tempat bagi memastikan semua penduduk berada dalam keadaan senyap dan bergelap termasuklah pengunjung. Sekiranya ada yang berdegil, polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana tidak menghormati Hari Nyepi .



Namun, setelah keesokan paginya dipanggil Ngembak Geni di mana semua penduduk keluar dan berkumpul dan saling meminta maaf antara satu sama lain dan melakukan ritual bersama-sama. Pada masa ini kita akan dapat melihat pelbagai perarakan patung-patung yang agak menyeramkan dan menakutkan. Sekiranya diberikan peluang, saya dan suami tidak akan melepaskan pengalaman ini untuk  mengambil gambar keunikan yang ditonjolkan untuk dijadikan kenangan sepanjang berada di sana. Harus!


2) Penginapan Yang Menawarkan Private Jakuzi dan Private Pool


Jika di Malaysia, penginapan yang menawarkan private pool dan jakuzi tidak terlalu banyak dan harganya agak mahal dibandingkan hotel atau tempat penginapan yang biasa. Tetapi jika di Bali, terdapat banyak tempat penginapan yang menawarkan private pool dan private jakuzi yang menawarkan harga yang berpatutan. Ini adalah antara sebab utama mengapa saya dan suami ingin ke Bali untuk berbulan madu.


Dengan udara yang nyaman, menikmati saat berdua bersama di tempat tertutup tanpa gangguan orang lain sudah tentu menimbulkan suasana romantik yang tidak akan dilupakan. Lebih-lebih lagi terdapat banyak pakej honeymoon yang menawarkan pelbagi servis menarik dan bersuasanakan romantik. Itu lebih menguatkan angan-angan kami untuk ke Bali.


3) Antara Perkhidmatan Spa yang Terbaik


Bali bukan sahaja dikatakan syurga keindahan alam, tetapi ia juga terkenal di antara perkhidmatan Spa yang terbaik di dunia. Menarik bukan? Antara Spa yang pernah mendapat penghargaan dari luar ialah Spa on the Rocks di Ayana Resort & Spa, di mana kita dapat melihat Lautan Hindi luas terbentang disaat kita menjalani rawatan Spa. Antara Spa lain yang terkenal di Bali ialah di Four Seasons Resort, Heaven & Earth Spa di The Mansion Resort, The Edge Spa dan banyak lagi. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kelainan dalam perkhidmatan Spa.

4) Pakej Bulan Madu Menarik daripada Pelbagai Agen Pelancongan


Terdapat pelbagai pakej bulan madu yang romantik ditawarkan di Bali, Indonesia. Salah satu pakej yang menarik perhatian kami baru-baru ini ialah daripada agen Tareeq Al Jannah. 





Berikut merupakan aktiviti penuh yang ditawarkan oleh pihak  Tareeq Al Jannah. Berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Klik SINI. Apa yang paling penting sekali,  pakej yang ditawarkan oleh pihak  Tareeq Al Jannah termasuk penyediaan makanan HALAL. Kita sendiri sedia maklum, majoriti penduduk di Bali adalah penganut Hindu jadi agak sukar dan ragu-ragu untuk membeli makanan dari luar.


Pihak Tareeq Al Jannah juga memilih hotel atau villa untuk penginapan semasa di Bali yang telah mendapat review yang baik dari Tripadvisor. Antara hotel atau tempat penginapan yang dipilih ialah DIWANGKARA SANUR (Diwangkara Holiday Villa Bali), VILLA DIANA, MELASTI BEACH, dan ALL SEASON LEGIAN.  

Antara review dari pengunjung :
 
DIWANGKARA SANUR (Diwangkara Holiday Villa Bali)



VILLA DIANA


MELASTI BEACH


ALL SEASON LEGIAN




Sekiranya diberikan peluang untuk ke Bali, tidak sah jika saya dan suami tidak mencuba pelbagai aktiviti sukan air yang telah disediakan. Antaranya ialah Parasailing, Jet Ski, Banana Boat, Water Skiing, Snorkeling, Fly Fish. Walaupun saya seorang yang takut dengan sukan air, mungkin saya akan mencubanya buat pertama kali. Mungkin!


Pada waktu malam pula, saya dan suami akan berpakaian cantik dan menikmati makan malam romantik di tepi laut berdua. Itulah impian bulan madu kami. Pengalaman dan suasana yang dilalui pastinya meninggalkan kesan yang baik atas hubungan kami suami isteri. Begitu juga dengan pasangan lain sekiranya dapat peluang menikmati bulan madu yang tidak dapat dilupakan.

Untuk mendapatkan maklumat terbaik mengenai tempat pelancongan, aktiviti riadah, makanan menarik boleh berkunjung ke laman web iLuvTour.com. Pastinya anda takkan terlepas maklumat terbaru sekiranya anda adalah salah seorang yang gemar melancong.


"Jadi, anda mahu ikut saya ke Bali atau tidak?"
-
-
-
-
-
-
-

-

-
-

 Kami NAK!!!!!!!!


Jika berminat, ayuh join contest yang dianjurkan iLuvTour.com dan Tareeq Al Jannah. Tarikh tamat contest adalah pada 15 September 2013. Jangan lepaskan peluang anda!



Sumber Gambar : Google

1 comment:

.::WaNiE::. said...

Good luck nemo.

kalau ada rezeki mmg teringin nak gi bali !

Lazada Philippines