Friday, November 15

Review Teater : Supermokh The Musical

Salam uols,

Hello! Hello! Oklah terus direct kepada soalan pertama, dah tengok dah teater Supermokh?! Kepada yang masih belum maklum, masih tak terlambat lagi uols nak menonton sebab memang best! Pasaiapa kite suruh uols pergi tonton Supermokh ni adalah sebab utamanya nak bagi hangpa semua kenai sapa tu Mokhtar Dahari. Ewahhh! Oklah oklah kite mengaku... first masa nak tengok teater ni memang tak kenal dan tak tahu pun siapa Mokhtar Dahari ni. Duk pandang sekeliling sebab muka memasing excited ambik-ambik gambar segala tapi kite duk cuit-cuit orang sebelah tanya "Pssssttt psssssttt, cerita ni pasaiapa?". Terus orang sebelah duk geleng-geleng kepala. 


Sinopsis :
Nama Mokhtar Dahari(Awie) tidak perlu diperkenalkan lagi. Plot utama cerita pun telah menunjukkan kehidupan beliau sebagai seorang yang terkenal di mata dunia kerana beliau memang hebat bermain bola di atas padang. Semangat beliau begitu kuat dan tangkas bermain hingga digelar "Supermokh". Beliau juga ditemani rakan-rakan sepasukan Reduan Abdullah(Rashidi Ishak), Soh Chin Aun(Chi Ho), R. Arumugam(Oliver Johanan) dan Santokh Singh(Clarence Kuna), yang tidak kurang juga hebatnya. pada masa tersebut Dari suatu sudut pula menunjukkan beliau seorang suami yang romantik, penyayang dan setia kepada isterinya Tengku Zarina (Maya Karin). Langit tak selalunya cerah, menang kalah adat permainan. Namun peminat sentiasa mengkritik dan tak dapat menerima kenyataan sekiranya kalah dalam perlawanan. Tekanan demi tekanan diterima membuatkan Supermokh berkecil hati lalu mengundurkan diri dalam pasukan Malaysia. Namun semangatnya tak pernah padam. Bola sepak merupakan jiwa dan cintanya. Nak lihat rentetan kegemilangan beliau? Saksikannya sendiri dalam Teater Supermokh Musical.

Director : Hans Issac & Harith Iskandar
Music Director : Micheal Veerapan

Main Cast :
Awie sebagai Mokhtar Dahari
Maya Karin sebagai Tengku Zarina
Rashidi Ishak sebagai Reduan Abdullah
Chi Ho sebagai Soh Chin Aun
Oliver Johanan sebagai R. Arumugam
Clarence Kuna sebagai Santokh Singh
Douglas Lim sebagai Kenny
Dina Nazir sebagai Nurin

Apa yang best?
Opkos sebab ianya adalah teater muzikal. Mana-mana teater pun bila dibuat dalam muzikal akan jadi best dan menarik. Lagi-lagi ianya dipentaskan di Istana Budaya. Sepanjang menonton mana-mana teater di Istana Budaya memang tak pernah mengecewakan. Semuanya best. Lagu-lagu dalam teater Supermokh memang best. Yang paling best lagu Do You Remember yang dinyanyikan Awie dan Maya Karin di mana lirik dan susunan lagu yang sangat cacthy dan romantik. Tak sangka lagu ini memang sesuai sangat dengan Maya Karin dan Awie. Serius suara diorang sedap sangat. Lagi-lagi Awie, dah macam tengok konsert tau.

Adegan laki bini yang romantik.

 Masa menyanyikan lagu Do You Remember.

Lagi satu sebab yang best, tahniah dan syabas buat pengarah dan semua krew yang terlibat sebab berjaya menonjolkan permainan bola sepak di atas pentas tapi berbentuk tarian. Seriously best. Uols takkan sangka yang gerak geri orang bermain bola ditukar menjadi tarian yang sempurna dan mantap! Sebelum balik, sempat minum-minum bersama salah seorang penari dalam teater ni, katanya diorang berlatih lebih dalam 2 bulan setengah. Hebat kan!

Best tarian masa ni.

Supermokh versi Awie and the gang.

Paling best di mana ada gimik penari bermain bola sambil berbaju LED, seriously memang mantopp habis! Terus saya fikir "Ehhh ni macam group Illuminate dalam 'American Got Talent' jeeeee". Tapi lagi best la sebab dalam teater ni diorang menari sambil main bola. Hihi!
Akhir kata, tak rugi  pun tonton Supermokh. Memang best. Last tayangan adalah pada 18 November 2013 ini di Panggung Sari, Istana Budaya.



Entri atau artikel lain :
Supermokh Suami Romantik, sumber gua.com.my
Gambar Sekitar Prebiu Media Teater SUPERMOKH Sebuah Muzikal, sumber Budiey.com
Dina Teruja Dengan Teater Supermokh, sumber Era fm

Tiket untuk menonton teater muzikal ini dijual di www.ticket2u.biz atau boleh hubungi 03–41478600 atau 019–2111600 untuk pertanyaan lanjut.

3 comments:

blog-tips-kurus said...

part depa menari baju led tu memang best, w/pon tengok dari upper circle je.. :)

Putri Sukoco said...

singgah perdana, salam persahabatan

album riri maysyuri said...

wah bagus artikelnya, hasil2 kreatifitas ya, bagus. salam

Lazada Philippines