Friday, January 17

Celebrate My Birthday @Cristallo, Pacific Regency Hotel Suites

Salam,

Walaupun hari ini Thaipusam sepatutnya bercuti, tapi saya terpaksa dikerah untuk bekerja. Almaklumlah kerja di bawah company cina. Tunggu raya cina nanti cuti haruslah berlebih-lebih. Redha je lah. Tapi mesti ada pro dan kontra kan? Takpe, just think positive. So, disebabkan hari ni banyak company cuti, so kerja hari ni macam ada takde je. Mengulor je lah. Lama pulak tak updated blog pasal diri sendiri. So, belek-belek gambar yang ada kat PC opis ni terjumpa gambar-gambar masa celebrate birthday bulan 8 hari tu (tahun lepas kot!). Walaupun cerita dah basi tetap nak share dengan uols. Yelah mana tahu dapat menjadi inspirasi untuk uols bawak yang tersayang candle light dinner kat sini ke kan?

Actually, candle light dinner di Cristallo ni adalah suprise dari husband saya. Yelah first candle light dinner berdua kitorang di Atmosphere 360, KL Tower. Ok yang itu saya yang buat suprise sempena celebrate birthday husband + anniversery yang pertama. Yang itu, later saya story okay. Ok berbalik kepada cerita, katanya ada kawan nak ajak dinner kat hotel so kena pakai molek-molek. Dipendekkan cerita, tak suprise sangat pun sebab belum sampai tempat saya dah dapat teka dah dia nak bawak kat mana lepas tu siap dia terlepas cakap lagi nak candle light dinner berdua.


Hotel Pacific Regency terletak di tengah-tengah KL, betul-betul bersebelahan dengan KL Tower. Kalau di Atmosphere 360 KL Tower, kita dapat makan malam romantik sambil menikmati pemandangan seluruh Kuala Lumpur, Cristallo Pacific Regency Hotel pun sama. Cuma bezanya di Atmosphere360 kedudukannya lebih tinggi. Tapi tak kisahlah, dua-dua restoran pun memang menjadi tempat tumpuan untuk pasangan yang mencari tempat romantik di Kuala Lumpur.


Sampai-sampai, dia punya Manager terus sambut kita dengan senyuman dan tunjukkan tempat duduk. Pandai diorang tempatkan kitorang disudut yang agak privasi dengan meja yang dah dihias cantik, dan yang paling penting pemandangan KL lagi jelas. Memang cantik sangat. Romantik habis. Actually husband saya punya company tempat dia bekerja pernah buat event kat situ, so masa tu dia survey-survey. Kalau rasa-rasa nak makan tempat open air pun boleh tapi husband saya kata better kat dalam, lebih privasi dan tak kena hujan. (mana tahu hujan ke kan)

Cantik kan?

Ok ambil gambar teruja sikit.

Time ni main teka-teka itu bangunan apa, ini bangunan apa.



Mula-mula sampai dia bagi makan roti dengan mentega. Saya kan tekak melayu, terus saya jeling-jeling husband dan bersuara,
Saya : Ini ajak kite makan sini makan roti je, ini makan kat rumah pon takpe bang. Lagi boleh dapat sebuku roti. (ketawa tak berhenti)
Husband : Ehhhhh, diam aje. Bukan selalu dapat makan roti orang kaya. (ketawa)


Masa ni tengah menunggu makanan seterusnya. Suasana kat sini memang romantik diselangi dengan lagu-lagu. Baru boleh berbicara hati ke hati. Katanya! Oklah kat bawah ini, menu yang husband saya pilih. Makan ala-ala western. Takpelah sekali sekala kan ubah selera. Katanya untuk pilih menu, masa sebelum booking diorang akan tanya dulu berapa bajet kita. Then baru diorang akan suggestkan menu-menu mengikut harga yang kita mampu. Not bad kan?

Menu
Appetizer
Oyster With Mixed Herbs Vinalgrette

Soup
Prawn Bisque

Main Course
Cordon Bleu Chicken
Beef Cut Tenderloin

Dessert
Vanilla Ice Cream With Apple Crumble


Ok yang ini ialah Oyster With Mixed Herbs Vinalgrette untuk appetizer. Rasa dia? Emmm oyster dia memang sedap cuma ada sayur macam taugeh (alfalfa sprouts) tak boleh masuk tekak. Tak biasa katakan makan ala-ala mat saleh ini. Memang betul-betul menaikkan selera sebab terus jadi lapar sebab tak puas makan. Mungkin orang yang biasa makan akan kata sedap. Kitorang makan pun main-main. Masing-masing makan sambil ketawa je.


Yang ni soup dia, Prawn Bisque. Ok yang  ni sedap. Rasa? Macam udang diblender lepas dimasak dengan tomato sauce pekat. Betul-betul rasa udang je. Manis-manis udang. Ala kalau versi kampung, rasa dia macam kuah mee udang. Pomboleh!


Ok yang ni kita tunggu-tunggu, main course dia sebab masing-masing dah lapar. Yang ni Beef Cut Tenderloin (lupa dah nama resepi dia), memang seriously sedap. Time ni baru tahu rupanya ada part-part dalam bahagian lembu yang betul-betul sedap. Antaranya part Tenderloin dan Ribs.

Cuba cari Terdeloin kat mana?


Ok yang ni pulak Cordon Bleu Chicken (kalau tak silap, nama resepi dah lupa). Ini pun sedap. Rasa dia? Macam chicken roll dalam dia siap ada cheese. Portion kedua-dua main course tadi memang besar. Kenyang sampai tak larat nak habiskan.


 Muka kenyang.


Actually tempat ni ala-ala bar versi high class. Ada jual benda mabuk-mabuk tapi tengok orang lain takdelah mabuk-mabuk pon. Ramai yang datang untuk candle light dinner berdua dengan pasangan. Takdelah kitorang order bukan-bukan. Just spent time berdua. Thats why diorang letakkan kedudukan kitorang kat sudut yang lebih privasi dan selesa. Baguskan? Cuma bila time nak balik, terkejut juga sebab rupanya kat luar tempat ni kena lalu kat tempat orang clubbing.  Tengah-tengah siap ada kolam lagi. Dah la saya nak pergi toilet luar, pelik-pelik orang kat situ tengok pompuan bertudung buat apa kat situ kan.


Happily together.


Nampak tak benda putih tengah-tengah tu? Haaa itulah Menara KL. Lupa pulak nak ambil gambar full. Tapi memang susah pun nak ambil gambar full dari sini sebab Menara KL tinggi sangat.

Gambar kenangan.


Last sekali, dessert! Vanilla Ice Cream With Apple Pie Crumble. Seriously memang sedap dan terbaik! Rasa dia? Rasa dia macam makan apple pie dengan vanilla ice cream la kan. Macaroon dia manisnyaaaaaa! Haha. Masa ni kitorang dah kenyang sangat sampai tak boleh masuk perut dah. Tapi memang sedaplah. Portion pun besar yang amat.


Last sekali, tengah sedap-sedap menikmati dessert tiba-tiba dengar ada orang menyanyi lagu birthday dari belakang. Terkejut uols. Ada birthday cake lagi. Manager dengan semua staff datang nyanyi dan hantar  cake. Sorang-sorang wish "Happy Birthday, Ma'am". Terasa tua sangat. But I feel blessed! Thank you my man because doing all of this.

So far, tempat ni memang saya recommend untuk tempat romantik di sekitar Kuala Lumpur. Servis pun terbaik. Sebelum balik, kita akan diberi kertas ala-ala soal selidik mengenai servis diorang. Siap kena bagi nama mana-mana staff diorang yang bagus. So, no wonder la kan daripada respon customer diorang akan improve dari masa ke semasa.

For reservations, please call 03-2332 7777 ext 6804
Email at fnbadmin@pacific-regency.com

Latest promotions via Facebook for:
Pacific Regency KL: www.facebook.com/prhskl
Luna Chill Out Bar: www.facebook.com/lunachilloutbar

Address :
Cristallo
Pacific Regency Hotel Suites
KH Tower, Level 34,
Jalan Puncak, off Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur
Website: www.pacific-regency.com

8 comments:

Teena Tna said...

Sooo sweet :)

Nurina Izzati said...

happy belated birthday

fieza amsir said...

Hye..price tuk semua ni brape?

Era said...

Dalam 3ratus macam tu la.. @fieza amsir

fieza amsir said...

Reasonable..i plan nk buat anivesarry kt sini..i kn call for reservation or walk in je tros u?

Muhammad Fairuz said...

Cmna nak book

Nithia Ganesan said...

Macam mana nak booking for birthday ye?

Nithia Ganesan said...

Macam mana nak book untuk birthday ye?

Lazada Philippines