Monday, November 18

Resepi Tortilla Spicy Chilli Tuna

Salam uols,

Sihat? Ehemmm. Sekarang ni masalah saya konon-konon nak berdiet tapi still lagi berselera besar nak makan itu ini. Hari tu beli yogurt dengan harapan nak makan hari-hari untuk kurus. Tapi tekak memang tekak melayu nak juga makan makanan melayu. Mulalah terfikir nak buat satu resepi simple berasaskan yogurt. Sebab? Yogurt adalah makanan yang sangat memudahkan penghadaman kita. So, nak buat resepi baru. Asalkan ianya senang, ringkas dan sedap dimakan.

Bercakap mengenai yogurt, saya ingin memperkenalkan kepada uols NESTLE Natural Set Yogurt. Apa yang menariknya ialah NESTLE Natural Set Yogurt ini tiada campuran pewarna atau sebarang perasa. Ia memang betul-betul yogurt asli. Sesuai untuk menu diet dan rendah lemak dan juga memudahkan pencernaan.


Di sini saya ingin berkongsi resepi yang menggunakan NESTLE Natural Set Yogurt iaitu Tortilla Spicy Chilli Tuna. 


Tortilla Spicy Chilli Tuna


Bahan-bahan

Untuk Tortilla :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air panas
  • 3/4 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar minyak masak
Untuk Inti Tuna :
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 3 biji bawang putih
  • 1 tin Tuna
  • 7 biji cili padi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 4 sudu besar Nestle NATURAL Set Yogurt
  • Garam secukup rasa
Untuk Hiasan :
  • Salad
  • Bawang besar
  • Tomato 

     Cara-cara (untuk tortila) :

    1. Masukkan tepung, baking powder dan garam ke dalam bekas dan kacau rata. Tambahkan minyak masak dan kacau rata.

    2. Tuangkan air panas dan kacau, bila suhu reda baru boleh gunakan tangan untuk buat doh. Biarkan doh dalam bekas yang ditutup kain lembab dan biarkan dalam 10 minit. 


    3. Bentukkan doh menjadi leper dan membulat dan bakar atas api sehingga masak.


       
     Cara-cara (untuk inti tuna) :

    1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

     
    2. Masukkan tuna dan cili padi. Tunggu sehingga minyak naik.

    3. Masukkan  Nestle NATURAL Set Yogurt dan tomato. Masukkan garam secukup rasa. Perlahankan api dan tunggu sehinga masak.


    Cara Penyediaan :



    Sediakan bahan-bahan seperti hirisan salad, tomato dan bawang (jika suka)

    Gulungkan tortilla dengan inti tuna dan boleh dihidang. Siap!

    Sedia dihidang.


    Klik website Dear Nestle untuk maklumat lanjut. Ada banyak info menarik seperti resepi, food review, promosi dan macam-macam lagi. Uols takkan rugi. Trust me.

    14 comments:

    Ailyl Rozanna said...

    Tortilla tu mcm lempeng ke rasa dia? Sedap pulak tengok makan time hujan ni. Hehe Tq share resepi!

    Era said...

    Ailyl : Tortilla tu mcm lempeng tapi versi crispy-crispy sikit hihi!

    bibi ashikin said...

    Wah! nampak sedap :)

    bibi ashikin said...

    Nampak sedap :)

    duniafana said...

    cm kt mexico ni...

    Nurakmaniza Jamil said...

    alamak...lpar nyee:( krim kat sini skit :)

    Normi Nieza said...

    sdapnya...gud luck..:)

    el said...

    wow tortila homemade..mcm nak kena buat ni..mmg fevret tortilla ni..

    Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

    Sedapnnya..meleleh dah..hehe

    Engku Artini said...

    sedap sedapp!

    Aefa said...

    alamak. perut lapar ni hehe.. kalau free bolehtry buat ni.. :)

    MG schmidt said...

    argh!
    sedapnya!!
    esok nk try buat la
    letk yogurt dlm tuna skali?
    erm
    msti yummy gila rasa dia kan?
    napak pon da sedap tu
    thanks resipinya :)

    Akeyla Azmi said...

    Ok qila baru tahu yang tortilla boleh buat sendiri TT_TT

    Qila bookmark this one hehe nanti nak suruh kakak buat boleh buat hot n roll hehehehehehh yayyyy thank u!!!! xoxoxo

    HanNis SaNia said...

    Ok nmpk sedap! memang nak cuba la nanti. Hihi memandangkan persiapannya pun ringkas jugak. Tak leceh :) good job !

    Lazada Philippines