Tuesday, November 26

Pertama Kali Join Kelas Craft. Awesome!!


Salam uols,

Hehe, amboihh kemain tiap minggu pergi sana, pergi sini. Busy uols. Sementara berdua ni eloklah kita habiskan masa bersama-sama. Esok-esok dah bertiga berempat berlima berenam takde masa dah nak join itu ini. Kena fokus jaga anak-anak pulak ye dak. Ewah! Oklah hari Ahad hari tu kite join satu gathering, tapi gathering ala-ala kelas buat benda-benda craft. Tapi ia lebih kepada buat kad. Ekceli kite takdelah kreatif sangat, tapi memang ada minat cuma tak berpeluang untuk belajar benda-benda macam ni.


Alhamdulilah sepanjang kahwin memang takde masalah nak heret laki kemana-mana. Cakap je nak pergi mana, dia akan kata OKAY! Kitorang memang support each other lagi-lagi nak bab-bab menimba ilmu kan. Bila tunjuk kat dia pasal ni, rasanya dia lagi terlebih excited kot sebab dia pun minat. So kitorang pun book cepat-cepat sebab limited untuk 15 orang je untuk hari tu.

Kite dapat tahu pasal ni pun sebab memang follow blog yang menganjurkan benda ni, tuan empunya blog ni nama dia Shazalina Zakaria. Orangnya muda lagi tapi dia dah buat beratus-ratus kad. Cantik-cantik pulak tu. Kepada b2b yang nak tempah guestbook ke ape ke boleh tempah jugak dengan dia. Uols boleh tengok apa yang dia buat kat sini ------------> ShareYourLoveWithCards.

Bercakap pasal tempat pulak, hari tu diorang buat kat Scrap-n-crop. Seriously memang first time datang sini. Sangatlah teruja uols. Heaven segala barang craft. Lupa nak ambik gambar. Sebab tempat dia adalah sebuah rumah. Nak masuk macam curiga sikit sebab bertutup. Ketuk-ketuk pintu ada uncle tolong bukakkan pintu. Guess what? Bukak pintu je terkejut kite, rupanya kedai craft. Stok barang dia memang banyak dan lengkap. Dari tingkat atas sampai bawah. Uols boleh try pergi kalau nak shopping eh!


Okay, mari kita mulakan...


Sampai-sampai mata terus tertumpu atas meja. Bestnyaa dapat gift barang-barang craft dari diorang. Terus simpan buat stock. Dapat cookies jugak. Sedap!


Start-start semua orang keluarkan barang masing-masing. Terkezuttt kite semua orang punya barang memang lengkap dan best! Kiteee? Cuma ada kertas dengan gunting je. Segan gila okay. Tapi takpe diorang pun ok, langsung tak kedekut barang. Siap offer kalau nak guna, pakai saja. So apalagi uols. Yippiiii! 

Masa ni la baru start kenal dengan mesin diecut, distress ink dan macam-macam lagi. Diorang ada ajarkan cara-cara nak potong kertas atau buat emboss guna mesin diecut, lepas tu macam mana nak guna distress ink. Tak sempat nak ambik gambar, kite kongsi dari Youtube je la eh. Teruja tauu.





Amacam best tak? 


Masa ni tengah blur-blur takde idea. Tengok kiri kanan kemain cantik kad diorang. Macam kat kedai tauu. Rupanya masing-masing dah pro, siap ada bisnes sendiri. 


Simple je jadinya. Tengah teruja sampai takde idea.


Antara hasil kad laki bini. Ok kad butterfly tu laki kite punya. Cantik tak?


Masing-masing memang tak lokek ilmu.


Ok ini antara kad-kad yang dihasilkan tapi bukan kite punya la, orang lain punya. Cantik kann? Kagum kite.


Yang ni Shazalina tu yang buat. Tak sampai berapa minit pun ok.


Yang ni salah sorang tu lukis. Cantik gila tauuu.



Yang dua kad ni husband kite punya.


Cantik kan?


Dah siap kite kumpulkan semua sekali untuk tukar-tukar dengan orang lain.



Dah penat perah idea makan-makan gak. Apapun semalam memang memberikan peluang baru kepada kite dalam mendalami ilmu-ilmu craft. Walaupun semalam takdelah kelas craft sangat cuma gathering tapi tetap dapat membuka mata dan banyak idea untuk jadi lebih kreatif lagi. So nak tahu kite dapat kad yang mana setelah selesai sesi bertukar-tukar kad?

Tadaaaaaaaa! Omey kannnn!



Btw, gathering ni memang best. Dapat menimba ilmu disamping berkenalan dengan kawan-kawan baru yang hebat-hebat dalam bidang ini. Kat bawah ni kite share orang-orang yang dah terer buat handmade card dan macam-macam lagi. Ekceli ada banyak, kite share yang mana mampu je okay.

Boleh follow Facebook Page/Instagram/Blog : 

Paper Crafter Get Together V5 @ Scrap-n-Crop
24 Nov 2013

Monday, November 18

Resepi Tortilla Spicy Chilli Tuna

Salam uols,

Sihat? Ehemmm. Sekarang ni masalah saya konon-konon nak berdiet tapi still lagi berselera besar nak makan itu ini. Hari tu beli yogurt dengan harapan nak makan hari-hari untuk kurus. Tapi tekak memang tekak melayu nak juga makan makanan melayu. Mulalah terfikir nak buat satu resepi simple berasaskan yogurt. Sebab? Yogurt adalah makanan yang sangat memudahkan penghadaman kita. So, nak buat resepi baru. Asalkan ianya senang, ringkas dan sedap dimakan.

Bercakap mengenai yogurt, saya ingin memperkenalkan kepada uols NESTLE Natural Set Yogurt. Apa yang menariknya ialah NESTLE Natural Set Yogurt ini tiada campuran pewarna atau sebarang perasa. Ia memang betul-betul yogurt asli. Sesuai untuk menu diet dan rendah lemak dan juga memudahkan pencernaan.


Di sini saya ingin berkongsi resepi yang menggunakan NESTLE Natural Set Yogurt iaitu Tortilla Spicy Chilli Tuna. 


Tortilla Spicy Chilli Tuna


Bahan-bahan

Untuk Tortilla :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air panas
  • 3/4 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar minyak masak
Untuk Inti Tuna :
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 3 biji bawang putih
  • 1 tin Tuna
  • 7 biji cili padi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 4 sudu besar Nestle NATURAL Set Yogurt
  • Garam secukup rasa
Untuk Hiasan :
  • Salad
  • Bawang besar
  • Tomato 

     Cara-cara (untuk tortila) :

    1. Masukkan tepung, baking powder dan garam ke dalam bekas dan kacau rata. Tambahkan minyak masak dan kacau rata.

    2. Tuangkan air panas dan kacau, bila suhu reda baru boleh gunakan tangan untuk buat doh. Biarkan doh dalam bekas yang ditutup kain lembab dan biarkan dalam 10 minit. 


    3. Bentukkan doh menjadi leper dan membulat dan bakar atas api sehingga masak.


       
     Cara-cara (untuk inti tuna) :

    1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.

     
    2. Masukkan tuna dan cili padi. Tunggu sehingga minyak naik.

    3. Masukkan  Nestle NATURAL Set Yogurt dan tomato. Masukkan garam secukup rasa. Perlahankan api dan tunggu sehinga masak.


    Cara Penyediaan :



    Sediakan bahan-bahan seperti hirisan salad, tomato dan bawang (jika suka)

    Gulungkan tortilla dengan inti tuna dan boleh dihidang. Siap!

    Sedia dihidang.


    Klik website Dear Nestle untuk maklumat lanjut. Ada banyak info menarik seperti resepi, food review, promosi dan macam-macam lagi. Uols takkan rugi. Trust me.

    Friday, November 15

    Review Teater : Supermokh The Musical

    Salam uols,

    Hello! Hello! Oklah terus direct kepada soalan pertama, dah tengok dah teater Supermokh?! Kepada yang masih belum maklum, masih tak terlambat lagi uols nak menonton sebab memang best! Pasaiapa kite suruh uols pergi tonton Supermokh ni adalah sebab utamanya nak bagi hangpa semua kenai sapa tu Mokhtar Dahari. Ewahhh! Oklah oklah kite mengaku... first masa nak tengok teater ni memang tak kenal dan tak tahu pun siapa Mokhtar Dahari ni. Duk pandang sekeliling sebab muka memasing excited ambik-ambik gambar segala tapi kite duk cuit-cuit orang sebelah tanya "Pssssttt psssssttt, cerita ni pasaiapa?". Terus orang sebelah duk geleng-geleng kepala. 


    Sinopsis :
    Nama Mokhtar Dahari(Awie) tidak perlu diperkenalkan lagi. Plot utama cerita pun telah menunjukkan kehidupan beliau sebagai seorang yang terkenal di mata dunia kerana beliau memang hebat bermain bola di atas padang. Semangat beliau begitu kuat dan tangkas bermain hingga digelar "Supermokh". Beliau juga ditemani rakan-rakan sepasukan Reduan Abdullah(Rashidi Ishak), Soh Chin Aun(Chi Ho), R. Arumugam(Oliver Johanan) dan Santokh Singh(Clarence Kuna), yang tidak kurang juga hebatnya. pada masa tersebut Dari suatu sudut pula menunjukkan beliau seorang suami yang romantik, penyayang dan setia kepada isterinya Tengku Zarina (Maya Karin). Langit tak selalunya cerah, menang kalah adat permainan. Namun peminat sentiasa mengkritik dan tak dapat menerima kenyataan sekiranya kalah dalam perlawanan. Tekanan demi tekanan diterima membuatkan Supermokh berkecil hati lalu mengundurkan diri dalam pasukan Malaysia. Namun semangatnya tak pernah padam. Bola sepak merupakan jiwa dan cintanya. Nak lihat rentetan kegemilangan beliau? Saksikannya sendiri dalam Teater Supermokh Musical.

    Director : Hans Issac & Harith Iskandar
    Music Director : Micheal Veerapan

    Main Cast :
    Awie sebagai Mokhtar Dahari
    Maya Karin sebagai Tengku Zarina
    Rashidi Ishak sebagai Reduan Abdullah
    Chi Ho sebagai Soh Chin Aun
    Oliver Johanan sebagai R. Arumugam
    Clarence Kuna sebagai Santokh Singh
    Douglas Lim sebagai Kenny
    Dina Nazir sebagai Nurin

    Apa yang best?
    Opkos sebab ianya adalah teater muzikal. Mana-mana teater pun bila dibuat dalam muzikal akan jadi best dan menarik. Lagi-lagi ianya dipentaskan di Istana Budaya. Sepanjang menonton mana-mana teater di Istana Budaya memang tak pernah mengecewakan. Semuanya best. Lagu-lagu dalam teater Supermokh memang best. Yang paling best lagu Do You Remember yang dinyanyikan Awie dan Maya Karin di mana lirik dan susunan lagu yang sangat cacthy dan romantik. Tak sangka lagu ini memang sesuai sangat dengan Maya Karin dan Awie. Serius suara diorang sedap sangat. Lagi-lagi Awie, dah macam tengok konsert tau.

    Adegan laki bini yang romantik.

     Masa menyanyikan lagu Do You Remember.

    Lagi satu sebab yang best, tahniah dan syabas buat pengarah dan semua krew yang terlibat sebab berjaya menonjolkan permainan bola sepak di atas pentas tapi berbentuk tarian. Seriously best. Uols takkan sangka yang gerak geri orang bermain bola ditukar menjadi tarian yang sempurna dan mantap! Sebelum balik, sempat minum-minum bersama salah seorang penari dalam teater ni, katanya diorang berlatih lebih dalam 2 bulan setengah. Hebat kan!

    Best tarian masa ni.

    Supermokh versi Awie and the gang.

    Paling best di mana ada gimik penari bermain bola sambil berbaju LED, seriously memang mantopp habis! Terus saya fikir "Ehhh ni macam group Illuminate dalam 'American Got Talent' jeeeee". Tapi lagi best la sebab dalam teater ni diorang menari sambil main bola. Hihi!
    Akhir kata, tak rugi  pun tonton Supermokh. Memang best. Last tayangan adalah pada 18 November 2013 ini di Panggung Sari, Istana Budaya.



    Entri atau artikel lain :
    Supermokh Suami Romantik, sumber gua.com.my
    Gambar Sekitar Prebiu Media Teater SUPERMOKH Sebuah Muzikal, sumber Budiey.com
    Dina Teruja Dengan Teater Supermokh, sumber Era fm

    Tiket untuk menonton teater muzikal ini dijual di www.ticket2u.biz atau boleh hubungi 03–41478600 atau 019–2111600 untuk pertanyaan lanjut.

    Thursday, November 7

    Beauty box, beauty bag...come to Mama!

    Hey~ho!!

    Salam semua!

    Oklah tak payah senyum-senyum sangat ahh sebab kite tetiba KONSISTENlah sangat hapdet belog. Hari ni just nak share kat uols yang hobi kite sekarang adalah lebih kepada kegilaan membeli segala beauty box kat website. Apa itu Beauty Box? Err? Kotak Kecantikan. Lulz! Okay fungsi Beauty Box ni sebenarnya ialah di mana uols bayar untuk beberapa amount untuk sebuah kotak yang mengandungi pelbagai produk kecantikan seperti product skincare, perfume, kosmetik, body care dan selalunya kite akan dapat bentuk sampel size. Dan kalau uols bernasib baik, depends dengan promo yang dia bagi dia akan bagi dengan saiz sebenar. Dan yang paling penting dengan harga yang MURAH!

    Ada yang jugak yang kena bayar bulan-bulan, so setiap bulan kite dapat lain-lain product. Ada yang kena bayar untuk 3 bulan sekali, setengah tahun sekali, semuanya depends la kan. Ada yang kite hanya perlu bayar untuk sekali pomboleh. Ekceli, mula-mula tak banyak beauty box kite senang-senang boleh dapat kat Malaysia. Dulu-dulu paling dekat pon Singapore, Tapi sekarang dah ada banyak dah kite boleh dapat. Lagi-lagi sekarang ni kan dah ada banyak website, beli online pomboleh kan. So, semuanya di jari anda!


    Top 5 Beauty Box in Malaysia

    1. ModBox (http://modbox.com.my/)


    Yang ni kite baru purchase last 2 week. Not bad. RM9 sahaja tapi tak termasuk postage. Pompuan mana takmau kannn. Yelah kadang-kadang kita nak beli sesuatu product tu bila mahal kena berfikir-fikir takut tak ok rugi pulak kan. So, beli sampel dulu macam dalam beauty box ni. Kalau rasa ok, baru beli product tu. Yang bestnya kalau kite purchase beauty box ni mesti ada diskaun untuk product yang dia bagi sampel tu. So far yang ni paling murah.

    Boleh klik kat "Get Beauty Box" (http://modbox.com.my/)


    2. Thelilacbox (http://www.thelilacbox.com/)

    Product yang diorang bagi memang produk-produk terkenal dan mahal. So dapatlah merasa walaupun sampel kannn. Diorang ni kalau sekali keluarkan beauty box tak sampai 3 hari habis dah. Macam goreng pisang panas katanya! Kena betul-betul alert okay.

    Alamak dah habis, tunggu bulan depan ye...hihi (http://www.thelilacbox.com/)


    3. MIVVA (http://www.mivva.com/)

    MIVVA punya beauty box kite boleh subscribed untuk RM38 sebulan dan kite akan dapat dalam 5-6 jenis beauty product. Dapat pun dalam minggu pertama. Yang bestnya, uols boleh collect point melalui tulis review atau refer kepada kawan-kawan. Kalau banyak point, dapat free je box tu. Best kann!

    Klik je kat gambar ni "Join in the Mivva Box Fever" (http://www.mivva.com/)


    4. WONDERBOX (http://wonderbox.com.my)

    WONDERBOX pun pakai kumpul point juga, kalau refer kat kawan atau tulis review ke, ataupun buat video review ke boleh redeem free box. Teruja tak teruja tak? Wonderbox ni RM45 sebulan.



    Tiap-tiap bulan dia bagi lain-lain product (http://wonderbox.com.my)

    5. Bag Of Love (http://www.bag-of-love.com)

    Bag of Love pun best sebab tiap-tiap bulan diorang akan bagi kosmetik bag yang mengandungi barang-barang kosmetik dan harganya RM39 sebulan. Barang-barang diorang bagi pulak adalah suprise dan kite dah baca banyak review dari pembeli Bag of Love, semuanya tak mengecewakan!


    Klik je kat "Get the bag" (http://www.bag-of-love.com)


    Ekceli ada banyak lagi website macam ni antaranya ialah :
     Box Culture (http://www.boxculture.com/)
    Vanity Trove (https://www.vanitytrove.com/my)
    Hishop (http://www.hishop.my/)


    Oklah, harap info yang kite berikan kali ni dapat membantu uols. Kalau ada banyak website lain lagi, uols boleh tolong share tak kat komen? Mana tahu lagi best ye dakkk? Apepun selamat bershopping!

    Wednesday, November 6

    Menang contest. Omg omg tampar kite pelis!

    Salam uols,

    Dan dannnnn tiba-tiba nak up entri ye dakkkkkk? Kalau tak, tahun depan pun belum tentu nak up satu entri. Mana tak nye, hari ni bagaikan magis. Alhamdulilah atas nikmat rezeki yang diberikan. Pagi-pagi boring-boring terasa nak baca blog iluvtour. Pastu baru teringat yang beberapa bulan lepas kite ada join contest Destinasi Honeymoon Impian, sekali baca diorang dah umum pemenang. Scroll punya scroll pelan-pelan. Baca dulu doa apa yang patut. Tup tuppp terpampang ada screenshot belog kite. Tak puas hati lagi, baca molek-molek. Baca doploh kali ulang-ulang. Boleh? Kite mesej bagitahu husband kite pulak dia tak reply, pengsan terkejut ke hape entah la. Hope hari ni bukan mimpi yang mengatakan kite MENANG contest tersebut. Alhamdulilah syukur!


    Kite tak bermimpi kann?

    Apapun bersyukur sangat, bolehlah pi bercuti pasni sebab dah lama sangat tak pi cuti-cuti. Yelah kena berjimat-cermat 2 3 bulan sebelum ni sebab before ni husband kite belum dapat kerja baru. Kena ada simpanan lebih. Tapi sekarang beliau pun dah dapat kerja baru, lagi better dari dulu. Baru je start 5 hari lepas. Bersyukur lagi sekali. Mohon dimurahkan rezeki lain pulak lepas ni. Aminnn.

    Ok bercakap pasal entri ni, tak sia-sia kite mengarang dengan bersungguh-sungguh. Buat research dekat seminggu lebih. Kumpulkan info dan susun ayat bagi teratur, cari gambar terbaik dan lain dari yang lain kat Internet. Walaupun tak pernah jejak ke Bali, kite try baca belog-belog pengalaman kawan-kawan atau blogger-blogger yang pernah ke Bali. dari situ kite dapat macam-macam point. Lepas tu buat sikit research pasal penganjur. Yelahh katanya penganjur boleh pilih siapa-siapa pun jadi pemenang kan, so bagi sikit kredit utk diorang bila kita review servis diorang. So, oklah itu sahaja sikit tips dari kite.

    Btw thanks kepada pihak iluvtour dan Tareeq Al Jannah kerana memilih kite sebagai pemenang.
    Lazada Philippines