Thursday, January 31

Promosi VCOA tamat sampai jam 12 malam ini!

Salam uols,

Ini kita update secara pantas semata-mata nak bagitahu Promosi VCOA yang kite buat awal bulan tempoh hari tamatnya pada hari ni. Yelahhh hari ni kan dah hujung bulan. Tapi jangan risau saya buka promosi lagi untuk siapa-siapa nak order hari ni sebelum jam 12 malam ni, saya tetap bagi harga promosi iaitu RM38 tak termasuk postage. Dan order selepas jam 12 malam ni, saya jual dengan harga asal iaitu RM40.

Alhamdulilah, hasil jualan memberansangkan sebab saya agen Port Klang. Siapa nak beli VCOA dengan saya, kalau duduk area Klang, Selangor atau KL insyaAllah boleh pass je, saya tak charge harga COD pun cuma bayar harga VCOA tu je RM40. Tapi kalau duduk jauh-jauh tu ampunn ye saya terpaksa pos kepada uols. 

Harga postage  :
RM6 untuk Semenanjung
RM9 untuk Sabah & Sarawak.

Ramai orang akan tanya, okay ke VCOA ni? Okay ke? Kalau nak baca testimoni dari pengguna boleh baca entri ini -------> Testimonial VCOA

Saya juga pengguna VCOA ni dah sebulan. Alhamdulilah muka dah bebas minyak, walaupun uols doplohempatjam buat aktiviti luar. VCOA ni jugak banyak beri tenaga untuk saya, maklumlah life sekarang ni busy sangat. Kadang2 tak lekat rumah, tengah malam baru balik rumah sebab busy dengan hal tertentu. Tidur pun dah lewat memasing. Telan VCOA sebijik sebelum tidur, esok pagi badan rasa bertenaga. Takde dah lembik2 guling2 merangkak nak pergi  mandi. Haha! Kat opis pun dah jarang mengantuk sampai tercium2 meja opis walaupun tido lambat. Syhhhhh!

Apa yang saya boleh bagitahu sini, kalau cuba satu produk tu, cuba untuk konsisten. Tak kisah la produk apa pun. Dah nama pun supplement. Jangan seminggu dua makan, pastu tak makan, memang buang masa, duit la. Ye takkk? Oklah itu saja untuk hari ni. Nak order boleh email takpun mesej. Jangan risau stok banyak lagi. Yehuuuu!

*gambar hiasan merah Mak Ngah sempena raya cina*

Nak order VCOA :
Email : errapazira_86@yahoo.com
Mesej : 0102776206

Friday, January 18

Gold Coast Morib punya story!

Salam semua,

Alololoh macam biasa alasan mukadimah, shaye busy memanjang. Hari-hari tengok belog tapi takde masa nak hapdet apa pun. Btw, sebelum cerita menjadi lapuk shaye nak hapdet pasal awal bulan hari tu shaye dan suami pergi Gold Coast Morib. Morib? Alahai, kau duduk kampung Kelang pun nak bercuti kat Morib, apakes kann?

Haha ekceli begini ceritanya, 1 hari tu kitorang baru balik dari attend wedding seorang teman kat Sepang. Jauh gak. Lalu gak Gold Coast Sepang tu, makan hati je kann sebab belum mampu nak pergi sana. Then masa nak balik kitorang lalu jalan singkat nak balik Klang, so lalulah Morib segala. Nampak tepi jalan masa tu Gold Coast Morib tu baru lagi.

Shaye: Abang abang apa tu...Gold Coast Morib? Tak pernah tahu pong?
Laki : Haah laaaa! Macam best je.
Shaye: Jom buat kerja gila, 1 day kita bercuti kat sini nakk??
Laki : Tak kisah! Makan hati sebab belum boleh pergi Gold Coast Sepang, kita pergi sini kann kann!
Shaye: Yeay!


Ekceli jugak untuk setiap 7hb adalah tarikh special untuk kitorang, kira macam celebrate date menikah la. Nak tunggu anniversary lambat lagi. So, setiap 7hb kitorang akan spent time sesama untuk buat something. I mean aktiviti berdua la, contoh macam makan besar ke, tengok wayang ke, pergi bercuti ke. Ekceli setiap pasangan pun kena buat mcm ni, takdelah hambar sangat bila uols dah kahwin beranak pinak nanti kan. So, aktiviti bulanan kali ini ialah bercuti di Gold Coast Morib. Yeay!



Cuaca yang sangat baik untuk memulakan perjalanan. Hurayyyy!


Walaupun shaye duduk Klang, nak pergi Morib bukan dekat jugak eh. Amik masa sejam gak. Dah nak dekat2 sampai tu tetiba laki menjerit :

Laki: Sayang! Amik gambar abang cepat! Cepat! Cepat!
Shaye: (kelam kabut cari kamera dan snap sambil pandang kiri kanan)
Laki: (posing entah apa2)
Shaye: Laaaaa, kenapa pose macam tu?
Laki: Aaron Aziz kann ada gambar macam ni. Haha!
Shaye: Motip!!!!

Sampai2 tengok suasana luar sangat selesa dan bersih. Not bad. Sekali masuk-masuk lobby, OHMAKK AII! Terkejut shaye! Ramainya umatt!

First time dalam sejarah nak check in hotel ramai orang sampai macam ni. Fuhh setengah jam jugak beratur semata-mata nak check in je. Buat masa ni diorang tengah promotion, so ada banyak deal kat luar sana. Suami beli voucher kat Groupon. So, jimat!


First impression masuk bilik, oklah not bad. Semua cukup. Cuma towel kena mintak, gara-gara masa tu orang ramai sangat towel habis. Boleh? Tapi takpelah takdelah lambat sangat pihak hotel bagi towel balik. Lepas tu frust sikit sebab bilik hotel menghadap kelapa sawit bukannya waterpark. Tak dapat yang menghala waterpark sebab dah penuh masa tu. Haiyohhh.


Tapi frust terubat bila nampak ada jakuzi dalam bilik air. Sebab utama nak pergi sini. Nak berendam laki bini. Haha! sangat tak boleh blah, masuk2 terus bukak paip. Celup2 kaki try katanya! Tapi takdelah mandi terus, isi air dulu. Sebab belum sempat makan apa semua lagi.


Yang best ada tingkap dari tempat berendam menghala terus ke katil. Nak terjun terus dari tingkap masuk dalam tu pun takpe. So siapa yang bawak anak pun boleh perhatikan anak kat katil tengah tidur tatkala laki bini tengah berendam ke kann. Haaa!


Dah habis ronda bilik, kita ronda luar pulak. Dah lama gila kot tak jejak Morib sebab orang kata Morib dah tercemar. Kotor. Tu yang dah tak datang sini lagi. Tapi kali ni pergi sini pun sebab kat hotel ada waterpark so boleh la mandi sekali.


See? masa ni air tengah surut. Jauh ke tengah laut diorang berjalan. Morib memang macam ni kalau air surut. Tapi suasana kat area Gold Coast Morib ni serius tak macam kat Pantai Morib yang shaye bayangkan.


Yang best jugak kat sini, ada ATV. Serius nak naik! Tapi tak sempat sebab dah tiba watu makan masa ni, laki kata naik esok pagi je. Sekali pergi pagi tu diorang tak bukak. Bukak petang je maybe. Sobs sobs makan hati kejap. Kalau tak silap RM20 untuk 10minit. RM30 untuk 15minit.

Oh makan hati!

Jalan-jalan lagi.



Macam Pantai Morib tak?

Makan time! Ini namanya bila dua mulut bersatu! *penyebab berat badan makin meningkat*

Makanan dia pun not bad. Sedap. Buffet kan so amiklah seberapa banyak yang mampu nak telan. Jarang kot ada hotel yang provide dinner sekali. Selalu kan breakfast je. So jimat kat situ tak payah makan luar.

Suasana malam di Gold Coast Morib.







Esok paginya, pepagi lagi dah turun breakfast sebab kitorang nak pergi mandi waterpark pulak. Check out jam 12pm so kena gunakan masa sepenuhnya!

Waterpark dia okay la. Not bad cuma kecik sikit. Peringatan kalau nak turun mandi better tak payah bawak barang. sebab kalau nak simpan barang, diorang charge RM15. Haiyooh semata -mata kann.


"Janganlah splash kita"

Oklah kesimpulannya bercuti dekat2 rumah pun best apa. Tak payah buang masa + duit banyak semata-mata nak bercuti tempat yang best dan jauh-jauh.

Masa nak balik, kemas2 nampak satu kotak + kad. Suprise gift dari beliau sempena monthsary kitorang yang ke-9. Alhamdulilah. Lepas ni nak pergi bercuti lagi. Ewahhhh!

Thanks Abang!


p/s :
Kalau nak order VCO Treenea dengan shaye boleh email sekarang!
Sebab? Sebab shaye bagi harga RM38 je sebotol sampai hujung bulan ini.
p/s : Harga postage RM6 sahaja kalau duduk jauh dari Klang.

Friday, January 4

PROMOSI VCO Antioksidants Treenea sampai hujung bulan Januari 2013 sahaja!

Salam uols!

Sorry lama gila tak hapdet. Busy bebenor uols. Entri pertama pada tahun 2013 ni  ialah untuk memperkenalkan produk terbaru Minyak Kelapa Dara atau VCO Antioksidants iaitu jeng jeng jeng.............. TREENEA!  Ekceli produk ni baru je dilancarkan 1 Januari 2013. Kira produk baru keluar dari oven ni. Kita harus cubaaa!


Ape kebenda Minyak Kelapa Dara atau VCO Antioksidants Treenea ni?
Minyak Kelapa Dara (VCO) dari Treenea ni sama macam VCO lain tetapi ia mempunyai lebih khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia kerana ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dibandingkan dengan minyak kelapa dara lain. Ia dihasilkan dari proses yang tidak menggunakan haba dan formulanya yang telah dikaji secara teliti dan terperinci menggunakan 100% pati kelapa dara organik yang bebas dari kolesterol.

Apa beza VCO A dengan VCO lain?
VCO Antioxidants ( VCO A) dengan formulasi tambahan dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol) dan vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Vitamin A dan E juga dipercayai boleh bertindak sebagai ejen antioksidan yang mempunyai kebolehan memerangkap radikal bebas dan kajian penyelidikan menunjukkan ia berkebolehan mencegah penyakit kanser serta penyakit berkaitan jantung. Faham tak? Bezanya daripada VCO lain yang ada di pasaran, yang ni ianya diperbaiki khasiatnya iaitu vitamin A dengan vitamin E.


Antara kebaikan Minyak Kelapa Dara atau VCO Antioksidants TREENEA (VCO A)
  1. Melambatkan proses penuaan
  2. Mengatasi masalah berat badan
  3. Mengawal kandungan gula dalam darah
  4. Baik untuk penjagaan tulang dan gigi
  5. Meningkatkan imunisasi badan
  6. Membantu untuk masalah pencernaan
  7. Mengurangkan risiko sakit jantung, darah tinggi dan kadar kolestrol tinggi
  8. Bagus untuk orang yang sedang  berdiet
  9. Baik untk penjagaan kulit
  10. Memelihara rambut agar kelihatan cantik
Macam mana nak guna VCO A ni?
VCO A ni boleh telan, gigit, kunyah dan boleh sapu. Sebab produk ni 100% semualajadi dan sesuai diambil oleh semua golongan umur. Kalau tak percaya try la cucuk  softgel tu. Ada bau minyak kelapa sikit. Cara makan telan 2 hingga 4 biji sehari. Tapi kalau nak berjimat boleh makan 2 biji sehari. Sebab sebotol ada 60 biji kesemuanya. 2 biji sehari cukuplah sebulan 60 biji. Ye dak?
*Jika mengalami masalah kulit yang teruk, uols boleh cuba  makan 2 biji sebelah pagi (lepas breakfast), 1 biji sebelah malam, dan ambil sebiji cucuk dengan jarum dan sapu kat kulit yang bermasalah. Lakukan selepas cuci muka sebelum tido. Insyaallah mendatangkan kesan yang baik. 


Harga sebenar untuk Treenea ialah RM40 untuk Semenanjung dan RM43 untuk Sabah & Sarawak  TETAPI, disebabkan ianya masih baru dan shaye sendiri dalam proses mencuba  shaye kurangkan harga sikit untuk uols. Amacam? Okay? Di sini  harga promosi yang shaye beri ialah RM38  untuk Semenanjung dan RM40 untuk Sabah Sarawak. Promosi ni shaye akan lanjutkan sampai hujung bulan Januari 2013 ini SAHAJA. Lepas tu apa yang shaye harapkan testimoni uols mengenai produk ni. Lepas sebulan guna Treenea, email testimoni kat shaye. Boleh tak? Kalau taknak pun takpe. Tak kisahhhhhhhhh.

Tak rugi ke buat promosi?
Takpelah shaye rugi sikit asalkan uols semua menjadi cantik. Gituuuuuuuuuuu!
 
Ada 2 cara untuk order  TREENEA :
Emailkan ke errapazira_86@yahoo.com ATAU mesej terus ke 0102776206 details di bawah dengan Tajuk/Subject ORDER VCO TREENEA
Nama  : ____________________________ (nama penerima)
Alamat Penghantaran  : _____________________________________ (make sure  alamat betul dan tepat)
No Telefon : __________________ (senang nak hubungi)
Kuantiti : ___________/kotak

Sebarang pertanyaan boleh email shaye sendiri di alamat email errapazira_86@yahoo.com .

Akhir kata, 
"Kecantikan adalah hak milik setiap insan!"
Lazada Philippines