Tuesday, December 10

Tips Merancang Percutian dengan iGoTravel.my

Salam,


Bila disebut mengenai percutian pastilah saya orang paling teruja sekali. Mengapa? Kerana bercuti atau melancong merupakan aktiviti berehat dan melapangkan minda tatkala kita terlalu sibuk dengan kerja atau masalah yang membebani kita. Sekurang-kurangnya ia dapat melegakan tekanan dan keharmonian dalam sebuah hubungan tak kiralah keluarga atau rakan-rakan apabila pergi bercuti. Kalau menyebut mahu bercuti memang seronok, tetapi sebelum bercuti terdapat beberapa perkara yang perlu dirancang untuk mendapatkan percutian yang sempurna dan lancar.

Di sini saya sertakan beberapa tips yang boleh digunakan jika mahu merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.

Tips 1  : Pastikan Simpanan atau Bajet Perbelanjaan Yang Mencukupi

Tentukan bajet yang hendak digunakan apabila bercuti. Jangan memperuntukkan terlalu banyak bajet sehingga menyebabkan pembaziran dikemudian hari. Pastikan sebelum dan selepas bercuti masih terdapat simpanan untuk perbelanjaan masa akan datang. Kalau boleh minimumkan perbelanjaan untuk mendapat sedikit baki. Sebagai contoh :
Fauzi memperuntukkan RM500 sebagai bajet perbelanjaan. Tetapi dia hanya menggunakan RM400 untuk kos penginapan, transport, makan dan souvenior. Jadi, Fauzi masih mempunyai baki RM100. RM100 itu dapat digunakan ketika kecemasan atau disimpan semula sebagai wang simpanan. Jadi, Fauzi memang LULUS untuk bercuti.

Tips 2  : Perancangan Percutian


Sebelum bercuti terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan antaranya ialah pengangkutan, penginapan, makanan, kemudahan dan lain-lain. Untuk merancang dengan mudah, iGoTravel.my  sangat membantu anda. Percayalah. Tak perlu menyusahkan siapa-siapa untuk mencari tempat dan membandingkan tempat-tempat penginapan yang murah dan berbaloi. Anda boleh melakukannya sendiri dengan portal iGoTravel.my

Apa Itu iGoTravel.my
  • Portal Pengiklanan homestay & kediaman percutian No.1 di Malaysia.
  • Bertujuan untuk menjadi rujukan utama untuk setiap pelancong yang mahu mencari tempat menginap terbaik kerana ianya adalah lebih mudah, lebih cepat dan selamat.
  • Misi utama iGoTravel.my adalah untuk membantu dan membuat pilihan tepat untuk percutian di Malaysia.
  • iGoTravel.my juga memberi peluang kepada pemilik homestay/tempat penginapan untuk mengiklankan tempat mereka kepada bakal pelancong.
Portal iGoTravel.my
Facebok iGoTravel.my

Bagaimana Cara Menggunakan iGoTravel.my

1) Mendaftar akaun iGoTravel.my
Masuk ke portal http://www.igotravel.my secara terus. Untuk mendaftar ke akaun iGoTravel.my, boleh memilih dua cara iaitu terus mendaftar melalui butang Facebook di atas sebelah kiri portal atau dengan cara memasukkan email secara manual. Cuma isikan butiran yang diperlukan. Tanda * adalah medan wajib diisi.


2) Aktifkan atau sahkan akaun iGoTravel.my
Setelah mendaftar, sila semak email dan anda akan menerima email dari iGoTravel.my untuk tujuan pengesahan. Klik pada butang kuning di bawah dan anda akan dihubungkan kembali secara terus ke laman web iGoTravel.my untuk langkah seterusnya. 

3) Lengkapkan maklumat peribadi
Log in semula portal tersebut dan lengkapkan maklumat peribadi anda. Cara untuk paparkan butang Profile, klik kiri laman web dan klik butang profile. Seterusnya lengkapkan maklumat peribadi dan simpan.


4) Mula rancang percutian
Langkah seterusnya boleh mula merancang percutian anda. Sebagai contoh, katakanlah saya ingin bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama keluarga jadi saya terus membuat pilihan Negeri - Negeri Sembilan dan Bandar - Port Dickson.



Seterusnya portal akan terus memaparkan ke semua tempat penginapan atau homestay beserta harga untuk semalam. Jadi di sini, ia amat mudah untuk anda untuk membuat pilihan mengikut lingkungan bajet yang telah ditetapkan.


Katakanlah saya telah memilih salah satu homestay atau tempat penginapan, hanya klik pada nama dan akan terpapar seperti gambar di atas. Untuk gambar di atas, saya telah memilih Homestay Taman Intan Duyung, Port Dickson yang berharga RM150 untuk semalam. Di bahagian bawah, anda akan dapat melihat semua maklumat yang berkaitan seperti kemudahan, peta dan sebagainya. Di sebelah kiri atas, tercatat nombor telefon dan butang contact untuk menghubungi secara terus dengan pemilik.

5) Berhubung dengan pengiklan secara terus


Sekiranya anda klik pada butang Contact, akan terpapar seperti gambar di atas. Isikan maklumat yang dikehendaki dan boleh terus berhubung dengan pemilik atau penyewa tempat penginapan tersebut. Mudah bukan? Semudah ABC!

Tutorial iGoTravel.my boleh rujuk --------------> http://www.igotravel.my/tutorial
 
Tips 3  : Membaca Review
Banyakkan membaca review tempat yang dipilih untuk bercuti dari blog-blog di Internet. Mengapa? Kerana penulisan di blog ataupun journal adalah review yang lebih berterus-terang dan mengandungi pengalaman-pengalaman orang lain termasuk baik dan buruk tempat tersebut. Melalui review atau komen orang lain, kita dapat menilai berbaloi ataupun tidak untuk menginap dan bercuti di tempat tersebut. 

Antara blog percutian yang menarik dan penuh dengan infomasi ialah blog Cuti Malaysia. Banyak yang dikongsikan termasuklah promosi, contest dan sebagainya.

 Antara review dari Blog Travel Cuti Malaysia


  Antara iklan promosi dari Blog Travel Cuti Malaysia
 

Blog Cuti Malaysia
Facebook Cuti Malaysia

http://cutimalaysia.my/contest-blog-travel-2013

Kalau ada yang belum tahu lagi, Blog Cuti Malaysia telah menganjurkan contest bersama dengan iGoTravel. Masih sempat lagi nak join kerana 31 Disember tarikh tamat contest. Jadi apa tunggu lagi? Syarat-syarat penyertaan dan info lanjut boleh rujuk di sini –> Contest Blog Travel Cuti Malaysia & iGotravel.my : Hadiah Keseluruhan LEBIH Lumayan. Bernilai RM 1500++


3 comments:

Alin Marlini said...

best ni...thanks atas info sgt berguna ni dan salam perkenalan dari alinmarlini.com

HanNis SaNia said...

Wow info ni sgt berguna untuk mengelakkan pembaziran kan? Hihi kalau orang banyak duit boleh lah bercuti tanpa had limit, klw yg sedang-sedang ni perlulah merancang. This is a good info ! hihi hi. done following u. Sudi2 kanlah follow me back okeh ! ^_^

Azhafizah Md Nor said...

Wow.menarik sangat ni.Thanks sudi share :)

p/s:Fiza dah promote blog awak dalam kategori personal.Thanks join :)

http://www.azhafizah.com/2014/01/kenali-blogger-melalui-blog-personal.html

Lazada Philippines