Tuesday, November 26

Pertama Kali Join Kelas Craft. Awesome!!


Salam uols,

Hehe, amboihh kemain tiap minggu pergi sana, pergi sini. Busy uols. Sementara berdua ni eloklah kita habiskan masa bersama-sama. Esok-esok dah bertiga berempat berlima berenam takde masa dah nak join itu ini. Kena fokus jaga anak-anak pulak ye dak. Ewah! Oklah hari Ahad hari tu kite join satu gathering, tapi gathering ala-ala kelas buat benda-benda craft. Tapi ia lebih kepada buat kad. Ekceli kite takdelah kreatif sangat, tapi memang ada minat cuma tak berpeluang untuk belajar benda-benda macam ni.


Alhamdulilah sepanjang kahwin memang takde masalah nak heret laki kemana-mana. Cakap je nak pergi mana, dia akan kata OKAY! Kitorang memang support each other lagi-lagi nak bab-bab menimba ilmu kan. Bila tunjuk kat dia pasal ni, rasanya dia lagi terlebih excited kot sebab dia pun minat. So kitorang pun book cepat-cepat sebab limited untuk 15 orang je untuk hari tu.

Kite dapat tahu pasal ni pun sebab memang follow blog yang menganjurkan benda ni, tuan empunya blog ni nama dia Shazalina Zakaria. Orangnya muda lagi tapi dia dah buat beratus-ratus kad. Cantik-cantik pulak tu. Kepada b2b yang nak tempah guestbook ke ape ke boleh tempah jugak dengan dia. Uols boleh tengok apa yang dia buat kat sini ------------> ShareYourLoveWithCards.

Bercakap pasal tempat pulak, hari tu diorang buat kat Scrap-n-crop. Seriously memang first time datang sini. Sangatlah teruja uols. Heaven segala barang craft. Lupa nak ambik gambar. Sebab tempat dia adalah sebuah rumah. Nak masuk macam curiga sikit sebab bertutup. Ketuk-ketuk pintu ada uncle tolong bukakkan pintu. Guess what? Bukak pintu je terkejut kite, rupanya kedai craft. Stok barang dia memang banyak dan lengkap. Dari tingkat atas sampai bawah. Uols boleh try pergi kalau nak shopping eh!


Okay, mari kita mulakan...


Sampai-sampai mata terus tertumpu atas meja. Bestnyaa dapat gift barang-barang craft dari diorang. Terus simpan buat stock. Dapat cookies jugak. Sedap!


Start-start semua orang keluarkan barang masing-masing. Terkezuttt kite semua orang punya barang memang lengkap dan best! Kiteee? Cuma ada kertas dengan gunting je. Segan gila okay. Tapi takpe diorang pun ok, langsung tak kedekut barang. Siap offer kalau nak guna, pakai saja. So apalagi uols. Yippiiii! 

Masa ni la baru start kenal dengan mesin diecut, distress ink dan macam-macam lagi. Diorang ada ajarkan cara-cara nak potong kertas atau buat emboss guna mesin diecut, lepas tu macam mana nak guna distress ink. Tak sempat nak ambik gambar, kite kongsi dari Youtube je la eh. Teruja tauu.





Amacam best tak? 


Masa ni tengah blur-blur takde idea. Tengok kiri kanan kemain cantik kad diorang. Macam kat kedai tauu. Rupanya masing-masing dah pro, siap ada bisnes sendiri. 


Simple je jadinya. Tengah teruja sampai takde idea.


Antara hasil kad laki bini. Ok kad butterfly tu laki kite punya. Cantik tak?


Masing-masing memang tak lokek ilmu.


Ok ini antara kad-kad yang dihasilkan tapi bukan kite punya la, orang lain punya. Cantik kann? Kagum kite.


Yang ni Shazalina tu yang buat. Tak sampai berapa minit pun ok.


Yang ni salah sorang tu lukis. Cantik gila tauuu.



Yang dua kad ni husband kite punya.


Cantik kan?


Dah siap kite kumpulkan semua sekali untuk tukar-tukar dengan orang lain.



Dah penat perah idea makan-makan gak. Apapun semalam memang memberikan peluang baru kepada kite dalam mendalami ilmu-ilmu craft. Walaupun semalam takdelah kelas craft sangat cuma gathering tapi tetap dapat membuka mata dan banyak idea untuk jadi lebih kreatif lagi. So nak tahu kite dapat kad yang mana setelah selesai sesi bertukar-tukar kad?

Tadaaaaaaaa! Omey kannnn!



Btw, gathering ni memang best. Dapat menimba ilmu disamping berkenalan dengan kawan-kawan baru yang hebat-hebat dalam bidang ini. Kat bawah ni kite share orang-orang yang dah terer buat handmade card dan macam-macam lagi. Ekceli ada banyak, kite share yang mana mampu je okay.

Boleh follow Facebook Page/Instagram/Blog : 

Paper Crafter Get Together V5 @ Scrap-n-Crop
24 Nov 2013

7 comments:

Aefa said...

bestnye.. kalau org yg tak kreatif mcm aefa ni menjadi tak benda ni? hee

MG schmidt said...

yg lukis girl tu cantik!
tp kalau order 100pcs n kalau skank xd tcnolgy msti die penat nk lukis 1000 kali .huhu :)

ezyra daniel said...

wahh menarik la..tapi sye nie tak kreatif..sia-sia agak nye kalau join nnti

Ren Oh. said...

omg sweetnyeee <3

Aqileh said...

Wah naaaaaaaaaaaakkkkk hhehehehehehehehh sangat perfect (Y)

<3

Niesa said...

wah!wah!wah!teringin nak join kelas craft..huhu..mesti seronok...

HanNis SaNia said...

Hah? Bestnye sebab minat craft jugak. Geram tengok sebab semua comei-comei :)

Lazada Philippines