Thursday, November 7

Beauty box, beauty bag...come to Mama!

Hey~ho!!

Salam semua!

Oklah tak payah senyum-senyum sangat ahh sebab kite tetiba KONSISTENlah sangat hapdet belog. Hari ni just nak share kat uols yang hobi kite sekarang adalah lebih kepada kegilaan membeli segala beauty box kat website. Apa itu Beauty Box? Err? Kotak Kecantikan. Lulz! Okay fungsi Beauty Box ni sebenarnya ialah di mana uols bayar untuk beberapa amount untuk sebuah kotak yang mengandungi pelbagai produk kecantikan seperti product skincare, perfume, kosmetik, body care dan selalunya kite akan dapat bentuk sampel size. Dan kalau uols bernasib baik, depends dengan promo yang dia bagi dia akan bagi dengan saiz sebenar. Dan yang paling penting dengan harga yang MURAH!

Ada yang jugak yang kena bayar bulan-bulan, so setiap bulan kite dapat lain-lain product. Ada yang kena bayar untuk 3 bulan sekali, setengah tahun sekali, semuanya depends la kan. Ada yang kite hanya perlu bayar untuk sekali pomboleh. Ekceli, mula-mula tak banyak beauty box kite senang-senang boleh dapat kat Malaysia. Dulu-dulu paling dekat pon Singapore, Tapi sekarang dah ada banyak dah kite boleh dapat. Lagi-lagi sekarang ni kan dah ada banyak website, beli online pomboleh kan. So, semuanya di jari anda!


Top 5 Beauty Box in Malaysia

1. ModBox (http://modbox.com.my/)


Yang ni kite baru purchase last 2 week. Not bad. RM9 sahaja tapi tak termasuk postage. Pompuan mana takmau kannn. Yelah kadang-kadang kita nak beli sesuatu product tu bila mahal kena berfikir-fikir takut tak ok rugi pulak kan. So, beli sampel dulu macam dalam beauty box ni. Kalau rasa ok, baru beli product tu. Yang bestnya kalau kite purchase beauty box ni mesti ada diskaun untuk product yang dia bagi sampel tu. So far yang ni paling murah.

Boleh klik kat "Get Beauty Box" (http://modbox.com.my/)


2. Thelilacbox (http://www.thelilacbox.com/)

Product yang diorang bagi memang produk-produk terkenal dan mahal. So dapatlah merasa walaupun sampel kannn. Diorang ni kalau sekali keluarkan beauty box tak sampai 3 hari habis dah. Macam goreng pisang panas katanya! Kena betul-betul alert okay.

Alamak dah habis, tunggu bulan depan ye...hihi (http://www.thelilacbox.com/)


3. MIVVA (http://www.mivva.com/)

MIVVA punya beauty box kite boleh subscribed untuk RM38 sebulan dan kite akan dapat dalam 5-6 jenis beauty product. Dapat pun dalam minggu pertama. Yang bestnya, uols boleh collect point melalui tulis review atau refer kepada kawan-kawan. Kalau banyak point, dapat free je box tu. Best kann!

Klik je kat gambar ni "Join in the Mivva Box Fever" (http://www.mivva.com/)


4. WONDERBOX (http://wonderbox.com.my)

WONDERBOX pun pakai kumpul point juga, kalau refer kat kawan atau tulis review ke, ataupun buat video review ke boleh redeem free box. Teruja tak teruja tak? Wonderbox ni RM45 sebulan.



Tiap-tiap bulan dia bagi lain-lain product (http://wonderbox.com.my)

5. Bag Of Love (http://www.bag-of-love.com)

Bag of Love pun best sebab tiap-tiap bulan diorang akan bagi kosmetik bag yang mengandungi barang-barang kosmetik dan harganya RM39 sebulan. Barang-barang diorang bagi pulak adalah suprise dan kite dah baca banyak review dari pembeli Bag of Love, semuanya tak mengecewakan!


Klik je kat "Get the bag" (http://www.bag-of-love.com)


Ekceli ada banyak lagi website macam ni antaranya ialah :
 Box Culture (http://www.boxculture.com/)
Vanity Trove (https://www.vanitytrove.com/my)
Hishop (http://www.hishop.my/)


Oklah, harap info yang kite berikan kali ni dapat membantu uols. Kalau ada banyak website lain lagi, uols boleh tolong share tak kat komen? Mana tahu lagi best ye dakkk? Apepun selamat bershopping!

2 comments:

wardah said...


Assalamualaikum..salam ziarah!!

Jemput ziarah blog saya ;)
http://supplementforall.blogspot.com/

blog-tips-kurus said...

oooo..
ada byk ye? tau modbox je..

Lazada Philippines