Friday, October 18

Siapa Shazreen Fazlynda?

Heyho! Cakkkk!

Terkejut tak? Terkejut tak kite tetiba update belog. Terasa macam nak terus sujud syukur je sebab sebelum ni pemalas yang haaaaaamat sebab dah tawar hati nak berkecimpung dalam dunia sosial media ni. Ewahhh! Kalau nak ikutkan banyak sangat story, nak share.... cuma takde masa je nak duduk depan PC untuk log in Blogger, pastu start menaip dengan jayanya. Ekceli hari-hari pun log in, tapi log in untuk taip dua tiga patah perkataan pastu delete dan tutup balik. Keji kan! Ingat nak story pasal #NNFoodFest tempoh hari, tapi bila check-check balik macam tak cukup gambar so terpaksa membatalkan niat. Uols tengok gambar sikit2 kat Instagram je la okay!

Ekceli hari ni nak cerita pasal seorang vlogger yang bernama Shazreen Fazlynda. Siapa tu? Oklah maybe kite antara orang paling lembab sekali kenal siapa budak ni. Maybe uols dah kenal kot. First tengok video dia pun semalam sebab ada membe share kat Facebook. Seriously terus jatuh hati dengan video ni. Lawak gila okay! Nak pecah perut laki bini sebab semalam melayan video-video dia.


Women of steel: Lets Handle Break Up with care


Ragam Muka Buku

For me la, beliau memang sangat berbakat. Cara penyampaian dia pun bagus. Tak la OVER melampau bak kata orang. Ada sesetengah vlogger lagi-lagi vlogger perempuan, kadang-kadang nak buat lawak ke ape terlebih over dan buat orang rasa annoying (u know who i mean. Syhh!). Macam Shazreen ni dia gegedik pun bersahaja, tapi tetap menunjukkan ciri-ciri kesopanan seorang perempuan. Setuju tak???

Yang bagusnya dia bukan buat video lawak semata-mata tapi banyak selitkan mesej-mesej dan teguran sesuai dengan isu semasa. Paling best watak-watak tambahan dalam video dia memang sporting habis. Terbaikkk! Kira bestlah kawan-kawan dia pun melayan dan support dia. Lepas ni dah  boleh setanding dengan Matlutfi, AnwarHadi, AmanWan, Maria Elena dan ramai lagi vlogger terkenal kat Malaysia ni.

Apapun semoga berjaya la adik Shazreen Fazlynda! Buat video best-best lagi okay.

Kalau nak tengok semua video Shazreen Fazlynda boleh klik SINI
Boleh like fanpage Shazreen Fazlynda (Pinkmarbless) klik SINI

No comments:

Lazada Philippines